Monthly Archives August 2014

Restoran Tasik Raban Cawangan Seri Iskandar

restoran-tasik-raban-seri-iskandar-perak-moh-ke-perak-tempat-makan-menarik-di-perak-eshamhalim

Dikemaskini pada 22 Februari 2016:
Restoran Tasik Raban Seri Iskandar telah tutup dan tak pasti restorannya pindah ke mana. Baru jer tahu selepas balik kampung semasa cuti tahun baru cina yang lepas. Niat nak singgah makan ikan bakar tapi restorannya dah tutup dan sudah ada papan tanda untuk disewa.

Dikemaskini pada 25 Julai 2015:
Restoran Tasik Raban Seri Iskandar telah berpindah ke Jalan lb1, Seri Iskandar (berdekatan dengan Agrobank Cawangan Seri Iskandar). Aku kurang pasti nama jalan tapi di antara Jalan lb1 dan Jalan Dataran 1 selepas Jalan Pekeliling Iskandar. Baru jer dapat tahu bila balik kampung semasa cuti Hari Raya Aidilfitri hari tu.

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bila disebut nama Restoran Tasik Raban, aku rasa perkara pertama yang akan terlintas di kepala korang mestilah Ikan Bakar Air Tawar dan Sambal Bumbumnya. Betul tak?… Menu utama ni sememangnya popular di Restoran Tasik Raban disamping menyediakan juga pelbagai masakan kampung buat pelanggan yang berkunjung...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Menyingkap Sejarah Dan Misteri Kellie’s Castle #VMY2014

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysia

Assalamualaikum kepada pembaca semua,

Kellie’s Castle atau dikenali juga sebagai Rumah Kellas sememangnya penuh dengan nilai sejarah dan juga pelbagai misteri yang masih menyelubungi disebalik kewujudan istana lama ini. Lokasinya yang terletak di tepi Jalan Gopeng menuju ke Pekan Batu Gajah, sering menjadi permandangan biasa yang akan aku lalui setiap kali pulang ke kampung halaman di Seri Iskandar. Kalau korang nak tahu, Kellie’s Castle ni dulu memang tak dapat dilihat daripada jalan besar kerana tersembunyi disebalik pokok dan lalang yang tinggi. Dulu memang aku tak berani nak masuk istana lama ni sebab dari jauh memang nampak menyeramkan. Takut wei nak datang sini masa zaman budak-budak dulu.

Aku dan wife sempat singgah di Kellie’s Castle semasa dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas habis cuti hari raya di kampung. Sebenarnya kitaorg nak berhenti untuk sarapan jer tapi bila nampak banyak perubahan di Kellie’s Castle, terus timbul perasaaan ingin tahu untuk meneroka semul...

Jom Baca Lagi....

Jom Ngopi: Chemistry Cafe+Lab @ Seksyen 7 Shah Alam

chemistry-cafe-lab-seksyen-7-shah-alam-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Maka dengan ini, wujudlah satu segmen baru di dalam blog ini yang diberi nama ‘Jom Ngopi’. Bukannya apa, rasa macam rugi ler pulak sebab aku memang suka minum kopi dan kebiasaannya aku, wife dan Hafeesyam selalu mencuba pelbagai Cafe atau Coffee House yang ada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ini merupakan aktiviti kitaorg setiap bulan, itu pun kalau masing-masing tak sibuk dengan urusan lain. Mulanya, aku cuba racun Hafeesyam supaya buat 1 blog yang berkisarkan Cafe tapi mungkin masa tu tak mengizinkan. Akhirnya, aku dan wife mengambil keputusan untuk menulis pasal aktiviti kaki ngopi kitaorg dalam blog masing-masing…ekekekeke…

Bagi entri pertama segmen ni, aku akan bawa korang semua terjah ke Chemistry Cafe+Lab yang beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam. Sebelum ni, memang susah kitaorg nak jumpa Cafe di Shah Alam dan menurut sumber yang aku dapat, Chemistry Cafe+Lab ni baru jer beroperasi.

chemistry-cafe-lab-seksyen-7-shah-alam-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim

Berkonsepkan seperti di dalam sebuah makmal sains...

Jom Baca Lagi....

Jemputan FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 Tourism Malaysia Perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Sekali lagi aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia Perak di atas Jemputan Program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 bertempat di Teluk Intan dan juga untuk mempromosikan produk-produk pelancongan di sekitar Hilir Perak. Seperti biasa, FAM Trip ini akan disertai oleh rakan-rakan media, agensi pelancongan dan juga rakan-rakan blogger. Antara rakan blogger yang turut serta ialah Bro Khir Khalid dan Bro D.Shahril Hakime…hihihihi… sekurang-kurangnya ada jugak rakan blogger yang aku kenal. 😀

fam-trip-tourism-malaysia-perak-hilir-perak-mancing-udang-galah-teluk-intan

Seronok sebenarnya dapat mempromosikan pelbagai tarikan pelancongan di negeri kelahiran aku sendiri ni iaitu Perak Darul Ridzuan dan menulis juga telah menjadikan hobi aku walaupun hanya menulis di blog. Manalah tahu, lepas ni dapat jemputan FAM Trip dari negeri lain pulak….hihihihihi… kalau ada rezeki laaaaa…

