Bagaimana Untuk Ke Hatyai Dan Bangkok Menggunakan Bas Atau Keretapi

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Hatyai dan Bangkok merupakan antara lokasi popular di Thailand yang selalu menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Ianya juga selalu menjadi destinasi pilihan aku dan wife, boleh dikatakan setiap tahun kami akan meluangkan masa untuk bercuti ke sana serta kedua-dua bandar ini adalah lokasi transit kami sebelum menuju ke lokasi yang lebih jauh lagi ke timur, barat ataupun utara Thailand. Seperti biasa, bas dan keretapi merupakan pengangkutan awam yang sentiasa menjadikan pilihan utama bagi kami untuk ke sana. Pengalaman perjalanan dengan menggunakan pengangkutan darat seperti perkhidmatan bas atau keretapi sememangnya lebih menarik daripada dengan hanya menaiki kapalterbang.

Sejak kebelakangan ini, ramai juga yang email dan whatapps aku bertanyakan bagaimana untuk ke Hatyai atau ke Bangkok dengan menggunakan pengangkutan awam dari Malaysia. Mungkin ada email yang sempat aku balas dan mungkin juga ada email yang aku terlepas pandang. Kadang-kadang whatapss pun aku tak sempat nak balas…hihihihihi… 😀 Oleh itu, tujuan aku menulis entri khas ini adalah sebagai panduan untuk membantu mereka yang ingin ke Hatyai ataupun ke Bangkok dengan menggunakan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas dan keretapi dari Malaysia.

Sebelum menulis dengan lebih lanjut, ingin aku maklumkan terlebih dahulu bahawa lokasi permulaan perjalanan dalam entri ini adalah difokuskan dari Kuala Lumpur. Aku akan bahagikan kepada 2 bahagian iaitu “Bagaimana Untuk Ke Hatyai Dari Kuala Lumpur” dan seterusnya “Bagaimana Untuk Ke Bangkok Dari Hatyai”. Senang sikit rasanya untuk bercerita…. 😀

Bagaimana untuk ke Hatyai dari Kuala Lumpur

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalim

Menggunakan Perkhidmatan Bas

Mungkin ada yang tidak tahu, sebenarnya banyak syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas ke bandar Hatyai dan bas boleh dinaiki sama ada dari Shah Alam, Kepong ataupun di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Aku nasihatkan supaya naik dari TBS oleh kerana ianya lebih mudah dan selesa. Tiket pula boleh dibeli terus di kaunter-kaunter operator bas di TBS ataupun boleh dibeli secara online. Laman web yang tersenarai di bawah adalah laman web yang biasa aku guna untuk membeli tiket bas secara online:.

p.s. Aku cadangkan supaya anda guna laman web www.busonlineticket.com sebab ianya lebih mudah digunakan. 😀

Mungkin ada operator bas yang menyediakan perkhidmatan pembelian tiket online di laman web sendiri tetapi sebab utama aku memilih 3 laman web di atas adalah untuk memudahkan aku semak senarai harga dan juga masa bertolak bagi kesemua operator yang menawarkan perkhidmatan bas ke bandar Hatyai. Harga tiket bas dari TBS ke Hatyai adalah dalam lingkungan RM45 hingga ke RM65 bergantung kepada operator bas masing-masing. Tiket bas juga boleh dibeli seawal 30 hari sebelum tarikh perjalanan dan boleh juga pilih sama ada inginkan tiket sehala ataupun perjalanan pergi balik. Senang bukan?!.. 😀 Sebelum beli jangan lupa untuk semak waktu bertolak yang sesuai dengan jadual anda. Bagi aku, selalunya aku akan pilih untuk bertolak pada lewat malam dari TBS dan bas kebiasaannya akan tiba di bandar Hatyai sekitar pukul 7 atau 8 pagi waktu Thai tertakluk kepada kelancaran urusan Imigeresen di sempadan. Kalau waktu cuti sekolah atau cuti panjang, harap bersedia untuk beratur panjang dan menunggu giliran paspot dicop.

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimPastikan borang telah diisi di setiap muka surat depan dan belakang sebelum ke kaunter imigresen.

Bagi borang imigresen pula (Thai’s Immigration Arrival and Departure Card), kebiasaannya akan diberi semasa di dalam bas nanti untuk diisi sendiri atau pemandu bas akan uruskan sebelum tiba di sempadan nanti. Ada juga segelintir operator bas yang mengenakan bayaran bagi borang imigresen. Bersedia untuk serahkan paspot kepada pemandu bas untuk urusan borang imigresen itu nanti tetapi proses ini terpulang kepada operator bas masing-masing. Walau apa pun, pastikan borang tersebut telah diisi di kedua-dua muka surat sebelum ke kaunter imigresen. Leceh nanti nak bersoal jawab dengan pegawai imigresen Thai, silap langkah takut kena tol pula nanti…hihihihihi… 🙂

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimBaru lepas selesai urusan pasport di Imigresen Thailand, Daerah Sadao (Sempadan Thai-Malaysia), menunggu penumpang yang lain selesai sebelum bas kembali bergerak menuju ke bandar Hatyai.

Ada 2 operator bas yang selalu menjadi pilihan aku iaitu Alisan Golden Coach dan Inter Top Ekspress. Kenapa aku pilih?…ermmm…mungkin aku dah biasa menggunakan perkhidmatan mereka tetapi amatlah dialu-alukan untuk mencuba operator bas yang lain, mungkin ada yang lebih bagus. Pemandu bas biasanya akan turunkan penumpang di hadapan kedai operator bas ataupun di sekitar kawasan tumpuan pelancong seperti di Lee Garden Plaza. Mungkin juga ada sesetengah operator bas akan berhenti di Hatyai Bus Station. Jangan risau, anda tetap sudah berada di dalam bandar Hatyai dan “Welcome to Hatyai, Thailand”. Tahniah!. Anda telah berjaya menggunakan perkhidmatan bas hingga ke bandar Hatyai…. 😀 Sila gunakan perkhidmatan tuk-tuk untuk ke lokasi hotel anda sekiranya tidak mahu berjalan kaki. Harga tambang tuk-tuk hanyalah 20 baht seorang untuk penghantaran ke mana-mana lokasi sekitar kawasan bandar Hatyai. Harga tambang akan berbeza sekiranya penghantaran di luar bandar Hatyai dan silalah tawar menawar dengan pemandu tuk-tuk untuk mendapatkan harga terbaik. 😀

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimAntara rakan-rakan yang pernah ikut kami ke Hatyai. Di dalam bas Alisan Golden Coach.

