Buffet Ramadhan Casa Ombak

Mai Pilih!.. Mai Pilih!.. Macam-macam ada!.. Korang mesti dah biasa dengar jeritan ni apabila berkunjung ke bazaar-bazaar Ramadhan kan? Kadang-kadang nak beli juadah berbuka puasa di bazaar Ramadhan pun semakin bosan pulak rasanya! apatah lagi yang sudah ketandusan idea untuk memasak juadah di rumah. Apa kata sekali sekala sepanjang bulan puasa ni, jom beramai-ramai meluangkan masa dan bertukar selera untuk mencuba juadah berbuka puasa yang ditawarkan oleh Casa Ombak yang beroperasi di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

casa-ombak-buffet-ramadhan-akma-omar-shamphotography

Apa Istimewanya Berbuka Puasa di Casa Ombak ni?….

Haaaa!!!!… apa yang istimewa eh?.. Ok!..Ok!.. Apa yang aku boleh katakan disini, Casa Ombak pasti akan lebih istimewa daripada Casa Impian atau mahupun Ombak Rindu. Jom aku ceritakan serba sedikit tentang keistimewaan Casa Ombak ini yang akan membuatkan korang tidak sabar untuk mencuba. Casa Ombak ini menyajikan pelbagai juadah warisan masakan kampung sebagai menu utama yang pasti akan menambat dan memenuhi selera para pengunjungnya. Disamping itu, para pengunjung juga turut disajikan dengan suasana ala-garden seolah-olah bagaikan menjamu selera di dalam sebuah taman indah yang juga merupakan tema dan konsep utama di Casa Ombak. Lokasi Casa Ombak yang berlatar-belakangkan sebuah banglo tersergam indah sudah pasti akan membuat pengunjung begitu selesa seperti berada di laman rumah sendiri.

Semestinya menu berbuka puasa tidak akan lengkap tanpa juadah kuih-muih sebagai manisan mulut atau kudapan sampingan selepas menu utama. Korang tidak perlu risau, Casa Ombak juga menyediakan sajian kuih-muih tradisional yang akan membuatkan korang tidak henti mengunyah dan seperti mengimbas kembali suasana minum petang di kampung.

Gerai-gerai berkonsepkan ‘Instant Cook Stall Corner’ juga ada disediakan sebagai salah satu pilihan kepada pengunjung yang inginkan makanan panas yang dimasak pada ketika itu. Apa macam sekarang? Korang teruja tak?…. Andai kata perut boleh berkata-kata, pasti perut tu sedang merayu-rayu untuk ke Casa Ombak sekarang juga kan?…. 😀

Bercerita tanpa gambar adalah seperti kuih karipap tanpa inti, memang tidak akan lengkap tanpa satu sama lain dan oleh itu aku sajikan sedikit demi sedikit gambar-gambar suasana di Casa Ombak disepanjang entri ini. 😀 Gambar adalah hakmilik FB Ombak Creative.

buffet-ramadhan-casa-ombak-stall-akma-omar-shamphotography-makanan-berbuka

casa-ombakombak-creative-suasana-buffet-ramadhan-akma-omar-shamphotography

casa-ombakombak-creative-suasana-buffet-ramadhan-akma-omar-shamphotography

casa-ombakombak-creative-suasana-buffet-ramadhan-akma-omar-shamphotography

Siapakah Pula Ombak Creative?

Mesti korang tertiba kelirukan?. Apa kena mengena pulak dengan Ombak Creative?. Sebenarnya Ombak Creative merupakan pihak yang bertanggungjawab menguruskan Buffet Ramadhan di Casa Ombak.

ombak-creative-logo-akma-omar-casa-ombak-shamphotography

Untuk menghilangkan kekeliruan korang semua, jom aku kongsikan sedikit latar belakang Ombak Creative. Ombak Creative merupakan sebuah syarikat yag dimiliki oleh 100% bumiputera dan adalah sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd. Berkecimpung dalam menjalankan pengurusan event lebih dari 10 tahun. Team Ombak Creative sememangnya berpengalaman menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis korporat dan persendirian. Sememangnya tidak perlu dipertikaikan kebolehan dan pengalaman Ombak Creative ni dan kepuasan hati pelanggan semestinya maklamat utama Team Ombak Creative. Kalau nak tahu info yang lebih lanjut, klik jer —> www.ombakcreatives.com

casa-ombakombak-creative-suasana-buffet-ramadhan-akma-omar-shamphotography

casa-ombakombak-creative-suasana-buffet-ramadhan-akma-omar-shamphotography

casa-ombakombak-creative-suasana-buffet-ramadhan-akma-omar-shamphotography

casa-ombakombak-creative-suasana-buffet-ramadhan-akma-omar-shamphotography

Dah Tak Sabar Ni! Tapi Berapa Pulak Harganya?

