Backpacker Trip Thailand: Kanchanaburi – Lopburi – Bangkok

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Rasanya ramai yang menantikan sambungan episod bagi entri Backpacker Trip Thailand. Entri kali ini merupakan entri yang paling penting dalam pengembaraan kami di Thailand tetapi sebelum itu, aku nasihatkan supaya baca entri-entri dibawah terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan sebarang persoalan yang akan timbul di minda…hihihihi.. 😀

Entri 3 :Backpacker Trip Thailand: Erawan National Park – Death Railway – River Kwai Bridge
Entri 2 :Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Kanchanaburi
Entri 1 :Backpacker Trip Thailand: KL Sentral – Hatyai – Bangkok
Entri Pengenalan :Backpacker Trip Thailand: Misi Menjejaki Bunga Matahari (Untuk tentatif dan maklumat perkhidmatan serta jadual keretapi Thai’s Railway)

4 Januari 2015

Seawal pukul 2 pagi kami dah bersiap untuk check-out dari VN Guest House. Selamat tinggal Kanchanaburi, terpaksa mengejar masa untuk ke Stesen Hua Lamphong supaya dapat naik tren ke Lopburi seawal pagi. Pukul 3 pagi kami dah terpacak di tepi jalan bertemankan salakan anjing dengan kesejukkan pagi. Mini-bus tiba tepat pada pukul 3.20 pagi seperti yang telah dijanjikan dan seterusnya menuju ke Bangkok. Berhimpitlah kami di dalam mini-bus disebabkan ramai penumpang dan paling kurang seronoknya, ada beberapa penumpang berbau arak….Arghhh!!! kacau!..kacau!.. 🙁

Lebih kurang 1 jam setengah kemudian, mini-bus pun berhenti di tepi jalan dan turunkan kami di sekitar bandar Bangkok. Aku pun terpinga-pinga tengok sekeliling sebab langsung tak tahu di mana kami sekarang ni. Dari situ kami naik teksi ke Stesen Hua Lamphong selepas berjaya tawar menawar harga tambang dengan pemandu teksi. Biasalah, mesti harga tambang akan tinggi sebab awal pagi. Tiba di Stesen Hua Lamphong pada pukul 5.30 pagi dan terus beratur di kaunter untuk beli tiket tren pergi dan balik ke Lopburi bagi perjalanan pertama pada pukul 7 pagi. Dari Stesen Hua Lamphong kami naik tren No. 111 ke Lopburi dan tren No. 106 untuk balik semula ke Stesen Hua Lamphong di Bangkok. Kedua-dua tren ini adalah tren kelas ketiga dan tiada aircond yer. Harga tiket pun mestilah murah, hanya 50 baht jer bagi perjalanan sehala tapi pengalaman menaiki tren kelas ketiga di Thailand memang cukup berharga buat kami. Kenapa?…ermmm….nanti aku ceritakan…hihihihihi.. 😀

tiket-bangkok-lopburi-third-class-standeeTren No.111 ke Stesen Lopburi. Harga tiket 50 baht jer….

tiket-lopburi-bangkok-third-class-standeeKami naik Tren No. 106 untuk balik ke Stesen Hua Lamphong. Harga pun sama jer.

Bagi mengurangkan beban, beg besar terpaksa simpan di tempat perkhidmatan penyimpanan beg di Stesen Hua Lamphong. Rasanya beg besar aku pun kena caj dalam 70 baht jer tapi sebenarnya bergantung kepada saiz beg dan bukan berat.

