Backpacker Trip Thailand: Erawan National Park – Death Railway – River Kwai Bridge

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-river-kwai-bridge-visit-thailand-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Entri ini adalah sambungan bagi entri Backpacker Trip Thailand. Dinasihatkan supaya baca entri-entri dibawah terlebih dahulu sebelum membaca entri ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan…hihihihi.. 😀

Entri 2 :Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Kanchanaburi
Entri 1 :Backpacker Trip Thailand: KL Sentral – Hatyai – Bangkok
Entri Pengenalan :Backpacker Trip Thailand: Misi Menjejaki Bunga Matahari (Untuk tentatif dan maklumat perkhidmatan serta jadual keretapi Thai’s Railway)

3 Januari 2015

Seawal pagi kami dah bersiap dengan tema baju Harimau Malaya (Promote Malaysia) bagi misi eksplorasi ke Erawan National Park untuk melihat sendiri keindahan 7 peringkat air terjunnya serta singgah di Death Railway dan juga di River Kwai Bridge pada sebelah petang nanti. Pagi tu kami memang dah booking tuk-tuk untuk hantar ke Stesen Bas Kanchanaburi. Perancangan asal adalah untuk pergi sendiri ke Erawan National Park dengan menggunakan perkhidmatan bas awam bagi mengurangkan kos, memang ada pakej yang disediakan oleh agen pelancongan di situ tapi harganya agak sedikit mahal.

Dalam perjalanan ke stesen bas, sempat juga berborak dengan Mr. Sanam (pemandu tuk-tuk). Bila kami beritahu nak ke Erawan National Park, terus dia tawarkan tuk-tuk dia untuk disewa. Selepas tawar menawar, dapatlah sewa tuk-tuk seharian termasuklah pakej ke Erawan National Park, Death Railway dan River Kwai Bridge dengan bayaran 1500 baht sahaja tetapi tidak termasuk bayaran masuk ke Erawan National Park. Agak berbaloi juga harganya, bila dibahagikan dengan empat orang memang jimat. Bayaran masuk ke Erawan National Park pun 200 baht seorang, maknanya bayaran untuk seorang adalah 575 baht (RM57.50 seorang). Kalau pakej agen pelancongan biasanya di antara 1200-1500 baht seorang ok!…. 😀 Pakej mahal mungkin disebabkan termasuk sekali makanan tapi kalau nak jimatkan kos, boleh beli makanan di kedai serbaneka 7-11.

Setelah semua bersetuju dengan harga yang dibincangkan, maka bermulalah perjalanan kami sejauh 70km menuju ke Erawan National Park. Cuaca di Kancahanaburi pada pagi tu memang sejuk walaupun kelihatan panas terik. Masing-masing terpaksa sarung jaket di atas tuk-tuk….hihihihihihi.. 😀 Selepas 1 jam setengah akhirnya sampai juga di Erawan National Park.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimSejuk giler ok!.. masing-masing pakai jaket. Laju gak tuk-tuk ni.

Berdasarkan perancangan asal, sepatutnya kami akan naik bas No.8170 (Kanchanaburi – Erawan) daripada Stesen Bas Kanchanaburi ke Erawan National Park. Mengikut maklumat yang aku dapat, bas No.8170 akan beroperasi mulai pukul 8 pagi sehinggalah pukul 5.20 petang setiap hari dan rasanya ia satu-satunya bas yang menuju ke Erawan. Perjalanan menggunakan bas memang murah tetapi kalau dapat sewa tuk-tuk dengan harga yang sesuai akan dapat menjimatkan banyak masa.

Erawan National Park

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimYeayyy!!!.. kami sudah sampai di sini. Anda bila lagi??!!!… 😀

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimHarga tiket masuk yang baru mulai 1 Feb 2015. Nasib baik kami masih lagi bayar harga lama.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim200 baht bayaran masuk dan 30 baht bayaran masuk bagi kenderaan.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimAlice dengan ala-ala koreanya…hahahahaha… 😀

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimJom ke air terjun….

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimTrek permulaan sebelum masuk trek hutan.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimGroupfie dulu sebelum mendaki lagi.

