Monthly Archives May 2016

Jom Sertai Larian Amal “Cergas Tanpa DARVIH” 2016

larian-amal-darvih-sk-taman-putra-perdana-puchong-cergas-tanpa-darvih-eshamzhalimdotcom-7-ogos-2016

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pihak www.eshamzhalim.com telah dihubungi oleh Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana untuk mempromosikan acara Larian Amal “Cergas Tanpa DARVIH (Dadah Alkohol Rokok Vape Inhalan HIV/AIDS)” yang akan dianjurkan oleh Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) bersama PIBG dalam usaha menambah sumber kewangan Unit PPDa. Program ini bertemakan Sihat Tanpa Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, HIV/AIDS (DARVIH) bertujuan menambah dana  untuk menaiktaraf Bilik Sumber PPDa dan menjalankan aktiviti PPDa serta menambah dana PIBG sekolah.

Bagi sesiapa yang mempunyai kelapangan dan berminat untuk turut serta dalam acara ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendaftar. Maklumat lengkap adalah seperti di bawah…… 😀

Tarikh : 7 Ogos 2016
Hari : Ahad
Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, 47130 Puchong.
Jarak Larian : 10km  dan 4km
Tarikh Tutup Penyertaan : 10 Jun 2016

Yuran Penyertaan
1. 10km Terbuka : RM60.00
2. 4km Fun Run : RM60.00
3...

Jom Baca Lagi....

Deuter International Trail Run 2016 (Chapter 4: Blast From The Past)

deuter-international-trail-run-2016-ditr2016-batu-arang-selangor-chapter-4-blast-from-the-past-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Deuter International Trail Run 2016 telah diadakan di Dataran MPS Batu Arang, Selangor pada 8 Mei 2016. Larian bertemakan “Chapter 4: Blast From The Past” ini adalah anjuran Universal Fitness and Leisure (UFL) dengan kerjasama pihak Tourism Selangor, Majlis Perbandaran Selayang dan juga Cyclic Sports Sdn Bhd.

Selepas 3 tahun berturut-turut diadakan di Putrajaya, edisi kali ini pihak penganjur telah memilih Pekan Warisan Batu Arang sebagai lokasi larian dalam usaha untuk mempromosikan Pekan Warisan Batu Arang sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri Selangor. Pekan Warisan Batu Arang sememangnya kaya dengan nilai-nilai khazanah dan juga warisan sejarahnya yang tersendiri. Ianya juga merupakan salah satu pekan yang tertua di negeri Selangor dan pekan pertama yang mempunyai kelengkapan landasan kapal terbang, rel keretapi, balai polis serta kemudahan-kemudahan lain. Boleh ke link ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Arang untuk maklumat yang lebih len...

Jom Baca Lagi....

Jom Sertai Tandem Paragliding Di Bukit Jugra Pada 21 Mei 2016

event-paragliding-bukit-jugra-proglidesports-eshamzhalim-21-mei-2016

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Ramai yang tertanya-tanya, bila lagi Geng Trip Santai (GTS) akan menganjurkan aktiviti Tandem Paragliding di Bukit Jugra?. Oleh itu, bagi memberi peluang kepada mereka yang ingin mencuba tetapi tidak berkesempatan untuk turut serta di tarikh-tarikh sebelum ini. Kami akan menganjurkan satu lagi aktiviti Tandem Paragliding sebelum bermulanya bulan Ramadhan. Sila baca maklumat dibawah sebelum mengisi borang pendaftaran online.

Maklumat aktiviti adalah seperti dibawah:
Tarikh: 21 Mei 2016 (Sabtu).
Masa: 11.30 pagi sehingga aktiviti tamat.
Lokasi: Rumah Api Bukit Jugra, Banting, Selangor.
Jumlah Peserta: 25 orang sahaja setiap tarikh (Penyertaan akan ditutup apabila mencapai 25 peserta)
Bayaran: RM180 seorang termasuk sijil penyertaan (e-certificate) dan juga rakaman video semasa paragliding. Pakej tidak termasuk makanan dan minuman serta insuran. Sijil adalah berbentuk e-certificate dan akan dihantar melalui email.
Durasi Paragliding: 5-10 minit ...

Jom Baca Lagi....

Jom Sertai Tandem Paragliding Di Bukit Jugra Pada 7 Mei 2016

event-paragliding-bukit-jugra-proglidesports-eshamzhalim-23-april-2016

Info terbaru: Aktiviti Tandem Paragliding pada 7 Mei 2016 di Bukit Jugra terpaksa ditukarkan lokasi ke Kuala Kubu Bharu (KKB) di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya masih berminat untuk mencuba Tandem Paragliding di KKB, pastikan anda baca info terbaru dibawah sebelum mendaftar. 😀

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Sekali lagi, www.eshamzhalim.com a.k.a Geng Trip Santai (GTS) bersama pihak Proglidesports akan menganjurkan aktiviti Tandem Paragliding di Bukit Jugra Paragliding Park bagi memberi peluang kepada mereka yang ingin mencuba. Sila baca maklumat dibawah sebelum mengisi borang pendaftaran online.

Maklumat aktiviti adalah seperti dibawah:
Tarikh: 7 Mei 2016 (Sabtu).
Masa: 11.00 pagi sehingga aktiviti tamat. 9.30 pagi sehingga aktiviti tamat.
Lokasi: Rumah Api Bukit Jugra, Banting, Selangor. KKB Paragliding Park, Kuala Kubu Bharu.
Jumlah Peserta: 25 orang sahaja setiap tarikh (Penyertaan akan ditutup apabila mencapai 25 peserta)
Bayaran: RM180 RM250 seorang...

Jom Baca Lagi....