Monthly Archives October 2014

KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventure

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Apa khabar para pembaca semua?. Bagi bulan Oktober dan November ni, jadual mingguan aku dan wife memang padat dengan pelbagai aktiviti dan kemungkinan agak lambat sikit untuk update entri terbaru. Maklumlah, kitaorg bukannya blogger sepenuh masa kan? cuma blogger sambilan jer pastu ditambahkan lagi dengan kerja-kerja di pejabat yang semakin menggunung menuju ke puncak Everest….hihihihi.. 😀

Entri kali ni, aku nak berkongsi pengalaman kitaorg buat julung kalinya menyertai pertandingan KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014 yang telah diadakan pada 18 Oktober 2014 di MaTiC Lanai, Jalan Ampang, Kuala Lumpur anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan FELDA. Setiap team terdiri daripada 4 orang peserta dan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM200 serta setiap team juga perlu memilih nama team sendiri. Aku, wife, Zakiah dan Alice telah bergabung dalam 1 team dan memilih nama Geng Zombie. Kenapa kitaorg pilih nama “Geng Zombie”?...

Jom Baca Lagi....

The Heart Exhibition: Pameran Kesihatan Jantung 2014

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centre

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Hari Jantung Sedunia akan disambut pada bulan September setiap tahun. The Heart Exhibition ataupun Pameran Kesihatan Jantung adalah merupakan event tahunan yang memfokuskan kepada penjagaan dan kesihatan jantung. Pada tahun ini Pameran Kesihatan Jantung 2014 telah diadakan pada 27 – 28 September 2014 di Exhibition Center, Mid Valley Megamall di atas anjuran Yayasan Jantung Malaysia, Institut Jantung Negara, Woman’s Heart Health Association dan juga NHAM (National Heart Association Malaysia). Pameran Kesihatan Jantung ini adalah bertujuan untuk memupuk dan memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya kesihatan serta penjagaan jantung di dalam kehidupan harian. Aku rasa ramai jugak sebenarnya rakyat Malaysia yang sedar bahawa jantung ni merupakan organ penting di dalam anatomi tubuh manusia dan memerlukan penjagaan yang baik bagi memastikan ia sentiasa berdenyut dengan sihat.

Alhamdulillah, ini merupak...

Jom Baca Lagi....

Jom Ngopi: Wood and Steel Cafe @ The Strand Kota Damansara

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti korang semua ternanti-nantikan dimanakah cafe pilihan kitaorg bagi bulan ni?. Segmen Jom Ngopi kali ni telah membawa aku dan wife serta Hafeesyam dan juga Athin Nabiha (ahli terbaru Geng Ngopi) ke salah sebuah cafe yang popular di sekitar bandaraya. Nama Wood and Steel sering menjadi sebutan bagi pengemar coffee, beroperasi di The Strand, Kota Damansara bukan sahaja terkenal di kalangan pengemar coffee, malah juga di kalangan celebriti tanahair. Aku dan wife memang dah lama teringin untuk ke sini tapi baru kali ini kitaorg berpeluang untuk mencuba sendiri hidangan menarik yang ditawarkan oleh Wood and Steel Cafe.

Mengikut kata Hafeesyam yang selalu lepak disini, Wood and Steel Cafe ni memang sentiasa penuh dengan pelanggan dan amat sukar untuk mendapatkan tempat. Disebabkan itu seawal pukul 9.00 malam Hafeesyam dan Athin Nabiha sudah berada di cafe sementara menunggu aku dan wife sampai…hihihihihi....

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Kompleks Sejarah Pasir Salak #VMY2014

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Pasir Salak merupakan satu nama yang telah terpahat di dalam himpunan penting sejarah tanah air kita. Penuh dengan kisah-kisah perjuangan bangsa Melayu dan peristiwa berdarah pembunuhan J.W.W. Birch yang merupakan seorang Residen British ketika itu. Peristiwa tersebut telah mencetuskan peperangan diantara Kolonial Bristish dengan orang-orang Melayu, pastinya banyak meninggalkan kesan di dalam lipatan sejarah orang-orang Melayu.

