Monthly Archives April 2014

Walk For Humanity Anjuran AQSA Dan Rose2Rose

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya dah lama nak buat entri pasal program amal Walk 4 Humanity ni. Ok!…jom aku cerita al-kisah program ni… Program Amal Walk For Humanity ni adalah  anjuran usahasama Rose2Rose dan juga AQSA Syarif Berhad dalam misi untuk mengutip derma bagi disalurkan kepada negara Palestin, Syria dan Rohingya. Memang dah lama tak gi senaman sambil menderma ni, tertiba wife aku tag dalam facebook pasal event ni…aku pun ok jer. Sebenarnya ini event fun walk pertama kitaorg untuk tahun ini, tahun lepas banyak ler jugak kitaorg join tapi tahun susah nak cari masa untuk event begini sebab asik gi event outdoor lain jer.

walk-for-humanity-rose2rose-aqsa-shamphotography-padang-merbok

Program ni telah berlangsung pada 16 April 2014 di Padang Merbuk, Kuala Lumpur. Fun Walk ni adalah sejauh 5 KM jer dan  kitaorg berjaya sempurnakan selama 1 jam 5 saat (ditambah dengan berhenti mengambil gambar). Bukan semata-mata nak kejar masa yer tapi hanya untuk senaman dan membakar kalori ok….hihihihi....

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Kompleks Bebas Cukai Dan Batu Sempadan Malaya-Thailand

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum tu jangan ler muak yer jika aku bercerita lagi tentang Pengkalan Hulu….ekekeke.. bukannya apa, aku cuma nak berkongsi dengan korang-korang semua pengalaman aku kat sana dan sambil-sambil untuk promote tempat-tempat yang menarik kat sana.

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanKompleks Bebas Cukai

Ok..ok… Segmen “Moh Ke Perak” kali ni aku nak bawak korang semua mengembara ke Kompleks Zon Bebas Cukai kat kawasan yang berhampiran dengan Batu Sempadan Malaysia-Thailand. Terletak di di antara Bukit Berapit, Pengkalan Hulu dan Daerah Betong, Selatan Thailand. Kalau bercerita pasal shopping ni mesti ler kaum perempuan yang hebat kan….hihihihi.. Kompleks Zon Bebas Cukai ni takde ler besar sangat seperti di Padang Besar tapi masih menarik jugak bagi kaki-kaki shopping. Kalau aku bawak wife aku ni mesti kuali ngan periuk menjadi sasaran…ekekekeke… dan di samping tu ada jugak jual pelbagai aneka coklat…ala-ala kat Langkawi tuuu.

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanKompleks Bebas Cukai..

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanBeg ada, pakaian ada, k...

Jom Baca Lagi....

Wajarkah Promosi Blog Anda Begini

Salam,

Biasanya bila ada pembaca atau geng blogger tinggalkan komen kat blog aku, mesti aku rasa teruja dan tak sabar untuk baca. Yer lah…. Geng-geng alam maya ini lah yang akan menaikkan blog kita pastu kena ler selalu blog walking kat blog-blog geng blogger. Terima kasih aku ucapkan kepada korang yang sudi tinggalkan komen, pertanyaan atau pendapat kat blog aku, memang aku hargai segala komen-komen korang. Dengan cara blog walking jugaklah dapat menambahkan lagi backlink blog kita kan. Tak lupa juga kita dapat kenal satu sama lain walaupun tak pernah bersua muka.

Alhamdulillah!, setakat sekarang ni aku dah jumpa face to face dengan blogger yang selalu berkunjung dan meninggalkan komen yang membina kat blog aku seperti Blogger KhirKhalid.com yang marveles, Blogger tersohor Gerik iaitu Bro Sobri (akusobriyaacob.blogspot.com), Bro D.Shahril Hakime (dkosonglapan.blogspot.com) yang femes di Perak…..ekekekeke…. serta ramai juga yang selalu meninggalkan di blog aku yang masih belum da...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Explorasi Gua Gendang dan Gua Itik, Pengkalan Hulu #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mungkin korang nak tau kenapa minggu ni aku asyik bercerita mengenai Daerah Pengkalan Hulu di Hulu Perak. Sebenarnya sebelum ini, aku pun tak tau apa yang ada di Pengkalan Hulu atau dulu dikenali sebagai Pekan Kroh sehinggalah aku diberi peluang oleh Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama meneroka keindahan dan keunikan tersembunyi di Daerah Pengkalan Hulu. Sebelum itu, jom flashback balik entri-entri dalam segmen “Moh Ke Perak”, nanti takut korang semua blur lak tertiba baca entri ni….hihihihihi… 😀