Maklumat terkini: Aku baru sahaja dapat maklumat bahawa perkhidmatan bas ke Hatyai adalah setakat di Danok ataupun di sempadan Thai sahaja berdasarkan polisi dan peraturan terbaru negara Thailand. Perkhidmatan van ada disediakan untuk anda meneruskan perjalanan dari Danok ke Hatyai dan ada dikenakan bayaran bagi perkhidmatan tersebut. Kebanyakkan operator bas ada memaklumkan bahawa peraturan baru ini digunapakai bagi bulan November hingga Disember 2017 tetapi tertakluk kepada negara Thailand sekiranya ingin melanjutkan peraturan baru ini serta kemungkinan polisi dan peraturan ini akan dikekalkan oleh pihak kerajaan Thailand. Harap-harap peraturan baru ini hanyalah digunapakai untuk sementara. 😀 (*kemaskini pada 11 Disember 2017)

 

Menggunakan Perkhidmatan Keretapi

Sebelum wujudnya Tren ETS (Electric Train Service), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ada menyediakan perkhidmatan Tren No.20 dan No.21 (Senandung Langkawi) yang berulang-alik dari KL Sentral ke Stesen Hatyai Junction di Thailand. Setelah sekian lama tren itu berkhidmat, akhirnya mulai 19 Mei 2016, tren tersebut telah ditamatkan perkhidmatannya dan telah digantikan dengan perkhidmatan keretapi laju iaitu ETS. Malangnya, tren ETS pula hanyalah sehingga ke Stesen Padang Besar sahaja. Semenjak itu, tiada lagi tren KTMB yang menuju terus ke bandar Hatyai. Bagi mereka yang ingin ke bandar Hatyai dengan menggunakan perkhidmatan keretapi haruslah lebih peka dengan jadual tren sebab ketepatan masa adalah salah satu faktor yang penting. Nanti aku ceritakan kenapa!. 😀

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimTren No. 20 (Senandung Langkawi) yang dahulunya digunakan untuk ke Hatyai dari KL Sentral.

KL Sentral – Stesen Padang Besar

Dari KL Sentral, anda bolehlah menaiki ETS (Electric Train Service) hingga ke Stesen Padang Besar. Jadual ETS dan cara untuk membeli tiket bolehlah rujuk di laman web www.ktmb.com.my ataupun di kaunter KTMB yang berdekatan. Tiket ETS boleh juga dibeli secara online di laman web KTMB E-Ticket seawal 30 hari sebelum tarikh perjalanan. Aku cuma nak ingatkan, tiket tren ETS ini sangat laris dijual seperti goreng pisang panas..hihihihihi…. 😀 Mungkin sekarang anda sudah tidak sabar-sabar untuk membeli tiket ETS tetapi sila habiskan membaca perenggan di bawah terlebih dahulu sebelum membeli…. 😀

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimTren ETS yang mengantikan perkhidmatan Tren Senandung Langkawi.

jadual-ets-gemas-padang-besar-eshamzhalimJadual Tren ETS Gemas – Padang Besar mulai 1 Ogos 2017.
Klik sini untuk muat turun jadual versi PDF.

Stesen Padang Besar – Stesen Hatyai (Haadyai) Junction, Thailand

Mulai 22 September 2015, perkhidmatan Tren Ulang-Alik Padang Besar Hatyai (Padang Besar Hatyai Shuttle Train) telah diwujudkan di atas operasi bersama di antara pihak State Railways of Thailand (SRT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Perkhidmatan tren ulang-alik ini adalah bertujuan untuk menghubungkan laluan keretapi di antara Stesen Padang Besar dan Stesen Hatyai Junction.

Dari Stesen Padang Besar, anda perlu menaiki tren ini untuk ke Stesen Hatyai Junction, Thailand. Kenapa aku kata faktor masa itu penting?!. Ini adalah kerana jadual perjalanan Tren Ulang-Alik Padang Besar Hatyai hanyalah 2 kali dalam sehari iaitu pada pukul 9.55 pagi dan 3.40 petang waktu Malaysia. Sila aturkan jadual ETS dan jadual tren ulang-alik ini dengan sebaiknya. Sekiranya anda terlepas kedua-dua waktu ini, terpaksalah anda mencari alternatif lain sama ada menggunakan perkhidmatan bas atau van dari sempadan Padang Besar untuk ke Hatyai. Pastikan anda mempunyai masa sekurang-kurangnya 1 jam (minimum) untuk selesaikan urusan imigresen Malaysia dan Thailand serta sila tabahkan diri anda sekiranya tren ini lewat atau tidak menepati masa yang dijadualkan…hihihihi.. 😀

hatyai-dan-bangkok-bas-keretapi-eshamzhalim-jadual-tren-thai

Tiket tren ke Hatyai ini boleh dibeli di kaunter tiket State Railways of Thailand (SRT) yang terdapat di Stesen Padang Besar (pejabatnya di sebelah hujung platform luar Imigresen Thai) dengan harga 80 baht seorang. Sebelum itu, pastikan anda sudah menukarkan duit baht untuk membeli tiket tersebut dan jangan cuba-cuba untuk beli tiket ini secara online…pasti anda tidak akan jumpa!…hahahaha… 😀 Jangan segan-silu untuk bertanya kepada pegawai imigresen atau pegawai polis yang bertugas di situ sekiranya anda tidak jumpa tempat untuk membeli tiket tren. Memang senang terlepas pandang sebab tiada tanda arah.

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimTiket tren yang kali terakhir kami beli tercatat 70 baht sahaja tetapi info terbaru yang aku dapat daripada risalah KTMB harga tiket adalah 80 baht. Jangan keliru dengan masa bertolak dan tiba di tiket sebab itu adalah waktu Thai. Bertolak dari Malaysia pukul 3.40 petang dan tiba di Thailand pukul 3.35 petang (waktu thai). Waktu Thailand adalah lewat 1 jam dari Malaysia.

Selepas tiket tren ke Hatyai sudah berjaya dibeli, jangan lupa untuk mengisi borang imigresen (Thai’s Immigration Arrival and Departure Card) sebelum beratur untuk cop paspot. Borang ini boleh dibeli di kaunter di sebelah Imigresen Thailand dengan harga RM1 atau RM2. Ya!..betul!..satu masa dahulu borang ini diberi percuma tapi sekarang anda perlu bayar. 😀 Apabila semua proses sudah selesai, anda hanya perlu tunggu sahaja untuk di benarkan masuk ke dalam tren. Kami pernah menunggu lebih kurang 1 jam setengah sebelum di benarkan masuk ke dalam tren. Sekiranya ia berlaku kepada anda, harap anda tabah untuk menunggu. Anggaplah itu adalah sebahagian daripada pengalaman yang cukup bernilai….hahahahaha… 🙂

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimMasing-masing sedang menunggu tren ke Hatyai selepas selesai urusan imigresen.

Perjalanan tren dari Stesen Padang Besar akan mengambil masa 1 jam sebelum tiba di Stesen Hatyai Junction dan “Welcome to Hatyai, Thailand” aku ucapkan. Tahniah!. Anda telah berjaya menggunakan perkhidmatan keretapi hingga ke bandar Hatyai…. 😀 Perkhidmatan tuk-tuk sentiasa berada di luar Stesen Hatyai Junction sekiranya diperlukan untuk membawa anda ke hotel atau ke mana-masa destinasi yang anda inginkan di sekitar Hatyai.