Tepat pukul 7 pagi, tren No.111 bergerak menyusuri landasan besi menuju ke bandar Lopburi. Perjalanan sehala ke Stesen Lopburi akan mengambil masa lebih kurang 3 jam disebabkan tren akan berhenti di beberapa stesen lagi untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Satu perkara lagi yang membuatkan kami keliru ialah tiada nombor tempat duduk di tiket. Hasilnya, daripada kepala hingga ke ekor keretapi kami berjalan mencari nombor tempat duduk. Bila tanya pada orang lain, semua geleng kepala. Sepatutnya nombor tempat duduk mestilah ada di tiket tetapi hanya tertulis perkataan “Standee” sahaja. Rupa-rupanya, tiket kami beli hanyalah untuk berdiri (Standee) dan memang tiada nombor tempat duduk…hahahahaha.. kejam betul tiket kelas ketiga ni…hihihihi.. Nasib baik daripada Bangkok ke Lopburi tren agak kosong, mungkin masih pagi lagi rasanya. Bila aku dah malas nak fikir, terus duduk jer di mana-mana tempat yang kosong dan bila ada orang nak tempat duduk tu, barulah kami beralih ke tempat duduk lain…hihihihihi… 😀 Tren kelas ketiga ni memang sah-sahlah tiada aircond kan? tapi boleh jer buka tingkap untuk layan angin.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimTempat ni kosong…ermmm… duduk jer lah dulu..

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimBoleh hulur kepala keluar…hihihihihihi.. 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimLayan angin pagi…

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimMemang seronok.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimSebelah landasan ada kawasan perumahan. Tiada pagar ok!!… rilek jer…

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimMerenung ke luar jendela…bayu pagi bertiup lembut… Eh!! 😀

3 jam kemudian, tren berhenti di Stesen Lopburi. Baru jer terpinga-pinga nak mencari teksi atau tuk-tuk, tiba-tiba ada seorang warga Thai ni datang dekat dan tunjuk gambar Bunga Matahari kat aku. Teksi sapu rupanya tapi bawa jeep 4×4..hihihihi.. 😀 Maka bermulalah proses tawar menawar untuk ke Ladang Bunga Matahari dan kesudahannya semua setuju dengan harga 200 baht seorang. Lagi pun, kami memang kejar masa dan cuaca pun memang panas terik yang amat melampau hari tu. Dari Stesen Keretapi Lopburi ke Ladang Bunga Matahari ni rasanya dalam 15-20km jer.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimbackpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimStesen Lopburi

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimKecil jer stesennya…

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimPermandangan sekitar stesen.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim-38Permandangan beginilah yang korang akan lihat dulu apabila keluar daripada stesen. Cantik kan?..

Akhirnya, misi yang telah dirancang selama berbulan-bulan lamanya telah tercapai apabila kami dikelilingi oleh ribuan kuntum Bunga Matahari yang sedang mekar berkembang. Apa perasaan kami?…. ermmm….mestilah tersenyum dari cuping telinga kanan ke cuping telinga kiri….hahahahaha… 😀 Sini nak bergambar!.. Sana nak bergambar!.. Situ nak bergambar!.. Semua tempatlah nak bergambar. Bunga Matahari banyak yang masih bersaiz kecil lagi dan rasanya bunga yang dah matang, mesti dah habis kena tuai untuk dapatkan biji kuacinya tapi walau apa pun, tetap lagi Bunga Matahari kan?. Ada aku terbaca, pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak 10 atau 20 baht untuk masuk ke Ladang Bunga Matahari ni tapi kami tak bayar pun. Rasanya pemandu teksi sapu yang kami naik tu dah kautim dengan mamat Thai yang duduk di depan tempat parkir tu, lama juga dia cakap thai dengan mamat tu….hihihihihi… 😀

Ok!..Ok!.. Jom layan gambar dulu sebelum aku sambung cerita lagi tapi jangan panas hati tau, rasanya tidak perlu untuk aku terangkan setiap gambar yang ada di bawah. Biarlah gambar tu menyampaikan maksudnya yang tersendiri…lalalalalalalala… (sambil bersiul)… 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim
backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim
backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim
Musim bagi Bunga Matahari adalah di antara bulan November hinggalah ke bulan Januari setiap tahun
. Mungkin kerana dalam tempoh ini merupakan kitaran musim sejuk di bahagian utara Thailand. Bagi trip kami ni, boleh dikatakan agak di penghujung musim dan cuaca di Lopburi pun sedang berubah menjadi panas. Aku rasa, bulan yang sesuai untuk singgah di sini adalah sekitar penghujung bulan November hinggalah pertengahan bulan Disember dan kalau bertuah mesti dapat bergambar dengan Bunga Matahari yang sama tinggi dengan korang…hihihihihi.. 😀

