Bagaimana Untuk Menceburi Sukan Paragliding

paragliding-pilot-bagaimana-menjadi-pilot-paragliding-bukit-jugra-banting-payung-luncur-kuala-lumpur-free-flyers-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti ada yang tertanya-tanya “Bagaimanakah untuk menceburi sukan Paragliding ini?” selepas membaca dan menonton video khas entri aku yang mengisahkan aktiviti Paragliding di Bukit Jugra, Banting. Tak lupa juga buat rakan-rakan yang bertanya terus kepada aku mengenai perkara ini. Disebabkan pelbagai soalan yang diajukan maka wujudlah entri ini yang bertujuan untuk menjawab segala persoalan korang berdasarkan maklumat-maklumat yang aku perolehi daripada En. Aizat Hazman yang merupakan seorang Tandem Pilot Paragliding yang bertauliah.

Apa Itu Paragliding?.

Paragliding ataupun dikenali sebagai Luncur Udara adalah satu cara yang paling mudah serta paling popular bagi manusia untuk melakukan penerbangan dengan menggunakan Payung Luncur dan dilancarkan menggunakan kaki. Ianya merupakan evolusi pesawat canggih yang senang dibawa, diterbangkan dan mendarat dimana-mana sahaja yang sesuai. Paragliding juga boleh membawa juruterbang ke lokasi tertentu atau melakukan perkara-perkara tidak seperti kenderaan lain. Payung luncur yang digunakan bagi aktiviti ini diasaskan daripada Payung Terjun Kanopi dan dibina daripada fabrik Rip-stop Nilon yang berprestasi tinggi serta juruterbang (Pilot) pula akan tergantung menggunakan ikatan tali Kevlar yang kuat.

paragliding-pilot-bagaimana-menjadi-pilot-paragliding-bukit-jugra-banting-payung-luncur-kuala-lumpur-free-flyers-eshamzhalimPayung luncur bagi aktiviti ini diperbuat daripada fabrik yang bermutu tinggi.

paragliding-pilot-bagaimana-menjadi-pilot-paragliding-bukit-jugra-banting-payung-luncur-kuala-lumpur-free-flyers-eshamzhalimPeralatan perlu diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan segalanya dalam keadaan baik.

Juruterbang hanya memerlukan beberapa minit sahaja bagi memeriksa peralatan dan bersiap sedia untuk melakukan penerbangan, seterusnya membenarkan angin untuk menaikkan payung luncur bagi melancarkan juruterbang ke udara. Akhirnya juruterbang akan terbang di udara dan inilah yang dinamakan sebagai Paragliding (Luncur Angin). Juruterbang pula akan memakai abah-abah (harness) dan akan berada di dalam posisi duduk yang selesa semasa penerbangan serta akan terbang seperti burung dan melambung tinggi ke atas mengikut arus atau tekanan angin.

paragliding-pilot-bagaimana-menjadi-pilot-paragliding-bukit-jugra-banting-payung-luncur-kuala-lumpur-free-flyers-eshamzhalimJuruterbang sentiasa berada dalam posisi duduk yang selesa.

Sukan Paragliding Di Malaysia.

Sukan ini telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 90-an dan sejak daripada itu beberapa lokasi penerbangan telah dibangunkan khas untuk aktiviti Paragliding di Malaysia. Antara lokasi penerbangan yang popular dan telah diuji serta disahkan sesuai bagi aktiviti Paragliding adalah di Bukit Jugra, Sendayan dan Bahau. Bagaimanapun, terdapat juga lokasi baru seperti di Kuala Kubu Bharu dan Gunung Jerai di Kedah yang telah dikenal pasti sebagai sesuai tetapi masih dalam tempoh ujian.

paragliding-pilot-bagaimana-menjadi-pilot-paragliding-bukit-jugra-banting-payung-luncur-kuala-lumpur-free-flyers-eshamzhalimBukit Jugra antara tempat popular bagi aktiviti Paragliding.

