Bagaimana Untuk Ke Chiang Mai Dan Chiang Rai Menggunakan Bas Atau Keretapi

map-bas-keretapi-ke-chiang-mai-chiang-rai-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Chiang Mai dan Chiang Rai adalah dua bandar yang terletak di sebelah utara Thailand serta mempunyai permukaan geografi yang diliputi dengan kawasan-kawasan pergunungan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa puncak gunung tertinggi di seluruh Thailand berada di daerah Chiang Mai iaitu di Doi Inthanon dengan ketinggian 2,565 meter dari paras laut. Manakala Chiang Rai pula terletak bersebelahan Chiang Mai merupakan tanah Thailand yang paling utara serta bersempadan dengan Laos dan Myanmar (Burma). Mungkin anda pernah mendengar atau terbaca mengenai Golden Triangle. Kedua-dua lokasi ini merupakan antara lokasi yang popular di Chiang Mai dan Chiang Rai. Walau bagaimana pun, setiap destinasi itu tetap mempunyai daya tarikan dan keunikan yang tersendiri.

Jika entri sebelum ini aku berkongsi bagaimana untuk ke Hatyai dan Bangkok dengan menggunakan pengangkutan awam darat seperti bas dan keretapi. Apa kata kali ini, jom mengembara lebih jauh lagi ke utara Thailand iaitu ke bandar Chiang Mai dan Chiang Rai dengan menggunakan medium pengangkutan yang sama. Mungkin kapal terbang adalah alternatif terbaik dari segi masa dan keselesaan tapi secara peribadi, apa kata anda cuba pengalaman ini walau pun hanya sekali dalam seumur hidup. Terpulanglah kepada anda sama ada ingin menggunakan bas atau keretapi ataupun kedua-duanya sekali…. 😀

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-kerPuncak tertinggi seluruh Thailand, Doi Inthanon National Park, Chiang Mai.

Entri ini adalah sambungan daripada entri “Bagaimana Untuk Ke Hatyai Dan Bangkok Menggunakan Bas Atau Keretapi” dan oleh itu, perjalanan untuk ke Chiang Mai dan Chiang Rai akan bermula dari bandar BangkokStesen Keretapi Hua Lamphong ataupun terminal-terminal bas yang terdapat di Bangkok merupakan satu rangkaian hub pengangkutan awam darat yang amat penting dan dari sini, anda boleh menaiki keretapi atau bas menuju ke sebelah utara, timur, barat atau di selatan Thailand.

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-keretapi-05Kami bersama Alice dan Z di Golden Triangle. Sungai yang memisahkan 3 negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos.

Dari Bangkok Ke Chiang Mai

Menggunakan Perkhidmatan Keretapi

Bagi perjalanan ke Chiang Mai, anda perlu fokuskan kepada jadual keretapi ke utara (Northern Line). Perjalanan tanpa henti dari KL Sentral ke Bangkok akan mengambil masa 2 hari untuk tiba di Stesen Keretapi Hua Lamphong. Dinasihatkan supaya anda bermalam di Bangkok untuk berehat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan serta anda mungkin ingin bersiar-siar di sekitar bandar Bangkok. Apa yang menarik di bandar Bangkok?….mungkin anda boleh rujuk laman web ini – www.bangkok.com.

thailand-railway-line-map-eshamzhalim

Aku ada sediakan jadual perjalanan bagi rangkaian utara (Northern Line) di bawah supaya lebih mudah untuk anda merancang perjalanan ke Chiang Mai atau pun untuk kembali ke Bangkok. Hanya ada 5 tren sahaja yang akan menuju ke Chiang Mai iaitu tren bernombor 7 DRC, 109 Rap, 9 Sp.Ex, 13 Sp.Ex dan 51 Exp. Terpulanglah kepada anda untuk memilih jenis tren dan masa bertolak yang sesuai. Tiket bolehlah dibeli di Stesen Keretapi Hua Lamphong ataupun dibeli secara online di laman web 12go.asia atau di www.thairailwayticket.com. Perlu di ingatkan bahawa harga tiket yang dibeli secara online akan menjadi lebih mahal daripada harga di kaunter disebabkan tambahan caj online. 😀

Info terbaru: Mungkin aku boleh cadangkan anda guna laman web www.thairailwayticket.com jika ingin membeli tiket secara online. Anda hanya perlu cetak sendiri e-tiket tersebut dan bawa semasa menaiki tren. Aku masih belum berpeluang untuk mencuba, mungkin anda boleh cuba beli e-tiket dari Hatyai ke Bangkok dan Bangkok ke Chiang Mai. Info lebih lanjut mengenai e-tiket, anda boleh rujuk di laman web tersebut (klik pada Online Help di sebelah kanan dan jangan lupa untuk menukar bahasa ke bahasa inggeris). Memang cukup membantu sekiranya hanya boleh guna e-tiket, tak perlu untuk beli di kaunter tiket dan perjalanan akan lebih lancar.

