Backpacker Trip Thailand: KL Sentral – Hatyai – Bangkok

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Entri sebelum ni, aku ada ceritakan mengenai persiapan yang aku dan wife uruskan sebelum memulakan pengembaraan ke Thailand dalam misi untuk menjejaki Ladang Bunga Matahari di Daerah Lopburi. Objektif utama memang semata-mata untuk melihat bunga matahari tetapi setelah berbincang, ada juga selitkan beberapa misi sampingan di sebalik misi utama….hihihihihi.. 😀 Bagi pengembaraan selama 6 hari ni, aku akan tuliskan beberapa entri lagi mengikut lokasi yang kami singgah dengan lebih terperinci. Harap entri-entri ini nanti, sedikit sebanyak dapat dijadikan rujukan kepada sesesiapa yang ingin ke sana.

Terlebih dahulu, boleh rujuk entri Backpacker Trip Thailand: Misi Menjejaki Bunga Matahari untuk rujukan tentatif dan maklumat mengenai perkhidmatan serta jadual keretapi Thai Railways.

(Kemaskini pada 24 Jun 2016: Mulai 19 Mei 2016, Perkhidmatan Tren KMTB No.20 dan No.21 (Senandung Langkawi) menuju ke Hatyai telah ditamatkan perkhidmatan dan telah digantikan dengan perkhidmatan ETS ke Padang Besar. Tiada lagi tren KTMB menuju ke Hatyai. 🙁 Pilihan lain pengangkutan awam ke Hatyai adalah dengan menggunakan perkhidmatan bas dari TBS, Pudu, Shah Alam atau Kepong. Cadangan Operator Bas: Alisan Golden Coach atau Inter Top Ekspress.)

31 Disember 2014

Perjalanan aku dan wife bermula dengan menaiki komuter daripada Batu Tiga untuk ke KL Sentral. Maklumlah rumah pun berdekatan dengan Stesen Komuter, jalan kaki jer ke stesen komuter untuk jimatkan belanja….hihihihi..trip budget kan?!.. Sampai di KL Sentral, lepak makan dulu sementara menunggu Zakiah dan Alice. Jadual keretapi pun pukul 10 malam. Perancangan kami adalah untuk transit di Hatyai dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok. Tepat pukul 10 malam, bermulalah pengembaraan kami dengan menaiki Tren KTMB No. 20 (Senandung Langkawi) menyusuri landasan besi menuju ke Hatyai. Bagi perjalanan ke Hatyai, memang saja aku belikan tiket duduk sebab nak dera Zakiah dan Alice. Sebagai latihan katanya untuk duduk berjam-jam dalam keretapi…hahahahaha.. 😀 Benda pertama aku periksa dalam beg sebelum naik tren adalah passport. PASTIKAN PASSPORT ADA DIBAWA SEKALI!!!.. Jangan cari pasal ok!… 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim12 jam duduk di kerusi ni…hahahahahah..

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimKeadaan di dalam gerabak ASC-Superior Class. Harga RM48 seorang.

Dalam tren cuma dapat menghabiskan masa dengan berborak, layan facebook dan tidur. Bila dah bosan, terus lepak di cafe atau pun di ruang penghubung gerabak tu tapi permandangan gelap jer sebab malam. Antara faktor yang menyebabkan aku suka mengembara menggunakan keretapi malam ni (Night Train) kerana boleh jimatkan masa perjalanan dan kos penginapan. Kenapa?!!.. Sebab tidak perlu membazirkan masa mengembara waktu siang dan tidak perlukan tempat penginapan sebab boleh tidur dalam tren. Bukan ker dapat menjimatkan masa dan kos tu!. Hasilnya, ada banyak masa untuk aktiviti merayap di siang hari selain dapat menjimatkan kos penginapan…hihihihi.. 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimCafe di dalam tren KTMB.