Menurut sumber yang aku perolehi, sehingga kini terdapat beberapa Kelab Paragliding telah ditubuhkan dan diantaranya seperti Negeri Sembilan Sports Aviation Club (NSSAC), Kuala Lumpur Free Flyers (KLFF), Perlis Paragliding Club yang bertujuan untuk pembelajaran dan perkongsian maklumat mengenai Paragliding.

Adakah Sukan Paragliding Berbahaya?

Setiap sukan mempunyai risiko tersendiri tetapi dengan kemahiran dan pembelajaran yang betul, ia akan menjadikan sukan Paragliding ini amat selamat serta boleh mengurangkan pelbagai risiko. Payung luncur yang berteknologi moden adalah sangat stabil dan senang digunakan walaupun penggunaan yang kurang mahir daripada juruterbang. Menurut statistik, kemalangan atau kecederaan yang berpunca daripada kegagalan peralatan adalah sangat kurang berbandingkan kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian atau kekurangan kemahiran juruterbang.

Bagi mengurangkan risiko, seseorang juruterbang haruslah membuat keputusan yang bijak apabila ingin melakukan penerbangan dan tahu dimana serta bila waktu yang sesuai untuk melakukan penerbangan berdasarkan faktor cuaca dan angin.

paragliding-pilot-bagaimana-menjadi-pilot-paragliding-bukit-jugra-banting-payung-luncur-kuala-lumpur-free-flyers-eshamzhalim

paragliding-pilot-bagaimana-menjadi-pilot-paragliding-bukit-jugra-banting-payung-luncur-kuala-lumpur-free-flyers-eshamzhalim

Sekiranya Saya Berminat Untuk Menjadi Seorang Juruterbang Paragliding.

Bagi sesiapa yang berminat untuk melakukan penerbangan solo, sebenarnya tidak memerlukan masa yang lama. Biasanya kursus Paragliding ini akan mengambil masa 3 hingga 4 hari bersama seorang Instructor dan akan didedahkan dengan pelbagai teori dan kaedah-kaedah di dalam Paragliding. Ketika tempoh ini, lesen bukanlah satu isu kerana juruterbang baru perlu melakukan sejumlah penerbangan dan merekodkan jam penerbangan (Flight Log) terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mengambil lesen.

paragliding-pilot-bagaimana-menjadi-pilot-paragliding-bukit-jugra-banting-payung-luncur-kuala-lumpur-free-flyers-eshamzhalim

Bakal juruterbang tidak diwajibkan untuk melakukan pemeriksaan perubatan tetapi mestilah berada di dalam keadaan sihat, cergas dan aktif dan sentiasa peka kepada keadaan sekeliling. Bagi yang mengalami masalah kesihatan seperti epilepsi, pengsan, pening, tekanan darah tinggi, penyakit jantung atau kencing manis adalah diwajibkan untuk mendapatkan nasihat dan kelulusan doktor sebelum meneruskan kursus ini. Penglihatan mata haruslah berada di dalam keadaan baik tetapi pemakaian cermin mata juga adalah dibenarkan.

paragliding-pilot-bagaimana-menjadi-pilot-paragliding-bukit-jugra-banting-payung-luncur-kuala-lumpur-free-flyers-eshamzhalim

Langkah pertama untuk menceburi sukan ini adalah dengan mendapatkan seorang Instructor yang berpengalaman dan bertauliah untuk mengajar. Semua juruterbang baru dinasihatkan untuk menyertai Kelab Paragliding supaya dapat bergaul dan berkongsi pengalaman dengan juruterbang-juruterbang yang lain. Juruterbang Paragliding ini akan dinilaikan dengan 3 tahap iaitu Permulaan (Beginner), Pertengahan (Intermediate) dan Lanjutan (Advance). Maklumat mengenai penilaian tahap akan diterangkan oleh Instructor apabila korang mendaftar bagi kursus ini.

