Monthly Archives August 2016

PJ Half Marathon 2016

pj-half-marathon-2016-mbpj-selangor-petaling-jaya-half-marathon-21km-running-runholics-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

PJ Half Marathon 2016 telah diadakan di Laman MBPj, Petaling Jaya, Selangor pada 21 Ogos 2016. Bertemakan “Run. Because You Can!”, acara ini adalah anjuran Persatuan Olahraga Para Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPj) dan juga pihak Puncak Ventures Sra Sdn. Bhd. Tahun ini merupakan ulang tahun penganjurannya yang ke 10 sejak kali pertama diadakan pada tahun 2006. Hanya menawarkan 4 kategori larian iaitu Half Marathon (21.1km), 10km, 7km dan Fun Run 3km.

Alhamdulillah, sekali lagi aku mendapat tajaan daripada ‘big boss’ kepada wife dan aku cukup berterima kasih kerana memberi peluang untuk aku berlarian di Petaling Jaya. Petaling Jaya adalah di antara tempat aku membesar daripada zaman persekolahan hinggalah ke zaman bekerja sebelum aku berpindah ke Shah Alam walau pun masih bekerja di Universiti Malaya. Sememangnya aku cukup biasa dengan jalan-jalan di Petaling Jaya meskipun banyak laluan sudah ditukarkan menjadi jalan sehala…hihihihi...

Jom Baca Lagi....

Kuching Marathon 2016

kuching-marathon-2016-runholics-runcation-running-bandar-kuching-sarawak-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kuching Marathon 2016 telah diadakan di Padang Merdeka, Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching pada 14 Ogos 2016. Merupakan penganjurannya yang ketiga sejak pertama kali diadakan pada tahun 2014 serta ianya telah menjadi salah satu acara yang popular dan dinanti-nantikan setiap tahun. Seperti biasa, acara ini menawarkan 4 kategori larian iaitu Full Marathon (42.195km), Half Marathon (21.1km), 10km dan juga 5km.

Semestinya, aku dan wife tidak akan ketinggalan untuk mendaftar bagi kategori Half Marathon (21.1km) dan merasai sendiri pengalaman berlari di bandar Kuching. Alhamdulillah, aku dan wife dapat beli tiket Air Asia dengan kadar yang boleh dikatanya berpatutan serta bayaran hotel yang cukup murah untuk penginapan kami 4 hari 3 malam. 😀 Alice dan Z pun turut serta ikut kami ke Kuching walaupun bukan untuk berlari. Runcation katanya…hihihihi....

Jom Baca Lagi....

Standard Chartered KL Marathon 2016: SCKLM

standard-chartered-kl-marathon-2016-dataran-merdeka-scklm-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Standard Chartered KL Marathon 2016 atau nama popularnya SCKLM telah diadakan pada 7 Ogos 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Seperti biasa, acara ini adalah acara yang bertaraf antarabangsa dan merupakan acara yang dinanti-nantikan setiap tahun dikalangan pelari daripada dalam dan luar Malaysia. Menawarkan hadiah wang tunai yang cukup lumayan kepada para pemenang bagi setiap kategori. Kategori yang dipertandingkan terdiri daripada kategori Full Marathon (42.195km), Half Marathon (21.1km), 10km, 5km dan juga 3km serta 1km bagi kategori kanak-kanak.

Ini adalah kali kedua aku dan wife mendaftar walaupun tahun lepas acara ini terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir berikutan masalah jerebu yang melanda Kuala Lumpur. Sebenarnya, aku memang kurang teruja untuk mendaftar acara ini oleh kerana kepadatan dan jumlah peserta yang agak ramai tetapi disebabkan pihak penganjur memberi diskaun sebanyak 20% khas kepada peserta yang mendaftar tahun lepas u...

Jom Baca Lagi....