Yearly Archives 2013

Video Edisi Khas Kami Di FRIM

Salam,

Dalam 2 entri Meneroka Hutan Simpan Bukit Lagong FRIM yang lepas, aku ada cakap nak kongsi Video Edisi Khas kitaorg kat FRIM kan??….. sorry ler kalau aku buat korang tak sabar dan lama menunggu….hihihihi.. 😀 . Bukannya apa, cuma sibuk sket dengan hal rumah. Nak editing video pun takde masa sangat pastu lama jugak untuk cari lagu latar yang sesuai untuk video klip ni…ekekekekeke.. ala-ala MTV ler pulak!.

video-edisi-khas-hutan-simpan-bukit-lagong-frim-kepong-shamphotography

Sekarang ni aku rasa, aku lebih kerap shoot video lak…..mungkinkah aku akan beralih daripada photographer ke videographer?… hihihihihi…. 😀 . Nak buat video editing sebenarnya memerlukan PC yang high spec tapi laptop aku sekarang ni pun akan jadi slow biler nak render video. ekekekekeke… tp boleh jer setakat video-video tak profesional aku ni… hihihihi.. jom layan video.. kalau nak syok! sila kasi speaker kuat sket…leh layan lagu Abe Jenal.

Meneroka Hutan Simpan Bukit Lagong, F.R.I.M, Kepong from Eshamz Halim on Vimeo.

Video Edisi Khas kitaorg “Meneroka Hutan Simpan Bukit ...

Jom Baca Lagi....

Meneroka Hutan Simpan Bukit Lagong FRIM-Part 2

Jawapannya kitaorg pilih Picnic Area….ekekekeke… 😀

Next time ler naik lagi Canopy Walk tu. Sila baca entri bahagian 1 kalau korang nak tau kenapa dapat jawapan di atas. Sekarang masa untuk turun bukit pulak sebab tadi dah puas mendaki kan!.. turun sekejap jer, kalau lama pun sebab kitaorg stop bergambar. Memang nyaman dan sejuk jer suasana dalam hutan ni, nyamuk pun takde kot sebab takde pun kesan gigitan nyamuk. Ramai jugak uncle dan aunty veteran naik turun trail ni, giler nyer laju dorang, mendaki dan turun bukit pun macam berlari jer. Kuat betul stamina dorang, berapa lama dah training ni…ahahahahahaha.

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hikingAkmar cuba menyembunyikan diri di sebalik pokok…hihihihi

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hikingLek luuu…posing dulu…

Aku ngan wife ikut ler Akmar turun menyusuri trail untuk ke Picnic Area tu, turun tu sekejap jer aku rasa…hihihihi. Sampai balik kat trail utama yang kita ikut sebelum naik ke Canopy Walk tadi, memang ada air terjun berskala kecik kat situ...

Jom Baca Lagi....

Meneroka Hutan Simpan Bukit Lagong FRIM-Part 1

Salam,

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking

Sapa yang pernah pergi ke FRIM?… Akhirnya aku dan wife telah berjaya jejakkan kaki ke FRIM setelah sekian lama menanam niat untuk ke sana, tapi apa itu FRIM?….hihihhi..(takut-takut ada yang tak tau kan..) 😀

FRIM atau dikenali juga Forest Research Institute Malaysia yang terletak di Kepong dan dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong. FRIM adalah kawasan kajian, penyelidikan dan pembelajaran berkaitan dengan hutan tropika. Ada jugak hutan simpan di dalam bandar Kuala Lumpur yang sibuk yer, amat sesuai bagi kita yang tinggal di kawasan berdekatan Kuala Lumpur untuk mencari kawasan beriadah dan bermesra dengan alam semulajadi  pada hujung minggu. Plan asal kitaorg sebenarnya nak  panjat Bukit Gasing ikut sekali Kelab Sukan Universiti Malaya tapi program kena batal so apalagi terus cakap kat wife “Kita gi FRIM jer lah esok!.. ajak Akmar ngan Jijie sekali, mintak tolong jadi guide.”..hihihi… sib baik ler Akmar setuju nak temankan kitaorg.

