Monthly Archives May 2014

Sultan Perak Ke 35: Daulat Tuanku

sultan-perak-ke-35-sultan-dr-nazrin-shah-shamphotography

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pemangku Raja Perak iaitu Raja Dr. Nazrin Muizuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah telah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang ke-35, di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada jam 3.14 petang tadi menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang telah mangkat.

Jom aku berkongsi sikit biodata DYMM Sultan Dr. Nazrin Muizuddin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah

  • Diputerakan pada 27 November 1956
  • Putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun Mohd Ali
  • Ditabalkan sebagai Raja Muda Perak pada 19 April 1987
  • Berkahwin dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson pada 17 Mei 2007
  • Anakanda: Raja Mudzaffar Azlan Shah, Raja Nazira Safya Shah

Pendidikan

  • Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, ...
Jom Baca Lagi....

Zombie Run Malaysia 2014

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Badan masih terasa letih dan sengal-sengal lagi sebab berlumba lari dengan Zombie ahad lepas. Kalau korang masih ingat lagi entri “Apa? Ada Zombie Di Malaysia” yang aku tulis lebih kurang 2 minggu lepas, mesti korang tertanya-tanya manakah sambungannya kan?. Fusssss!!… ada banyak lagi entri yang masih dalam status “draft” tapi nampaknya aku siapkan pasal Zombie ni dulu lah.

Zombie Run Malaysia pada tahun ini telah diadakan seiringan dengan Karnival Belia di Precinct 4, Putrajaya. Aku dan wife seawal pukul 2 petang dah menuju ke Putrajaya sebab memang tahu mesti jalan jem. Memang sesak giler nak menuju ke Karnival Belia tu, pastu dengan Waze yang tak berapa nak betul… asyik berpusing-pusing jer kitaorg…hihihihi.. 😀 . Kitaorg terpaksa parking kereta di Precinct 18 pastu kena jalan kaki lebih kurang 2 km untuk ke lokasi Zombie Run ni. Belum kena lari dari zombie lagi, kitaorg dah letih…ahahahahaha....

Jom Baca Lagi....

Kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

kemangkatan-sultan-perak-sultan-azlan-shah-28-mei-2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasa hiba dan sedih apabila mendengar berita kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir pada sekitar pukul 1.30 tengahari tadi.

Aku dilahirkan di Perak dan sebagai seorang anak Perak sememangnya sedih dengan berita ini. Tuanku juga merupakan Canselor Universiti Malaya, dimana tempat aku berkerja dan berkhidmat sehingga kini. Sebagai seorang staf Universiti Malaya memang ada terdengar cerita bahawasanya Tuanku sedang gering dan sejak 2 tahun kebelakangan ini, Upacara Konvokesyen di Universiti Malaya hanyalah dirasmikan oleh Raja Muda Perak  iaitu Raja Dr. Nazrin Shah.

sultanazlanshah

Masih aku ingat lagi dulu, setiap tahun sebelum Konvokesyen Universiti Malaya, aku akan ke Istana Hinggap Perak di Bukit Persekutuan, Bangsar untuk menghantar Skrol Ijazah Kehormat & Profesor Emeritus untuk ditandatangani oleh Tuanku...

Jom Baca Lagi....

Restoran Tasik Raban Lenggong

restoran-tasik-raban-lenggong-ikan-bakar-tasik-raban-gerik-perak-tempat-makan-menarik-jjcm-visit-malaysia-tahun-melawat-perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mesti korang semua pernah dengar mengenai Restoran Tasik Raban!. Bagi yang selalu travel melalui daerah Lenggong atau menuju ke Gerik, pasti akan singgah atau akan melalui lokasi Restoran Tasik Raban ni. Sebenarnya, aku dah lama berniat nak siapkan entri ni sebab entri ni berkaitan dengan FAM Trip Pengkalan Hulu anjuran Tourism Malaysia Perak sempena mempromosikan Daerah Pengkalan Hulu. Kalau korang nak refresh balik atau bagi yang baru kali pertama berkunjung ke blog aku ni, boleh ler baca entri mengenai tarikan perlancongan yang ada di Pengkalan Hulu, Hulu Perak di link kat bawah ni….

1. Pengkalan Hulu: The Undiscovered Trail #VMY2014
2. Moh Ke Perak: Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic #VMY2014
3. Moh Ke Perak: Keunikan Pesta Songkran, Pengkalan Hulu #VMY2014
4. Moh Ke Perak: Explorasi Gua Gendang dan Gua Itik, Pengkalan Hulu #VMY2014
5. Moh Ke Perak: Kompleks Bebas Cukai Dan Batu Sempadan Malaya-Thailand

Jom aku sambung balik entri ni…….

Sebel...

Jom Baca Lagi....