Erawan National Park ini telah diwartakan sebagai taman negara yang ke 12 di negara Thailand dan ianya seluas 550km persegi yang terdiri daripada kawasan pergunungan dan lembah. Kawasan pergunungannya dikatakan mempunyai ketinggian hampir 1000 meter dari paras laut dengan tebing-tebing batu kapur. Kawasan pergunungan di sini adalah terlindung daripada monsun timur menyebabkan ianya mempunyai kadar purata hujan yang rendah dengan cuaca panas yang agak terik tetapi suhu akan berubah menjadi sejuk dingin sekitar bulan November hingga Februari. Tarikan utama Erawan National Park adalah air terjun Erawan yang mempunyai 7 peringkat dengan air berwarna hijau seakan batu zamrud. Air terjun Erawan juga dinamakan sempena seekor gajah putih yang berkepala tiga di dalam mitologi Hindu dan dikatakan peringkat tertinggi air terjun tersebut menyerupai kepala gajah.

Secara umumnya Erawan Waterfall akan dibuka untuk pengunjung sehingga pukul 4 petang tetapi bagi air terjun peringkat pertama dan ke 2 akan dibenarkan sehingga pukul 5 petang. Tidak dibenarkan masuk kecuali air terjun pertama dan kedua sekiranya musim hujan bagi mengelakkan risiko kepala air.

Erawan National Park menawarkan pelbagai aktiviti riadah selain daripada keindahan air terjunnya. Untuk maklumat yang lebih lengkap mengenai Erawan National Park, bolehlah terjah di url www.thainationalparks.com/erawan-national-park

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimHijau jer airnya…

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimPosing sikit..hihihihihi… 😀

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimAir terjun pertama (1st tier)

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimIni air terjun ke 2 (2nd tier).

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimTerjumpa kawasan ni. Besar-besar daunnya.. Jom groupfie dulu… 😀

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimErawan Waterfall.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimLogo Erawan National Park merupakan seekor gajah putih yang berkepala tiga.

Pengunjung boleh mendaki hingga ke air terjun ke 7 (7th tier) tetapi selepas air terjun ke 2, semua pengunjung akan melalui pejabat ranjer sebelum dibenarkan terus mendaki. Sekiranya ingin meneruskan pendakian ke peringkat ke 3 hingga ke 7, makanan dan minuman adalah tidak dibenarkan bawa hingga ke atas tetapi boleh disimpan di pejabat ranjer dengan bayaran deposit yang akan dikembalikan apabila turun nanti. Jarak perjalanan daripada permulaan trek (pintu masuk) hinggalah ke air terjun ke 7 adalah sejauh 1.7km.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimPejabat Ranjer yang perlu dilalui sebelum meneruskan pendakian ke atas.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimNaik tangga jer weiii….

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimPermandangan di atas, rasanya sebelum sampai di air terjun ke 3.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimLaluan hutan untuk mendaki ke atas.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimAir terjun ke 3 (3rd tier).

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimAir terjun ke 4 (4th tier).

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimAku dan wife selfie di air terjun ke 4.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimAir terjun ke 5 (5th tier).

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimbackpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimKiri atau kanan?

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimAir terjun ke 6 (6th tier).

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimMemang cantik kolamnya. Hijau jer airnya seperti batu zamrud (emerald pool)

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimSelfie lagi…hihihihi.. 😀

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimAir terjun ke 7 (7th tier).

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimMemang tinggi air terjun ke 7 ni tapi hampa sebab air terjunnya kering, sepatutnya daripada atas tu airnya mengalir.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimDi sekitar kolam air terjun ke 7.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimKolam di air terjun ke 7.