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimSawadikap…… Selamat datang ke Hatyai. 😀

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimDi hadapan Stesen Keretapi Hatyai Junction.

Bagaimana Untuk Ke Bangkok Dari Hatyai

Menggunakan Perkhidmatan Bas Dan Keretapi

Bagi aku untuk ke Bangkok dari Hatyai tidaklah susah dan amat mudah sebenarnya. Salah satu yang aku suka ke Thailand adalah disebabkan sistem pengangkutan awamnya yang agak senang kecuali ke destinasi-destinasi yang jauh terpencil daripada bandar. Di bandar Hatyai sebenarnya banyak pilihan operator bas yang menyediakan perkhidmatan bas ke Bangkok. Di seberang jalan dari Stesen Hatyai Junction, ada beberapa kedai operator bas yang menawarkan pelbagai destinasi untuk anda pilih. Bagi perkhidmatan keretapi ke Bangkok pula, anda boleh terus semak jadual tren ke Bangkok dan beli tiket di Stesen Hatyai Junction.

Di Hatyai sememangnya agak susah untuk membeli tiket secara online dan anda perlu datang sendiri ke kaunter Stesen Hatyai Junction untuk membeli tiket keretapi atau ke kaunter operator bas di Hatyai Bus Station untuk membeli tiket bas. Info mengenai Hatyai Bus Station, anda boleh rujuk di link www.thailandlife.info/hat-yai-bus-stationPerjalanan ke Bangkok dengan menaiki bas akan mengambil masa sekitar 14 jam hingga ke Sai Tai Mai Bus Station (Southern Terminal) manakala 18 jam sekiranya menggunakan perkhidmatan keretapi hingga ke Stesen Keretapi Hua Lamphong. Aku nasihatkan supaya pilih jadual perjalanan di sebelah petang supaya dapat menjimatkan duit penginapan serta masa dan anda akan tiba di Bangkok seawal pagi.

Secara umumnya, anda boleh menaiki tren bernombor 954, 42, 170, 172, 36 (tren no. 36 ditukar ke no. 46) atau 38 untuk ke Bangkok tetapi terpulang kepada anda dari segi masa perjalanan, kelas tren dan harga tiket. Info mengenai jadual perjalanan, nombor dan jenis tren, bolehlah klik di SINI ataupun gambar jadual di bawah. Untuk maklumat yang terkini dan lebih terperinci, silalah ke laman web Thai Railways Time Table. Kali terakhir ke Bangkok, kami menaiki Tren No.42 SP Exp DRC yang bertolak pada pukul 4.20 petang (waktu thai) dari Stesen Hatyai Junction.

maklumat-jadual-tren-hatyai-bangkok-hatyai-srt-eshamzhalimJadual Tren Butterworth – Bangkok. Klik gambar untuk muat turun jadual dalam versi PDF.
Waktu di jadual ini adalah mengikut waktu Thailand.

Maklumat terkini: Mulai 2 Disember 2016, perkhidmatan keretapi dari Butterworth ke Bangkok telah ditamatkan dan kesemua keretapi ke Thailand adalah hanya dari Stesen Padang Besar sahaja. Tren No. 36 (Butterworth-Bangkok) telah ditukarkan kepada Tren No. 46 (Padang Besar-Bangkok) dan tren dari Bangkok iaitu Tren No. 35 (Bangkok-Butterworth) telah ditukarkan kepada Tren No. 45 (Bangkok-Padang Besar). Anda boleh juga menaiki tren ini dari Padang Besar ke Bangkok atau dari Bangkok ke Padang Besar sekiranya tidak mahu transit di Hatyai. Tiket Tren No. 46 bolehlah dibeli di kaunter tiket State Railways of Thailand (SRT) di Stesen Padang Besar.

Ada yang bertanya, macam mana nak baca jadual ini. Anda boleh rujuk gambar-gambar di bawah:

maklumat-jadual-tren-hatyai-bangkok-hatyai-srt-eshamzhalim

maklumat-jadual-tren-hatyai-bangkok-hatyai-srt-eshamzhalim

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimKami memilih Tren No.42 SP EXP DRC menuju ke Bangkok dari Stesen Hatyai Junction.

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimTerminal keretapi Hua Lamphong, Bangkok.

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimWelcome to Bangkok.

Ini ada 1 tips rahsia yang aku nak kongsi….. 😀 Aku dan wife selalu menggunakan laman web 12go.asia untuk menyemak senarai jadual, harga dan jenis perkhidmatan pengangkutan yang ditawarkan untuk ke destinasi kami di sekitar Thailand. Laman web ini  juga menyediakan perkhidmatan pembelian tiket secara online untuk bas dan keretapi terutamanya jika anda dari Bangkok. Anda mungkin boleh beli tiket bas Hatyai-Bangkok secara online di 12go.asia tetapi tidak dinasihatkan untuk tiket keretapi. Tiket bas yang dibeli secara online boleh diambil sendiri daripada operator bas di Hatyai Bus Station tetapi bagi tiket keretapi Hatyai-Bangkok, anda perlu ambil sendiri di Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok ataupun tiket tersebut boleh dipos ke alamat rumah atau ke hotel anda menginap. Bayaran pos bagi aku memang cukup mahal dan mungkin tidak berbaloi. Boleh rujuk di dalam laman web 12go.asia untuk info yang lebih lanjut.

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimSai Tai Mai Bus Station (Southern Terminal), Bangkok

hatyai-dan-bangkok-dengan-bas-atau-keretapi-eshamzhalimStesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok.


Jom layan video sikit…hihihihi.. 😀

Walau apa pun, aku sarankan anda gunakan laman web ini untuk semak jadual bas, keretapi dan juga harga tiket untuk memudahkan lagi perancangan perjalanan anda. Tiket bas atau keretapi juga boleh dibeli lebih awal secara online di laman web 12go.asia dan sememangnya banyak membantu kami dalam membuat perancangan perjalanan.

Powered by 12Go Asia system

Ada beberapa laman web lagi yang aku dan wife sering guna setiap kali kami ingin merancang perjalanan ke Thailand, antaranya adalah train36.com, RailTravel Stationseat61.com, www.thailandtrainticket.com, www.thairailways.com, www.thailandbytrain.com, www.busonlineticket.co.th dan www.railway.co.th. Mungkin anda juga boleh gunakan ia sebagai bahan rujukan.

Bandar Bangkok sememangnya terkenal sebagai hub pengangkutan serta lokasi transit sementara sebelum mengembara lebih jauh ke utara, timur atau barat negara Thailand. Aku harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan lagi anda yang ingin ke bandar Hatyai dan Bangkok ataupun ingin mengembara lebih jauh lagi di Thailand. Mungkin entri ini difokuskan untuk mereka yang ingin ke Hatyai dan Bangkok tetapi boleh juga digunakan bagi mereka yang berada dari sana untuk pulang ke Malaysia. Mungkin ada beberapa maklumat yang kurang tepat disebabkan ada perubahan di peringkat operator bas atau keretapi tetapi aku akan cuba pastikan maklumat-maklumat di dalam entri ini sentiasa dikemaskini dengan info terkini.

