Monthly Archives November 2014

Jom Ngopi: Flat White Cafe @ SS15 Subang Jaya

jom-ngopi-flat-white-cafe-ss15-subang-jaya-cafe-menarik-di-selangor-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Ngopi,

Segmen Jom Ngopi diteruskan lagi dalam misi untuk menerjah cafe-cafe yang berada di sekitar bandaraya. Bagi entri kali ini, aku akan membawa pembaca semua ke sebuah cafe yang beroperasi di SS15, Subang Jaya iaitu Flat White Cafe. Seperti biasa aku dan wife akan disertai oleh Hafeesyam dan Athin Nabiha yang merupakan ahli tetap Geng Ngopi kitaorg. Pilihan cafe kali ini sebenarnya dilakukan secara rawak. Pada mulanya rancangan asal kitaorg adalah untuk lepak dan serahkan ole-ole yang kitaorg beli khas daripada Hat Yai buat Hafeesyam dan Athin tapi sambil menyelam boleh minum air kan…hihihi 😀 . Banyak sebenarnya cafe-cafe yang terdapat di SS15 ni tapi disebabkan mata telah tertumpu kepada Flat White Cafe, terus kitaorg mengambil keputusan untuk mencuba Flat White Cafe.

Flat White Cafe ini terletak di tingkat 1 dan di deretan bangunan yang sama dengan Starbucks Cafe...

Jom Baca Lagi....

MAKNA Founders Night Run 2014

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Jom kita berlari sambil menderma untuk badan kebajikan. Aku dan wife serta geng-geng running yang lain turut serta dalam program kebajikan MAKNA Founder’s Night Run 2014 yang telah berlangsung pada 1 November yang lepas di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. Program larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Kanser Negara (National Cancer Council) adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan dan menerima bantuan kewangan daripada MAKNA. Bagus sebenarnya program seperti ni sebab korang juga akan dapat menghulurkan bantuan selain daripada dapat bersenam.

Kalau tak silap aku, rasanya ada 5 kategori yang ditawarkan bagi MAKNA Founder’s Night Run seperti Lelaki dan Wanita Terbuka (15 dan 10 km), Lelaki dan Wanita Veteran (15 dan 10 km), Cabaran Korporat (10 km), “Fun Run” dan “Fancyfool Run” (5 km)...

Jom Baca Lagi....

Kenali 10 Spesies Enggang Royal Belum

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Semenjak kali pertama menjejakkan kaki di Hutan Simpan Royal Belum, aku sentiasa rindu dan terpikat kepada keunikan serta kepesonaan khazanah rimba dan juga kepelbagaian bio yang tersimpan di Hutan DiRaja ini. Buat kali ketiganya, sekali lagi aku telah menjadi tetamu Royal Belum dalam program Royal Belum Bird Expedition bertemakan ‘Exploring the Hornbill Capital of the World’ yang telah berlangsung pada 5 hingga 7 September 2014 yang lalu.

Setinggi-tingginya perhargaan terima kasih aku ucapkan kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society) dan juga Perbadanan Taman Negeri Perak kerana sudi menjemput aku untuk bersama-sama turut serta dalam program ini, malah ianya juga telah mendapat kerjasama daripada pihak Tourism Perak dan juga pihak NCIA (Northern Corridor Implementation Authority).

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) telah mengambil pelbagai inisiatif serius dalam usaha untuk memelihara kepelbagaian spesies hidupan liar ...

Jom Baca Lagi....

CAPAM International Run 2014

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

CAPAM International Run 2014 telah diadakan di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pada 19 Oktober yang lepas. Larian ini adalah sempena Persidangan Pertubuhan Komanwel Bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan ataupun nama pendeknya iaitu CAPAM (Commonwealth Association for Public Administration and Management) yang telah diadakan di negara kita. Banyak juga sebenarnya kategori-kategori larian yang ditawarkan untuk larian ini seperti 5km, 10km dan 21km (Half Marathon).

Aku dan wife serta geng zombie juga tidak melepaskan peluang untuk sertai larian CAPAM ni tapi kitaorg hanya sekadar mengambil 5km bagi kategori “Fun Run”. Aku dan wife masih lagi belum mencapai tahap 10km dan ke atas. Terpaksalah berjinak-jinak dengan 5km dulu bagi membiasakan kaki dan serasi dengan kasut lari kitaorg. Geng-geng lain tu sebenarnya dah biasa berlari bagi kategori 10km dan 21km tapi tiba-tiba ramai pulak yang daftar untuk Fun Run jer...

Jom Baca Lagi....