Yearly Archives 2019

5 Tips Travel Tanpa Worries

Pasti ramai dikalangan anda yang suka travel? Termasuklah aku walaupun terpaksa berjimat-cermat dari segala sudut supaya dapat travel, maklumlah aku pun bukannya golongan yang bergaji besar serta terpaksa menabung dan apabila tabung duit travel penuh barulah dapat untuk berjalan ke tempat orang. Walaupun rasanya ramai yang telah berkongsi tips, aku tetap akan kongsikan juga beberapa tips yang anda boleh guna untuk travel secara jimat dan seronok.Β 

1. Flight dan Airport Transfer

Bagi mereka yang kaki travel ini, kebiasaannya memang dah alert dengan pelbagai promosi dari syarikat penerbangan tambang murah terutama Airasia disebabkan ianya sentiasa menawarkan tiket flight yang sangat murah dan mampu milik untuk pelbagai lapisan masyarakat. Mesti anda selalu fokus dengan promosi tempat duduk percuma jer kan? tetapi sebenarnya banyak lagi promosi yang ditawarkan oleh Airasia setiap tahun. Apa yang anda boleh buat untuk sentiasa mendapat alert bagi kesemua promosi yang ditawarkan...

Jom Baca Lagi....

Phu Ruea National Park: Antara Destinasi Menarik Di Loei, Thailand

phu-ruea-phurua-loei-thailand-mountain-gunung-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku dan wife berkesempatan untuk berkhemah selama satu malam di Phu Ruea National Park (Taman Negara Phu Ruea) selepas 3 hari kami berkampung di Phu Chi Fa. Phu Ruea National Park adalah sebuah kawasan pergunungan yang terletak di wilayah Loei atau lebih tepat lagi di dalam daerah Phu Ruea. Puncak Phu Ruea mempunyai ketinggian 1,365 meter dari aras laut dan merupakan gunung yang tertinggi di wilayah Loei. Ianya juga dikatakan adalah kawasan yang paling sejuk di Thailand. Berdasarkan beberapa info yang aku dapat, suhu malam di puncak Phu Ruea boleh menurun sehingga 0 darjah celcius di antara bulan Disember hingga Januari. Berbeza pula pengalaman kami sewaktu berada di puncak, suhu yang dicatatkan hanyalah 8 darjah celcius dan bagi aku suhu di Phu Chi Fa adalah lebih sejuk daripada Phu Ruea. Mesti anda rasa agak susah untuk menyebut perkataan “Phu Ruea” kan?…hihihi..samalah dengan aku. πŸ˜€ Setiap perbualan yang kami dengar, orang thai di Loei menyebut P...

Jom Baca Lagi....

Phu Chi Fa: Permata Yang Tersembunyi Di Chiang Rai

phu-chi-fa-phu-chee-fah-chiang-rai-thailand-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti ramai yang pernah berkunjung ke utara Thailand terutamanya di Chiang Rai tetapi mungkin ramai yang masih tidak tahu ada permata yang tersembunyi di ceruk pedalaman Chiang Rai yang dinamakan Phu Chi Fa. Phu Chi Fa, Phu Chi Fah ataupun Phu Chee Fah, ianya tetap merujuk kepada lokasi yang sama iaitu sebuah kawasan pergunungan dan Taman Hutan Negara Thailand (National Forest Park) yang bersebelahan dengan sempadan Laos. Satu nama yang sememangnya amat popular di kalangan warga Thai tetapi masih lagi boleh dianggap sebagai sebuah lokasi tersembunyi bagi kebanyakkan pelancong luar. Jika nama Phu Chi Fa itu diterjemahkan, ianya membawa maksud “gunung yang menunjuk ke langit” dan anda akan faham apabila melihat gambar puncaknya. Secara umumnya, pengunjung yang datang ke sini hanyalah semata-mata untuk menikmati keindahan matahari terbit serta permandangan lautan kabus di puncak Phu Chi Fa yang dikatakan antara tercantik di Thailand.

Ini antara misi aku d...

Jom Baca Lagi....