Monthly Archives May 2015

Ekspedisi Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Lata Medang, pasti pernah terdengar mengenai Bukit Kutu. Bukit Kutu ataupun dahulunya dikenali sebagai Treacher’s Hill sememangnya mempunyai pelbagai kesan peninggalan sejarah sewaktu era pemerintahan British dahulu. Nama Treacher’s Hill adalah sempena Sir William Hood Treacher yang menemui tempat ini pada tahun 1893 dan menurut sejarah, Sir WH Treacher, K.C.M.G. telah berkhidmat sebagai Residen British di Selangor dari 1892 hingga 1896.

Kedudukannya di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor sering menjadi tumpuan di kalangan pendaki sebagai tempat latihan mingguan bagi aktiviti pendakian. Walaupun diklasfikasikan sebagai bukit tetapi ianya mempunyai ketinggian setaraf dengan sebuah gunung iaitu di paras 3456 kaki ataupun 1053 meter daripada aras laut.

Berdasarkan sumber sejarah yang aku kupas, dahulunya Bukit Kutu ini telah dijadikan sebagai stesen pemantauan tentera british pada era kolonial British tetapi ianya te...

Jom Baca Lagi....

Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu

santuari-ikan-sungai-chiling-kuala-kubu-bharu-bukit-fraser-air-terjun-ikan-kelah-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi entri kali ini, aku dan wife bersama Geng Zombie sempat meluangkan masa bersantai untuk menikmati ketenangan alam semulajadi dan juga kedinginan Air Terjun Sungai Chiling. Air Terjun Sungai Chiling ataupun lebih dikenali dengan nama Santuari Ikan Sungai Chiling sememangnya satu destinasi yang sesuai untuk bersantai dan meluangkan masa bersama kawan-kawan serta keluarga pada cuti hujung minggu. Santuari Ikan ini dikawalselia oleh Jabatan Perikanan Negeri dan sungai tersebut telah diwartakan sebagai taman alam semula jadi serta tempat perlindungan ikan kelah di dalam usaha untuk memelihara spesies tempatan ikan tersebut, maka tidak dibenarkan untuk membawa sebarang alat menangkap ikan atau memancing di sini. Dendanya memang agak lumayan sekiranya di dapati menyeludup ikan kelah keluar daripada santuari ikan ini…hihihihihi.. 😀

Terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan yang sama menuju ke Bukit Fraser dan selepas simpang masuk ke Kampung Pertak ataupun k...

Jom Baca Lagi....

Menuju Puncak Gunung Datuk, Rembau

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventure

Assalamualaikum dan Salam Mesra

Nan senteng dilabuhkan, Nan panjang dikeratkan, Nan rumping disisipkan” bermaksud “Yang pendek dipanjangkan, Yang panjang dipendekkan, Yang rosak dibetulkan”. Kemungkinan maksudnya kurang tepat tapi aku sentiasa bersedia untuk menerima komen dan pandangan sekiranya maksud bidalan di atas perlu diperbetulkan. Apakah makna tersirat disebalik kata-kata bidalan itu?…. ermmm…. sehingga sekarang aku masih belum jumpa jawapannya. Mungkin anak-anak nogori boleh memberi pencerahan…. 😀

Pastinya sesiapa yang pernah mendaki Gunung Datuk, mesti akan terbaca kata-kata bidalan di atas. Gunung Datuk atau dikenali juga sebagai Gunung Beradat ini di antara pergunungan yang terdapat di Negeri Sembilan. Terletak di Kampung Batang Nyamor, 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin serta mempunyai ketinggian 2900 kaki (884 meter) dari paras laut.

Menurut sejarah, sekitar tahun 1372, puncak Gunung Datuk pernah digunakan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatan...

Jom Baca Lagi....

Menuju Puncak Gunung Bunga Buah

gunung-bunga-buah-genting-highlands-gbb-gohtong-jaya-hiking-pahang-eshamzhalim-trailmenu-lesvoyageurs-urbanescapers-01

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pengembaraan kali ini telah membawa aku dan wife ke Genting Highland bersama-sama Team LesVoyageurs serta Team Urbanescaper dalam misi untuk menuju puncak Gunung Bunga Buah (GBB). Seawal pukul 5 pagi kitaorg mula berkumpul dan menuju ke RnR Genting Sempah untuk sarapan sambil menunggu beberapa kawan lagi sebelum bergerak ke Pekan Gohtong Jaya bagi memulakan pendakian.

Gunung Bunga Buah ini terletak di sempadan negeri Selangor dan Genting Highland, Pahang. Ianya mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki) dari paras laut tetapi sebenarnya pendakian akan bermula di ketinggian 900 meter dan bukan dari 0 meter. Disebabkan faktor ini, Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan popular bagi pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang ketika cuti hujung minggu kerana boleh didaki dalam masa sehari.

Gunung Bunga Buah ini boleh didaki dari kawasan Genting Highland atau lebih tepat lagi daripada Pekan Gohtong Jaya...

Jom Baca Lagi....