White Brick Oven : Artisan Bakery and Cafe

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Siapa sangka seorang warga British akan jatuh hati dengan seorang wanita melayu dan menetap di Malaysia. Nama White Brick Oven Artisan Bakery adalah sinonim dengan pasangan suami isteri Mardia dan Mustafa. Pasangan suami isteri ini merupakan pengusaha perniagaan bakeri (Homemade Bread & Pastry) sejak dulu lagi, tetapi kini telah bersara dan hanya mengedarkan roti dan pastri untuk 2 kedai sahaja di Bangsar dan Ikano serta membuka kedai bakeri di rumah.

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaAku dan wife bergambar dengan Mardia dan Mustafa di kedai bakeri a.k.a rumah dorang….hihihihi..

Apa yang uniknya White Brick Oven Artisan Bakery ni, uncle Mustafa atau nama britishnya Martin memproses dan mengisar sendiri tepung secara tradisonal di rumah bagi kegunaan membuat roti dan pastri untuk menjaga kualiti dan juga mengekalkan nutrisi yang terkandung dalam tepung...

Jom Baca Lagi....

Ke Singapore Ker Kita? : Finale

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-hotel-garden-by-the-bay-merlion-park-01c

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagai permula bicara, aku ingin ucapkan terima kasih kepada pembaca yang setia membaca entri “Ke Singapore Ker Kita?” daripada episode pertama lagi. Pengalaman ini dikongsikan bertujuan sebagai panduan kepada sesiapa yang ingin ke Singapore tapi setakat yang termampu dikongsikan sebab kitaorg pun tak dapat nak ronda-ronda 1 Singapore…hihihihihi… 😀 Ini juga merupakan episode finale bagi entri Singapore dan aku telah cuba sedaya upaya menerangkan selengkap yang boleh.. 😀

Jom aku sambung cerita lagi…….

Daripada Marina Bay Sands, kitaorg menuju kembali ke Stesen MRT BayFront untuk ke lokasi seterusnya. Senang jer nak ke MRT dari situ, cuma masuk semula ke dalam The Shoppes At Marina Bay Sands pastu ikut jer papan arah ke MRT (BayFront). Misi terakhir kitaorg sebelum balik ke Johor ialah untuk bergambar di patung singa yang air keluar dari mulut tu kat Merlion Park sebab ini juga merupakan salah satu mercu tanda Singapore dan tempat wajib untuk...

Jom Baca Lagi....

Statistik Blog Dan Ranking Alexa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada pembaca dan rakan-rakan blogger yang sentiasa berkunjung ke blog www.shamphotography.com . Hari ni aku cuma nak berkongsi dengan korang statistik blog aku sepanjang tahun 2014 ni. Tersenyum jugak aku bila tengok statistik jumlah Unique Visitors (UV) daripada bulan Januari hinggalah ke hari ini…hihihihihi… 😀 . Cer tengok gambar kat bawah ni haaa…. aku amik daripada CPanel Web Hosting aku. Mungkin tidak sehebat blog-blog yang lain sebab setiap hari boleh mencapai hingga beribu-ribu UV. 😀

Stat Unique Visitors shamphotography.com

stat-2014-shamphotographyStatistik sehingga 21 Mei 2014

Alhamdulillah!Unique Visitors (UV) semakin meningkat setiap bulan dan ini sebenarnya memberi aku semangat untuk terus dan terus dan terus dan terus dan terus dan terus menulis dan berceloteh di dalam diari alam maya aku...

Jom Baca Lagi....

Ke Singapore Ker Kita? : Episode 3

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mesti korang semua ternanti-nanti sambungan entri “Ke Singapore Ker Kita?” kan?… memang niat tu nak siapkan entri ni dengan cepat tapi aku rasa tak best pulak kalau entri ringkas jer kan?… minggu ni aku dan wife gi hiking ke Air Terjun Lata Medang di Kuala Kubu Bharu, pastu hari ahad pulak kena rehatkan badan yang sengal-sengal ni sebab hari isnin dah mula kerja. Nanti aku akan ceritakan tentang pengalaman aku dan wife ke Lata Medang dan bagi sesiapa yang baru kali pertama terjah entri ni, bolehlah baca entri terdahulu kat link di bawah ni…..

—> Ke Singapore Ker Kita? : Episode 1
—> Ke Singapore Ker Kita? : Episode 2

Ok!..Ok!.. jom aku sambung balik entri ni……..

Lepas kitaorg turun semula ke Stesen Cable Car HarbourFront, terus menuju semula ke Stesen MRT HarbourFront untuk ke Garden by the Bay. Dari MRT HarbourFront kitaorg naik train North East Line dan turun di Stesen MRT Chinatown untuk tukar train pastu daripada MRT Chinatown kitaorg naik tra...

Jom Baca Lagi....