Disebabkan kami pun malas nak singgah mandi (lupa nak bawa baju mandi sebenarnya..hihihi.. 😀 ), terus turun semula ke bawah dan lepak makan tengahari di sekitar air terjun ke 2. Kami memang ada bawa paket rendang ayam daripada Malaysia dan nasi boleh jer beli di kedai serbaneka 7-11. Kalau nak jimatkan kos, jangan segan silu singgah 7-11 yer…..hihihihihi.. ada merata-rata di Thailand ni.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimTerjumpa bas ni pulak.. berhias-hias bagai. Rasanya bas ni yang dari Kanchanaburi ke Erawan National Park kot?.. 😀

Selesai jer makan, terus mencari Mr. Sanam untuk beredar dari situ dan menuju ke lokasi seterusnya iaitu Death Railway. Sebenarnya Death Railway dan River Kwai Bridge ni berdekatan dengan VN Guest House, kami fokus untuk ke Erawan National Park dulu disebabkan jarak ke sana yang agak jauh dan untuk menjimatkan masa.

Death Railway

Sebelum tu, jom aku ceritakan serba sedikit mengenai sejarah Death Railway ini…. 😀

” Pada tahun 1943, ribuan tawanan perang (Prisoner of War) dan buruh asia dipaksa bekerja di landasan keretapi maut ini di bawah Empayar Tentera Jepun untuk membina sebahagian daripada 415km landasan keretapi yang menghubungkan Burma dan Thailand. Kebanyakan tawanan perang ini adalah warga Australia, Belanda dan British serta mereka telah dipaksa bekerja bagi membina landasan keretapi ke arah selatan mulai dari Thanbyuzayat (Myanmar) untuk menghubungkan dengan tawanan perang yang lain di sebelah landasan keretapi Thailand. Landasan keretapi ini telah diguna untuk membawa askar dan bekalan peperangan ke Burma, di mana ketika itu pihak Jepun sedang melawan tentera British. Landasan keretapi maut ini telah dibina melalui lembah yang dalam serta bukit dan menjadikan ia landasan yang amat berbahaya. Ribuan tawanan perang telah terkorban semasa membina landasan keretapi maut ini serta telah diseksa dengan kejam oleh tentera Jepun. “

Kalau dibaca dengan panjang lebar sejarahnya, patutlah ianya dipanggil Death Railway (Landasan Keretapi Maut) sebab berpuluh ribu nyawa terkorban semata-mata untuk menyiapkan landasan keretapi ini. Untuk maklumat sejarah yang lebih lengkap mengenai Death Railway dan juga River Kwai Bridge, bolehlah rujuk di en.wikipedia.org/wiki/Burma_Railway.

Uniknya, landasan keretapi ini masih lagi digunakan sehingga sekarang dan merupakan antara landasan utama di Thailand. Kami rancang nak naik keretapi di sini (Stesen Thamkra Sae) untuk menyusuri landasan maut dan turun di Stesen River Kwai Bridge tetapi apakan daya terlepas tren….hahahahahaha..asyik sibuk berjalan di tengah-tengah landasan tu jer…hihihihi.. 😀 Mr. Sanam sampai berlari kejar kami untuk beritahu tren dah nak sampai di stesen tapi terlepas jua…hihihihi.. 😀 Thank you Mr. Sanam!...

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-death-railway-visit-thailand-eshamzhalimBanyak kedai-kedai cenderamata sepanjang perjalanan ke Death Railway.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-death-railway-visit-thailand-eshamzhalimStesen Thamkra Sae.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-death-railway-visit-thailand-eshamzhalimPapan tanda stesen.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-death-railway-visit-thailand-eshamzhalimAmacam?… gerun tak?….. lereng bukit tuuuuu……

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-death-railway-visit-thailand-eshamzhalimSelamba jer kami jalan atas landasan ni sebelum keretapi sampai.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-death-railway-visit-thailand-eshamzhalimPanjangnya landasan ni..

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-death-railway-visit-thailand-eshamzhalimAlamak!!..keretapi nak lalu, terpaksa lepak tepi….seram oooooo…. keretapi inilah yang sepatutnya kami naik.

Kalau nak tahu betapa gerunnya landasan keretapi maut ini?.. Jom tonton video di bawah ni….