1 Januari 2015 (Sambut Tahun Baru dalam tren jer..hihihihi.. :D)

Seperti biasa, tren Senandung Langkawi akan berhenti selama 1 jam di Stesen Butterworth sebelum berhenti lagi di Stesen Padang Besar bagi urusan Imigresen (cop passport) dan proses menukar kepala keretapi KTMB dengan kepala keretapi Thailand untuk ke Hatyai. Rasanya lebih kurang sejam atau 1 jam setengah berhenti di Padang Besar. Jangan lupa bawa passport apabila turun dari tren dan terus isi borang Imigresen Thailand (White Card) sebelum ke kaunter Imigresen Malaysia dan ke kaunter Imigresen Thailand. Apa itu White Card?… nama lainnya ialah Thai’s Immigration Arrival and Departure Card (White Card). Borang ni wajib diisi untuk masuk ke Thailand. Ada 2 bahagian yang perlu diisi iaitu Arrival dan Departure Card. Arrival Card akan diambil oleh Pegawai Imigresen Thai semasa masuk di sempadan dan bahagian Departure Card pula perlu diserahkan kepada Imigresen Thai semasa nak keluar daripada sempadan Thailand.

thailand-arrival-departure-white-card-eshamzhalimThai’s Immigration Arrival and Departure Card (White Card)

Borang White Card akan diberi semasa masuk ke stesen atau boleh ambil di kaunter yang disediakan. Kami memang dah sedia bawa borang tu daripada rumah sebab aku ada minta 4 keping daripada kawan yang selalu ke Hatyai…. 😀 Sepatutnya kena bawa turun beg sekali untuk pemeriksaan Imigresen tapi kami tinggalkan jer beg dalam tren…hihihihi.. Barang-barang boleh jer tinggalkan dalam tren sebab ada pegawai polis yang akan jaga dan tidak benarkan sesiapa masuk semula dalam tren sehinggalah dibenarkan. Selesai jer urusan passport, terus lepak minum di medan selera di sebelah atas stesen sementara tunggu tren siap. Risau nak lepak jauh-jauh, takut kena tinggal jer nanti..hihihihi.. 😀 .

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbTerjumpa pula Tourism Malaysia Perlis sedang buat promosi. Selfie sekali!!!.. 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimStesen KTMB Padang Besar.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbLepak dulu sementara tunggu dibenarkan masuk ke dalam tren. Sebelah kiri tu kaunter Imigresen Thailand.

Akhirnya, tren bergerak kembali menuju ke Hatyai dan tiba di Stesen Hatyai Junction pada pukul 10.30 pagi waktu Thailand selepas 12 jam perjalanan. Turun dari tren, terus ke tandas awam di stesen tu untuk bersihkan diri sebelum ronda-ronda bandar Hatyai. Tandas awam di Stesen Hatyai memang selesa dan bersih, daripada 5 bintang tu aku boleh bagi 3.5 bintang. Untuk trip budget ni, memang kami akan kerap mandi di tandas-tandas awam…hihihihihi.. 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimDah masuk sempadan Thailand ni. Selamba jer bina rumah sebelah landasan tanpa berpagar pun.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimStesen Keretapi Hatyai Junction.

Jom aku kongsi gambar sikit apa yang ada di Stesen Hatyai Junction.

Bagi yang ingin beli tiket 60 hari sebelum tarikh perjalanan, bolehlah terus ke Advance Booking Office manakala kaunter Ticket For Travel Today hanyalah untuk tarikh pada hari itu sahaja. Sebarang pertanyaan mengenai tren boleh juga dirujuk di kaunter di dalam Advance Booking Office.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbBoleh beli tiket bagi 60 hari sebelum tarikh perjalanan di sini.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbMaklumat mengenai jenis tren, harga tiket dan lokasi menarik ada di dalam Advance Booking Office

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbMaklumat nombor tren dan harga tiket. Tiket tren No.42 berharga 705 baht seorang.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbKaunter untuk tiket harian.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbPerkhidmatan Penyimpanan Beg (Luggage). Kami simpan beg di sini sebelum ronda-ronda bandar Hatyai.

Waktu di Thailand adalah 1 jam lewat daripada waktu Malaysia, pastikan sentiasa peka dengan waktu bila dah berada di Thailand ni sebab takut terkeliru dengan jadual tren dan bas. Tren ke Bangkok akan bertolak pada pukul 4.23 petang dan sementara tu, jom ronda-ronda bandar Hatyai…hihihihi.. 😀 Kalau nak pusing satu bandar Hatyai rasanya tak sempat, kami sempat singgah di Kim Yong Market untuk beli beg dan pekena air kelapa bakar sebelum kembali semula ke Stesen Hatyai Junction. Apa yang menarik di bandar Hatyai ni ek?… kalau nak tahu, boleh klik entri aku di bawah ni haaaa…. 😀

1. Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 1
2. Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 2
3. Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 3
4. Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 4

