Monthly Archives February 2016

Laluan Baru Mendaki Bukit Saga, Ampang

laluan-trek-baru-bukit-saga-ampang-taman-saga

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bukit Saga sering dijadikan lokasi untuk latihan stamina atau pun sebagai aktiviti beriadah dan ianya juga merupakan salah satu lokasi mendaki yang popular di sekitar Kuala Lumpur. Bukit setinggi 410 meter ini adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Hulu Langat dan terletak di antara daerah Ampang dan Cheras serta bersebelahan dengan Bukit Apek. Bukit Saga dan Bukit Apek boleh dikatakan sebagai bukit berkembar kerana ianya mempunyai trek yang boleh menghubungkan di antara satu sama lain. Berdasarkan apa yang aku tahu, hanya ada 4 laluan untuk mendaki kedua-kedua bukit ini iaitu melalui Taman Saga, Cheras Hartamas, Cheras Awana dan Wangsa Cheras.

Bagi sesiapa yang ingin mendaki Bukit Saga, kebiasaannya akan menggunakan laluan trek melalui Taman Saga di Ampang. Sebenarnya, Bukit Saga memang merupakan lokasi kesukaan aku dan wife semenjak kali pertama mendakinya serta salah satu tempat beriadah kami pada cuti hujung minggu. Boleh baca entri Hiking Bersam...

Jom Baca Lagi....

Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu, Lumut, Perak

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu atau lebih popular dikenali dengan nama Bukit Engku Busu terletak di bandar Lumut, daerah Manjung, Perak. Dengan ketinggian 331.4 meter bersamaan dengan 1087 kaki dari aras laut, bukit ini merupakan puncak yang tertinggi di bandar Lumut.

Menurut sejarah, bukit ini mendapat namanya sempena nama Raja Engku Busu yang berasal dari Selangor. Beliau telah dijemput oleh Sultan Perak sekitar tahun 1840-an dan ditugaskan untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah menjadikan kawasan Selat Dinding dan Sungai Dinding sebagai lokasi persembunyian mereka. Kumpulan lanun-lanun ini sentiasa meronda di kawasan pantai dari Johor hingga ke Kedah dan menggangu kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris dan Acheh tetapi malangnya Raja Engku Busu telah terkorban dan misi tersebut telah gagal. Raja Engku Busu adalah orang yang bertanggungjawab membuka pekan Lumut yang dahulunya dikenali sebagai “Tanah Merah”...

Jom Baca Lagi....

Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah

gunung-keriang-alor-setar-kedah-hiking-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Gunung Keriang merupakan satu peninggalan pra-sejarah silam yang mengandungi pelbagai misteri dan khazanah berharga di dalamnya. Tersergam indah serta dikelilingi oleh pemandangan sawah padi di Kampung Gunung Hulu iaitu lebih kurang 8 kilometer daripada pusat bandar Alor Setar, ibu negeri Kedah. Walaupun mempunyai ketinggian sekitar 217.92 meter daripada paras laut tetapi ianya tetap digelar sebagai gunung. Gunung Keriang juga dikenali sebagai ‘Mount Caves’ ataupun dengan nama Bukit Gajah dikalangan masyarakat Cina.

Gunung Keriang menjadi salah satu destinasi sampingan bagi aku dan wife serta Wolf dan Eyda apabila kami berempat berkunjung ke negeri Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan Hisyam dan Fareeza yang berlangsung di Kulim. Perancangan asal adalah untuk mendaki Gunung Baling yang juga merupakan antara lokasi pendakian popular di negeri Kedah tetapi terpaksa menukar perancangan di saat akhir disebabkan kekangan waktu...

Jom Baca Lagi....