Monthly Archives July 2016

Newton Challenge 2016 30KM

newton-challenge-2016-30km-runholics-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Newton Challenge 2016 telah diadakan di Giant Hypermart Bandar Kinrara, Puchong pada 24 Julai 2016. Acara ini hanya menawarkan 2 kategori sahaja iaitu larian sejauh 15km dan juga 30km. Alhamdulillah, kali ini aku mendapat tajaan daripada ‘big boss’ kepada wife….hihihihihi…rezeki kan?!!.. 😀 Ini adalah larian pertama aku sejauh 30km dan sekaligus merupakan rekod larian aku paling jauh setakat ini. Hati tetap akan berdebar tetapi aku yakin fizikal dan mental aku memang sudah bersedia nak layan 30km. 😀

Peserta bagi kategori 30km dilepaskan pada pukul 5.30 pagi dan diikuti pula dengan kategori 15km satu jam kemudian. Seawal pukul 4 pagi hujan dah turun membasahi Bandar Kinrara dan sedikit pun tiada tanda-tanda untuk hujan berhenti walaupun para peserta telah mula berlari. Larian aku kali ini ditemani dengan hujan di sepanjang laluan sehinggalah lebih kurang 10km terakhir. Agak cukup mencabar sebab terpaksa berlari dalam keadaan hujan dengan la...

Jom Baca Lagi....