Monthly Archives November 2013

Apabila Suami Isteri Seorang Blogger

Salam kepada pembaca & blogger diluar sana,

Aku mula menulis dalam blog sejak tahun 2007 lagi, masa tu baru-baru nak belajar dan aku guna blogspot jer. Sajer nak bercerita dan berceloteh dalam blog masa tu. Pada tahun 2009 aku sewa web hosting & domainname sendiri, terus tukar ke CMS WordPress sehinggalah sekarang. Blog lama aku kat blogspot pon aku dah delete semua. Waktu mula-mula tukar ke WordPress tu jenuh jugak nak study camner nak install dan guna WordPress. Lepas tu dalam  2 tahun jugak lah aku tak update dan jarang tengok blog maybe masa tu busy dan jarang menghadap komputer sangat. Mood nak berblogging hilang camtu sahaja, entah kemana hilangnya.

Dan sekarang wife aku pulak dah jadi blogger tapi dia senang la sebab setup blog semua aku yang buatkan….ahahahahahaha. Aku dah biasa dengan CMS WordPress ni so sekejap jer aku leh setupkan & upkan blog. Biler wife dah ada blog ni, tertiba mood blogging aku datang kembali.

Sekarang ni apabila kitaorg suami isteri dah jadi blogger, ki...

Jom Baca Lagi....

Royal Belum Adventure Trip – 2nd Episode

Salam,

Jom aku sambung cerita lagi pasal Royal Belum Adventure Trip untuk hari ke-2 kitaorg di sana. Pagi tu aku bangun sekitar  pukul 6 pagi dan aku tengok wife dan geng-geng lain masih lena dibuai mimpi. Pagi tu mmg terasa sejuk giler, bayangkan kita tido ditengah-tengah tasik sambil dikelilingi hutan belantara…..ahahahahaha… gitu ler rasanya. Wajib bawak jaket yer kalau korang nak join trip ni nanti, kalau tak kejung (beku) ler korang nanti…hihihihi. Sebenarnya, aku berpeluh-peluh masa tido malam tu, sampai aku bukak jaket & slepping bag aku. Semua cakap sejuk tapi aku berpeluh-peluh panas….rupa-rupanya aku tido di atas lampu minyak tanah yang krew BOA gantung kat siling tingkat bawah…patut ler panas!….ahahahahahaha. Mmg sejuk pagi tu sampai cermin mata aku berkabus, lap cermin mata sambil  kejutkan wife aku. Pagi tu kalau nak mandi mmg tak ler, cuma masuk bilik air gosok gigi ngan cuci muka jer pastu lepak-lepak amik gambar dari houseboat sambil tunggu matahari naik...

Jom Baca Lagi....

Royal Belum Adventure Trip – 1st Episode

Salam,

“ U dah ke Belum?, I dah ke Belum!”.

Ayat poyo aku di atas ni merujuk kepada Royal Belum Forest atau Hutan Belum. Kalau ada saper-saper yang tak tau di mana Hutan Belum atau apa itu Belum, boleh rujuk kepada entri aku “Discover Royal Belum Trip”. Entri kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku & wife disana pada 16-17 Nov 2013 untuk menerokai Hutan Belum bersama Belum Outdoor Adventure Team (BOA).

belum-outdoor-adventure-shamphotography

Aku & wife celik mata seawal pukul 2.45 pagi bagi trip kali ni. Jadual masa telah ditetapkan bagi memastikan perjalanan ke Hutan Belum berjalan dengan lancar kerana perjalanan ke Jetty Awam Pulau Banding adalah sejauh 371km dan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tepat jer jam menunjukkan pukul 4 pagi aku & wife keluar dari rumah untuk pick-up Hafeesyam dan Izham dan lepas tu perhentian seterusnya adalah di Hentian RnR Sg. Buloh untuk join konvoi bersama Akmar dan Jijie yang sedang menunggu di sana.

Setibanya di RnR Sg...

Jom Baca Lagi....

