Monthly Archives July 2014

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014/1435H

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa, tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira, anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa, ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira.

Nampaknya Syawal bertandang kembali pada tahun ini dan Ramadhan pula pergi meninggalkan kita. Tahun ni aku beraya di kampung wife dulu pastu petang raya kedua baru pulang ke Bandar Seri Iskandar. Seperti biasa, setiap tahun keluarga mertua akan tunggu aku ngan wife balik sebab aku telah dilantik menjadi photographer tetap khas untuk mengambil gambar raya seluruh keluarga. Tahun lepas dorang takde gambar raya sebab beraya kat kampung aku dulu pastu baru balik rumah mertua….hihihihi.. 😀

Semalam, aku dan wife keluar dari rumah lebih kurang pukul 5 petang dan sebelum sampai ke Kuala Selangor, kakak ipar di kampung dah telefon sebab dorang rancang nak ambil gambar keluarga malam tu jugak...

Jom Baca Lagi....

Adalah Blog Aku Digodam?

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

Bulan Julai ni merupakan bulan yang mencabar bagi blog aku ni disebabkan asyik kena bersengkang mata tengok coding dan skrip php blog aku. Aku takde ler pandai sangat nak edit skrip ni tapi aku tau ler bahagian mana yang nak di check. Aku rasa bulan ni banyak kali sebenarnya blog aku dan blog wife (www.vitamin4kesihatan.com) berstatus “Server Down” disebabkan skrip php kitaorg selalu digodam dan diubah, pastu bahasa coding apa ntah yang dorang gunakan. Aku terpaksa buang coding-coding tu dalam skrip php aku untuk repair. Dah buang coding tu baru ler kedua-dua blog ok balik. Nasib baik la Support Team Hosting aku bagus, dorangnya response time pun cepat pastu sampai 1-2 pagi pun dorang cepat balas email aku walaupun hosting aku di Malaysia jer…hihiihihi.. berbaloi rasanya aku bayar setiap tahun.

Sekarang ni aku terpaksa gunakan perkhidmatan Content Distribution Network (CDN) ataupun biasanya dikenali sebagai Cloud Network untuk memastikan blog aku masih...

Jom Baca Lagi....

Penukaran Domain Name Blog Ke www.eshamzhalim.com

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Terlebih dahulu, terima kasih aku ucapkan kepada pembaca-pembaca setia blog ni dari dulu hingga sekarang. Setelah dipikir, dicongak, dibincang dan dibrainstorm. Aku nak maklumkan kepada dunia alam siber ni bahawa domain name blog www.shamphotography.com akan bertukar ke www.eshamzhalim.com.

penukaran-domain-name-baru-eshamzhalim-com

Kenapa perlu ditukar?… mesti korang tertanya-tanya kan?… sebenarnya satu masa dahulu semasa zaman aku muda remaja, 😀 objektif utama aku menulis dalam blog ini adalah berkaitan dengan hobi photography aku dan juga untuk berkongsi hasil kerja part time aku sebagai wedding photographer. Sekarang ni aku jarang ambil job wedding dan kebanyakkan entri yang aku menulis sekarang adalah diluar niche photography. Demi untuk membesarkan skop blog, aku terpaksa menukar domain name sekarang kepada www.eshamzhalim.com supaya skop penulisan aku jadi lebih umum. Walau apa pun, aku masih boleh menulis pasal photography jugak kan.

Nampaknya, aku terpaksa berkerja keras lagi untuk...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Warisan Masjid Kg Dal & Nan Craft Labu Sayong #VMY2014

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Sekali lagi aku menulis untuk segmen ‘Moh Ke Perak’ bagi mempromosikan negeri kelahiran aku. Walaupun aku dilahirkan di Perak tapi banyak juga tempat menarik di Perak aku belum terjah lagi…hihihihi.. 😀 Terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak kerana menzahirkan peluang ini kepada aku.

Masjid Kampung Kuala Dal @ Masjid Ihsaniah Iskandariah

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotography

Semasa FAM Trip yang lepas, aku berkesempatan untuk singgah di sebuah masjid yang unik di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas. Masjid Ihsaniah Iskandariah atau lebih dikenali juga Masjid Kampung Kuala Dal merupakan salah sebuah masjid bersejarah di negeri Perak. Masjid 2 tingkat ini memang unik dengan rekabentuk binaannya menyerupai seperti sangkar burung ataupun tikar mengkuang. Dinding masjid ini diperbuat daripada anyaman buluh minyak yang dipanggil ‘Dinding Tepas/Tepus’ bermotif Geomatri Arab dan dicat dengan warna bendera negeri Perak. Kehalusan seni anyaman tangan kelarai bermotif pengaruh ‘arabes’...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Hutan Lipur Lata Kekabu #VMY2014

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Aku ada menulis mengenai Galeri Arkeologi Lembah Lenggong beberapa hari kebelakang ni kan. Sudi-sudi ler klik kalau nak tahu kisah galeri tu dan bagi entri ‘Moh Ke Perak’ kali ni, aku nak bawa korang untuk meneroka satu lagi kawasan menarik di Daerah Lenggong iaitu Hutan Lipur Lata Kekabu. Hutan Lipur Lata Kekabu ini terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau yang merupakan jenis Hutan Dipterokarpa Bukit. Lokasinya tidak jauh daripada Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, aku rasa lebih kurang 2 kilometer jer jaraknya atau 9 kilometer dari Pekan Lenggong dan 25 kilometer dari Bandar Kuala Kangsar melalui Jalan Kuala Kangsar – Gerik. Bagi korang yang tinggal sekitar kawasan Kuala Kangsar, Lenggong ataupun Gerik mesti cukup kenal dengan tempat perkelahan ni kan. Bagi yang tak pernah datang sini atau yang teringin nak berkunjung di sini, bolehlah rujuk pada peta di bawah ni haaaaa……

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Dari jalan besar korang akan nampak papan tanda ke Hutan Lipur Lata...

Jom Baca Lagi....

Keunikan Citarasa Flamo Cuisine Di Restoran Ayam Kampung

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Alhamdulillah… pada 14 Julai yang lepas aku dan wife telah dijemput untuk menyertai satu food preview merangkap sekali acara berbuka puasa di Flamo @ Restoran Ayam Kampung yang beroperasi Seksyen 2, Wangsa Maju. Ramai jugak kenalan blogger yang hadir untuk bersama-sama memeriahkan lagi suasana. Flamo menyajikan hidangan yang popular daripada negara China khususnya dari Beijing, Guang Zhou, Yunnan, Xin Jiang dan Shenzen dibawa ke Malaysia serta tak lupa juga sedikit sentuhan makanan Arab. Kalau nak digabungkan mesti akan menjadi CiRab (masakan Cina + Arab) …ahahahahahaha…

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographyAntara blogger yang hadir..

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographyAku dan wife bergambar bersama blogger Sis Hanny Abdullah dan Namia

Aku telah berkesempatan untuk berbual dengan pemilik Flamo @ Restoran Ayam Kampung ni iaitu En. Zulkarnain Malik dan isterinya Puan Norazlina Chong...

Jom Baca Lagi....