Jom aku kongsi satu gambar aku dan sang Bunga Matahari semasa di wilayah Songkhla, Thailand. Di Songkhla pun ada Bunga Matahari ok!… boleh baca entri Kembara Ke Hatyai – Songkhla, Thailand – Bahagian 2 untuk maklumat yang lebih lanjut. 😀

kembara-hatyai-thailand-tempat-menarik-di-hatyai-sunflower-songkhla-di-hatyai-eshamzhalimBunga Matahari di Songkhla. Sama tinggi dengan aku ok!..

Kecewanya tak dapat nak lepak lama di ladang tu sebab terpaksa kejar masa untuk naik tren ke Bangkok pada pukul 12.27 tengahari. Zakiah dan Alice sempat singgah beli kuaci yang telah diproses, ada jer gerai-gerai di sepanjang jalan sebelah ladang tu. Bila dah puas bergambar, terus cari pemandu jeep tadi untuk kembali semula ke Stesen Lopburi sebelum kami terlepas tren…hihihihi.. 😀 Sayang betul sebab tak dapat ronda-ronda bandar Lopburi tapi mungkin aku akan selitkan lawatan di sini bagi trip yang akan datang. Kesudahannya, melepaklah kami di Stesen Lopburi sambil menunggu tren No. 106.

Sementara menunggu tren ni, jom aku ceritakan serba sedikit mengenai Lopburi…..hihihi 🙂

Lopburi merupakan salah satu bandar tertua di Thailand yang terletak lebih kurang 150km di utara Bangkok. Pernah juga dikenali sebagai Lavo semasa di bawah pemerintahan empayar Dvaravati sekitar abad ke 6 hingga abad ke 10. Selain daripada tarikan Ladang Bunga Matahari yang terbesar di Thailand (Sunflower Farm), bandar Lopburi juga terkenal dengan runtuhan kuil-kuil lama peninggalan kerajaan purba Khmer serta beberapa empayar lain seperti Dvaravati, Sukhothai dan juga Ayuthaya. Bandar ini juga digelar sebagai “The Monkey City” berikutan bandarnya sering dipenuhi dengan monyet-monyet yang berkeliaran di sekitar bandar dan menghuni di dalam runtuhan-runtuhan kuil.

Bandar Lopburi sememangnya penuh dengan peninggalan sejarah lampau, sekiranya korang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bandar Lopburi, bolehlah baca di www.thailandbytrain.com/Lopburi.html.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimNampak tak peta ladang bunga matahari tu?..

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim
Peta Lopburi.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimNak ke Chiang Mai ker atau ke Bangkok?…. ermmmm…. 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimSelamat tinggal Lopburi, nanti kami akan datang lagi.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimTu diaaa… tren No.106 dah sampai…

Tren No. 106 singgah di Stesen Lopburi sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok. Aku rasa naik tren kelas ketiga ni sama seperti naik LRT atau komuter di Malaysia sebab sentiasa sesak dengan penumpang. Nak cari tempat duduk yang kosong memang tak dapat ler…hahahahaha. Perjalanan dari Stesen Lopburi ke Stesen Hua Lamphong akan mengambil masa selama 3 jam, bayangkan kami terpaksa berdiri lebih kurang 2 jam lebih sebelum dapat tempat duduk. Nasib baik ada warga Thai yang bermurah hati untuk berikan kami tempat duduk. Cuaca di Lopburi pada hari tu memang cukup mencabar, memang panas terik sampai berdarah hidung wife aku sebab terlampau panas.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim
Alice selfie dalam tren.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim
Terpaksa berdiri sebab tren dah penuh. 3 jam tu nak sampai Bangkok…tabahlah wahai kaki…

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim
Akhirnya dapat juga tempat duduk.