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimGroupfie di depan Stesen Keretapi Haadyai Junction (Hatyai Junction) sebelum ronda-ronda bandar Hatyai…. 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimNaik tuk-tuk ke Kim Yong Market.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimPekena air kelapa bakar di luar Kim Yong Market.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimBergambar dengan taukey kelapa bakar..hihihihi.. 😀

Kami mandi dulu di tandas awam Stesen Hatyai sebelum naik tren ke Bangkok. Bila dah siap jer, tunggu punya tunggu punya tunggu tren tak sampai-sampai...hahahahaha.. 😀 Tanya di kaunter, rupanya tren ke Bangkok akan tiba lewat di Stesen Hatyai. Akhirnya, pukul 6.10 petang baru dapat naik tren No.42 (SP EXP DRC) menuju ke bandar Bangkok setelah 2 jam lewat dari jadual asal….ermm!!. nampaknya secara automatik tentatif asal terpaksa diubah.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimGroupfie dulu sebelum naik tren ke Bangkok. Semua dah wangi masa ni sebab dah mandi..hahahahaha.. 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimMenunggu tren ke Bangkok di Platform No.2

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimDalam tren No.42 ke Bangkok.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimBahagian dalam tren. Tren ini ada aircond tapi masih ada kipas di siling.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimKonduktor tren sedang periksa tiket..

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim

Tren No.42 ini adalah jenis SP EXP DRC iaitu Special Express Diesel Railcar. Tiket yang kami beli dengan harga 705 baht ni adalah untuk kelas kedua (aircond). Agak terkejut juga apabila kami dihidangkan dengan minum petang, makan malam dan selepas tu diberi biskut bersertakan air kopi. Sebelum tidur pula, kami diberikan selimut setiap seorang. Sebenarnya tiket untuk kelas kedua ini termasuk sekali dengan pakej makanan dan minuman. Cuba bayangkan kalau kelas pertama, mesti layanannya lagi hebat kan!. 😀 Jangan risau tentang status makanan yang diberi dalam tren, semuanya ada logo halal thailand. 😀 Kalaulah KTMB pun sediakan perkhidmatan begini untuk perjalanan jauh, rasanya mesti lagi bagus. Bayar mahal pun aku tak kisah.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimJangan ingat dalam kapal terbang jer yang ada pramugari, dalam tren pun ada ok!..hihihihihi.. 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimIni dia makan malam kami. Nasi putih dan dua jenis lauk berasaskan ikan.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimNasinya memang sedap. Beras Thai kan!..hihihihi.. 😀

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmb-37Biskut dan air kopi sebelum tidur.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimDiberi selimut seorang satu sebelum tidur tapi tak boleh bawa keluar dari tren tau!…hihihi.. 😀

Perut dah kenyang dan mata pun dah mengantuk. Lambat lagi ni nak sampai ke Bangkok, daripada Hatyai ke Stesen Hua Lamphong akan mengambil masa 14 jam perjalanan tetapi rasanya mungkin akan menjadi lebih lama disebabkan waktu tren dah lari daripada jadual asal perjalanan.

Ok!.. bagilah kami tidur dulu. Nanti dah sampai ke Bangkok, baru aku sambung menulis lagi…hihihihihihi.. nantikan sambungannya tau!!… tungguuuuuuuuuuu…… 😀

Jom aku kongsikan sedikit tips dan info berdasarkan perjalanan kami setakat ini:

  1. Suhu dalam tren ke Hatyai dan Bangkok pada waktu malam memang sejuk ke tulang. Aku nasihatkan supaya bawa jaket dan pakai stokin di dalam tren. Stokin memang berguna kepada yang pakai selipar atau sandal. Boleh juga bawa sekali sarung tangan, shawl atau snow cap jika perlu.
  2. Bagi yang tak biasa tidur duduk tu, jangan lupa bawa bantal untuk mengelakkan sakit leher. Ada jer jual bantal kecil untuk diletakkan di leher tu.
  3. Bawa makanan seperti roti, biskut atau pun maggi, bolehlah makan kalau lapar atau untuk sarapan pagi nanti. Dalam tren KTMB memang ada cafe tapi bayangkanlah kalau pesan air panas untuk maggi pun dah 50 sen. Bila dah bawa makanan, secara automatiknya mesti akan bawa air sekali kan?…hihihi.. 😀
  4. Dalam tren KTMB ada disediakan surau di gerabak khas dan juga tandas di setiap gerabak.
  5. Ada perkhidmatan menukar wang ke matawang Baht di Stesen Padang Besar dan di dalam tren ke Hatyai. Bukan kedai tapi ada seorang makcik ni (masa trip kami) akan tawarkan perkhidmatan untuk penukaran wang. Agak murah juga kadar tukarannya.
  6. Di Stesen Hatyai ada disediakan perkhidmatan menyimpan beg (luggage), bolehlah simpan backpack dulu sementara ronda-ronda bandar Hatyai. Bayaran simpanan bergantung kepada saiz beg.
  7. Boleh mandi di tandas awam di Stesen Hatyai. Bayaran pun tak mahal serta selesa dan bersih.
  8. Selain daripada kemudahan asas seperti tandas, Stesen Hatyai Junction juga ada menyediakan kemudahan surau.
  9. Di Hatyai memang senang nak cari makanan halal dan tak perlu risau tentang makanan tapi pastikan kedai yang betul. Boleh rujuk entri-entri “Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand” di atas.
  10. Kalau nak ronda-ronda di sekitar bandar Hatyai, bolehlah guna perkhidmatan tuk-tuk sebab bayarannya murah dan cepat.
  11. Bila dah masuk ke sempadan Thailand, waktu di Thailand adalah 1 jam lewat dari Malaysia. Selaraskan jam jika perlu atau hanya ingat sahaja perbezaan waktu.
  12. Jangan lupa beli Sim Kad Thailand di Hatyai untuk kegunaan telefon bimbit semasa di Thailand. Berguna juga apabila diperlukan nanti. Sim kad murah jer, tak rugi pun kalau beli. Boleh top-up prepaid di mana-mana kedai 7-11. 😀
  13. Jika naik tren No.42 ke Bangkok, tiket bagi kelas kedua adalah termasuk sekali hidangan makanan dan minuman di dalam tren tapi boleh jer sediakan sedikit makanan kalau tiba-tiba perut lapar lagi. Jangan risau, makanan yang diberi di dalam tren ada logo HALAL Thai.
  14. Dalam tren ke Bangkok ada disediakan soket elektrik (Power Point) di sesetengah tempat, bolehlah caj telefon atau pun Power Bank tapi pastikan bawa sekali plug untuk soket Thailand. Ingat!..plug Malaysia dan Thailand berbeza yer.

Tips bonus dari eshamzhalim.com bila mengembara:
Pastikan snap gambar passport menggunakan telefon bimbit terutamanya di mukasurat butiran diri dan juga gambar tiket perjalanan (Tren, Bas atau Kapal Terbang) untuk disimpan di dalam telefon. Kalau nak lagi selamat hantar kesemua gambar-gambar tersebut ke email sendiri supaya boleh diakses di mana-mana. Sekiranya passport atau tiket hilang, sekurang-kurangnya ada bukti untuk ditunjukkan kepada pihak-pihak tertentu apabila diperlukan. Aku selalu gunakan tips ini dan memang amat berguna.

(Boleh baca entri-entri sambungannya di bawah ni) 😀
Entri 2 :Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Kanchanaburi
Entri 3 :Backpacker Trip Thailand: Erawan National Park – Death Railway – River Kwai Bridge
Entri 4 :Backpacker Trip Thailand: Kanchanaburi – Lopburi – Bangkok (Entri Misi Utama)
Entri 5 :Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Hatyai – KL Sentral

39 comments to Backpacker Trip Thailand: KL Sentral – Hatyai – Bangkok

  • Tobiak Travel  says:

    Good info. TQ

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama tuan…. 😀

      • haryanto danudin  says:

        Assalam… nk tanya macam mana beli ticket dari hatyai ke bangkok ?

        dicounter ke atau di online ?

  • Asraf  says:

    Nice

  • Mazhar Badri  says:

    Assalamualaikum, ticket KL Sentral – Hat Yai boleh beli last minute tak? Perlu visa?

    • eshamz halim  says:

      Last minit tu bergantung kepada rezeki bro….kalau date hot mmg cepat sold out tiket tren…klu date hari biasa ok la kot…. Thailand x perlu visa. Option lain boleh naik bas jer dari KL sampai hatyai… 😀

  • azman  says:

    wow !! dah baca tadi. tq atas perkongsian. (kami skluarga baru balik pdg besar smalam naik komuter. Tu la…. bila terbaca blog ni… tringin nak ke bangkok by train hehhhhe

  • farra ayda  says:

    good info..boleh refer kat sini nanti kalau x tahu..hehehe tq!