Jom aku kongsikan sedikit tips dan info daripada pengalaman perjalanan kami:

  1. Sekiranya anda memilih tren ke Bangkok pada waktu malam. Suhu dalam tren memang sejuk dan aku nasihatkan supaya bawa jaket dan pakai stokin di dalam tren. Stokin memang berguna kepada yang pakai selipar atau sandal. Boleh juga bawa sekali sarung tangan, shawl atau snow cap jika perlu.
  2. Bagi yang tak biasa tidur duduk tu, jangan lupa bawa bantal kecil untuk mengelakkan sakit leher.
  3. Sila rancang jadual perjalanan ETS dan jadual tren ulang-alik ke Hatyai supaya anda mempunyai banyak masa untuk urusan imigresen.
  4. Ada perkhidmatan menukar wang ke matawang Baht di Stesen Padang Besar. Bukan di kedai tapi ada seorang makcik di sebelah imigresen Thailand akan tawarkan perkhidmatan untuk penukaran wang. Aku nasihatkan supaya tukar matawang sebelum anda memulakan perjalanan lagi.
  5. Di Stesen Hatyai Junction dan Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok ada menyediakan perkhidmatan menyimpan beg (luggage), bolehlah simpan beg anda sekiranya diperlukan. Bayaran simpanan bergantung kepada saiz beg.
  6. Boleh mandi di tandas awam di Stesen Hatyai Junction. Bayaran pun tak mahal serta selesa dan bersih.
  7. Selain daripada kemudahan asas seperti tandas, Stesen Hatyai Junction dan Stesen Keretapi Hua Lamphong juga ada menyediakan kemudahan surau.
  8. Di Hatyai memang senang nak cari makanan halal dan tak perlu risau tentang makanan tapi pastikan kedai yang betul. Boleh rujuk entri-entri “Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand” yang pernah aku tulis dahulu.
  9. Kalau nak ronda-ronda di sekitar bandar Hatyai, bolehlah guna perkhidmatan tuk-tuk sebab bayarannya murah dan cepat.
  10. Elakkan daripada menggunakan tuk-tuk di bandar Bangkok, aku nasihatkan anda gunakan perkhidmatan teksi untuk bergerak di sekitar Bangkok. Tambang tuk-tuk lagi mahal daripada teksi. Teksi akan caj mahal kalau di sebelah malam atau awal pagi tapi masih boleh tawar menawar. Boleh juga cuba perkhidmatan GrabCar di bandar Bangkok.
  11. Bila dah masuk ke sempadan Thailand, waktu di Thailand adalah 1 jam lewat dari Malaysia. Selaraskan jam jika perlu atau hanya ingat sahaja perbezaan waktu.
  12. Jangan lupa beli Sim Kad Thailand untuk kegunaan telefon bimbit semasa di Thailand. Berguna juga apabila diperlukan nanti. Sim kad cukup murah, tak rugi pun kalau beli. Boleh top-up prepaid di mana-mana kedai 7-11. 😀
  13. Jika anda naik tren kelas pertama atau kelas kedua ke Bangkok, kebiasaannya ada disediakan hidangan makanan dan minuman di dalam tren.  Jangan risau, makanan yang diberi di dalam tren ada logo HALAL Thai tapi boleh sediakan sedikit makanan sekiranya tiba-tiba perut masih lapar lagi.
  14. Dalam tren ke Bangkok ada di sediakan soket elektrik (Power Point) di sesetengah tempat, bolehlah caj telefon atau pun Power Bank tapi pastikan bawa sekali plug untuk soket ThailandIngat!..plug Malaysia dan Thailand berbeza yer.
  15. Sentiasa periksa jadual keretapi. Biasanya kaunter akan buat pengumuman dalam Bahasa Thai. Memang ada pengumuman dalam Bahasa Inggeris tapi bunyinya seakan sama seperti Bahasa Thai….hihihihihihi.. 😀
  16. Jangan lewat sebab tren tidak akan menunggu anda dan datanglah lebih awal 1 jam sebelum jadual tren. Kebiasaannya jadual tren mungkin akan berubah mengikut situasi terutamanya tren Thailand. 😀
  17. Sertakan Borang Imigresen bersama- sama paspot semasa pemeriksaan Imigresen Thai. Jangan hilangkan borang imigresen tersebut.
  18. Jangan berat mulut untuk bertanya untuk mendapatkan apa-apa info dan maklumat…hihihihi.. 😀

Akhir kata daripada aku, selamat mengembara dan mohon kerjasama anda untuk kongsikan sebarang maklumat terkini di ruangan komen di bawah. Maklumat yang berguna elok dikongsi bersama, jangan lupa untuk berkongsi entri ini dengan rakan-rakan….hihihihihihi… 😀

Info: Bagi mereka yang ingin meneruskan perjalanan dari Bangkok menuju ke Chiang Mai dan Chiang Rai, bolehlah layari entri “Bagaimana Untuk Ke Chiang Mai Dan Chiang Rai Menggunakan Bas Atau Keretapi.”

Nota: Untuk makluman, ini bukanlah entri berbayar dan tiada hubungkait dengan url laman web pihak ketiga yang dimasukkan ke dalam entri ini. Entri ini adalah bertujuan untuk membantu serta berkongsi maklumat sebagai sumber rujukan. Sekiranya anda rasa entri ini amat berguna, harap dapat dikongsikan bersama rakan-rakan dan jangan lupa tinggalkan komen anda di ruang di bawah. Terima kasih. 😀

Kalau nak belanja Teh Tarik pun boleh, dapat juga tolong tampung sikit kos sewa hosting aku….hihihihihi.. 😀

donate-paypal-eshamzhalim

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

118 comments to Bagaimana Untuk Ke Hatyai Dan Bangkok Menggunakan Bas Atau Keretapi

  • Ummi Tiqah  says:

    Wah detail. Bagus sgt sebagai panduan sesapa yang belum pernah pergi. Tqvm for sharing.

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama..harap entri ini dapat membantu mereka yg ingin ke sana selain drpd naik kapalterbang…hihihihi.. 😀

  • siti  says:

    Temakaseh..sgt2 berguna..terasa nak join ikut la..

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama… harap entri ini dpt membantu… 😀

  • Angeline Stephen  says:

    Mcamana perjalanan balik dri hat yai ke kl sentral?

    • eshamz halim  says:

      Bagi perjalanan balik dari Hatyai ke KL Sentral adalah sama cuma anda perlu vice versa kan jadual perjalanan tren ulang-alik Hatyai ke Padang Besar dan seterusnya ETS Padang Besar ke KL Sentral. Berdasarkan maklumat jadual perjalanan tren ulang-alik Padang Besar Hatyai dan juga jadual ETS yang saya bekalkan di entri di atas, anda boleh merancang perjalanan pulang anda. Proses imigresen adalah sama.