Entri ni sebenarnya aku dah setkan untuk auto publish pada hari ni sebab aku rasa memang susah nak online sepanjang tempoh progra...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Eksplorasi Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok Royal Belum #VMY2014

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku harap anda janganlah bosan dengan entri-entri aku kebelakangan ini yang banyak berkisarkan Taman Negeri Royal Belum….hihihihi.. 😀 Bukannya apa! ini hanyalah sekadar untuk berkongsi pengalaman aku semasa berada di sana di atas tajaan Tourism Malaysia Perak serta Perbadanan Taman Negeri Perak yang bermurah hati untuk menjemput aku. Mungkin di antara anda yang sudah pernah menjejakkan kaki di Royal Belum dan mungkin juga ada yang belum. Dengan adanya entri-entri seperti ini, pasti akan timbul perasaan membuak-membuak jauh di sudut hati sanubari anda untuk berkunjung ke Royal Belum bagi menulis pengalaman serta melakarkan pengembaraan sendiri di sana. Amat rugi jika tidak ke sana kerana Taman Negeri Royal Belum merupakan satu khazanah negara dan juga permata hati negeri Perak yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti.

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Explorasi FAM Trip Royal Belum ini menuju ke penghujungnya apabila kami dibawa mengembara ke satu lagi lokasi yang menarik di Ta...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Menjejaki Jenut Papan Royal Belum #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pengembaraan FAM Trip Royal Belum kami diteruskan lagi ke Kem Sungai Papan untuk melihat sendiri Jenut atau dikenali juga sebagai Sira yang sering dikunjungi oleh haiwan-haiwan liar di sekitar Taman Negeri Royal Belum.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Apa-apa pun Groupfie mestilah didahulukan…hihihihi..

Anda tahu ker apa itu Jenut?. Ok!..Ok!.. Moh aku terangkan kat sini, Jenut atau Sira ni sebenarnya bermaksud tempat haiwan menjilat garam. Jenut atau Sira ni kalau dalam istilah Bahasa Inggeris nya ialah ‘Salt Lick’ dan ia merupakan satu keperluan yang diperlukan oleh haiwan untuk menambah dan mendapatkan zat garam mineral serta nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium, natrium dan zink di dalam diet pemakanan mereka.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Bot-bot yang membawa kami…

Jenut ini juga boleh dikatakan sebagai klinik semulajadi untuk haiwan-haiwan yang berada di sekitar situ kerana garam juga merupakan salah satu bahan penting bagi membaiki masalah sistem penghadaman...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Meneroka Air Terjun Sungai Kooi Royal Belum #VMY2014

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Royal Belum sememangnya mempunyai pelbagai keunikan yang boleh dijadikan tarikan pelancongan dan di antaranya adalah sungai serta air terjun yang pasti membuatkan anda tidak mahu kembali semula ke kesibukan kotaraya. Semasa FAM Trip kami ke Royal Belum yang lepas, aku berpeluang untuk meneroka Air Terjun Sungai Kooi serta dalam misi untuk mencari Bunga Rafflesia yang tumbuh meliar di sekitar Sungai Kooi.

Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Sungai Kooi walaupun ini adalah kali kedua aku bertandang di Royal Belum. Selain daripada Air Terjun Sungai Kooi, aku bersama-sama FAM Trip sempat juga singgah di Kem Sungai Papan dan Air Terjun Sungai Ruok untuk bermanja-manja dengan ikan kelah di sana tapi akan aku ceritakan di entri yang lain. Bagi entri kali ini, biarlah aku fokus dengan Sungai Kooi dulu ok!….hihihihihi.. 😀

Seperti biasa, kami perlu menaiki bot kecil untuk kesana sebab laluan tersebut tidak boleh dilalui oleh houseboat...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Jom Berakit Di Royal Belum #VMY2014

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Assalamualaikum dan Salam Royal Belum…hihihihihi.. 😀

Entri Royal Belum kali ni lebih berunsurkan penceritaan secara santai jer sebenarnya. Aku nak bercerita al-kisah aktiviti berakit semasa di Kem Sungai Tiang, Royal Belum. Mungkin di antara anda dah biasa dengan aktiviti berakit tapi bagi aku ini adalah kali pertama….hihihihihi… 😀

Aktiviti berakit ni sebenarnya ialah salah satu program yang telah diselitkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak khas buat FAM Trip Royal Belum kami. Sebelum terlupa, terima kasih juga diucapkan kepada Puan Noor Fadhilah Ismail daripada Perbadanan Taman Negeri Perak yang sentiasa sudi melayani karenah kami semenjak dari hari pertama lagi…hihihihihi.. 😀 .

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Mereka berdua ni langsung tak turun ke tasik…hihihihihi…

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Aku bergambar dengan Pegawai Renjer Taman Negeri Perak

Bagi anda yang akan ke Royal Belum dan bermalam di Kem Sungai Tiang nanti, bolehlah mencuba aktiviti berakit ni tapi aku rasa mungkin kena bincang atau minta kebenaran dulu dengan pihak y...

Jom Baca Lagi....