Monthly Archives September 2014

Jom Ngopi: Cafe Studio @ The Strand Kota Damansara

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Alhamdulillah!.. Bersua kembali di dalam segmen Jom Ngopi bagi episod ke 2. Bagi episod kali ini, aku bersama-sama wife dan Hafeesyam berkunjung ke Cafe Studio yang terletak di The Strand, Kota Damansara. Banyak jugak cafe di sekitar Kota Damansara tapi Hafeesyam tetap mencadangkan supaya aku dan wife mencuba cafe ni. Aku rasa lokasi Cafe Studio ni agak tersorok dan mungkin akan membuatkan ramai tercari-cari. Beroperasi di tingkat 1 deretan lot kedai di sebelah belakang Encorp Strand Mall memang seakan tersembunyi daripada pandangan mata kasar.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogPapan tanda Cafe Studio yang kecil kemungkinan membuatkan mata terlepas pandang .

Aku rasa agak terpegun jugak apabila melangkah masuk ke cafe ini dan sememangnya layak menggunakan nama Cafe Studio kerana hiasan dalamannya seakan sebuah studio yang penuh dengan hasil-hasil seni dan juga ukiran arca yang unik dijadikan sebagai bahan perhiasan.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogSuasana di dalam Cafe Studio.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogHiasan yang menarik.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogBangku dan meja yan...

Jom Baca Lagi....

10 Random Facts About Me: When I am Travelling

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Dah lama rasanya aku tidak ditag oleh sesiapa pastu secara tiba-tiba terasa seperti nama aku diseru-seru di dalam blog Puan Nana Tron. Bagi sesiapa yang masih belum mengenali Puan Nana Tron kita ni, bolehlah terjah blog beliau.

Ermmm… 10 Random Facts About Me: When I am Travelling ataupun 10 fakta secara rambang mengenai diriku apabila aku mengembara. Travel atau mengembara ni sebenarnya memang telah menjadi satu aktiviti kesukaanku. Lebih-lebih lagi kalau ditaja untuk mengembara atau travel dengan wife tersayang… mestilah seronok…hihihihi. 😀

jom-travel-eshamzhalim-travelblogGambar daripada instagram wife…. 😀

Demi menyahut cabaran Puan Nana Tron, jom aku senaraikan 10 Random Facts About Me: When Eshamz Halim  Travelling….

1. Suka tempat duduk di tepi bahagian sayap jika menaiki kapal terbang.

Sama seperti Puan Nana Tron, memang aku suka tempat duduk dibahagian sayap. Tak tahu kenapa?. Mungkin aku rasa seimbang kot sebab duduk di tengah-tengah kapal terbang.

jom-travel-eshamzhalim-travelblog

2...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Pusat Konservasi Tuntung Bota Kanan #VMY2014

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) ini terletak di Kampung Bota Kanan, Daerah Perak Tengah iaitu kira-kira 50km dari Bandar Ipoh. Tuntung adalah haiwan yang tergolong di dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi atau kura-kura dan mengikut statistik, populasi tuntung di Malaysia khususnya di sekitar Sungai Perak telah mengalami kemerosotan yang teruk dalam tempoh 30 tahun, kini status tuntung berada dalam keadaan amat terancam dan hampir pupus sekiranya tiada langkah-langkah kawalan dan penguatkuasaan.

Wujudnya Pusat Konservasi ini adalah bertujuan untuk memulihara ekosistem tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur. Selain daripada menjadi kawasan bagi pemuliharaan spesies tuntung, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara. Tuntung Sungai (Batagur Baska) dan Tuntung Laut (Callagur Borneoensis) merupakan spesies reptilia yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di Pusat Konservasi Hidupan Liar...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Homestay Pendiat Bota Kanan Perak #VMY2014

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kampung Pendiat adalah lokasi pertama yang dilawati oleh FAM Trip Jom Mancing Udang anjuran Tourism Malaysia Perak semasa program ini berlangsung. Ketibaaan FAM Trip kitaorg disambut meriah dengan paluan kompang, persembahan silat dan juga jamuan makan tengahari dengan hidangan masakan kampung yang sungguh menyelerakan.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakPersembahan silat oleh adik-adik Kampung Pendiat.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakSajian masakan kampung yang cukup menyelerakan.

Terlebih dahulu, jom aku ceritakan serba sedikit mengenai Kampung Pendiat. Kampung Pendiat terletak di Bota Kanan, Perak dan menawarkan pakej penginapan Homestay bagi mereka yang inginkan suasana tenang dan harmoni serta jauh daripada kesibukkan kotaraya. Menurut maklumat yang aku perolehi, Kampung Pendiat ini merupakan sebuah perkampungan tradisional di tepian Sungai Perak dengan keluasan 3km persegi di dalam Mukim Bota di daerah Perak Tengah. Apa yang menariknya Homestay Pendiat ini ialah masih terdapat warisan berzaman yang dipraktikkan ...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Keunikan Menara Condong Teluk Intan #VMY2014

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakKredit gambar: Tourism Malaysia Perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Menara Condong Teluk Intan atau pun dikenali juga sebagai Menara Jam Tinggi merupakan sebuah mercu tanda bagi bandar Teluk Intan. Ini adalah salah sebuah lokasi yang aku lawati bersama rakan-rakan FAM Trip sempena program Jom Mancing Udang 2014 di Teluk Intan anjuran Tourism Malaysia Perak yang berlangsung pada 16 hinga 18 Ogos yang lalu. Menara Condong Teluk Intan ini semestinya mempunyai nilai sejarah yang tersendiri selain daripada keunikan dan kehebatan senibinanya. Menara Condong ini terletak diantara pertemuan dataran segiempat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar.

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perak

Terlebih dahulu, jom aku singkap serba sedikit sejarah disebalik pembinaan menara ini.

Menara ini telah dibina pada tahun 1885 oleh seorang kontraktor cina yang dikenali sebagai Leong Choon Choong serta Kontraktor Ceylon yang turut membina dan menjadi penderma utama kepada menara ini. Menara ini berbentuk Pagod...

Jom Baca Lagi....

FAM Trip Jom Mancing Udang: Tarikan Teluk Intan #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Udang Galah Sepit Biru adalah objektif utama aku di dalam eksplorasi ‘Moh Ke Perak’ kali ini. Alhamdulillah… sekali lagi aku berkesempatan untuk sertai FAM Trip anjuran Tourism Malaysia Perak bertemakan Jom Mancing Udang 2014 yang bertempat di Teluk Intan, Perak. Sebenarnya, aku bukanlah seorang kaki pancing tegar tapi peluang yang telah diberikan oleh pihak Tourism Malaysia Perak tidak akan aku sia-siakan… 😀

fam-trip-jom-mancing-udang-2014-teluk-intan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-menarik-di-teluk-intanGambar Groupfie adalah penting di dalam setiap entri aku…hihihihi.. 😀

Udang Galah Sepit Biru ni atau nama saintifiknya Macrobrachium Rosenbergiie merupakan hidupan air yang suka bermain-main di sekitar air tawar seperti di sungai dan oleh kerana itulah lokasi memancing kitaorg difokuskan di sekitar sungai Teluk Intan. Bagi aku, memancing ni sama ada udang ataupun ikan sememangnya satu aktiviti yang mengasyikkan dan santai tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi.

FAM Trip Jom Mancing Udang ini telah disertai oleh wakil media, wakil agensi pela...

Jom Baca Lagi....