      Mungkin saya boleh cadangkan anda menaiki Tren Ulang-Alik Padang Besar Hatyai (Padang Besar Hatyai Shuttle Train) dari Stesen Hatyai Junction pada pukul 7.30 pagi (waktu Thai) dan naik tren ETS Padang Besar ke KL Sentral pada pukul 12.55 tghari (waktu Malaysia) atau pun 1.58 ptg (waktu Malaysia). Ini membolehkan anda mempunyai banyak masa untuk urusan paspot.

      Tiket tren Hatyai – Padang Besar boleh dibeli terus dari Stesen Hatyai Junction dan bagi tiket ETS saya nasihatkan anda beli online seawal yg boleh kerana tiket Tren ETS memang cepat habis dijual. Harap ini membantu… 😀

  • Chew  says:

    Hai , boleh share cara nak pergi phuket by train?

    • eshamz halim  says:

      Hi Chew, firstly there is no direct train to phuket but you can take the train form KL Sentral to Hatyai and from Hatyai you can take a bus to reach phuket. From Hatyai to Phuket is about 500km bus trip that would take another 8 hours? Hope this information will help.. 😀

  • Ingridbess  says:

    Hi..tiket bus dr hatyai ke kl blh bli direct d kaunter or kena book awal2? sy decide nk pitstop di hatyai dr phuket.. n balik guna jln drat..

    • eshamz halim  says:

      Kalau sorang atau berdua boleh jer beli di kaunter tapi kalau dah tau tarikh bila nak balik, elok ler beli online jer…senang sket…beli online pastu nanti bawak jer printed slip booking tu terus ke tempat bas untuk amik tiket. 😀

      • ingridbess  says:

        thanks for ur advice…saya berdua dgn husband..tarikh xsure cause dunt know yet how long we gonna stay in phuket n hatyai..just nk sure tket bus can buy anytime or not.. 🙂

        • eshamz halim  says:

          Sama-sama…. 😀

          • ingridbess  says:

            hi…sy baru check on9 tiket bus dr hatyai ke kl..but,there has no more bus on the day we suppose to coming back…so ada any alternative x mcmne i nk balik nanti ? cause i already booked flight on dec 8 but hotel n the rest haven’t yet…many thanks 🙂

          • eshamz halim  says:

            Boleh saya tau bila tarikh nak balik ke KL tuu?… kebiasaanya operator bas akan open booking tiket dlm tempoh 30 hari sebelum tarikh perjalanan… 😀

          • ingridbess  says:

            sy plan mlm 11 dec going back or pg 12 dec..cause 11 dec pagi dr phuket ke hatyai…

          • eshamz halim  says:

            Saya check online banyak jer tiket lagi utk Hatyai-TBS.. cuba check di website http://www.busonlineticket.com 😀

          • ingridbess  says:

            yeke?? ok thanks,i’ll double check…:D

  • Mohd Adham  says:

    salam saudara.nak ke aran ade tips tak?

    • eshamz halim  says:

      Maaf saudara… takde laa… 😀

  • ika  says:

    assalam cik, dari tbs naik bas ke hatyai ambil mase berapa jam ye?

    • eshamz halim  says:

      Biasanya kalau naik bas dr TBS pukul 12 mlm, sampai di Hatyai lebih kurang dlm pukul 7-8 pagi waktu Thai bergantung kepada cepat atau lambat urusan di imigresen. 😀

  • Sofian Hashim  says:

    wow…sangat berguna,,details…memang nak rancang perjalanan naik train ke hatyai dari KL.. rasenye xde masalah kn kalau nak bawak baby berumur 3 tahun..

    • eshamz halim  says:

      Takde masalah… boleh jer.. 😀

  • norazilaa  says:

    assalammulaikum en. nak tanyalah kan dari hatyai ke bangkok elok naik apa erk?.pastu dekat hatyai nak stay berapa hari nya untuk puas berjalan di hatyai sebelum ke bangkok?

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumsalam… pengangkutan dari hatyai ke bangkok tu sebenarnya terpulang kepada keselesaan diri sendiri, budget dan juga masa..kalau saya lebih suka naik keretapi ke bangkok sbb lagi adventure..hihihihi.. perjalanan dgn keretapi akan mengambil masa dlm 16-18 jam terpulang kepada jenis tren dan kalau naik bas dlm 14 jam jer smp ke bangkok. Hatyai tu bagi saya 1 hari penuh pun dah cukup sebelum ke bangkok dan boleh tambah lg sehari kalau nak merayap ke songkhla. 😀

      • norazilaa  says:

        ok..boleh tahan lama 16-18jam.hehehe..
        terima kasih nyer encik

        • eshamz halim  says:

          Yup…mmg lama..kasi adventure sket…hahahahaha… 😀

          • Hairani  says:

            Salam en esham..
            Nak tanya di bangkok hotel mana yg senang utk kita menginap..

          • eshamz halim  says:

            Itu kena check kat agoda atau booking.com…depend pada aktiviti atau lokasi yg awak gi.. saya dah 2 kali stay kat Orchid Hostel Bangkok.. 😀

  • Rismawati  says:

    Terima kasih atas coretan anda sangat berguna sekali….

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama… 😀

  • Said  says:

    byk btol maklumat yang berguna.. insyaallah next Bulan 3 thun depan nak ke bangkok.. kali pertama nak ke sane..

    • eshamz halim  says:

      Selamat travel.. 😀

  • Zahura  says:

    Hai..mcm mana pula dari hatyai nak ke krabi yer.

    • eshamz halim  says:

      Kalau nak ke krabi dari hatyai, boleh beli tiket van ke krabi..banyak jer operator2 van yg sediakan perkhidmatan van ke krabi. Dari Hatyai ke Krabi dgn van akan mengambil masa 5 jam dgn 1 kali stop untuk ke toilet. Operator2 van boleh ler survey2 di depan stesen keretapi hatyai ataupun di sekitar Lee Garden Plaza. 😀

  • idysurtagem  says:

    hai, nak tanya, kalau dari Bangkok ke KL, tukar train kat Padang Besar, agak-agak lama tak urusan passport kat Padang Besar tu? Saya check schedule, sampai Padang Besar pukul 9 pagi. ETS yang available pula pukul 10 pagi, pukul 4 dan pukul 6 petang. Kalau saya ambil tren pukul 10 pagi tu sempat tak agaknya?

