Monthly Archives July 2013

From Sabah With Love – Part 1

Bila celik jer mata, tangan pun terus merayap mencari jam… rupa-rupanya baru pukul 7 pagi tapi kat luar dah macam pukul 8-9 pagi, mmg cuaca dah terang dan panas…langit pulak mmg sangat biru yer!. Kat Sabah ni pukul 6-6.30 dah terang dah, x mcm kat KL still gelap lagi. Aku ngan wife tersenyum jer biler pandang ke langit, nampak biru jer pastu awan ketul2 dan kecik2….Alhamdulillah, cantik cuaca ari ni dan mmg sesuai untuk gi ronda2 pulau….ekekekeke..kalau lah ujan lg mmg terperap kat hotel jer lah. Bila nampak langit biru, apalagi terus ler bersiap untuk keluar tp sejuk giler pagi tu dgn kitaorg terlupa nak offkan aircond lg, sib baik ada water heater kat bilik air….ekekekekeke.

Perut pon dah berbunyi sebenarnya menandakan masuk waktu makan bekfes. Dari hotel kitaorg nak ke Jesselton Point Jetty, nampak dgn pandangan mata kasar mmg dekat yer tp biler dah mula berjalan rasa jauh ler jugak….morning exercise la nampaknya...

Jom Baca Lagi....

Sabah Aku Datang-Teaser

Salam dan selamat berpuasa bah,

Tahun lepas aku dah berjaya jejakkan kaki ke “Bumi Kenyalang” @ Sarawak tapi x puas ronda2 kat sana lagi dan tahun ni aku dah berjaya jejakkan kakiku ke “Negeri di bawah Bayu” pulak. Sebenarnya wife aku yg kena berkerja di Sabah selama seminggu so ini ler peluang aku untuk datang ker Sabah….ekekekeke… Last year pun aku datang Sarawak sebabkan wife aku kena kerja kat sana gak tp last year aku x dapat ikut dier ke Sabah, masa tu tiket Airasia mahal giler so melepas ler peluang aku nak ke Sabah last year tapi nampaknya tahun ni ada juga jodohku dengan Sabah.

Aku hantar wife ke LCCT pada 30 Jun sbb dier kena mula keje kat Sabah pada 1 julai, flight aku pulak pada 4 Julai. Aku pun menunggu 4 Julai tu dengan penuh excited dan sabar. Dan biler hari yg ditunggu tiba, seronok lak rasanya sbb aku travel sorang jer rasa cam pelancong lak dengan backpack kameraku yang digalas di kedua bahuku…ahahahaha...

Jom Baca Lagi....