Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Hatyai – KL Sentral

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalim-00

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Setiap permulaan, pasti ada penghujungnya. Entri ini merupakan entri penutup bagi pengembaraan kami untuk menjejaki Bunga Matahari di Thailand tetapi sebelum itu, sekali lagi aku nasihatkan supaya baca entri-entri dibawah terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan sebarang kekeliruan…hihihihi.. ?

Entri 4 :Backpacker Trip Thailand: Kanchanaburi – Lopburi – Bangkok (Entri Misi Utama)
Entri 3 :Backpacker Trip Thailand: Erawan National Park – Death Railway – River Kwai Bridge
Entri 2 :Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Kanchanaburi
Entri 1 :Backpacker Trip Thailand: KL Sentral – Hatyai – Bangkok
Entri Pengenalan :Backpacker Trip Thailand: Misi Menjejaki Bunga Matahari (Untuk tentatif dan maklumat perkhidmatan serta jadual keretapi Thai’s Railway)

Tren No. 106 daripada Lopburi tiba di Stesen Hua Lamphong tepat pukul 3 petang. Nampaknya kami masih ada masa lagi untuk ronda-ronda sekitar bandaraya Bangkok sementara menunggu tren ke Hatyai pada pukul 10.50 malam. Rancangan asal memang nak bermalam 1 hari di Bangkok terpaksa diubah semata-mata untuk lebihkan masa di Kanchanaburi. Agak buntu sekejap bila sampai di Stesen Hua Lamphong ni, tengah pikir nak ronda-ronda ke mana. Sekali lagi terpaksa rujuk pada peta dan hasilnya kami ke The Platinum Fashion Mall. Daripada Stesen Hua Lamphong ke Platinum Fashion Mall memang agak jauh dan kali ni kami naik teksi ok!…malas nak buat kerja gila macam pergi MBK Center hari tu….hihihihihi.. 😀 Kaki pun dah lenguh sebab kena berdiri lebih 2 jam dalam tren dari Lopburi.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimAku tak pasti di stesen mana ni?….ermmmm…

Platinum Fashion Mall merupakan gedung fesyen terbesar di bandaraya Bangkok, Thailand. Berkonsepkan secara pembelian borong untuk pelbagai barangan fesyen seperti pakaian dan juga aksesori-aksesori fesyen. Bangunan ini mempunyai 25 tingkat yang terdiri daripada gabungan 6 tingkat pusat membeli-belah dan 11 tingkat kondominium. Boleh rujuk di url www.platinumfashionmall.com untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Platinum Fashion Mall.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimBaru turun dari teksi.

platinum-fashion-mall-bangkok-eshamzhalimdotcomPermandangan dari luar pun dah nampak besar.

platinum-fashion-mall-bangkok-eshamzhalimdotcom-02Pintu masuk The Platinum Fashion Mall.

Memang rambang mata dibuatnya bila ronda-ronda di dalam Platinum Fashion Mall ni tapi nasib baiklah duit pun dah sedikit ciput. Kalau datang sini dengan iman yang rapuh, memang jahanamlah poket….hahahahaha… nasib baik wife aku bukan kaki shopping!.. lega sikit aku…hihihihi.. 😀 Keluar jer dari Platinum Fashion Mall, terus lepak di Starbuck sementara caj telefon dan powerbank. Beli air jer tapi habis semua soket elektrik kat Starbuck tu kami guna…hahahahaha… 😀 Sebelah malam, kami ronda-ronda di sekitar situ sambil menikmati suasana malam di bandaraya Bangkok sebelum balik ke Stesen Hua Lamphong dengan teksi.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimSuasana malam di bandaraya Bangkok.

Sampai jer di Stesen Hua Lamphong, masih ada banyak masa lagi sebelum tren bertolak ke Hatyai pada pukul 10.50. Mata pun dah semakin mengantuk sebenarnya. Duduklah kami di lantai Stesen Hua Lamphong sambil mengemas beg masing-masing.

Jom tonton video timelapse semasa kami berada di Stesen Keretapi Hua Lamphong….hihihihi… 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimStesen Hua Lamphong di waktu malam.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimMemang mengantuk masa ni…

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimRajin betul Alice mengemas, habis semula barang dalam beg dia keluarkan…hahahaha.. 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimWife aku dengan backpack Deuternya…

Alice sempat mengambil gambar golongan gelandangan yang menumpang tidur di luar Stesen Hua Lamphong sebelum kami naik tren. Memang agak sedih bila tengok keadaan golongan gelangangan di situ yang berkongsi makanan dan tempat tidur. Jom aku kongsikan gambar-gambar daripada Alice.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimDi setiap sudut ada orang menumpang tidur.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimAda yang muda, ada yang tua.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimDi sebelah luar Stesen Hua Lamphong, di korridor menuju ke MRT.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimPasti setiap malam mereka tidur di sini.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimMemang penuh.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimDi Malaysia pun banyak mereka yang senasib seperti ini.