    • eshamz halim  says:

      Saya selalu setkan tempoh masa 2 jam untuk urusan passpot disebabkan taknak ambil risiko..urusan imigresen ni mmg susah untuk dijangka..kdg2 sekejap jer dan kdg2 lama disebabkan ada isu2 dgn org sebelum giliran kita…kdg2 jumlah penumpang ramai pon akan menjadi lambat dan kdg2 sedikit jer… 9 pagi smp Padang Besar dr Bangkok tu ikut masa Thai atau Malaysia?.. Kalau saya mmg tak nasihatkan utk amik tren ETS pukul 10…elok kena bagi tempoh bertenang sikit untuk settekan urusan pasport dan satu lagi risiko bila naik tren ni ialah tren delay… saya pernah kena 2 jam delay tren dari Bangkok. Saya selalunya akan setkan tempoh bertenang bila naik tren ni sekiranya berlaku kelewatan pada jadual tren…ETS selalunya tiada problem tp takut delay di tren Thailand jer…..hihihihihi… 😀

  • Bob Abbas  says:

    Bagus tuh Orchid Hostel Bangkok, dapat 4 bintang overall review dari guests kat web TripAdvisor.

    • eshamz halim  says:

      Yup… review mmg ok… 😀

  • za  says:

    Saya akan ke krabi, tapi perjalanan saya adalah dari bangkok ke krabi dgn menggunakan flight. Cuma mcm mana ya dari krabi tu nanti nak pulang ke hatyai? Ade disediakan van ke?

    • eshamz halim  says:

      Dari Krabi boleh gunakan perkhidmatan van untuk ke Hatyai…. banyak jer operator2 van kat pekan krabi atau sekitar Ao-Nang… atau kebiasaannya hotel atau guesthouse boleh uruskan. 😀

  • hasrul  says:

    terima kasih.amat detail

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama tuan…. sharing is caring 😀

  • miqat  says:

    salam bro..tq atas info bermanfaat ni..kami bercadang nak pergi ..tapi masa ni thaipusam..agak-agak ok tak?

    • eshamz halim  says:

      Wasalam… sama-sama… boleh jer gi time tu..takde masalah.. kalau nak beli tiket bas atau tren, beli lah guna link dalam blog ni yer… tolong support kekawan….hihihihi.. 😀

      • ZIELA  says:

        Salam bole bantu saya sbb saya plan nk pegi Hadyai 27/4 ni..Saya nk tahu masa yg sesuai utk saya naik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar agar saya tak terlepas utk naik train yg terawal dari Padang Besar ke Hadyai

        • eshamz halim  says:

          Shuttle tren Pdg Besar – Hatyai hanyalah 2 kali dalam sehari iaitu pada pukul 9.55 pagi dan 3.40 petang waktu Malaysia. Saya cadangkan supaya naik ETS paling awal iaitu pukul 7 atau 8 pagi supaya ada masa utk settlekan urusan pasport sebelum naik shuttle tren Pdg Besar-Hatyai pada pukul 3.40 petang. 😀

  • Huzaifah  says:

    Terima kasih bro! Terbaik punya explanation~~ 👍👍👍

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama.. 😀

      • Huzaifah  says:

        Bang nak tanya, hotel tu abg book siap2 atau pilih hotel on the spot? Kalau booking abg book camana ya? Saya tgk online mcm xjumpa sgt hotel indra.. kat google map pun jumpa dua hotel indra, sebelah2.. (xpasti la merujuk kepada hotel yg sama ka x) maseh banyak~~~

        • eshamz halim  says:

          Saya tak suggestkan sgt indra hotel tu sbb biliknya agak teruk sikit..susah nak jumpa indra hotel ni dlm online..indra hotel yg lain ada ler… mungkin saya boleh cadangkan cuba The Train Hotel Hatyai, harga pun ok.. dah 2 kali dah stay kat sini..ok sket sbb sebelah stesen keretapi hatyai jer..kalau dtg hatyai naik tren mmg senang sbb hotel sebelah jer..hihihihi..tuk-tuk pun senang dpt..atau skrg ni guna grab jer.. boleh book The Train Hotel Hatyai tu di link ni https://www.agoda.com/partners/partnersearch.aspx?pcs=1&cid=1799721&hl=en&hid=1122715 😀

  • Nana  says:

    Salam.. hee nak tanya lah… aku salah beli tiket flight,tengok2 balik turun hatyai, aku nak turun phuket.. ada tak ya kerata api or bus dari hatyai pergi phuket.. tengah kemurungan ni wehh.. sayang tiket nak burn gitu jek..

  • Asmaq Kamaruddin  says:

    Terima kasih..berbanyak2 terima kasih memberi ruang blog anda utk kami melihat dan membaca pengalaman travel anda ke Hatyai dan Bangkok..dari pengalaman perjalanan anda In Sha Allah akan kami manfaatkan.🙋

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama…terima kasih juga sebab sudi singgah di blog ni.. 😀

  • Nurul Fazirah Mohd Ali  says:

    Terima kasih untuk info..harap berjaya pergi dan balik..confident utk pergi je balik macam tak confident sgt.

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama… mesti berjaya punyerrr…hihihhi.. apa yg balik cam x confident tu?.. cer cite?..cer cite?.. mungkin saya boleh bantu.. 😀

  • REDZUAN AWANG  says:

    Terima kasih atas info, maknanya sehingga kini ( feb 2018) bas drp TBS terus ke Hatyai dah takda lah ya, must turun di danok dan perlu ambik van lah ya kalau nak ke Hatyai?

    • eshamz halim  says:

      Yup..betul tu bro.. polisi baru Thailand skrg… 😀

  • zaim  says:

    Salam.. nak tanya sikit bro, train daripada hatyai ke bangkok boleh beli on the spot x? ke kne bli awal?takut jugak sampai2 xde tiket.. harap dapat beri tunjuk ajar. nk travel dlm masa terdekat ni.

    • eshamz halim  says:

      Wasalam… ikut nasib la bro…tiket hatyai-bangkok tu laris macam goreng pisang panas..depend pada date jugak..kalau date panas mmg cepat sold out.. 😀

  • Fitrifbs  says:

    Salam bos.. Nak tanya berapa yee belanja bos pii sana.. Secara kasar laa 😂

    • eshamz halim  says:

      Susah nak kira laa boss belanja budget… kalau setakat nak ke bangkok bawah 1k dah cukup mewah…hihihihihi.. 😀

  • Aini  says:

    Salam eschamz ada tak kemudahan letak beg/lokar di sekitar padang besar?berbayar on xpe. Jenuh dah email ktmb/ets tp tak berbalas.

    • eshamz halim  says:

      Wasalam… rasanya di stesen padang besar takde kemudahan simpan bag, tak pernah pulak saya nampak… tapi kalau di stesen keretapi Hatyai ada la servis simpan beg ni.. 😀

      • Aini  says:

        Terima kasih eshamz tolong jawabkan.sgt membantu dlm merancang perjln percutian kami nti.m’sia kena ikut belajar dr hadyai sediakan kemudahan itu.

  • Lis  says:

    Salam cik nak tny. Kalau naik bas dari tbs ke hatyai die berhenti dekat mana? Kalau hadyai town senang. Kalau kene drop off kat sempadan atau danok perkhidmatan mini van x termasukkan?

  • Nini  says:

    Salam encik eshamz, insha-Allah cuti Labor Day saya akn ke hatya-Bangkok. Nak tnaya, kalau book online train ticket dari Hatyai-Bangkok, tiket tu ambil di mana ye? Sbb kalau baca dari blog encik apa yg saya faham hanya blh collect di Stesen Keretapi Bangkok shj. Terima kasih encik.