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama…terima kasih sebab sudi singgah.. 😀

  • ay  says:

    terbaik ade tak encik buat trip lagi ?

    • eshamz halim  says:

      Saya memang takde open trip…cuma backpacker dgn wife jer… 😀

  • kolin zainal  says:

    good info!!

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih…. 😀

  • Faizul  says:

    Terima kasih bang atas perkongsian. Ngah planning ke sana sorang2. Kalau tren ke Bangkok yang ada katil tu berapa harga dia?

    • eshamz halim  says:

      Kalau tren ke bangkok yg ada katil dalam 900-1200 baht… yg seat biasa jer dah 780 baht…. 😀

  • nazli  says:

    Salam. Bagaimana nak beli tiket hatyai-bangkok? Boleh booking online @ hanya boleh beli di kaunter stesen keretapi hatyai je?

    Tq

    • eshamz halim  says:

      Salam…. buat masa ni hanya boleh beli di stesen keretapi hatyai sahaja….. 😀

  • iffah yysio  says:

    salam, syam, nak pegi bangkok 1 mei nanti. Dari padang besar ke bangkok berapa lama agaknya. Tk

    • eshamz halim  says:

      Kalau daripada Stesen Hatyai ke Stesen Hua Lamphong Bangkok dalam 13-14 jam….. 😀

  • haronalponti  says:

    Salam, utk kos tambang keretapidari KL ke Bangkok (sehala) berapa yer. Tq sudi share

    • eshamz halim  says:

      Sehala lebih kurang RM200++ ….

  • haronalponti  says:

    Kos dalam RM please…. malas nak convert bath to RM

  • Atin Umiey  says:

    Salam, saya ada baca di blog yg ckp boleh beli tiket train dr butterworth ke bangkok terus. Tp mcm mana kalau nak beli on9 ? Atau pun kena beli dkt kaunter jgk ?

  • kamal ikhmal  says:

    Best tu…hjng bln nie try pi bangkok….

    • eshamz halim  says:

      Mmg best… selamat travel bro… 😀

  • bella  says:

    saya udah lama tak ke bangkok lagi heeee

  • Azhar  says:

    Assalamualaikum Encik…..bajet RM 500 cukup tak kalau nk pergi ke hat yai 3h 2m

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumsalam… cukup jer RM500 tu tapi kena kawal budget ler sikit… tiket bas sehala dlm range RM50-70 depend pada operator bas..so klu dpt sehala RM70 pun dah RM140 untuk pengangkutan sahaja. Cuba cari tiket bas yg pergi balik dalam RM100-110. Hotel cuba cari yg budget dan murah..byk gak kat hatyai..pastu kat hatyai nak jimat jalan kaki..mana yg jauh tu naik tuk-tuk baru 200 baht sorang…kalau gi floating market tu agak mahal jugak tambang tuk-tuk… makan tu terpulang kepada budget dan anak tekak sendiri. Kalau pergi berdua atau ramai kawan lagi boleh jimat dari segi hotel, kos tuk-tuk dan makan.. 😀

  • Azhar  says:

    Tp skrg ni ade grab car kn dkt Thailand ? Saya sbnrny plan nk pegi hat yai feb 2017 cuma risau sesat je dkt sana sbb sy xleh arrange itinerary yg btol2 complete . Encik ade apa2 cadangan .

  • Omar  says:

    So perkhidmatan ktmb Ke hatyai mmg dh tiada La Ye?

    • eshamz halim  says:

      Yup.. dah takde dah… skrg ni ada ETS sampai padang besar jer.. 😀

  • Naufal  says:

    Assalamualaimum
    Jika naik bus dari Hatyai ke Bangkok, kita naik dimana ?
    Thx

    • eshamz halim  says:

      Lupa lak nama stesen bus dia tp area town hatyai tu jugak… boleh jer tanya org kat situ… 😀

  • Daus  says:

    Best nie …kalau ade ke sane lg boleh la sy ikut sekali.. Nk pegi sendiri mmg x berani…Best naik train nie.. Damai je tgok suasana kwsan sana.. Ade ke yg nk pegi.. Hihihi.. Boleh sy join sekali..

    • eshamz halim  says:

      Cari geng pastu plan… sekarang ni banyak info boleh cari dalam internet…hihihihihi… 😀

Isikan Komen Anda Disini