Tepat pada pukul 10.50 malam, akhirnya tren No.41 pun memulakan perjalanan keluar daripada Stesen Hua Lamphong menyusuri kegelapan malam untuk membawa kami ke bandar Hatyai. Seperti biasa, tiket kelas kedua yang dibeli adalah termasuk sekali dengan pakej makanan. Rasanya, aku dah tertidur selepas 1 atau 2 jam tren bergerak. Memang teramatlah mengantuknya disebabkan seharian merayap dan mengejar masa daripada Kanchanaburi, Bangkok, Lopburi dan patah balik semula ke Bangkok sebelum berada di dalam tren No.41 menuju ke Hatyai. Sekali lagi, kami perlu memastikan mental sentiasa dalam keadaan ceria bagi menghadapi perjalanan selama 14 jam daripada Bangkok ke Hatyai…hahahahahaha.. 😀

5 Januari 2015

Tren No.41 tiba di Stesen Haadyai Junction lebih kurang pukul 1 petang. Singgah mandi di tandas awam Stesen Haadyai Junction terlebih dahulu sebelum ke Restoran Shah Alam Seafood* untuk makan tengahari. Memang tak sempat nak ronda-ronda sekitar bandar Hatyai sebab tren KTMB akan bertolak dari Stesen Haadyai Junction pada pukul 4 petang. Selesai jer makan, naik tuk-tuk untuk ke stesen dan terus berlari mencari tren KTMB dalam keadaan yang kelam kabut. Kami agak lambat sebenarnya, nasib baik tren belum bergerak lagi….hihihihi.. 😀 Sempatlah bergambar sekejap sebelum tren KTMB No. 21 (Senandung Langkawi) mula bergerak menuju ke Stesen Padang Besar untuk proses menukar kepala keretapi serta urusan Imigresen (cop passport) sebelum meneruskan perjalanan ke KL Sentral. Sekali lagi, kami perlu memastikan mental ceria untuk menghadapi lagi 13 jam perjalanan di dalam tren. 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimSinggah beli iced-blended. Murahnya.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalim*Restoran Shah Alam Seafood. Sayangnya, beberapa bulan lepas restoran ni telah bertukar milik kepada pemilik baru warga Thai. Nama restoran pun telah ditukarkan kepada New Shah Alam Seafood. Aku tak pasti tahap halalnya tapi pastikan periksa dulu sebelum singgah makan di sini.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimMalas nak jalan kaki.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimJom balik Malaysia. 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimGroupfie dulu sebelum tren bergerak.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimSemua dah tak sabar nak balik ni….hihihihi.. 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimPosing dulu…

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimTren ke KL Sentral kami beli tiket katil. Badan dah letih kan.. 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimMuka ceria…hahahahaha…

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimSelfie dulu sebelum naik tren semula selepas selesai urusan Imigresen.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimAlice suruh ambil gambar dia dengan keretapi Thailand.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimDah mula mengantuk dah ni….

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimAlice tu tengah ambil gambar kaki sendiri ker?…..

6 Januari 2015

Akhirnya setelah 61 jam menaiki keretapi, 3 jam menaiki bas, 3 jam menaiki mini-bus, seharian menaiki tuk-tuk, 2 jam menaiki teksi sapu, 4 kali menaiki teksi bermeter dan berpuluh-puluh ribu langkah kaki. Alhamdulillah, tibalah kami dengan selamatnya di KL Sentral pada pukul 5.40 pagi waktu Malaysia. Muka masing-masing dah letih…hahahahaha.. semua dah terbayang katil dan bantal di rumah jer. Aku dan wife naik komuter ke Stesen Batu Tiga manakala Zakiah dan Alice menuju ke haluan rumah masing-masing.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimSelfie dalam komuter sementara sampai di Stesen Batu Tiga.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalimKena jalan kaki lagi untuk balik ke rumah…..hihihihihi.. 😀

Maka, tamatlah pengembaraan kami ke Thailand dalam misi untuk menjejaki Ladang Bunga Matahari (Sunflower Farm). Sememangnya, pengalaman mengembara itu memberi pelbagai kenangan indah yang akan tersemat di dalam ingatan. Setiap pengembaraan akan memberi cabaran yang berbeza tetapi bak kata pepatah melayu “Pengalaman itu mendewasakan kita”.

