Yearly Archives 2017

Menjejaki Rumah Api Muka Head, Taman Negara Pulau Pinang

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beach

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Lama juga jari jemari ini tidak berdansa di papan kekunci, boleh dikatakan banyak juga entri yang masih tergantung dan belum dicoretkan di sini. Bukannya aku dah berhenti menulis tetapi kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan harian dan ditambahkan pula mood untuk menulis itu tertinggal jauh nun di banjaran himalaya. Entri ke Annapurna Base Camp pun masih terperam lagi. InshaAllah, aku akan cuba kuatkan semangat untuk kembali aktif menulis….hihihihihihi… 😀

Buat masa sekarang, jom aku ceritakan kisah pengembaraan terbaru kami. Baru-baru ini aku dan wife sempat berkunjung ke Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang. Memang dah lama sebenarnya terniat untuk datang ke sini dan alhamdulillah kali ini kami berpeluang untuk menjejakkan kaki di taman negara oleh kerana wife ada urusan kerja di Pulau Pinang. Aku rasa mesti ada segelintir yang masih tidak tahu bahawa Pulau Pinang juga mempunyai taman negaranya tersendiri walaupun tidak sebesa...

Jom Baca Lagi....

Jom Rancang Traveloka Dengan Smartphone

traveloka-eshamzhalim-promosi

Hye guys! Tengah buat apa tu? Ada perancangan nak pergi bercuti ke mana tak? Dalam negara ke atau luar negara? atau anda malas nak pergi bercuti? Eh!, janganlah asyik sibuk dengan kerja sahaja sehingga tiada masa berehat untuk diri sendiri dan keluarga. Jomlah rancang percutian. Bajet kurang? Aish, siapa kata jika bajet kurang tidak boleh pergi bercuti? Selalunya anda yang pernah pergi bercuti tu kebiasaannya buat tempahan di mana? Macam aku, bila ada perancangan untuk pergi bercuti aku suka layari website Traveloka.com. Lebih-lebih lagi sekarang ni apabila sudah ada aplikasinya untuk dibuka terus melalui smartphone. Wah, lagi rancaklah aku membelek-beleknya. Hahahaha…. 😀

Untuk makluman anda diluar sana, Traveloka ini adalah satu tempat yang mana kita semua boleh membuat tempahan hotel dan penerbangan dengan harga yang sangat berpatutan. Anda juga akan disajikan dengan lebih 100 buah hotel di seluruh Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Singapore dan lain-lain lagi...

Jom Baca Lagi....

Riadah Santai Di Bukit Kembara, Ampang

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Terlebih dahulu, aku ingin ucapkan “Selamat Tahun Baru 2017” kepada semua pembaca alam maya yang masih setia berkunjung ke blog ini. Dah lama juga sebenarnya aku tak menulis, bukannya dah berhenti menulis tapi rasanya seperti tiada pengembaraan baru untuk dicoretkan di dalam blog selain daripada aktiviti larian. Sempena menyambut 1 Januari 2017, aku dan wife hanya bersantaian di Bukit Kembara. Pasti ramai yang tidak pernah dengar kewujudan Bukit Kembara ini.

Bukit Kembara ini terletak di kawasan Ampang Jaya, berdekatan dengan Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR) dan juga Kelab Darul Ehsan (KDE). Ada juga yang menggelarkan bukit ini sebagai Bukit Indah tapi aku rasa Bukit Kembara dan Bukit Indah mungkin dua bukit yang berbeza tetapi ianya bersebelahan seperti Bukit Saga dan Bukit [email protected] dengan laluan trek yang menghubungkan kedua-dua bukit tersebut. Ada dua trek permulaan yang boleh digunakan untuk mendaki samaada melalui Jalan 1, Taman Tun Abdu...

Jom Baca Lagi....