River Kwai Bridge atau The Bridge On The River Kwai

River Kwai Bridge ini adalah jambatan yang dibina bagi membolehkan keretapi untuk menyeberangi Sungai Kwai. Jambatan ini juga adalah sebahagian daripada landasan Death Railway dan kerap menjadi sasaran serangan bom semasa perang dunia kedua tetapi dibina semula selepas peperangan berakhir. Jambatan ini juga masih lagi digunakan oleh Thai’s Railway sehingga sekarang dan antara landasan utama serta juga menjadi lokasi tarikan pelancongan di kalangan warga tempatan atau pun pelancong luar.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-river-kwai-bridge-visit-thailand-eshamzhalimThe Bridge On River Kwai. Aku ambil gambar ni sekitar pukul 5 petang. Memang cantik permandangannya.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-river-kwai-bridge-visit-thailand-eshamzhalimLepak atas jambatan kejap.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-river-kwai-bridge-visit-thailand-eshamzhalimJom selfie di tengah landasan.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-river-kwai-bridge-visit-thailand-eshamzhalimKeretapi nak lalu, terpaksa lepak kat tepi…hihihihihi… 😀

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-river-kwai-bridge-visit-thailand-eshamzhalimStesen River Kwai Bridge.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-river-kwai-bridge-visit-thailand-eshamzhalimOrang Thailand ni selamba jer lepak atas landasan keretapi. Kalau di Malaysia ni, semua dah kena saman.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-river-kwai-bridge-visit-thailand-eshamzhalimTumpang bergambar kejap. Keretapi tengah berhenti masa ni.

Jom tonton video kami di River Kwai Bridge kat bawah ni…. 😀

Sememangnya, keretapi merupakan pengangkutan utama di Thailand dan mempunyai pelbagai kisah serta peninggalan sejarah sekian lama. Landasan keretapi di Thailand juga dijadikan sebagai lokasi perniagaan dan juga tempat tarikan pelancongan. Sepanjang aku berada di Thailand ni, tidak pernah aku lihat landasan keretapi yang berpagar dan rasanya menyeberangi landasan keretapi bukanlah satu kesalahan di Thailand. Landasan keretapi yang berpagar yang terakhir aku lihat sebelum masuk Thailand ni adalah di Padang Besar….hahahahahaha.. 😀 Mungkinkah rakyat Thailand lebih patuh kepada undang-undang berbandingkan rakyat Malaysia?…ermmmm.. satu soalan cepu emas yang sukar untuk dirungkaikan.

Berakhirlah eksplorasi kami di sekitar Kanchanaburi dan terus naik tuk-tuk menuju kembali ke VN Guest House tapi sebelum tu, jom tapau makanan dulu….hihihihi..banyak juga kedai-kedai muslim di sekitar Stesen River Kwai Bridge ni.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-river-kwai-bridge-visit-thailand-eshamzhalimTapau makanan di gerai ni sebelum kembali ke VN Guest House.

Sebenarnya, banyak lokasi pelancong yang menarik di sekitar daerah Kanchanaburi ini tapi sayangnya, kami kesuntukkan masa kerana misi kali ini adalah untuk menjejaki Bunga Matahari dan Kanchanaburi adalah misi sampingan. Mungkin di trip yang akan datang, boleh diselitkan lagi eksplorasi ke Kanchanaburi ni. Terima kasih kepada Mr. Sanam yang banyak membantu dan menerangkan serba sedikit mengenai sejarah dan adat resam rakyat Thailand. Lagi jauh kita mengembara, lagi jelas dan semakin kita menghormati adat resam dan budaya masyarakat tempatan.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-river-kwai-bridge-visit-thailand-eshamzhalimInilah Mr. Sanam yang banyak membantu kami. Memang baik orangnya. Kalau kami ke sana lagi, pasti akan cuba cari dia lagi.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimBolehlah telefon dan gunakan perkhidmatan tuk-tuk dia sekiranya sesiapa ke sana.

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-river-kwai-bridge-visit-thailand-eshamzhalimBergambar dengan pemilik VN Guest House.