Ketika dalam tempoh kursus, Instructor akan menyediakan semua peralatan yang diperlukan untuk Paragliding tetapi dinasihatkan supaya membeli peralatan sendiri selepas kursus selesai.

Secara umumnya, kursus ini akan merangkumi 5 bahagian seperti dibawah:

Disebabkan istilah-istilahnya di dalam Bahasa Inggeris maka aku terpaksa menyelitkan penggunaan Bahasa Inggeris bagi mendapatkan maksud yang lebih tepat. 😀

(a) Theory
Instructor will conduct a theory class and explain the Rules of Air, Collision Avoidance, Flight Theory, Airmanship, Meteorology, Paraglider Anatomy, pre-flight checks and flight control.

(b) Ground handling
Students then learn how to control the glider on the ground, practicing take-offs and controlling the wing ‘overhead’. This is also known as “Kiting”. No flying will be made at this stage. All lessons are still on the ground. The importance of the kiting is to let the students know how to control the glider properly and what to do to control the glider.

This is an essential part of paragliding. As the students masters the ground handling, everything will be much easier. It is also important to note that ground handling is practiced not just at the learning stage. It is practiced throughout the carrier of a paragliding pilot. Even experienced pilot go practice ground handling as much as possible to sharpen their control skill.

(c) Tandem flying
This will be the first experience for the students in free flying (unless the student have tried a tandem flight before). The instructor will take you on tandem flight to give an insight to the student on how free flying feels. The instructor will be the pilot and the student will be the passenger.

The instructor will also explain on flight control and weather condition in relation with the theory given earlier to give a better understanding for the student.

(d) Guided flying
Once the instructor is satisfied with the student’s achievement in ground handling, first solo flying will be conducted with the guidance of the instructor. During flight, instructor will communication via walkie talkie with the student during flight and tells the student what to do, when to do, and how to do it.

Guided flying will also help the student to relax and avoid panic situation during flight.

(e) Free Flying
Congratulations, you are now a beginner pilot. Students can decide to purchase their own equipment and start flying independently. Guide from the instructor will be minimal to let the students develop their own skill and judgement. However, the instructor will usually be around to observe their students and give necessary advises. Other experienced pilots will also assist if needed.

Ini adalah gambaran secara umum bagi sesiapa yang berminat untuk menceburi sukan Paragliding ini. Dengan latihan serta tunjuk ajar dari Instructor serta rakan-rakan juruterbang yang lain akan dapat membantu juruterbang baru untuk meningkatkan lagi keupayaan dan kemahiran mengawal payung luncur disamping memahami faktor alam semulajadi dan kaedah-kaedah udara.

paragliding-pilot-bagaimana-menjadi-pilot-paragliding-bukit-jugra-banting-payung-luncur-kuala-lumpur-free-flyers-eshamzhalim

Jangan takut, Komuniti Paragliding sentiasa mengalu-alukan kedatangan juruterbang baru dan mereka akan melakukan yang terbaik dalam memberikan khidmat nasihat serta membantu juruterbang baru untuk menjadi seorang juruterbang yang baik. Paragliding tidak sukar untuk belajar dan ianya merupakan sukan atau aktiviti yang menyeronokkan, tenang dan mudah tetapi mempunyai cabarannya yang tersendiri.

paragliding-pilot-bagaimana-menjadi-pilot-paragliding-bukit-jugra-banting-payung-luncur-kuala-lumpur-free-flyers-eshamzhalim

Bagi yang berminat untuk menjadi seorang juruterbang Paragliding bolehlah berhubung dengan En. Aizat Hazman (019-337 5332) atau emailnya di [email protected] bagi mendapatkan pencerahan mengenai kos kursus ataupun maklumat-maklumat lain yang lebih terperinci.

Now Everyone Can Fly…

Selamat mencuba!!!… 😀

 

18 comments to Bagaimana Untuk Menceburi Sukan Paragliding

Isikan Komen Anda Disini