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalimLetih sampai tertidur tuuu…

Duduklah kami di dalam tren tu sambil memerhatikan gelagat warga-warga Thai turun naik tren sementara menunggu tren sampai di Bangkok. Aku pun hampir tertidur tapi rasanya wife aku dan Zakiah dah tertidur kot…hihihihihi.. 😀

Ok!.. Aku berhenti di sini dulu, nanti aku akan sambung lagi di entri yang terakhir….. Apa yang kami buat apabila sampai semula di Bangkok?….ermmmm… tungguuuuuuuu…… 😀

Jom layan video di bawah ni, mesti perasaan korang membuak-buak untuk datang sini…. 😀

Jom aku kongsikan sedikit tips dan info berdasarkan perjalanan kami setakat ini:

  1. Jadual tren ke Lopburi daripada Stesen Hua Lamphong akan bermula seawal pukul 7 pagi menggunakan Tren No. 111 dan waktu perjalanan yang seterusnya bergantung kepada No. Tren masing-masing. Boleh semak jadual tren di www.thailandbytrain.com/NorthernLine.html
  2. Di Stesen Hua Lamphong ada menyediakan perkhidmatan penyimpanan beg.
  3. Simpan gambar Bunga Matahari di dalam telefon bimbit supaya boleh ditunjukkan kepada pemandu teksi, tuk-tuk atau pemandu bas sekiranya ingin menggunakan bas. Penduduk di Lopburi kurang fasih menggunakan Bahasa Inggeris. Masalah penggunaan bahasa akan dapat diselesaikan menggunakan sistem bergambar…hahahahaha.. 😀
  4. Sila bawa jaket sekiranya datang semasa musim sejuk dan bawa topi atau payung sekiranya datang semasa musim panas. Kalau nak senang bawa jer dua-dua…hihihihi..
  5. Jangan lupa bawa air secukupnya semasa di Ladang Bunga Matahari. Kalau datang masa musim panas memang cepat kering tekak.
  6. Di Stesen Keretapi Lopburi nanti mesti ada teksi sapu yang tawarkan perkhidmatan ke Ladang Bunga Matahari. Pastikan tawar dengan harga yang menguntungkan kedua pihak. 200 baht seorang agak mahal tapi kami terpaksa sebab kesuntukkan masa.
  7. Boleh menggunakan perkhidmatan bas awam Lopburi untuk ke Ladang Bunga Matahari tapi aku tak pasti bas nombor berapa. Terminal bas pun berdekatan dengan Stesen Keretapi.
  8. Kalau banyak masa, jangan lupa singgah di runtuhan kuil-kuil dan istana lama (Temple/Angkor Wat) peninggalan sejarah empayar Khmer dahulu. Lopburi penuh dengan Angkor Wat.
  9. Di Stesen Keretapi Lopburi juga ada menyediakan perkhidmatan penyimpanan beg.
  10. Kalau naik tren kelas ketiga, sediakan mental dan kaki yang kuat sekiranya perlu berdiri selama 3 jam….hahahahaha… 😀
  11. Elakkan memakai baju berwarna putih semasa di Ladang Bunga Matahari sebab nanti baju tu semua bertukar menjadi kuning…hihihihihi… 😀 rasanya disebabkan serbuk-serbuk kuning Bunga Matahari yang melekat di baju dan seluar. Tapi pilihan di tangan anda… hahahahaha.. 😀
  12. Kalau datang waktu yang sesuai, rasanya ada disediakan perkhidmatan menunggang gajah sekitar ladang tapi waktu kami datang, cuma ada keretapi pendek yang menggunakan traktor.

