Monthly Archives August 2015

Larian Sehati Sejiwa Sempena Hari Kebangsaan Ke 58

larian-sehati-sejiwa-2015-hari-kebangsaan-ke-58-sambutan-kemerdekaan-kkmm-mynic-mybuddies-eshamzhalimdotcom-runholic-running-event

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Larian Sehati Sejiwa telah dijayakan pada 23 Ogos 2015 yang lepas, bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Larian ini telah dianjurkan oleh KKMM (Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia), MYNIC Berhad dan juga MyBuddies bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang ke 58 serta bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat Patriotisme dan Perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Larian Sehati Sejiwa ini terbuka kepada 5000 penyertaan di pelbagai lapisan masyarakat serta peringkat umur dan juga menawarkan 3 kategori larian iaitu larian sejauh 10km, 5km dan 3km dengan bayaran penyertaan yang cukup murah.

Demi semangat cintakan negara….hihihihihihi.. πŸ˜€ , aku dan wife telah mendaftarkan diri bagi larian kategori 5km Fun Run walaupun pada permulaannya kitaorg tidak tahu yang sebenarnya perkataan β€œSehati Sejiwa” ini adalah tema bagi Hari Kebangsaan tahun 2015..hahahaha…(maafkan kitaorg yer..). Patutlah perkataan Sehati Sejiwa ini ada jer terpamp...

Jom Baca Lagi....

Tadom Base: Warrior Revolution 2015

tadom-base-warrior-revolution-2015-bukit-tadom-banting-outdoor-adventure-eshamzhalim-toohotdemo

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aktiviti larian kali ini adalah berbeza daripada larian-larian yang aku dan wife pernah daftar sebelum ini. Setelah dihasut dan diracun oleh rakan-rakan, akhirnya aku dan wife buat julung-julung kalinya mendaftar acara Tadom Base: Warrior Revolution 2015 (5km Trail Run) pada 8 Ogos 2015 yang lepas. Apa ker bendanya Tadom Base ni?… sebenarnya Tadom Base Warrior Revolution ini adalah acara Trail Run (Larian Denai) sejauh 5km dan mempunyai 30 halangan yang perlu ditempuhi oleh peserta sebelum menuju ke garisan penamat. Larian ini telah diadakan di Tadom Basecamp yang bertempat di Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Banting. Tadom Basecamp ni terletak hanya lebih kurang 12 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan telah dijadikan sebagai pangkalan asas dengan pelbagai halangan sukar yang direkacipta khas bagi pengemar-pengemar aktiviti lasak di Malaysia.

Seawal pukul 5.30 pagi, aku dan wife telah berkumpul di RnR Dengkil sebelum bergerak...

Jom Baca Lagi....

Run With Us 2015

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-runholic-toohotdemo-running-logs

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Acara larian Run With Us 2015 telah diadakan pada 16 Ogos 2015 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Terima kasih kepada pihak AstiRunners di atas penganjuran larian ini serta juga di antara acara larian terbaik yang aku dan wife mendaftar setakat ini. Banyak juga aku baca komen-komen yang memuji dan amat berpuas hati dengan acara ini tetapi siapakah AstiRunners ni?…. πŸ˜€ AstiRunners ini merupakan komuniti pelari-pelari daripada gabungan bekas pelajar (Alumni) Sekolah Menengah Sains Teluk Intan ataupun lebih popular dengan nama singkatannya SEMESTI. Aku pun baru tahu sebenarnya!…hahahahaha.. πŸ˜€ Sekolah ni memang dekat jer dengan rumah mertua aku di Simpang 4, Hutan Melintang.

Larian Run With Us 2015 ini hanya menawarkan 2 kategori sahaja iaitu kategori terbuka lelaki dan wanita sejauh 12km serta kategori Fun Run sejauh 5km. Kalau berdasarkan rekod larian yang aku dah sertai setakat ini, larian Run With Us 2015 merupakan larian pertam...

Jom Baca Lagi....