Kepada sesiapa yang inginkan jadual perjalanan (itinerary/tentatif) dan kos pembelanjaan yang lengkap, sudilah klik atau download di sini –> Itinerary dan Budget Misi Bunga Matahari.

(Kemaskini pada 24 Jun 2016: Mulai 19 Mei 2016, Perkhidmatan Tren KMTB No.20 dan No.21 (Senandung Langkawi) menuju ke Hatyai telah ditamatkan perkhidmatan dan telah digantikan dengan perkhidmatan ETS ke Padang Besar. Tiada lagi tren KTMB menuju ke Hatyai. 🙁 Pilihan lain pengangkutan awam ke Hatyai adalah dengan menggunakan perkhidmatan bas dari TBS, Pudu, Shah Alam atau Kepong. Cadangan Operator Bas: Alisan Golden Coach atau Inter Top Ekspress.)

InshaaAllah, kami akan mengembara ke negara Thailand sekali lagi pada bulan November yang akan datang tetapi jadual perjalanan dan lokasi masih lagi di dalam perbincangan. Perancangan asal adalah untuk menerokai daerah Chiang Mai, Chiang Rai, Udon Thani serta lokasi-lokasi menarik yang berdekatan sekitar daerah itu. Pastinya trip kami bukanlah trip shopping Mak Jemah atau Kak Esah!…hahahahahaha… 😀 Kami berkelana adalah untuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Yang Maha Esa. Nantikanlah kisah dan pengalaman kami dalam segmen Backpacker Trip di masa yang akan datang. Tunggguuuuuuuu……….. 😀

p.s : Video lengkap akan dikongsikan nanti dan sedang dalam proses suntingan…hihihihi.. 😀

Jom aku kongsikan sedikit tips dan info berdasarkan perjalanan kami setakat ini:

  1. Sentiasa periksa jadual keretapi. Biasanya kaunter akan buat pengumuman dalam Bahasa Thai. Memang ada pengumuman dalam Bahasa Inggeris tapi bunyinya sama jer seperti Bahasa Thai….hihihihihihi.. 😀
  2. Tiket tren No. 41 adalah termasuk hidangan makanan, sama seperti tren No.42.
  3. Jangan lewat naik tren sebab tren tidak akan menunggu anda.
  4. Bagi pemeriksaan Imigresen di Stesen Padang Besar nanti, sila bawa turun beg untuk diperiksa oleh kastam. Sesiapa yang shopping kaw-kaw tu nasib ler…hihihihi.. 😀
  5. Sertakan Borang Imigresen Thailand (White Card) bersama- sama passport semasa pemeriksaan Imigresen Thai. Jangan hilangkan borang white card tu yer.
  6. Jangan lupa sediakan makanan atau kudapan dalam tren ke KL Sentral nanti.
  7. Jangan lupa rujuk info dan tips dalam entri sebelum ni…hahahahahaa…dah habis idea dah ni.

Tips bonus dari eshamzhalim.com bila mengembara:
Jangan lupa ambil insuran kembara mengikut bilangan hari mengembara (travel insurance). Tak mahal pun tapi sekiranya berlaku apa-apa, sekurang-kurangnya adalah perlindungan untuk diri sendiri. Pakej dan syarat insuran kembara ni adalah mengikut syarikat insuran, oleh itu pilihlah mengikut keperluan yang diperlukan.

9,515 total views, 23 views today

28 comments to Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Hatyai – KL Sentral

  • ida  says:

    Penatlah baca.. 😀 Entry ni banyak melepak kat stesen keretapi ja ya.. Entry lain belum khatam.. Hehehe.. Selamat mengembara ! Chok Di !!! ( Good luck )

    • eshamz halim  says:

      hahahahaha…. sila lah baca entri2 yg lain yer… 😀

  • Riza Afzan Asri  says:

    Panjang betul kisahnya ni. Menarik jugak ye naik ketapi tapi lamaaa tu tak tahan berjam-jam.

    • eshamz halim  says:

      kisah yang detail kan?…ekekekekeke… mula2 mmg kebas bontot tp kalau dah biasa selamba jer…hihihihi.. 😀

  • Mashitah Mamat  says:

    best nya bandar bangkok..tak sangka, cantik….
    kesian tgk golongan gelandangan tu..huhuhu…

    • eshamz halim  says:

      mmg best tp x abis ronda2 lagi tuuu..ekekekeke… tu laaaa…mmg penuh kat stesen tu dorang tumpang tido…

  • Zainal  says:

    Entry yang baik. Teruskan perjalanan dan kongsikan info. Terima kasih

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih tuan….. 😀

  • wati  says:

    Assalam..nak tanya, bila kita boleh booking tiket ke hatyai tu yer ?