Tips bonus dari eshamzhalim.com bila mengembara:
Pastikan simpan nombor telefon dan alamat kedutaan Malaysia di mana-mana negara yang ingin dilawati. Memang amat berguna sekiranya menghadapi sebarang masalah. Senang jer kan tips kali ni…hahahahahahaha… 😀

(Boleh baca entri-entri sambungannya di bawah ni) 😀
Entri 5 :Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Hatyai – KL Sentral

12,730 total views, 11 views today

34 comments to Backpacker Trip Thailand: Kanchanaburi – Lopburi – Bangkok

  • Mawardi Yunus  says:

    nice entry bro 🙂

  • Wiz  says:

    Thank you for sharing a very detailed journey. Very helpful to many travellers like me. Semoga perjalanan seterusnya dipermudahkan.

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama…. saya mmg menulis supaya sedikit sebanyak dapat dijadikan rujukan kepada sesiapa yang ingin ke ladang bunga matahari… Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini… 😀

  • solehah  says:

    saya akan kesana bulan 12 tq sharing sgt berguna,, cuma nak tanya dr lopburi ke hua lamphong train last jam berapa ye, saya tgk jadual train tp kurang phm:( tq

    • eshamz halim  says:

      Tren ke lopburi adalah mengikut masa dan no tren untuk jadual harian…klu rujuk pada jadual maknanya tren yg pertama yang akan bertolak adalah tren no 111 pada pukul 7 pagi dan diikuti dgn tren no 7 iaitu pada pukul 8.30 pagi dan juga no tren seterusnya. Maknanya perjalanan setiap tren adalah sekali jer sbb perjalanan adalah jauh untuk ke stesen tren yg terakhir. Tren yg pertama bertolak ke lopburi drpd bangkok adalah tren no 111 pada pukul 7 pagi dan tren yg bertolak dr lopburi balik ke bangkok adalah seperti tren no 102, 8 dan no. tren yg ada dlm jadual perjalanan tu. Harap cik siti jelas dgn penerangan ni…ekekekekeke… 😀

      • solehah  says:

        ok dah jelas dan tak sabar nak ke sana 11-16/12 moga2 di mudahkan firstime solo travel tq info blog yg sgt memberi info

        • eshamz halim  says:

          Sama-sama…. jangan lupa tapau kuaci banyak2 bwk balik… sedap ooooo… kuaci fresh dari ladang…hahahahaha.. Khamis ni kitaorg berempat akan bekpek lg ke Loei, Chiang Mai dan Chiang Rai…. nak gi hiking sikit… 😀

          • solehah  says:

            jangan lupa share ya.. saya pn ada plan nak ke sana soon..semoga selamat pg & balik , #sebab peminat tegar kuaci nak pg tgk sendiri si matahari.. tqvm

  • ida  says:

    salam.seronok baca pengalaman tuan. saudari solehah, jika dapat sy nak join awak backpack jugak boleh? sy berminat nak pergi tapi tak yakin nak solo travel…

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih :D…

    • solehah  says:

      0179843273 awk blh wasap sy ada lagi seminggu nak pergi

      • eshamz halim  says:

        Transport ke sana naik apa?… flight?.. tren atau bas?.. 😀

        • solehah  says:

          saya pg dr BTS naik bas ke hatyai, dr hatyai ke bangkok by train, nak tanya tuan tiket untuk ke bangkok dr hatyai kalau walkin ada x, saya igt smpi hatyai hari sabtu terus cari tiket ke bangkok dulu .. tp risau tak der..tq

          • eshamz halim  says:

            Kalau setakat 2-3 tiket boleh jer walk in…biasanya kalau yang gi dalam group yg ramai, memang susah sket sbb tiket ke bangkok boleh dibeli 60 hari sebelum tarikh perjalanan. Nanti bila sampai hatyai terus ke stesen keretapi haadyai junction untuk beli tiket ke bangkok. Bila dah dpt tiket baru leh round2 hatyai….hahahahaha… selamat travel… 😀

  • Nazrul  says:

