Monthly Archives January 2015

Cyberjaya Twincity Marathon 2014

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti korang semua dah tak sabar untuk membaca kisah pengembaraan The Clown Trekez dalam misi untuk menjejaki Kapal Terbang Pengebom B24 yang terhempas di sekitar Gunung Berembun kira-kira 70 tahun dahulu tapi “Siapakah The Clown Trekez?”.. harap bersabar!.. korang semua akan tahu nanti dan segala akan terjawab sedikit masa lagi!. 😀 Nampaknya terpaksa aku tangguhkan dahulu entri pengembaraan ini disebabkan suntingan video yang masih dalam proses serta aku masih lagi mencari fakta sejarah mengenai kisah tersebut. Oleh kerana itu, aku terpaksa mendahului entri yang lain….hihihihihi.. 😀

Berbalik kepada tajuk entri di atas, Cyberjaya Twincity Marathon 2014 telah diadakan pada 21 Disember 2014 bertempat di Persiaran Flora, Cyberjaya, Selangor. Ini adalah merupakan larian terakhir bagi tahun 2014 buat aku dan wife. Seperti biasa kitaorg hanya mendaftar untuk kategori Fun Run (5km) sahaja. Terima kasih kepada Kak Zue yang sudi mengambil race-kit dan b...

Jom Baca Lagi....

Run For Your Lives Malaysia 2014: Zombie Apocalypse

run-for-your-lives-malaysia-zombie-run-maep-serdang-outdoor-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Apa khabar pembaca-pembaca di luar sana?.. harap semuanya dalam keadaan ceria selalu. Aku agak sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh aku ataupun pihak lain. Ruang dan waktu untuk menulis dan mencoretkan cebisan pengalaman sememangnya terlalu sukar buat masa sekarang. Jari-jari ini nampaknya sudah lama berehat daripada menari-nari di papan kekunci.

Ok!.. sekarang ni aku akan cuba habiskan entri-entri tahun 2014 yang banyak tertangguh, harap dapat diselesaikan sebelum bulan Februari nanti…hihihihi.. 😀 Jom ikut aku kembali mengembara ke tahun lepas…….

Zombie oh Zombie!…selepas isu Zombie Kampung Pisang, nampaknya semakin menjadi-jadi wabak zombie di Malaysia sekarang dan dimanakah Husin ketika ini? Hahahahaha…. Rasanya aku pernah coretkan pengalaman aku dan wife menyertai Zombie Run pada awal tahun lepas...

Jom Baca Lagi....

Eh Eh Busfest Treasure Hunt 2014

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Eh Eh Busfest Treasure Hunt telah diadakan pada 6 Disember 2014 dan ianya merupakan di antara program-program yang diselitkan sempena Festival EH EH Busfest Putrajaya 2014. Festival ini telah berlangsung pada 5 hingga 7 Disember di Putrajaya Sentral, Putrajaya dan merupakan Festival Bas Pertama di Malaysia. Festival ini sebenarnya bertujuan untuk mempromosikan penggunaan perkhidmatan bas awam di sekitar Putrajaya disamping dapat memperkenalkan lokasi-lokasi menarik yang telah dijadikan sebagai tarikan pelancongan di Putrajaya. Bagi aku, anjuran festival ini sememangnya satu usaha yang bagus untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya penggunaan perkhidmatan awam sebagai langkah penjimatan serta dapat juga mengurangkan kadar kesesakan jalanraya. Dalam masa yang sama, acara ini juga dapat membantu untuk mempromosikan Stesen Putrajaya Sentral sebagai hub pengangkutan awam bagi kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Sepang.

Nampaknya, se...

Jom Baca Lagi....