Adalah Blog Aku Digodam?

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

Bulan Julai ni merupakan bulan yang mencabar bagi blog aku ni disebabkan asyik kena bersengkang mata tengok coding dan skrip php blog aku. Aku takde ler pandai sangat nak edit skrip ni tapi aku tau ler bahagian mana yang nak di check. Aku rasa bulan ni banyak kali sebenarnya blog aku dan blog wife (www.vitamin4kesihatan.com) berstatus “Server Down” disebabkan skrip php kitaorg selalu digodam dan diubah, pastu bahasa coding apa ntah yang dorang gunakan. Aku terpaksa buang coding-coding tu dalam skrip php aku untuk repair. Dah buang coding tu baru ler kedua-dua blog ok balik. Nasib baik la Support Team Hosting aku bagus, dorangnya response time pun cepat pastu sampai 1-2 pagi pun dorang cepat balas email aku walaupun hosting aku di Malaysia jer…hihiihihi.. berbaloi rasanya aku bayar setiap tahun.

Sekarang ni aku terpaksa gunakan perkhidmatan Content Distribution Network (CDN) ataupun biasanya dikenali sebagai Cloud Network untuk memastikan blog aku masih boleh dilayari walaupun content kat main server down. Kalau main content down, sekurang-kurangnya korang masih boleh layari content kat CDN buat sementara waktu sehingga problem selesai.

Aku ada check log report kat blog aku, 2 hari kebelakangan ni ada cubaan untuk masuk blog aku lagi tapi aku rasa dorang nak attack hosting server tu dan bukannya blog aku. Terkejut gak tengok attack tu datang dari mana!!.. cer tengok report aku kat bawah ni haaaa…….

masalah-blog-kena-hack

masalah-blog-kena-hack

Nether????… Adakah daripada Netherland?… Misterinya…. mungkinkah disebabkan Belanda tidak berjaya memenangi World Cup 2014?…… ahahahahahahaha….

Walau apa pun “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri” kepada korang semua. Semoga lembaran kali ni membawa sinar kepada korang semua.

12 comments to Adalah Blog Aku Digodam?

  • Khir Khalid  says:

    Adehh… leceh juga bila kena berhadapan dgn masalah2 mcm ni eh… Dulu ada sekali satu hari tu aku x dpt nk komen kt sini sbb button sent komen tu x kluar2.. tp dah lama dah. Sehari tu je & mungkin disebabkan line internet aku slow kot. Lepas ru ok je smpi ke hari ini. Harap2 oklah…
    Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri juga bro. Mohon maaf zahir batin klu ada salah & silap sepanjang persahabatan kita eh… 😀

    • eshamz halim  says:

      Dulu laa bro..leceh gak kalau asik kena camni jer… asik kena repair balik jer..tp mmg dah begini cabaran seorang blogger kan…ekekekekeke… Salam aidilfitri bro… 😀

  • NURUL AQIDAH  says:

    sabar jelah..anyway ida singgah cn..selamat hari raya

    • eshamz halim  says:

      Selamat Hari Raya Nurul… 😀

  • sobri yaacob  says:

    siapakah yg godam?
    blog popular ni dasar PHD betul..
    sabar bang dia jeles lattew..blog dia x popular ha..ha.. 😛

    • eshamz halim  says:

      ahahahahahaha… gitu pun boleh ek… mana ada popular… cikai jer..ekekekeke.. 😀

  • titan  says:

    Rajin betul diorang ye. Hmm

    • eshamz halim  says:

      mmg rajin pun..dengan aku2 sekali kena rajinkan memrepair jer…ahahahaha.. 😀

  • Kamil Salleh  says:

    Tidak pernah lagi digodom di blog saya. Semoga ianya tidak akan berlaku. Jika berlaku, pasti sukar nak pulihkan kembali. Apapun semoga tidak berlaku lagi lepas ni. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat anda. Jika balik kampung, berhati-hati di jalan raya.

    • eshamz halim  says:

      Tu laa…kalau dah kena camni mmg leceh kan…. selamat hari raya bro… 😀

  • Strider  says:

    ini mesti satu konspirasi yang harus disiasat dengan lebih teliti..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      ahahahahahaha… Mungkin kah?????….. 😀

Isikan Komen Anda Disini