    Rasa2nya.,ada lg x bunga ne hujung bulan 1 ne..sbb g bkk 26/1 ne

    • eshamz halim  says:

      Tak sure pulak… tapi seasonnya daripada bulan november sampai januari setiap tahun… ikut nasib laa kalau ada lagi… 😀

      • Nazrul  says:

        Thanks Tn..byk info sy dpt bila baca blog ne…:)

        • eshamz halim  says:

          Sama-sama tuan…terima kasih kerana sudi singgah… 😀

  • Tunku Fatin Afiqah  says:

    assalamualaikum. boleh tak nak tahu lagu apa dlm video tuan tu ye?
    terima kasih

    • eshamz halim  says:

      Lagu soundtrack dalam filem “The Secret Life Of Walter Mitty”… antara filem feveret saya. Tajuk lagu “Stay Alive” nyanyian Jose Gonzalez… 😀

  • Emmy  says:

    Best nye bace entri ni..
    Agak2 nye abg and the geng nak pergi lagi tak? Sy nak join skali.. haha..

    • eshamz halim  says:

      Tak pasti lagi akan ke sana atau tak?… kalau travel ke thailand pon maybe jelajah lokasi lain… 😀

  • aina  says:

    ada repeat trip lagi tak? nak join hehe

    • eshamz halim  says:

      Tak tentu lagi…. maybe ada atau maybe akan ke tempat lain pulak… 😀

  • zura  says:

    terima kasih bang buat entry ni.. berguna sangat utk saya yg nak pergi lop buri tahun ni..

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama… selamat travel yer… 😀

  • Farah  says:

    Assalamualaikum , saya nak tanya , macam mana Encik dapat mini-bus jam 3.20 pagi tu ? Lepastu , soalan kedua , tiket dari Hua Lamphong ke Lopburi tu boleh beli terus dari kaunter atau kena beli siap-siap ?

  • rehan  says:

    salam encik, sy plan nk pergi travel dgn suami n ank. umor dlm 2taon..agak2 okey ke keadaan train tu. lg 1, train ke Lopburi tu ade kelas 3 je ke? sbb bwk budak kecik kn kne selesa sikit utk elakkn cranky. hehe bunga matahati tu season dia mmg Nov-Jan je ke? means if pergi bulan lain xde langsung ke bunga? thanks!

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumsalam, train untuk kelas pertama dan kelas kedua mmg selesa…tp train ke Lopburi adalah train kelas 3 dan mmg akan sesak serta tiada aircond. Daripada Bangkok nak ke Lopburi kalau nak selesa boleh sewa teksi atau van tp agak mahal sikit laaa…atau mungkin ada train lain ke lopburi cuma kena semak waktu perjalanan dan jenis kelas train. Bunga matahari ni mmg musimnya drpd bulan nov ke jan jer…maybe disebabkan cuaca dan suhu yg sesuai tapi kalau semak dgn org thai pun mmg dia akan bagitau perkara yg sama. Harap maklumat ini membantu… 😀

  • Faiz  says:

    Assalamualaikum. First, terima kasih atas perkongsian ni. Cuma nak tanya, untuk train kelas tiga memang semua takde no. seat ke? Memang style kalau takde orang baru boleh duduk? Ke macam mana?

    • eshamz halim  says:

      Lebih kurang macam naik bas Rapid laaa naik tren kelas tiga ni….hihihihihihi…. 😀

  • zana  says:

    Assalam. klu dr ladang matahari ke station lopburi kena bayar lagi tak tuktuk? tiket balik ke bangkok pulak beli di stesen lopburi @ hua lamphong?

    • eshamz halim  says:

      Wasalam… kalau dari stesen lopburi untuk ke ladang matahari tu biasanya tuk-tuk atau kete sapu kat situ akan sekali caj untuk pergi dan balik. Kena deal betul2 dgn driver tu nanti… tiket tren lopburi-bangkok(hua lamphong) boleh beli di kaunter tiket stesen lopburi jer… 😀

Isikan Komen Anda Disini