5 Tips Travel Tanpa Worries

Pasti ramai dikalangan anda yang suka travel? Termasuklah aku walaupun terpaksa berjimat-cermat dari segala sudut supaya dapat travel, maklumlah aku pun bukannya golongan yang bergaji besar dan hanya apabila duit tabung travel penuh barulah dapat untuk berjalan ke tempat orang. Walaupun rasanya ramai yang telah berkongsi tips, tetapi aku tetap nak kongsikan juga 5 tips yang anda boleh guna untuk travel secara jimat dan seronok. 

1. Flight dan Airport Transfer

Bagi mereka yang kaki travel ini, kebiasaannya memang dah alert dengan pelbagai promosi dari Syarikat Penerbangan Tambang Murah terutama Airasia disebabkan ianya sentiasa menawarkan tiket flight yang sangat murah dan mampu milik untuk pelbagai lapisan masyarakat. Mesti anda selalu fokus dengan promosi tempat duduk percuma jer kan? Padahal sebenarnya banyak lagi promosi yang Airasia tawarkan setiap tahun. Apa yang anda boleh buat untuk sentiasa mendapat alert bagi kesemua promosi yang ditawarkan?. Macam mana nak dapatkan alert? Cara yang paling mudah adalah menjadi ahli Airasia sebab ahli selalunya akan terima email awal mengenai promosi-promosi ini. Selain itu, untuk lebih penjimatan pembelian tiket flight, disarankan untuk membuat kad bigpay yang berfungsi seperti kad debit. Sebarang pembayaran menggunakan kad ini, anda tidak akan dikenakan caj pemprosesan untuk setiap tiket flight yang dibeli. 

Seterusnya, jika anda ingin menggunakan perkhidmatan airport transfer, bolehlah mencari perkhidmatan tersebut di pautan KLIA Express Tickets Promos di laman web Traveloka. Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan ini? Jawapannya adalah Traveloka dapat menawarkan harga yang lebih murah berbanding daripada anda beli sendiri di kaunter serta ianya juga kerap membuat diskaun walaupun harganya murah. Ada diskaun pasti lagi berbaloi kan?. Sekiranya anda tak nak menggunakan perkhidmatan KLIA Express, anda juga boleh pilih Airport Limousine sebagai alternative lain. Semestinya ia lebih selesa dan mudah bagi anda yang tinggal jauh daripada KL Sentral dan laluan KLIA Transit.

2. Travel Secara Berkumpulan

Selalunya aku gemar travel secara backpack di dalam kumpulan yang kecil seperti 3 hingga 4 orang sahaja. Sebabnya jika terlalu sikit seperti hanya berdua, kos hotel dan airport transfer tadi boleh menjadi tinggi terutamanya untuk menggunakan perkhidmatan airport limousine. Manakala, jika terlalu ramai pula tetap juga memberi cabaran disebabkan untuk uruskan group yang besar ini sememangnya agak rumit dan payah untuk mendapatkan penginapan yang boleh memuatkan lebih daripada 4 orang.

3. Penginapan

Aku lebih gemar menggunakan Airbnb berbandingkan dengan hotel. Ini adalah kerana, matlamat utama istilah backpack ialah untuk menjimatkan ruang beg dan secara tidak langsung pakaian yang dibawa adalah sangat terhad. Anda boleh pilih Airbnb yang ada menyediakan mesin basuh untuk membolehkan anda membasuh pakaian yang dibawa apabila diperlukan. Jadi bawa 2 atau 3 helai baju pun sudah mencukupi untuk bertahan travel 5 hari ke atas. Cari juga Airbnb yang ada menyediakan kelengkapan untuk memasak, walaupun bukanlah hari-hari nak masak tetapi dapatlah juga mengkurangkan kos makan pada hari-hari tertentu. Selain itu, carilah penginapan yang mudah untuk akses ke lokasi-lokasi tumpuan pelancong serta kemudahan-kemudahan lain seperti kedai makan dan sebagainya. Walaupun ianya mungkin akan sedikit mahal, tetapi tetap boleh menjimatkan kos pengangkutan di sana nanti.

4. Rancang Aktiviti

Pastikan anda merancang setiap aktiviti yang ingin dilakukan di tempat yang akan dilawati. Adalah lebih baik sekiranya mempunyai itinerary sendiri. Jangan lupa untuk pastikan secara perancangan yang telah disusun itu, laluannya mudah dan sehala. Maksudnya ialah lokasi untuk dilawati berada di dalam jarak yang dekat serta elakkan susunan tempat-tempat yang ingin dilawati sekiranya jaraknya jauh antara satu sama lain. Sebagai contoh, jika hari pertama anda rancang untuk meneroka ke sebelah utara, pastikan semua tempat yang ingin dilawati pada hari pertama tersebut berada di arah yang sama. Bagi aktiviti yang mempunyai bayaran tiket masuk, anda boleh cuba survey di beberapa laman web yang menawarkan diskaun yang lebih banyak jika hendak dibandingkan beli di kaunter nanti. 

5. Makanan

Bab makanan ini memang susah untuk dirancang oleh kerana ianya bergantung pada individu itu sendiri. Kalau anda memang nak jimat, bawalah makanan yang sedia untuk dimakan ke sana seperti produk makanan Brahim. Sesekali sahaja makan makanan tempatan hanya sekadar untuk buat syarat travel sahaja. 

Rasanya ini sahaja tips yang boleh aku kongsi setakat ni. Mungkin di entri yang akan datang, aku akan kongsikan lebih banyak lagi tips untuk travel. Ramai lagi otai-otai yang lagi hebat daripada aku untuk tuntut ilmu. Aku harap apa yang aku kongsikan ini dapatlah membantu anda diluarkan sana untuk membuat perancangan sebelum travel. Kalau anda pun ada tips tambahan bolehlah kongsi juga di ruangan komen. Manalah tau ianya berguna untuk aku nanti atau pembaca-pembaca yang lain. 

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.