Klik pada jadual untuk muat-turun versi PDF.jadual-keretapi-chiang-mai-ke-bangkok-northern-line-eshamzhalim

Aku nasihatkan supaya anda pilih tren jenis DRC (Special Express DRC) dan Sp.Ex (Special Express) kerana ianya lebih laju daripada tren jenis Rap (Rapid) dan Exp (Express). Perjalanan dari Stesen Keretapi Hua Lamphong ke Stesen Keretapi Chiang Mai akan mengambil masa sekitar 11 – 14 jam bergantung kepada jenis tren yang anda pilih. Stesen Keretapi Chiang Mai adalah stesen yang terakhir bagi rangkaian keretapi di sebelah utara (Northern Line). Sekali lagi anda perlu tabah untuk mengharungi 14 jam di dalam keretapi menuju ke Stesen Keretapi Chiang Mai tapi ingat, ini adalah sebahagian daripada pengalaman yang cukup berharga…..hahahahaha.. 😀

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-keretapiStesen Keretapi Chiang Mai.

Menggunakan Perkhidmatan Bas

Bas ke Bangkok dari Hatyai akan berakhir di Sai Tai Mai (Southern Bus Terminal) dan anda perlu ke Morchit Bus Terminal untuk menaiki bas ke Chiang Mai. Sebelum anda keliru, Morchit Bus Terminal juga dikenali dengan nama Northern Bus Terminal, Mo Chit 2 ataupun Chatuchak Bus Terminal. Tiket bas ke Chiang Mai bolehlah dibeli di Morchit Bus Terminal ataupun boleh dibeli secara online. Aku cadangkan anda menggunakan perkhidmatan Bangkok Busline untuk ke Chiang Mai. Pengalaman aku setakat ini dengan syarikat bas ini agak memuaskan.

Info Tambahan: Bandar Bangkok mempunyai 3 terminal bas utama mengikut arah mana yang ingin anda tuju iaitu Sai Tai Mai (Southern Bus Terminal) untuk ke selatan Thai, Morchit (Northern Bus Terminal) untuk ke utara thai dan Ekkamai (Eastern Bus Terminal) untuk ke timur Thai.

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimMorchit Bus Terminal (Chatuchak)

Sama seperti TBS.

Morchit Bus Terminal BangkokSedang berusaha untuk membeli tiket….hihihihihi… 😀

Perjalanan bas akan mengambil masa selama 10 jam sebelum tiba di Chiang Mai sama ada di Bus Terminal 2 atau Bus Terminal 3. Mungkin anda keliru terminal bas yang mana satu untuk turun di Chiang Mai?. Harap jangan panik!. 😀 Tiada masalah sebenarnya jika bas berhenti di terminal 2 atau 3 kerana terminal ini adalah berhadapan antara satu sama lain di seberang jalan utama. Cuma yang membezakannya adalah terminal bas lama dan baru. Manakala Chiang Mai Bus Terminal 1 hanyalah untuk perjalanan di dalam bandar Chiang Mai sahaja.

Tahniah!.. anda telah berjaya mengharungi perjalanan berjam-jam dengan keretapi atau bas ke Chiang Mai. Seronok kan?. 😀 Sama ada anda tiba di stesen keretapi atau di stesen bas, teksi, tuk-tuk atau songthaew sentiasa boleh dicari di luar stesen untuk ke hotel. Apa yang menarik di Chiang Mai?, mungkin anda boleh rujuk di sini – www.chiangmai.bangkok.com

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-keretapiTerminal Bas 3 di Chiang Mai. Gambar ini aku ambil dalam pukul 5 pagi. Awal pagi kami sampai…hahahaha.. 😀

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-keretapiMossy Forest di Doi Inthanon National Park.

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-keretapiPagoda.

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-keretapiInthanon Royal Project.

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-keretapiNaruncha Green House menjadi tempat bermalam kami semasa di Chiang Mai. Harga pun berbaloi.