Kuala Lumpur Satu Ketika Dahulu-Part 3: Personal Projek Aku

Salam,

“Hari Ini Dalam Sejarah”. Kalau korang yang seusia dengan aku atau yang lebih tua tu, mesti korang pernah tengok rancangan tv yang bertajuk “Hari Ini Dalam Sejarah”. Kalau tak salah aku kat TV1 kot?…ermmm…TV2 kot?, tak kisahlah tapi rancangan RTM lah. Kalau dulu aku buat tak tahu jer, biler rancangan ni jer mesti aku tukar channel tengok cite kartun Doraemon atau apa-apa rancangan yang best masa tu…ahahahahaha. Biler dah makin berumur ni, suka lak baca sejarah-sejarah dulu…pastu tengok lak gambar-gambar lama lagi menimbulkan perasaan ingin tahu pasal kisah orang dulu-dulu. Mungkin sebab semakin berumur ni semakin mengimbau kenangan lama…hihihihi.. 🙂

Pertama Complex, Chow-Kit, Campbell, Kota Raya dan Central Market antara lokasi yang sering menjadi tempat permainanku sewaktu zaman persekolahan dahulu. Bas Mini dan Bas Sri Jaya sering menjadi binatang tungganganku waktu tu. Apa yang penting adalah aku perlu ingatkan nombor-nombor bas...

Jom Baca Lagi....

Kuala Lumpur Satu Ketika Dahulu-Part 2: Personal Projek Aku

Salam,

“Kuala Berlumpur dan Pengkalan Lumpur”. Ini adalah antara nama-nama yang pernah disebut sebelum digelarkan sebagai Kuala Lumpur?..ada juga pendapat yang mengatakan nama Lumpur tersebut diambil daripada nama Sungai Gombak yang ketika itu digelar Sungai Lumpur….dan korang tau tak? dulu ada sawah padi di Kuala Lumpur…hihihihi… 🙂

sawah-padi-kuala-lumpurGambar sawah padi di Kuala Lumpur yang pernah diambil oleh seorang bangsa jepun, bernama M.S. Nakajima

Entri ni adalah sambungan daripada entri Kuala Lumpur Satu Ketika Dahulu-Part 1. Jom aku cite lagi sket pasal Kuala Lumpur, mungkin ada yang dah tau atau mungkin juga ada yang langsung tak pernah amik tau. Moh aku flash back balik sejarah dulu….

[ Mengikut sejarah dulu-dulu yang merekodkan bahawa Kuala Berlumpur atau Pengkalan Lumpur mula dibina pada tahun 1857 di Kuala Sungai Gombak dan juga Sungai Klang. Bermulanya dengan pembukaan Lembah Klang bagi kegiatan perlombongan biji timah oleh Raja Abdullah yang juga merupakan seorang ahli keluarga kerajaan...

Jom Baca Lagi....

Kuala Lumpur Satu Ketika Dahulu-Part 1: Personal Projek Aku

Salam,

Kuala Lumpur telah menjadi tempat membesarku. Aku dilahirkan pada tahun 1979 di Perak dan sejak umur aku setahun, family aku berpindah ke Kuala Lumpur disebabkan bapak aku kena transfer ke Pejabat Pos Besar kat sebelah Dayabumi tu. Memang daripada sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah semuanya di Kuala Lumpur. Masa tu tinggal di Kampung Kerinchi,  dulu orang luar kata Kampung Kerinchi ni Black Area…hihihihi..ntah ler, aku rasa ok jer….mungkin sebab dah membesar kat situ kot. Lebih kurang 28 tahun aku tinggal di Kampung Kerinchi tapi sekarang Kampung Kerinchi pun tinggal nama jer, tempat aku membesar dulu dah takde. Sekarang ni dah jadi Bangsar South, lama-lama aku rasa hilang jugak nama Kampung Kerinchi ni.

kampung-kerinchi-telekomSebelum terbinanya Menara Rebung TM. Inilah permandangan yang biasa aku lihat masa zaman membesar dulu di Kg Kerinchi.

Di Kampung Kerinchi juga banyak kenangan manis dan pahitnya, antara kenangan pahit ialah apabila rumah family aku 2 kali hangus terbakar...

Jom Baca Lagi....