Monthly Archives April 2015

Bukit Apek: Misi Menjejaki Pokok Besar

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalim

Kemaskini:
Dengan sedihnya aku nak maklumkan bahawa pokok besar tu dah tumbang. 🙁

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kembali semula aku dan wife di Bukit Apek bersama Wan Paskau serta Cik Bella dengan misi yang baru. Okjektif misi kali ini adalah untuk menjejaki sebuah pokok besar yang terdapat di Bukit Apek. Ada khabar angin yang mengatakan pokok ini seperti pokok di Angkor Wat, Siem Reap….. ermmm!!… menarik jugak kan? tapi adakah ianya sahih?… Ok!..Ok!.. Jom ikuti pengembaraan kitaorg dalam usaha untuk membongkar misteri sebuah pokok besar di Bukit Apek….hihihihihi… 😀

Seperti biasa, kitaorg berkumpul di tempat yang telah ditetapkan sekitar pukul 8 pagi dan misi kali ini telah disertai juga oleh beberapa lagi kawan yang lain. Rasanya tak perlu lagi aku terangkan dengan lebih lanjut mengenai Bukit Apek dan juga bagaimana untuk ke sana. Segala maklumat telah aku terangkan di dalam entri yang lepas, klik jer entri Bukit Apek: Misi Menjejaki Air Terjun bagi menghilangkan kekab...

Jom Baca Lagi....

Bukit Apek: Misi Menjejaki Air Terjun

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bukit Apek atau Bukit Saga sememangnya salah satu lokasi pendakian yang popular dikalangan pendaki di sekitar Kuala Lumpur. Rasanya ramai jugak yang keliru di antara Bukit Apek dan Bukit Saga, sebenarnya kedua-dua bukit ini adalah bukit yang berbeza dan bersebelahan di antara satu sama lain tetapi di dalam lokasi Hutan Simpan yang sama. Jangan segan-silu, aku dulu pun sering terkeliru jugak dengan kedua-dua bukit ni… 😀

Kedua-dua bukit ini mempunyai cabaran yang tersendiri dan jangan sesekali pandang rendah pada sesebuah bukit hanya kerana ia bukan bertaraf gunung. Mendaki di lokasi yang sama berkali-kali akan tetap memberi cabaran yang berbeza di setiap pendakian. Bukit Saga memang selalu menjadi tempat riadah merangkap latihan bagi aku dan wife tapi aku pernah kecundang (pewai) ketika kali ke 4 mendaki Bukit Saga…hihihihi… pewai ooo!!.. 😀 Keupayaan dan stamina juga bergantung kepada keadaan kesihatan badan ketika mendaki yer. Ok!.. Ok!....

Jom Baca Lagi....

Eksplorasi Gua Tempurung dan White Water Rafting

gua-tempurung-gopeng-perak-caving-top-of-the-world-outdoor-adventures-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah… pada 24 Januari 2015 yang lepas, aku dan wife telah berjaya menganjurkan satu acara gabungan iaitu Eksplorasi Gua Tempurung dan White Water Rafting, Sungai Kampar yang bertempat di Gopeng, Perak. Ini merupakan acara pembukaan bagi tahun 2015 dan telah mendapat sokongan padu daripada kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti aku. Lagi pun kawan-kawan ni jugak yang suruh aku uruskan…hihihihihi.. 😀 Ini merupakan kali ke 2 aku dan wife meneroka Gua Tempurung dan kali ke 3 kitaorg layan white water rafting. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, klik jer url kat bawah ni haaaaaa….. 😀

1. Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Sg Kampar, Gopeng #VMY2014
2. Moh Ke Perak: Explorasi Gua Tempurung #VMY2014 (Boleh layan video Gua Tempurung di entri ni)
3. Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Slim River #VMY2014

Seramai 42 peserta yang turut serta dalam aktiviti ini termasuklah aku dan wife serta gabungan geng zombie, geng ...

Jom Baca Lagi....

Program ASTRO: Tua Pun Boleh Bersama Proglidesports

program-astro-tua-pun-boleh-elfira-loy-zoey-rahman-hafizul-rosnah-mat-aris-proglidesports-proglide-sports-and-aviation-eshamzhalim-faridil-fazreen-aizat-hazman

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku pernah menulis 2 entri mengenai sukan ekstrem Paragliding dan entri-entri ini juga yang kerap menjadi bahan rujukan bagi yang ingin mencuba atau mencari maklumat tentang aktiviti sukan ekstrem ini. Bagi yang masih samar-samar dan untuk mengelakkan daripada kekeliruan yang berpanjangan, bolehlah terjah entri-entri dibawah ni haaaaa…. 😀

1. Bagaimana Untuk Menceburi Sukan Paragliding
2. Paragliding Di Bukit Jugra Banting

Korang mesti nak tau kan? Apa kaitannya di antara aku, Astro dan Proglidesports. Al-kisahnya bermula bila aku dapat panggilan telefon daripada pihak Astro. Seriusly, aku ingatkan pegawai khidmat pelanggan Astro yang telefon untuk mempromosikan pakej terbaru tapi rupa-rupanya Production Manager Astro yang telefon, bertanyakan tentang aktiviti paragliding untuk Program Astro “Tua Pun Boleh”. Tak lama kemudian aku dapat email mengenai program tersebut daripada pihak Astro. Setelah aku berbincang dengan Aizat dan juga Faridil da...

Jom Baca Lagi....

Eksplorasi Air Terjun Hutan Lipur Berkelah

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti korang semua hairan kenapa blog ni agak lama menyepi. Buat masa sekarang ni, tiap-tiap minggu padat dengan aktiviti hingga aku pun tak tahu yang mana satu nak diceritakan dahulu…hihihihihi. 😀 Ditambahkan lagi dengan penyakit “Malas” yang sememangnya menguji tahap kerajinan penulisan aku. Entri Backpack ke Lopburi dan Kachanaburi di Thailand pun masih lagi samar-samar penceritaannya…hahahahaha. Ok!.. Ok!.. cukuplah mukadimahnya setakat ni. Korang mesti nak tahu apakah kisah dan pengembaraan disebalik tajuk besar di atas tu?…. 😀

Sekali lagi aku dan wife mengikuti satu pengembaraan bersama-sama The Clown TrekeZ dalam Misi Eksplorasi Air Terjun Hutan Lipur Berkelah. Pengembaraan ini memerlukan kitaorg untuk bermalam di Hutan Lipur Berkelah bagi menjayakan misi eksplorasi ke air terjun peringkat ke 7 yang sememangnya terkenal di Hutan Lipur ini.

Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuan...

Jom Baca Lagi....