Pukul 8 pagi kitaorg sampai di ...

Jom Baca Lagi....

Singgah Di Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Salam,

Bukit Tinggi atau Colmar Tropicale…. Korang pernah pergi tak tempat ni?. Biasanya aku lalu jer kat sini kalau nak ke Pantai Timur. Tak pernah terniat pun nak singgah tapi 2 minggu lepas aku, wife dan family wife gi Raub, Pahang sebab ada kenduri kahwin. Suasana mendung dan hujan menemani kitaorg ke Raub, maklumlah isu banjir masih hangat diperkatakan ketika itu sehingga sekarang. Masa nak balik dari Raub tu bapak mertua aku dah sebut-sebut pasal nak singgah Bukit Fraser tapi tak jadi, akhirnya kitaorg naik Bukit Tinggi jer. Nak gi Colmar Tropicale katanya….hihihihi.. alasannya sebab nak bawak adik ipar aku gi ronda-ronda sempena cuti sekolah tapi wife aku cakap sebenarnya bapak mertua aku yang beria nak pergi …ahahahahaha. Aku pun kena ikut sekali ler tapi aku pun tak pernah naik lagi Bukit Tinggi. Drive kereta daripada bawah naik ke atas dengan jalan yang bengkang bengkok mengambil masa lebih kurang 30 minit. Aku setkan masa sebelum naik tuu..hihihihi...

Jom Baca Lagi....

Masalah Rumah Atas Angin

Salam,

Rumah atas angin?….. ermmmm!. Bukan kerajaan langit yer dan tiada kaitan dengan Ayah Pin. Rumah atas angin ni sebenarnya istilah yang aku guna bagi rumah-rumah flat, pangsapuri atau condominium. Nak cakap rumah atas tanah, memang ler atas tanah tapi tanah tu dikongsi bersama-sama penghuni yang lain. Lantai rumah kita adalah siling orang lain dan siling rumah kita adalah lantai orang lain. Pangsapuri yang aku & wife tinggal sekarang kitaorg beli. Masa tu harga RM160K, sekarang ni aku tengok harga market untuk rumah aku sekitar RM190K-RM250K. Tinggal kat Shah Alam ni setakat bawah RM300K susah nak dapat rumah teres, kalau teres 2 tingkat lagi ler tak dapat. Dapat tengok jer la kot!. Kitaorg beli pun daripada owner lama, pangsapuri tu pun baru jer 7 tahun usianya.

taman-bukit-pelangi-shamphotographyInilah Pangsapuri rumah kitaorg… 13 tingkat, rumah kitaorg tingkat 12.

Bila dah ada rumah sendiri ni kena ler jaga, kalau apa-apa yang rosak kena ler keluarkan duit sendiri untuk repair...

Jom Baca Lagi....

Fenomena Banjir-Perlu Ker Houseboat?

Salam,

Banjir oh banjir!.. Fenomena banjir akan berlaku setiap tahun, kebiasaannya kawasan yang terlibat selalunya yang berdekatan dengan sungai ataupun empangan tadahan air. Ditambahkan lagi dengan musim tengkujuh yang hampir setiap hari membasahi muka bumi dengan air hujan. Apabila air naik secara mendadak, sungai dan empangan tidak dapat menampung lagi jumlah air maka terjadinya banjir. Tahun ini aku rasa bencana banjir yang menimpa di Pantai Timur dan di Johor merupakan yang paling teruk daripada tahun-tahun sebelum ni. Kalau dicampurkan kesemua jumlah mangsa banjir, aku rasa lebih kurang 40-50 ribu mangsa yang terlibat.

Alhamdulilah!. rakyat Malaysia sama-sama membantu mengurangkan beban mangsa banjir. Banyak jugak agensi-agensi NGO serta badan-badan kerajaan yang terlibat dalam mengutip dana untuk disumbangkan kepada mangsa banjir. Secara peribadi, time-time begini aku rasa kita semua haruslah melupakan fahaman politik masing-masing dan sama-sama membantu apa yang patut...

Jom Baca Lagi....