Monthly Archives March 2014

Misteri Kehilangan MH370 Telah Terjawab

Salam,

Baru sebentar tadi, negara kita telah dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri yang mengesahkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Korridor Selatan Lautan Hindi. Berita ini amat mengejutkan dan aku rasa masing-masing masih mengharapkan bahawa pesawat MH370 masih lagi dalam keadaan selamat setelah 17 hari hilang tanpa dikesan.

Takziah kepada kesemua ahli keluarga, rakan-rakan krew dan penumpang pesawat MH370 dan semoga mereka tabah dengan ketentuan ini. Misteri kehilangan pesawat MH370 telah pun terjawab tetapi KENAPA?, SIAPA?, BAGAIMANA? dan MENGAPA? masih lagi belum terhurai.

malaysia-mh370-artwork-march-shamphotographySumber gambar :Google

Semoga dipermudahkan usaha untuk mengesan dan mencari Kotak Hitam bagi menjawab segala pertanyaan. Malaysia dan MAS masih lagi perlu memberi jawapan yang PASTI kepada ahli keluarga Pesawat MH370. 🙁

#PRAYFORMH370 #DOAUNTUKMH370

Jom Baca Lagi....

Cabaran Untuk Mendapatkan Lesen Open Water Diver

Salam

PADI-Openwater-Course-Logo-shamphotography

Mungkin bagi sesetengah individu menganggap untuk menjadi seorang diver (penyelam) adalah satu perkara yang mudah tapi tidak bagi aku. Aku rasa untuk menjadi seorang diver adalah satu cabaran buat aku. Aku dan wife sekarang ni dalam proses untuk mendapatkan lesen Open Water Diver daripada Professional Association of Diving Instructors (PADI). Jika berjaya dapatkan lesen ini, kitaorg dibenarkan menyelam serata dunia tanpa penyeliaan Instructor ataupun Divemaster.open-water-diver-lisence-shamphotographyLesen ni sebenarnya ada mengikut tahap kedalaman yang dibenarkan dan bagi diver yang baru dapat lesen Open Water Diver, hanya dibenarkan untuk menyelam sehingga kedalaman 18 meter sahaja. Bagi aku 10 meter pun dah kira amatlah dalam ooooo…. Pada mula nyer kitaorg hanya cuba Discover Scuba Diver tapi selepas itu rasa macam nak amik lesen diver pulak. Terpaksalah keluarkan duit simpanan ASB sket untuk bayar kursus bagi kitaorg berdua.

Oleh kerana kitaorg berdua berkerja so kitaorg terpaksa datang kelas pada sebelah malam...

Jom Baca Lagi....

Majlis Sepetang Bersama Blogger Dan Yeos SBB2014

Salam,

Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014 atau nama pendeknya SBB2014 pasti acara yang di nanti-nantikan dikalangan Blogger-Blogger Semalaya & Asia Tenggara pada tahun ini. Alhamdulillah, kali ni aku ngan wife dapat meluangkan masa untuk turut serta dalam majlis gilang gemilang yang bertujuan merapatkan lagi persahabatan dikalangan blogger. Majlis kali ini telah diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang pada 8 Mac yang lepas.

sepetang-bersama-blogger-yeos-2014-ssb2014-perjumpaan-blogger-asia-tenggara-saloma-bistro-shamphotography

Ramai jugak blogger yang hadir, boleh dikatakan mencecah 300 orang tapi masih jugak ada kerusi-kerusi yang kosong. Majlis ini adalah anjuran Denaihati Network dan telah dijayakan bersama sponser-sponser yang terlibat. Aku sememangnya tidak dikenali dikalangan blogger-blogger disana, maklumlah blog ini adalah sekadar menceritakan kisah peribadi aku. Satu-satunya blogger yang tegur aku kat sana ialah blogger Khirkhalid.com disebabkan kita selalu blogwalking blog masing-masing. Terima kasih aku ucapkan kepada Bro Khir yang sudi menyapa aku …....

Jom Baca Lagi....

Discover Scuba Diving

Salam,

Dah lama tak update blog, banyak sangat hal minggu ni…….nak blogwalking blog geng-geng pon tak sempat. Jom aku nak cerita sket pasal aktiviti kitaorg minggu lepas….

Antara wishlist aku dan wife ialah untuk dapatkan lesen Scuba Diving, bermulalah biler aku ternampak offer dalam Groupon “Introductory Scuba Diving” atau nama lainnya “Discover Scuba Diving (DSD)”. Aku pun terus beli Groupon tu, lagipon lokasi untuk  DSD ni dekat jer ngan rumah kitaorg…kat Kompleks Sukan Negara (Panasonic) jer. Beli kat Groupon mmg dapat murah tau, RM128 untuk 2 orang tau..kalau tak kena RM300 untuk 2 orang. Aku pun booking slot untuk kitaorg dan dapat slot pada 1 Mac 2014. Hati pun berdebar gak masa tu, biler dah register pastu kena belajar teori dulu sebelum nak masuk dalam air. Banyak jugak borang PADI yang perlu di isi dan yang paling penting sekali borang medical declaration untuk menentukan samaada kitaorg fit atau tidak untuk menyelam.

discover-scuba-diving-dsa-underwater-shamphotography

Jadual kitaorg pada hari tu:

1) 15-minute regi...

Jom Baca Lagi....