Pasir Salak selalu mengingatkan bangsa Melayu terhadap perjuangan Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sipuntum menentang penjajah British sehinggalah dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Begitu juga kisah Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi manakala pula Raja Ismail dibuang negeri ke Johor dalam usaha pihak British untuk menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah.

Entri ini sebenarnya kesinambungan daripada FAM Trip Jom Mancing Udang 2014

Jom Baca Lagi....

Sajian Johor Restoran Bisik Bisik Shah Alam

restoran-bisik-bisik-seksyen-7-shah-alam-makanan-johor-tempat-makan-menarik-di-shah-alam

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Nama Restoran Bisik-Bisik sememangnya tidak asing lagi di kalangan penduduk sekitar Shah Alam. Beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam semenjak dari tahun 2010 telah menjadikan ia sebagai lokasi wajib singgah bagi sesiapa yang mengidamkan dan ingin mencuba pelbagai sajian negeri Johor.

Alhamdulillah!… aku dan wife bersama rakan blogger yang lain diberi peluang untuk mencuba dan menikmati sendiri keenakkan sajian Johor yang sering menjadi sebutan di kalangan penduduk Shah Alam. Kedatangan kitaorg telah disambut mesra oleh Puan Norhaliza atau lebih dikenali dengan panggilan Aien yang merupakan pemilik Restoran Bisik-Bisik dan sedikit sesi pengenalan dimulakan sebelum menjamu selera.

Apa yang istimewanya restoran ini ialah ia menawarkan pelbagai masakan Johor yang popular disamping beraneka menu lain khas buat santapan para pelanggan yang singgah...

Jom Baca Lagi....

Bagaimana Untuk Menceburi Sukan Paragliding

paragliding-pilot-bagaimana-menjadi-pilot-paragliding-bukit-jugra-banting-payung-luncur-kuala-lumpur-free-flyers-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti ada yang tertanya-tanya “Bagaimanakah untuk menceburi sukan Paragliding ini?” selepas membaca dan menonton video khas entri aku yang mengisahkan aktiviti Paragliding di Bukit Jugra, Banting. Tak lupa juga buat rakan-rakan yang bertanya terus kepada aku mengenai perkara ini. Disebabkan pelbagai soalan yang diajukan maka wujudlah entri ini yang bertujuan untuk menjawab segala persoalan korang berdasarkan maklumat-maklumat yang aku perolehi daripada En. Aizat Hazman yang merupakan seorang Tandem Pilot Paragliding yang bertauliah.

Apa Itu Paragliding?.

Paragliding ataupun dikenali sebagai Luncur Udara adalah satu cara yang paling mudah serta paling popular bagi manusia untuk melakukan penerbangan dengan menggunakan Payung Luncur dan dilancarkan menggunakan kaki. Ianya merupakan evolusi pesawat canggih yang senang dibawa, diterbangkan dan mendarat dimana-mana sahaja yang sesuai...

Jom Baca Lagi....

Paragliding Di Bukit Jugra Banting

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Apabila disebut perkataan Paragliding, aku rasa pasti ramai yang terbayang-bayang perasaan gayat atau pun cuak bila disuruh melompat dari cerun bukit menggunakan payung terjun!, paling tidak pun mesti ada yang kata “Tak bahaya ker?”… betul tak?.

Memang tidak dinafikan bahawa sukan Paragliding ini tergolong di dalam aktiviti sukan ekstrem tetapi sukan Paragliding ini bukanlah sesuatu aktiviti yang baru di Malaysia. Kalau aku merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud perkataan Paragliding ini ialah sejenis sukan ekstrem di mana seseorang itu meluncur di udara menggunakan payung terjun lebar dari satu tahap ketinggian atau ditarik oleh angin pada ketinggian tertentu.

Alhamdulillah!… Aku dan wife telah berjaya menganjurkan satu event Tandem Paragliding yang bertempat di Bukit Jugra, Banting, Selangor pada 16 September 2014. Maklamat atau tema event ini adalah untuk melakukan Tandem Paragliding dan terbang bersama Jalur Gemilang supa...

Jom Baca Lagi....