    • eshamz halim  says:

      Wasalam Nini, betul tuu kalau beli online ticket dari 12go.asia mmg kena amik tiket di Bangkok atau boleh suruh drg pos kan ke hotel kita menginap di hatyai. Boleh pos ke Malaysia tapi kena bayaran pos agak mahal sikit. Ada 1 lagi cara untuk beli online tiket, boleh beli di https://www.thairailwayticket.com/eTSRT/default.aspx?language=1 dan print e-tiket untuk di bawa semasa menaiki tren nanti. Bolehlah cuba, website dalam bahasa Thai tapi klik bendera UK untuk bahasa inggeris. Harap ini membantu… 😀

  • Ayu  says:

    Salam encik eshamz, ada tak hotel kat hatyai yg encik boleh suggestkan?
    TQ

  • Ayu  says:

    oh klau pergi and balik dengan bus ke hatyai? sebb yg train hotel tu dekt dgn train station je kan

    • eshamz halim  says:

      Saya kalau naik bas pun stay kat situ jugak…nak naik tuk-tuk pun senang sbb depan tu byk tuk-tuk..nak gi lee garden plaza pun walking distance jer… di hatyai tu ada banyak jer hotel… cuba search kat booking.com

      • ayu  says:

        oh okay.tenkiu. btw allisan bus tu btul okay ke?sy baca reviews kt fb allisan.byk complaint😅😅.

        • eshamz halim  says:

          Setakat ni saya naik ok jer…takde apa2 problem pun…kdg2 penumpang tu sendiri yg banyak songeh nak servis taraf lima bintang…huhuhuhu.. 😀

          • Ayu  says:

            Yeke, sebb sy tgk dorg complaint bus lambt or ada yg kena tnggal kt border. Risau plak, tpi selain tu xthu nak ambik bus ape dah :(. Kalau suasana Edaran express okay tak rasa2?

          • eshamz halim  says:

            Alisan tu sepanjang saya naik tak pernah pulak ada masalah… smooth jer.. bas skrg mmg akan sampai border jer pastu sambung naik mini van untuk ke hatyai… Suasana Edaran Express pun high review jugak… boleh lah cuba… 😀

  • Ayu  says:

    yeke. so kena byr asing lah plak ye utk naik minivan ke hatyai? lepas tu kan, betul ke kena bawak at least 10, 000 bath seorg baru boleh masuk thailand?

    • eshamz halim  says:

      Skrg ni harga tiket bas dah termasuk sekali dgn penghantaran ke hatyai dgn mini van atau tuk-tuk.. kalau suasana edaran express rasanya harga tiket dah termasuk sekali dgn transport mini van/tuk-tuk. Syarat 10,000 baht tu mmg dr dulu lagi ada tapi drg tak kuatkuasakan sgt pun… kurang dari 10,000 baht pun boleh masuk Thai. Boleh jer… 😀

  • Ayu  says:

    Aah yg edaran tu dah skali. klau yg Allisan sy tak pasti. I see..ok2. btw boleh terus beli tiket return online kan? Saje tye kan tba2 nak balik kang, xvalid plak tiket return yg dh beli siap2. hehe

    • eshamz halim  says:

      Alisan ada sertakan servis shuttle ke hatyai tu jugak tapi skrg ni rasanya operator bas mmg dah include sekali… Boleh jer beli tiket balik siap2..takde masalah..lebih senang kalau tiket pergi balik dah beli kan… 😀

  • Ayu  says:

    I see, okay. dah beli tiket semua dah.haha. terima kasih untuk semua information ye encik eshamz. Doakan trip kami berjalan lancar (quite nervous sebb dah lama tak p holiday) hehe 😀

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama… selamat bercuti.. 😀

  • Mohamad sobri  says:

    Salam en. Dari hatyai ke bangkok, ada train yg ada katil ? Brpa rate harga rasa2?

  • Muchamad Saibi Naim  says:

    Assalamualaikum..
    Nak tnye bro, sye nak bertolak dari KL..
    Bas dari KL to Bangkok de ke?
    Boleh bagi tau iayanye ke?
    sye awam betul la..

  • Adam  says:

    Salam bro..kalau sy drive terus ke train padang besar dan parking kereta kat ktm situ bolh ke..ada tempat parking ke tak..mals sebnrnya nk naik train dr KL ke padang besar..kemudian da sampai situ,terus beli tiket ke hatyai dan trus ke imigerisen utk cop..betul ke

    • Ain  says:

      Sama jugak.igt nak naik kete ke pdg besar.ade parking ke kt stesen keretaapi tu?klu ade kot la tau cas berapa?tq

  • nurul ain  says:

    Salam en…saya ambil pakej.. travel agent akan pickup di sempadan bukit kayu hitam.. so sye nak tahu dr kl kalo naek bas ade ke yg berhenti di sempadan? atau kami amik tren ke padang besar then dari padang besar ke sempadan bukit kayu hitam mcm mane?

  • Yan  says:

    Hai, terima kasih untuk info yang padat. Nak tanya
    berapa hari travel period bermula dari kl-hatyai-bangkok-kl termasuk menginap di sana semua?
    dengan total budget termasuk all the expenses especially for backpackers?
    thank you !

    • eshamz halim  says:

      Tempoh sesuai min 5 hari jika naik bas dan keretapi, barulah sempat ronda-ronda. Kalau naik flight 3 hari pun boleh. Total budget tu kena buat sendiri sebab tak boleh nak tentukan berapa. Budget biasanya bergantung kepada backpacker itu sendiri dan nilai matawang thai. kalau setakat nak ke hatyai dan bangkok, seribu ringgit tu dah kira mewah dah.. 😀

  • Asmary  says:

    Salam bro,cam na nk ke songkhla dri padang besar..ada train juga ke utk ke songkhla dri pandang besar..sya akn bercuti dalam msa terdekat ni..

    • eshamz halim  says:

      Kalau nak ke Songkhla takde tren… kena gi Hatyai dulu pastu naik bas atau tuk-tuk utk ke Songkhla. 😀

  • Muhd Amirul  says:

    saya pun baru ke hatyai… guna public transport thai jgk

    • eshamz halim  says:

      Seronok kan?….hihihihihi 😀

  • thalia  says:

    salam nak tanya encik kalau tiket train dari hatyai ke bangkok tu saya beli dgn travel agent blh ke?sbb risau plk pg2 xde tiket

    • eshamz halim  says:

      Kalau travel agent tu betul2 boleh dipercayai..boleh jer… 😀

  • Firdaus  says:

    Salam. Jadual masa bagi Tren Padang Besar – Hadyai macam mana ye? JIka kita naik tren shuttle tu jam 3.40 pm, then tren dari Stesen Padang Besar, Thai ke Hatyai ada kol berapa? Mohon betulkan saya, adakah tren shuttle dari stesen Padang Besar, Malysia adalah hanya ke stesen Pdang Besar, Thai atau terus ke Hatyai? Mohon pencerahan

    • eshamz halim  says:

      Jadual Tren Padang Besar – Hadyai di dalam entri ini adalah dari Stesen KTM Padang Malaysia terus ke Stesen Haadyai Junction tapi akan melalui Stesen Padang Besar Thai.

