Monthly Archives September 2015

Larian SJ MPSJ 10KM 2015

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Larian SJ MPSJ 10KM 2015 telah diadakan pada 20 September 2015 di Stadium MPSJ, USJ 5 Subang Jaya. Larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya dan dengan tajaan daripada 100 Plus, Les’ Copaque Production serta Shaklee Malaysia. Hanya ada 4 kategori larian sahaja yang ditawarkan untuk larian ini iaitu 3km, 5km, 7km dan 10km bagi jarak yang paling jauh. Berdasarkan maklumat yang aku dapat, Larian SJ MPSJ 10KM 2015 ini merupakan anjuran kali ke 8 oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga MPSJ dan juga penduduk sekitar Subang Jaya.

Sebenarnya, ada 2 sebab kenapa aku dan wife mendaftar untuk larian ini. Sebab yang pertama kerana acara larian ini berdekatan dengan kawasan rumah aku dan sebab yang kedua ialah yuran penyertaan untuk kategori 10km adalah RM32 seorang….hahahahaha…murah kan?.

Peserta bagi kategori 10km telah dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dan diikuti d...

Jom Baca Lagi....

Backpacker Trip Thailand: Video Misi Mencari Bunga Matahari

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku rasa mesti ramai yang ternanti-nantikan video penuh pengembaraan kami dalam menjejaki salah satu tarikan utama di negara Thailand iaitu Bunga Matahari (Sunflower) yang terkenal di daerah Lopburi. Bulan ni jari jemari aku kurang menari-nari di atas papan kekunci disebabkan sibuk dengan aktiviti harian dan mood nak menulis pun agak ke laut sikit. Banyak nak diceritakan dalam blog tapi idea tak mau mari….hihihihihihi.. 😀

Dalam entri terakhir “Backpacker Trip Thailand”, aku ada janjikan satu video penuh kami di sana menjelajah bandar Bangkok, Kanchanaburi dan Lopburi. Setelah sekian lama berperang dengan laptop dan juga masa, akhirnya siap jua videonya walaupun beberapa kali laptop aku kecundang dan mengeluarkan percikan api..hahahahaha… 😀

Dan inilah hasilnya….. apa tunggu lagi, jom tonton!!..

Bagi yang masih belum baca pengalaman kitaorg semasa di sana atau yang ingin mencari maklumat dengan lebih terperinci, bolehlah klik entri-entri...

Jom Baca Lagi....

Merdeka Fun Run 2015

merdeka-fun-run-2015-cyberjaya-dpulze-running-event-eshamzhalimdotcom-runholic-bullrunner
Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 58 pada tanggal 31 Ogos 2015, aku dan wife telah mendaftarkan diri dan turut serta di dalam Larian Merdeka Fun Run 2015 sejauh 5km di D’Pulze Shopping Centre, Cyberjaya, Selangor. Larian ini telah dianjurkan oleh Two Acestar Interactive Sdn Bhd dengan kerjasama D’Pulze Shopping Centre. Hanya 2 kategori sahaja yang ditawarkan iaitu kategori 10km dan kategori 5km fun run.

Larian ini pasti tidak akan sempurna tanpa kibaran bendera Malaysia dan seperti biasa, memang kitaorg dah berniat untuk berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang larian hinggalah ke garisan penamat sempena menyambut bulan kemerdekaan tahun ini. Larian bagi kategori 10km telah dilepaskan pada pukul 8.00 pagi dan diikuti dengan kategori 5km pada pukul 8.30 pagi.

Aku memang tidak puas hati dengan penganjur larian ini dan malas nak bercerita panjang. Kenapa aku tidak puas hati?…...

Jom Baca Lagi....