Monthly Archives December 2014

Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikers

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Gunung Angsi sememangnya di antara gunung-gunung yang terkenal di Negeri Sembilan dan sering dijadikan sebuah lokasi bagi latihan pendakian. Berdasarkan sumber laman web Malaysia Mountains, Gunung Angsi dikatakan gunung ke 241 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 825 meter dari paras laut ataupun 2702 kaki. Ianya amat sesuai untuk latihan mendaki seperti aku dan wife yang baru nak menjinakkan diri dengan aktiviti pendakian. Secara geografinya, Gunung Angsi ini terletak lebih kurang 20 kilometer daripada Seremban dan menghala ke Kuala Pilah ataupun menghala ke Ulu Bendul. Memang banyak sebenarnya gunung-gunung di Negeri Sembilan ni dan ini adalah merupakan gunung pertama yang aku dan wife daki sebagai latihan stamina bagi Misi Kinabalu 2015 nanti. 😀

Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi ini telah disertai oleh 9 orang iaitu aku dan wife, Amlina dan adiknya Aiman, Eyda, Bella, Winfid, Fatin dan juga Abang Joe selaku pemandu arah kami...

Jom Baca Lagi....

Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 4

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-tempat-shopping-di-hatyai-hatyai-airport-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Jom aku ceritakan sambungan bahagian 4 bagi Kembara ke Hatyai dan Songkhla, Thailand. Sebenarnya, masih banyak lagi entri-entri yang tersangkut dan aku perlu habiskan entri kembara ni dulu sebelum mula menulis tentang aktiviti-aktiviti lain. Bahagian 4 ini merupakan bahagian terakhir dan hari terakhir kami berada di Hatyai sebelum bertolak pulang ke tanahair tercinta. Bangun Harimau Malaya!!..Bangun!!!.. hihihihihi… (selingan sikit!..paham-paham jer la).

Sebelum tu, sesiapa yang baru mengikuti entri ini. Bolehlah klik link entri dibawah ni untuk mengelakkan daripada korang tersesat lebih jauh…hahahahaha.. 😀

1. Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 3
2. Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 2
3. Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 1

Hari ketiga ni, hanya santai jer sebenarnya sebab memang tiada apa-apa lokasi untuk diterjah. Lagipun kami semua kena check-out daripada hotel jam 12 tengahari...

Jom Baca Lagi....

Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 3

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-tang-kuan-hill-songkhla-di-hatyai-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku rasa pasti ada yang telah tertunggu-tunggu kisah seterusnya entri Kembara ke Hatyai dan Songkhla, Thailand. Walaupun kekangan waktu tapi jariku tetap cuba mencari masa untuk menari-nari di atas papan kekunci bagi mencoretkan pengembaraan serta pengalaman kami semasa berada di sana khas buat pembaca blog ini. Sokongan dan komen anda sentiasa memberi semangat untuk aku menulis. Terima kasih aku ucapkan… 😀

Sebelum itu, jom aku imbas kembali entri yang terdahulu untuk menyegarkan kembali ingatan korang sebelum membaca entri bahagian 3 ini. Bolehlah klik link dibawah ni haaaa…

1. Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 2
2.Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 1

Di akhir entri bahagian 2, aku ada ceritakan mengenai Taman Mini Bunga Matahari yang tumbuh mekar berdekatan dengan Samila Beach, Songkhla. Selepas selesai bermesra dengan bunga matahari, kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Tang Kuan Hill tapi apa yang menarik...

Jom Baca Lagi....

Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 2

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-chang-puak-camp-tempat-adventure-outdoor-shah-alam-seafood-di-hatyai-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Sawadee,

Sabai di mai? Aku harap korang semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan pastinya ramai yang dah tak sabar untuk membaca sambungan bahagian ke 2 pengembaraan aku dan wife semasa berada di Hatyai. Hari kedua ini semestinya menjanjikan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan penuh dengan kenangan manis….hihihihi.. 😀 (ayat kena bagi manis sikit!!)

Sebelum itu kepada sesiapa yang masih belum baca bahagian 1, silalah baca di entri Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 1 bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku. Nanti tiba-tiba korang pening pulak!!….hihihihi.. 😀

Scha dan Abang Mizi seumpama warden asmara yang sedang menunggu kami satu persatu turun ke lobi hotel untuk berkumpul…ahahahahaha.. 🙂 . Alhamdulillah!, cuaca di bandar Hatyai amatlah memuaskan. Kembara pada hari kedua ini dimulakan dengan sarapan pagi di Restoran Salma sebelum kami memulakan sebarang aktiviti di bandar Hatyai.

Restoran Salma

Restoran Salma ini juga merupa...

Jom Baca Lagi....

Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 1

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Had Yai, Hadyai, Haadyai ataupun Hatyai? Sememangnya mempunyai sebutan yang berbeza tetapi tetap mengeluarkan bunyi yang sama. Walau apa pun perkataan yang digunakan, ianya tetap merujuk kepada lokasi yang sama di Selatan Thailand. Baru-baru ini, aku dan wife berpeluang untuk mencoretkan pengalaman sendiri di dalam pengembaraan 3 hari 2 malam ke sana bersama-sama MSG Global Resources yang merupakan penganjur bagi trip ala-ala backpackers (trip budget) ini dan tour guide bagi trip kali ini adalah Scha dan Abang Mizi yang boleh dikatakan pengunjung tetap ke Hatyai, mungkin dah boleh mohon kewarganegaraan Thai rasanya..ahahahahahaha. 😀

Aku rasa ramai yang tak tahu nama “Hat Yai” merupakan singkatan bagi “Mahat Yai” yang bermakna Pokok Ma Hat Besar iaitu sebuah pokok nangka daripada spesies Artocarpus. Hat Yai pada asalnya dikenali dengan nama Khok Sa-Met Choon yang merupakan sebuah perkampungan kecil dan telah berkembang pesat apabila sebuah Stese...

Jom Baca Lagi....

Dapatkan Diskaun 10% Di MTLatte Cafe

mtlatte-cafe-diskaun-10-peratus-jom-ngopi-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti korang pernah baca entri mengenai MTLatte Cafe di dalam Segmen Jom Ngopi aku dan dengan ini, aku ada satu berita gembira untuk dikongsikan kepada semua terutama kepada peminat-peminat kopi di luar sana. Pemilik MTLatte Cafe telah bermurah hati untuk memberi diskaun sebanyak 10% kepada semua pelanggan di MTLatte dan syaratnya mudah sahaja. Apa yang korang perlu buat untuk dapatkan diskaun ni ialah:

1. Menjamu selera atau minum kopi sambil bersantai di MTLatte Cafe.

2. Layari blog www.eshamzhalim.com di telefon pintar korang dan klik pada entri Jom Ngopi: MTLatte Cafe @ Dataran Ara Damansara

3. Tunjukkan entri tersebut di telefon pintar korang pada staf MTLatte Cafe untuk mendapatkan diskaun 10% daripada jumlah pembayaran.

Senang jer bukan?… Bolehlah ajak rakan-rakan semua berkunjung ke MTLatte Cafe untuk menikmati menu-menu menarik serta jangan lupa untuk mencuba menu kopinya. Ok!.. Jom Ngopi kita!!… 😀

Tawaran diskaun ini sah sehingga 31 Januar...

Jom Baca Lagi....