Monthly Archives January 2016

Shah Alam Half 21KM Night Run 2016

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholics

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Shah Alam Half 21KM Night Run telah diadakan pada 17 Januari 2016 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam dan ianya juga merupakan penganjuran sulung bagi acara ini. Dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Para Selangor (POPS), GORun dan Puncak Ventures Sra Sdn. Bhd dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Hanya menawarkan 2 jarak larian sahaja iaitu 21km Half Marathon dan juga 10km dengan kedua-dua jarak larian mempunyai kategori lelaki dan wanita terbuka dan veteran.

Ini juga merupakan percubaan pertama aku untuk berlari sejauh 21km. Mungkin kerana lokasi larian yang berdekatan dengan rumah menyebabkan aku beranikan diri untuk mendaftar kategori half marathon manakala wife pula mendaftar untuk 10km. Jarak yang paling jauh aku berlari setakat ini adalah 15km dan itu menyebabkan aku lebih yakin untuk menambahkan lagi jarak larian ke 21km...

Jom Baca Lagi....

Compressport Combo Challenge: Compressport Trails

compressport-trails-run-2016-mardi-maeps-compressport-combo-challenge-trail-run-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Compressport Combo Challenge 2016 merupakan kombinasi di antara acara Compressport Trails dan juga Compressport Road yang boleh didaftarkan secara serentak ataupun berasingan. Kedua-dua acara ini dianjurkan oleh penganjur yang sama tetapi mempunyai tarikh, lokasi dan cabaran yang berbeza.

Buat permulaan, aku dan wife hanya mendaftar untuk acara Compressport Trails terlebih dahulu sementara memikirkan samaada ingin mendaftar untuk acara yang kedua ataupun tidak?. Kalau mengikut rekod larian aku dan wife, ini merupakan acara trail run yang pertama buat kitaorg…hihihihihi…. 😀 . Perkara pertama yang kitaorg fikir adalah kasut!…Merata juga kitaorg mencari kasut yang sesuai untuk trail run ni. Brooks Cascadia, Skechers GoRun Ultra 2 ataupun Salomon Speedcross sememangnya menjadi pilihan tetapi hanya mampu pandang dari jauh jer sebab diluar daripada kemampuan belanjawan kitaorg. Maklumlah sebab kena beli 2 pasang kasut kan!...

Jom Baca Lagi....

KL New Year Run 2016

kl-new-year-run-2016-dataran-merdeka-runholics-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

KL New Year Run 2016 telah diadakan pada 1 Januari 2016 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersempena Sambutan Tahun Baru 2016 dan di samping itu dapat memupukkan lagi gaya hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia. Larian ini telah dianjurkan dengan kerjasama di antara Persatuan Rekreasi Wilayah Ceria 1 Malaysia dan juga pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan sokongan penuh daripada pihak Kementerian Wilayah Persekutuan serta Polis Diraja Malaysia yang turut membantu dalam menjayakan acara ini. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan 5 kategori yang ditawarkan iaitu Lelaki Terbuka (10 km), Wanita Terbuka (10 km), Lelaki Senior (10 km), Wanita Senior (10 km) dan ‘Family Fun Run’ (5 km).

Larian kategori 10km telah dilepaskan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan pada pukul 7.15 pagi dan diikuti dengan kategori Family Fun Run 15 minit kemudian.

KL New Year Run 2016 merupakan acara pembuk...

Jom Baca Lagi....