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Entri segmen “Moh Ke Perak” kali ini aku akan membawa korang semua untuk bersama-sama meneroka Gua Gendang dan Gua Itik secara maya...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Keunikan Pesta Songkran, Pengkalan Hulu #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Apa!!… Pesta Songkran di Malaysia?.…. mesti korang ingat Pesta Songkran ni hanya disambut di Thailand jer kan!. Moh aku cerita sket, sebenarnya negara kita ni penuh dengan pelbagai kaum serta etnik dan itu adalah keunikan Malaysia. Apabila ada pelbagai kaum, mesti lah ada pelbagai perayaan kan…tul tak? 😀

Jikalau Masyarakat Melayu menyambut  Awal Muharam (Tahun Baru Islam), Masyarakat Cina dengan Gong Xi Fa Chai (Tahun Baru Cina) atau Masyarakat Tamil dengan Vishu (Tahun Baru Tamil). Masyarakat Siam di Malaysia juga menyambut  Tahun Baru Thai atau yang biasa dikenali sebagai Songkran tapi ramai juga yang menganggap Pesta Songkran ni sebagai Pesta Air. Pesta Songkran ni ada juga disambut di Malaysia oleh Masyarakat Siam-Malaysia terutamanya di negeri–negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, Perak, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Dalam segmen “Moh Ke Perak” kali ini aku telah mengembara bersama-sama FAM Trip Pengkalan Hulu:...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sememangnya Negeri Perak terkenal dengan kegiatan perlombongan bijih timah tapi korang pernah dengar tak tentang lombong bijih timah yang terbesar dan tertua kat Malaysia ni?. Oleh itu, segmen “Moh ke Perak” kali ini aku nak bercerita tentang Lombong Bijih Timah yang dikelolakan oleh Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. Aku pun baru tau jugak sebenarnya tentang kewujudan lombong bijih timah ni. Semasa mengikuti FAM Trip Pengkalan Hulu, aku telah berpeluang untuk meneroka dan melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan di lombong bijih timah tersebut. Secara peribadi, ini adalah pengalaman kali pertama aku masuk ke kawasan lombong bijih timah ni….. kalau dulu-dulu biasanya gi memancing kat lombong jer…ekekekeke. 😀

Ok! Sebelum tu jom aku ceritakan serba sedikit tentang sejarah Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd ni………. 😀

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic ni telah beroperasi semenjak tahun 1907 di Klian Intan, Hulu Perak...

Jom Baca Lagi....

Pengkalan Hulu: The Undiscovered Trail #VMY2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tourism Malaysia, Perak di atas jemputan  untuk bersama-sama menyertai FAM Trip Pengkalan Hulu #VMY2014 atau Pengkalan Hulu – The Undiscovered Trail yang telah berlangsung pada 12-14 April 2014.  FAM Trip ini di sertai oleh 28 peserta terdiri daripada rakan-rakan Media, Travel Agent, Tourism Malaysia Perak dan juga rakan Blogger, program ini adalah bertujuan untuk meneroka keunikan dan memperkenalkan keindahan kawasan pelancongan di Pengkalan Hulu untuk dijadikan sebagai tarikan perlancongan.

gua-gendang-pengkalan-hulu-perak-tourism-malaysia-perak-tempat-pelancongan-visit-malaysia-2014Lokasi : Gua Gendang
Sumber gambar : Tourism Malaysia, Perak

Dalam entri kali ini, aku akan bercerita secara ringkas mengenai Daerah Pengkalan Hulu dan tarikan alam semulajadi yang tersembunyi serta keunikan yang ada di Daerah Pengkalan Hulu...

Jom Baca Lagi....

Layan ATV Di Mudtrekkerz Cahaya SPK Adventure Park

Salam,

Korang pernah tak menunggang ATV?….alaaa… Motor yang ada 4 tayar tu atau nama panjangnya All-Terrain Vehicle. Minggu lepas, aku dan wife gi mencuba menunggang ATV ni, memang tak sama seperti menunggang motor 2 tayar…lebih-lebih lagi biler nak kawal handle nya sampai aku asyik terbabas ke tepi jer….ahahahahaha. Berat giler nak kontrol tayar depannya tapi aku rasa mungkin sebab first time kot?.

atv-all-terrain-vehicle-shamphotographyGroupfie dulu sebelum mula….

Aku dan wife jumpa offer ATV ni kat Groupon so kitaorg terus ler beli slot untuk 8 orang sebab nak harga murah pastu tracknya pulak kat Cahaya SPK… kat area Puncak Alam jer. Terus tanya pada geng-geng semua dan hasilnya sorang kena RM28 jer untuk 5 laps. Sepatutnya kitaorg redeem Groupon ni bulan 3 ari tu tapi tak dapat sebab hujan lebat so kena ler jadualkan balik bulan ni. Seronok tu memang ler seronok sebab mencuba benda baru kan tapi naik sakit jugak tangan ngan bontot….ahahahahahaha.

Pagi tu hujan gak sebenarnya tapi takde ler lebat sangat, kalau tak memang...

Jom Baca Lagi....