Dari Bangkok Ke Chiang Rai

Seperti yang aku maklumkan di atas, Stesen Keretapi Chiang Mai adalah stesen terakhir bagi rangkaian utara (Northern Line) dan tiada keretapi yang menuju ke bandar Chiang Rai. Bagi mereka yang ingin meneruskan perjalanan ke Chiang Rai, anda boleh menaiki bas sama ada dari Bangkok ataupun dari Chiang Mai. Kami hanya pernah menggunakan perkhidmatan bas dari syarikat Bangkok Busline dan juga GreenBus dan setakat ini perkhidmatannya sangat memuaskan.

Menaiki Bas Dari Bangkok Ke Chiang Rai

Proses yang sama seperti anda ingin ke Chiang Mai cuma beli tiket bas Bangkok-Chiang Rai dan anda masih lagi menaiki bas di terminal yang sama iaitu di Morchit Bus Terminal untuk ke Chiang Rai. Perjalanan bas dari Bangkok ke Chiang Rai akan mengambil masa sekitar 11-13 jam. Harap anda masih lagi tabah!… 😀

Menaiki Bas Ke Chiang Rai Via Chiang Mai

Anda perlu menaiki bas di Chiang Mai Bus Terminal 3 untuk ke Chiang Rai. Tidak perlu aku terangkan bagaimana untuk mendapat tiket rasanya, jika anda gigih membaca sehingga ke perenggan ini, pasti anda sudah tahu bagaimana caranya. 😀 Perjalanan ke Chiang Rai hanya mengambil masa 3 jam dari Chiang Mai.

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-keretapiChiang Mai Bus Terminal 3.

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-keretapiKaunter GreenBus di Chiang Mai Bus Terminal 3.

Bandar Chiang Rai hanya ada 2 Terminal Bas sahaja iaitu Chiang Rai Bus Terminal 1 (terminal lama) dan Terminal 2 (terminal baru). Kebiasaannya, bas dari Chiang Mai akan berhenti di Terminal 2 dan buat masa sekarang terminal 1 telah di tukar ke lokasi sementara berikutan terminalnya sedang ditutup untuk proses baikpulih.

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-keretapiChiang Rai Bus Terminal 2 (II).

Tahniah sekali lagi!.. anda telah berjaya mengharungi perjalanan berjam-jam dengan bas ke Chiang Mai. Seperti biasa, teksi, tuk-tuk atau songthaew sentiasa boleh dicari di luar stesen untuk ke hotel. 😀 Apa pula yang menarik di Chiang Rai?, mungkin anda boleh rujuk di sini Chiang Rai Attractions.

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-keretapiSingha Park, Chiang Rai.

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-keretapiWhite Temple di Chiang Rai.

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-keretapiSempat naik bot ke tanah Laos sekejap.

bagaimana-untuk-ke-chiang-mai-chiang-rai-dengan-bas-dan-keretapiTempat bermalam kami di Chiang Rai, Big Butter Hostel.

Berdasarkan segala maklumat yang dikongsikan, rasanya anda tidak akan mempunyai masalah untuk mengaturkan perjalanan pulang ke Malaysia. Mungkin info ini tidak selengkap mana tapi segala apa yang anda perlu tahu ada dikongsikan di sini. Bagi mereka yang ingin ke 2 bandar ini menggunakan perkhidmatan bas, apa yang penting adalah anda perlu tahu ada berapa bilangan terminal bas supaya senang untuk anda merancang perjalanan. Kebiasaannya, syarikat bas akan mengunakan terminal yang paling baru dan terminal lama biasanya lebih banyak digunakan untuk destinasi sekitar bandar atau lokasi yang terdekat sahaja.

Akhir kata daripada aku, selamat mengembara dan mohon kerjasama anda untuk kongsikan sebarang maklumat terkini di ruangan komen di bawah. Maklumat yang berguna elok dikongsi bersama, jangan lupa untuk berkongsi entri ini dengan rakan-rakan….hihihihihihi… 😀

Nota: Untuk makluman, ini bukanlah entri berbayar dan tiada hubungkait dengan url laman web pihak ketiga yang dimasukkan ke dalam entri ini. Entri ini adalah bertujuan untuk membantu serta berkongsi maklumat sebagai sumber rujukan. Sekiranya anda rasa entri ini amat berguna, harap dapat dikongsikan bersama rakan-rakan dan jangan lupa tinggalkan komen anda di ruang di bawah. Terima kasih. 😀

2,695 total views, 6 views today

Isikan Komen Anda Disini