  • Eka  says:

    Salam encik. Basically mana yg lebih jimat ye? Naik bus or train? 😅

    • eshamz halim  says:

      Jimat ni agak umum sikit….bergantung kepada kawasan yg kita nak pergi tu.. tapi kalau untuk ke hatyai atau bangkok naik bas lebih jimat daripada tren… tren lebih mahal disebabkan harga tiket mengikut kelas tren dan tempat duduk biasa atau katil untuk tidur. Tren ETS kita pun harga mahal tapi sampai Padang Besar jer…. kalau naik bas dr Malaysia harga tiket boleh terus sampai Hatyai..

      TAPI kadang-kadang tiket kapal terbang lagi murah dari bas atau tren kalau ada promo….hahahahahaha…

  • yana  says:

    Salam encik.. sy nak ke hatyai 3/8 tp tiket ada 1055am smpai pdg besar 1630.. kalau dh ptg mcmtu apa sy boleh naik ye utk ke hatyai?

    • eshamz halim  says:

      Wasalam… kalau macam tu cuba la cari teksi sapu atau van sapu untuk ke hatyai…tp saya takde info sangat pasal tu…kena tanya sekitar sana.. 😀

  • JAMILAH  says:

    Salam Bro Eshamz. Terima kasih banyak atas perkongsian maklumat. Kalau tidak keberatan mohon Bro berikan nasihat.

    Saya ni bawa rombongan Che kiah 13 orang (makcik2..hahahah). Dari Kl ke Hatyai naik flight. Hotel dah booking.
    1. Nak tanya bagaimana nak dapatkan transport untuk kami meronda-ronda 13 orang sekali. Ada tak agensi van sewa yang boleh dihubungi.
    2.Kami tinggal kat hotel Regency. ni dekat tak dengan kedai makanan Islam.
    3. Hatyai ni kita nak pergi mana yang bagus? Nak round ke mana?

    Terima kasih atas bantuan Bro. Semoga saya dapat membawa makcik2 ni dengan selamat. hahaha

  • hafiez  says:

    Assalamualaikum bro eshamz halim & terima kasih diatas maklumat yg disediakan…sgt2 membantu. Bro, nak tny sket…boleh tak kite beli tiket bas balik malaysia dari hat yai di hat yai…?

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumsalam…Boleh jer beli tiket bas balik Malaysia di Hatyai… banyak jer operator2 bas kat Hatyai… 😀

  • aimy  says:

    salam nak tanya, kaunter tiket train dia hatyai junction buka pukul brape ye? sbb plan nak naik train 7.30 pagi, so takot tak sempat nak beli tiket, imigresen sume

    • eshamz halim  says:

      Rasanya seawal pukul 6 pagi dah buka kaunter tiket di Haadyai Junction tp sempat ker proses imigresen tuu? datang hatyai naik apa? bas ker?.. atau tren? rasanya takde shuttle tren Padang Besar – Haadyai Junction seawal pagi…paling awal pun pukul 9.55..

  • sepatugadis  says:

    Salam. Saya nak tanya pasal transportation dari immigration padang besar ke hatyai airport. Ada info tak pasal van ke sana? Saya nak kena ada di airport pkl 10 thailand. Takut tak sempat kalau naik train padang besar – hatyai

    • eshamz halim  says:

      Memang ada van ke hatyai tp selepas border imigresen…so kena jalan kaki dr KTM ke imigresen padang besar yg tempat masuk kereta tu.. lepas imigresen tu biasanya ada yg offer van servis ke padang besar… rasanya dlm 50 baht sorang jer tp kalau nak kejar masa mmg saya tak nasihatkan laaa sbb mmg susah nak budget time… kdg2 nak cop passport jer dah lama…pastu biasanya van akan tunggu full dulu baru gerak… rasanya van akan stop kat hatyai festival city pastu kena naik tuk-tuk lg ke airport hatyai…

  • Fahmi  says:

    Salam bro ..nak tanya 2 soalan
    1- kalau dari hatyai nak ke koh samui..kat area mana kita nk naik van mini tu ..snang ke nak cari van mini tu
    2- sy ada booking ets jam 11 pagi dr pdg besar ke kl sntral…agak2 kalau naik train dr hatyai ke pdg bsar dlam 7.30 pagi..smpat x sampai pdg besar ..takut juga xsmpat sbb imgresen

    • eshamz halim  says:

      Wasalam bro… saya x pernah ke Koh Samui lagi so kurang maklumat sikit pasal tu tp kebiasaanya banyak jer operator2 van di sekitar hatyai. Mungkin sampai di hatyai bro boleh survey. Kalau naik shuttle tren hatyai-pdg besar pukul 7.30, sempat jer nak naik ets kul 11 pagi sbb biasanya tren dr hatyai tak ramai org… 😀

  • Aina Sakinah  says:

    Salam, kalau dr Hat Yai nak balik KL naik bus Alisan, pickup point bus dkt mana ya?

    • eshamz halim  says:

      Di kedainya di hatyai… kalau beli tiket online ada tulis pick-up point alamat kedainya.. so kena tggu kat situ..

  • Nina  says:

    Assalam, saya dh beli tiket pergi ke hatyai dengan menaiki bas kerana ets penuh pada 26/11/2018.
    Saya masih belum membeli tiket balik sebab anak5 ingin menaiki ets. Ets yang tersedia dari padang besar adalah pada pukul 2 pm dan 4pm. Pukul brapa sy harus bergerak keluar dari hatyai dan menaiki apa. Terima kasih

    • eshamz halim  says:

      Wasalam Nina.. dari stesen keretapi hatyai ada perkhidmatan shuttle train Hatyai-Padang Besar. Shuttle train dari Hatyai ke Padang Besar hanya 2 kali dalam sehari iaitu pukul 7 pagi dan pukul 1 ptg. Nasihat saya, Nina pilih untuk menaiki shuttle train dari Hatyai pada pukul 7 pagi untuk ke Padang Besar dan akan mempunyai banyak masa untuk menaiki ETS pukul 2 ptg. Tiket shuttle train boleh dibeli di kaunter stesen keretapi tersebut dan jangan risau, boleh walk-in jer beli sbb shuttle tren ini lebih kurang macam komuter..kalau penuh kena berdiri…hihihihihi.. 😀

      Kalau Nina pilih shuttle train pukul 1 ptg, nanti akan kelam-kabut untuk naik ETS pukul 4 ptg so eloklah naik tren pukul 7 pagi. Kalau boleh sampai di stesen keretapi hatyai lebih awal supaya tidak kelam kabut. Harap info ini membantu.. 😀

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.