Berbuka Puasa Bersama Team Denaihati Di Laman Kayangan

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Alhamdulillah di atas segala jemputan berbuka puasa pada bulan Ramadhan tahun ini dan terima kasih juga kepada yang sudi menghulurkan jemputan… rezeki…rezeki.. syukur alhamdulillah!..hihihihihi.

Pada 9 Julai yang lepas, aku dan wife telah diberi peluang untuk berbuka puasa bersama Team Denaihati di Laman Kayangan, Shah Alam. Jutaan terima kasih kepada Shakkido dan Denaihati Ilhamku di atas jemputan dan memberi kitaorg peluang untuk beramah mesra dengan blogger-blogger lain yang hadir. Kalau tak silap aku, lebih kurang 70 orang blogger yang dapat meluangkan masa termasuk keluarga masing-masing.

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography

Ini sebenarnya merupakan event kedua anjuran Denaihati yang kitaorg turut serta, kali pertama dulu kitaorg join event Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2014.  Memang sebelum ni, aku dan wife dah pernah dengar mengenai Laman Kayangan pastu ada pernah jugak baca blogger-blogger yang dah pernah buat review pasal Buffet Ramadhan Laman Kayangan ni. Kali ni, kitaorg pulak yang berpeluang untuk menikmati juadah berbuka puasa di Laman Kayangan… 😀 .

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography

Laman Kayangan ni beroperasi di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam dan pintu masuknya berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7. Kitaorg memang dah tinggal di Shah Alam dan takde masalah la cari lokasi Laman Kayangan ni. Bagi korang nak datang ke Laman Kayangan sepanjang bulan Ramadhan ni, bolehlah rujuk kat peta di bawah….

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography-peta-laman-kayangan

Aku pernah jumpa dengan sebilangan blogger yang hadir dan selebihnya biasa baca di blog dorang jer. Kadang-kadang tu malu pulak nak bertegur sapa sebenarnya sebab blog aku tidaklah sehebat blog-blog dorang semua tapi aku perlu selambakan diri dan bersalaman serta berborak walaupun tidak berkesempatan untuk beramah dengan semua yang hadir. Apa yang menarik mengenai blogger ni, walaupun baru berjumpa untuk kali pertama tapi terasa seperti dah lama kenal, mungkin sebab pernah baca penulisan dorang semua di blog meskipun biasanya aku cuma silent reader sahaja. 😀 .

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography-13Meja kitaorg…

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography-06Groupfie dengan blogger-blogger top…hihihihi..

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotographyGroupfie bersama blogger-blogger hebat…

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotographySporting semuanya.. hihihi..

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotographySelfie dengan Adam dan Aciknya Sis Akma Omar

Majlis berbuka puasa juga dimeriahkan lagi dengan sambutan Ulang Tahun Kelahiran buat isteri kepada Tuan Haji Amir. Mesti ramai blogger yang dah kenal dengan Tuan Haji Amir ni kan, beliau merupakan pengasas kepada Denaihati dan juga Denaihati Network. Pasangan suami isteri ni memang romantik…hihihihi..siap ada sesi suap menyuap lagi  😀

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography

Juadah berbuka puasa di Laman Kayangan juga memang tidak menghampakan yer, hidangan menu yang pelbagai berjaya membuatkan aku tak henti mengunyah…hihihihi.. semua menu nak dicuba. Selain daripada menu utama (masakan kampung), ada juga disediakan warung-warung kecil yang menawarkan menu yang berbeza dan yang uniknya kesemua warung tersebut mempunyai nama tersendiri. Tidak lupa juga hidangan kuih-muih yang pelbagai untuk kudapan sambil menghirup teh tarik.

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography-16Warung Mak Temah yang menyajikan apam balik..

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography-17Buah-buahan..

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography-10Susunan kuih muih juga memang menarik dan menyelerakan…

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography-09Warung Wak Jakasi yang menyajikan rojak buah..

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography-07Nasi pandan ni memang lain daripada yang lain…sedap oooo….

Seperti biasa, aku pasti akan mencari kambing golek dan satay sebagai hidangan utama setelah buah kurma menjadi pembuka bicara. Kalau aku nak bercerita pasal menu memang susah sebab ada banyak lagi menu-menu lain yang tak sempat cuba. Kalau korang nak tahu, boleh ler pergi sendiri ke Laman Kayangan dan aku pasti korang tidak akan dikecewakan .

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography-11Sedapnyaaaaaaaa………….

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography-12Satay weiii…….. aku memang hantu satay…ahahahaha…

Kitaorg juga didendangkan dengan alunan muzik tradisional semasa menunggu waktu berbuka dan juga semasa menikmati hidangan. Memang menarik berbuka puasa di Laman Kayangan ni dan memenuhi citarasa aku sebab aku memang suka live band ni….hihihihi.. 😀 .

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotographyMemang layan dengar brader-brader ni main muzik..

Sekali lagi, aku ingin ucapkan terima kasih kepada Team Denaihati yang sudi menjemput blogger kecilan seperti aku ni untuk bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa ini. Akhirnya, dapat jugak aku bergambar dengan Tuan Haji Amir, Bro Framestone dan Azahari (Puex).

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-shamphotography

Kepada semua blogger yang hadir, korang semua memang sporting dan rasa macam sekejap jer dapat berborak kan…hihihihihi.. semoga dapat jumpa lagi di event-event yang lain.

Kalau korang ingin mencuba Buffet Ramadhan di Laman Kayangan, boleh ler ke Laman Web www.lamankayangan.com untuk info yang lebih lanjut.

8 comments to Berbuka Puasa Bersama Team Denaihati Di Laman Kayangan

  • KiD  says:

    Pastu pesan kat bini.. jangan lupa beg telekung.. hihihi.. dan jangan lupa jaga exam..

    • eshamz halim  says:

      ahahahahahaha…. lawak..lawak.. LOL… hihihihi… lupa jaga exam sbb brasil kena bantai 7 kali…ekekekeke..

  • akuzle ayu  says:

    Memang mkn kat situ. Sekali makan tak puas dan mmg kena repeat. Ai mula kenal Laman Kayangan ni sejak 2012. Tu pun mmg HJ Amir yg belanja. Pertemuan pertama dan terakhir juga ngan blogger Arwah Jai Ramlee. Huhu.. Salam ukhwah, Eisham..

    • eshamz halim  says:

      Memang best kan makan kat situ…ekekekeke… salam ukhwah jugak kak… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Wahh menarik bro.. kenangan Ramadhan yg manis & menggembirakan bersama2 blogger2 hebat.. terbaik.. 🙂 🙂

    • eshamz halim  says:

      Betul tu bro… dapat berkenal-kenalan dengan blogger2 yg lain mmg seronok… 😀

  • nanatron14  says:

    terus rasa nak gugel resipi nasi pandan = = ‘

    terliyor la kite…

    • eshamz halim  says:

      Gugel2…jangan tak gugel…nanti leh jemput aku makan nasi pandan…ekekekeke..

Isikan Komen Anda Disini