Sampai jer di guest house, terus bergambar dengan Mr. Sanam dan juga dengan pemilik VN Guest House sebelum balik ke bilik dan makan malam. Malam tu kami kena tidur awal sebab wife aku dah booking mini-bus (van) untuk ke Bangkok pada pukul 3 pagi. Apa?.. 3 Pagi?.. Kenapa awal sangat?….ermmm… nanti aku akan ceritakan di entri yang seterusnya yer….. tungguuuuuuu yer…… 😀

Jom aku kongsikan sedikit tips dan info berdasarkan perjalanan kami setakat ini:

  1. Kebanyakkan pemandu tuk-tuk di Kanchanaburi ada menawarkan perkhidmatan ke lokasi tarikan pelancongan dengan harga yang lebih murah daripada agen pelancongan. Pastikan ada tawar menawar sekiranya nak jimatkan kos dan kepada yang ada duit lebih tu, bolehlah ambil pakej dengan agen pelancongan supaya dapat membantu industri pelancongan di Kanchanaburi. Pilihan di tangan anda.
  2. Rasanya banyak juga gerai makanan halal di sekitar Kanchanaburi tetapi kalau tiada pilihan, boleh jer singgah di kedai serbaneka 7-11. Thailand penuh dengan 7-11…hihihihi.. 😀
  3. Bagi urusan pengangkutan, boleh jer minta tolong guest house ataupun tempat penginapan uruskan sebab boleh diskus awal-awal tentang bayarannya. Biasanya, guest house akan pastikan pemandu tuk-tuk tidak kenakan caj mahal kepada pelanggannya.
  4. Bagi yang ingin menaiki tren untuk menyusuri landasan maut (death railway), bolehlah rujuk jadual keretapi di www.seat61.com/Bridge-on-the-River-Kwai.htm
  5. Salah satu cara untuk mengetahui kedai atau gerai makan yang halal, kebiasaannya akan ada logo bulan sabit dan bintang.

Tips bonus dari eshamzhalim.com bila mengembara:
Kebiasaannya aku akan simpan sedikit duit simpanan (backup) di tempat-tempat tersorok di dalam beg atau dompet. Tujuannya supaya aku lupa yang aku ada simpan duit di situ tetapi selalunya boleh jer teringat apabila diperlukan…hahahahaha.. 😀

(Boleh baca entri-entri sambungannya di bawah ni) 😀
Entri 4 :Backpacker Trip Thailand: Kanchanaburi – Lopburi – Bangkok (Entri Misi Utama)
Entri 5 :Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Hatyai – KL Sentral

6,383 total views, 2 views today

12 comments to Backpacker Trip Thailand: Erawan National Park – Death Railway – River Kwai Bridge

  • Sya  says:

    Bestla trip ketapi maut ni… Mcm sok nk tempah tiket ketapi bangkok je!

    • eshamz halim  says:

      hahahahaha….. kadang2 perlu wat keje giler sekali sekala kan…hihihihihi.. 😀

  • atul  says:

    Salam encik nk tanya kalau erawan waterfall ke Death railway ade public transport ke?

    • eshamz halim  says:

      Ada public transport… erawan ada perkhidmatan bas awam dan death railway leh naik tren jer smp stesen kat death railway tuu tp makan masa sikit laaa… kalau ramai baik sewa tuk tuk jer.. masa pun jimat dan tambang pun leh kongsi2… 😀

  • diana  says:

    stesen death railway tu Stesen Thamkra Sae ke?

    • eshamz halim  says:

      Yup betul…. 😀

  • Emmy  says:

    Wahhh.. 1 jam setengah dlm tuk2.. kalo sy dah mabuk ni.. huhu

    • eshamz halim  says:

      Takde mabuk lah…. lagi seronok sebenarnya sbb dpt layan view dan angin…hahahahaha… 😀

  • damiazz  says:

    this is wat we call adventure trip backpackers….

    • eshamz halim  says:

      Thanks…hihihihi.. 😀

  • suraya saderi  says:

    salam..terima kasih atas perkongsian yang begitu terperinci sekali. macam mane dengan talian internet di thailand ye?

    • eshamz halim  says:

      Talian internet di Thailand lagi osem drpd Malaysia… 😀 3G mmg superb..kawasan terpencil dan atas gunung pun masih boleh dpt 3G.. 😀

Isikan Komen Anda Disini