  • Fikri  says:

    Saya dah baca semua entri tuan, bersemangat nak backpack ke Thailand pas ni…

    • eshamz halim  says:

      Hihihihihi… terima kasih sbb sudi baca.. 😀

  • khairul  says:

    As Salam tuan selepas membaca memang puas hati trip tuan ini penuh dengan info dan tempat menarik wow saya mesti kena plan ke sana in sya Allah . Ape pun terima kasih sudi share info tuan

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama tuan… terima kasih sebab sudi singgah.. 😀

  • Emmy  says:

    Salam bang, sy nak tahu la baudget ke seluruhan trip ni.. sbb pdf tu dah dwnload tp xbole bukak.. huhu

    • eshamz halim  says:

      Cuba download pastu bukak balik…saya download pastu bukak ok jer…. mungkin adobe reader tu problem kot?… budget semua ada dalam fail pdf tuuu… 😀

      • Emmy  says:

        Wahh.. nak g chiang mai ehh.. menarik tu..

        • eshamz halim  says:

          Ekekekekeke…. dah gi dah tapi belum ada masa untuk tulis dalam blog ni lagi…hihihihihi.. 😀

  • Muhammad irfan  says:

    Salam bang, esok ni 13 hb july saya nak try pegi ladang matahari, tapi bulan juli ni bunga matahari tu ade tak ye? Dan berapa budget kalau saya nak ke lopbhuri and bangkok selame 4 sahaje?
    Terimakasih

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumsalam…. musim untuk bunga matahari sebenarnya daripada bulan November hingga bulan Januari setiap tahun…. tak pasti bulan julai ni ada atau tak?… pasal budget tu sebenarnya terpulang kepada individu…berjimat atau tidak…tp kalau dari segi pengangkutan, makan dan penginapan sahaja lebih kurang sekitar 5000 baht secara asasnya… 😀

  • Miss ComeiLote  says:

    Assalamualaikum…
    Terrrrsangat-sangatlah inspired dengan travelog ini. Terima kasih sebab travelog ini tersangatlah details, penuh dengan tips dan pedoman.. hehehe..
    Group pinks travel buddies kami akan buat kitab lah dengan itenary yang tuan travelog attached ni.. Insha Allah..
    Teruskan usaha untuk catatkan travelog tuan yer!

    ps: Suami isteri sehati sejiwa.. payah dah nak cari tu.. hehehehe

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih kerana sudi singgah di blog ni… 😀

  • NOOR ADZLAN BIN ISMAIL  says:

    Assalammualaikum tuan. Kisah backpackers yg menarik. sambil baca sambil tgk gambar2, rasa mcm kenal la alice tu. tp x pasti la. kawan di kk,sabah 2005-2006 dulu kot. say hi to her. tq

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumsalam tuan, terima kasih kerana sudi membaca blog ni…yup!.. betul la tu…Alice mmg orang sabah.. nanti saya sampaikan salam kat dia.. 😀

  • Fauziah Ismail  says:

    bile nak back pack ke chiangmai…nak join bole?

    • eshamz halim  says:

      Dah gi backpack dah ke Loei, Chiang Mai dan Chiang Rai bulan November tahun lepas…cuma tak sempat2 nak upload story jer dalam blog ni haaa…huhuhuhuhu… 😀

  • shareen mohd anayath  says:

    Assalamuailaikum tuan, sy plan nak bwk anak pi ke lobpuri ni.. rasanya klau bwk anak as young as age 6 ok tak.

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumsalam… sebenarnya bergantung kepada cara pengangkutan nak kesana… kalau dr KL-Bangkok naik flight dan dari Bangkok ke Lopburi naik kereta sewa atau teksi, bagi saya takde masalah…sbb lebih selesa tapi kos akan menjadi lebih tinggi.. sekiranya awak nak naik tren dr KL ke Bangkok dan naik tren ke Lopburi…akan memerlukan masa yg lama utk travel dan mungkin anak awak tak selesa sbb perjalanan jauh. So bagi saya terpulang kepada parents itu sendiri sbb mereka lebih tahu perangai anaknya.. Org Malaysia ni agak tipikal sket perkara2 begini tp saya biasa jer lihat omputih heret jer anak-anaknya yg kecil gi travel naik tren atau bas.. 😀

Isikan Komen Anda Disini