Rilek! Rilek!.. Aku tahu korang semua mesti dah tak sabar kan?. Kalau diperhatikan, harga Buffet Ramadhan yang ditawarkan pada tahun ni kebanyakkannya adalah sekitar RM60 ke atas, lebih-lebih lagi jika di bandar Kuala Lumpur. Walau apa pun, Casa Ombak hanya menawarkan harga Buffet Ramadhan yang amat berpatutan dan akan membuat korang semua tersenyum riang.

Harga Buffet Ramadhan di Casa Ombak

Dewasa : RM 55.00nett
Kanak-kanak : RM 27.00nett ( 5-12 tahun )

Tempahan boleh dibuat untuk individu, group dan family atau syarikat. Kepada korang yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak, boleh hubungi Casa Ombak segera ditalian:

Call/Whatsapp : Akma Omar @ 013-2680001
Tel : 03-21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative page

Ok!.. sekarang korang dah boleh telefon untuk membuat tempahan segera. Apasal tercegat lagi depan monitor ni?.. Angkat telefon dan telefon sekarang kalau tak nak menyesal nanti sebab tempahan dah penuh…hihihihihi.. 😀 Lupa la nak bagitahu, ruang solat pun ada di sediakan bagi para muslimin dan muslimah. Korang bolehlah menunaikan solat dulu dan lepas tu baru ulang makan semula sampai kenyang…ahahahaha.. namanya pun buffet kan! tapi janganlah sampai ada pembaziran. Makan ikut perut dan bukan ikut nafsu…hihihihihi.. 😀

Lokasinya Kat Mana Ni?… Dah Tak Sabar Dah Ni!!..

Korang mesti rasa teruja dan terliur kan apabila dah baca sampai sini, pastu dengan gambar-gambar yang pasti mengugat puasa korang…ahahahaha. Untuk memudahkan korang dan para pengunjung untuk ke sana, aku sertakan petanya di bawah ni haaa…. Kalau nak senang cuba guna GPS atau Waze. Ok! Jom ramai-ramai memeriahkan lagi Casa Ombak…..

casa-ombak-maps-peta-ombak-cretive-akma-omar-shamphotography

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

17 comments to Buffet Ramadhan Casa Ombak

  • Kamil Salleh  says:

    Salam Ramadhan…. Artikel anda amat menarik. Semoga berjaya…

  • Ejulz  says:

    waaaa.. sedap2 makanan kat situ.. 🙂

    Jemput Join “Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz” kalau belum join.. tQ

    Like page “Ejulz Blogshop” jika sudi.. Terima kasih

    • eshamz halim  says:

      Semestinya sedap…. 😀

  • eyfa writter  says:

    wah! menarik n segar entry ni hehe..
    salam ramadhan n good luck 🙂

    • eshamz halim  says:

      Memang menarik… bolehlah cuba… 😀

  • shahida rahim  says:

    wah entry yang sangat menarik..all the best ye..jom ke blog saya pula Buffet Ramadhan Casa Ombak

  • Khir Khalid  says:

    Terbaik sahabat… all the best.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      TQ Bro Khir…… 😀

  • BM  says:

    All the best! Semoga berjaya!

  • Muhammad Syazwan Norhalik (Zuan)  says:

    bulan puasa ni, baru sekali den berbuka buffet. macam menarik je ni

    • eshamz halim  says:

      Memang menarik bro… boleh ler cuba nanti…. 😀

  • sop  says:

    ramai blogger dah cuba mmg best
    review yg menarik
    good luck bro

  • sobri yaacob  says:

    ramainya yg joint..
    ye la hadiah pun boleh tahan bro..
    all the best.. ya abg sham

  • Strider  says:

    menarik gak tempat nie…kena plak memang tak jauh dari rumah..hehehe…

    Regards,
    -Strider-

  • UpProfits  says:

    Warga KL yg kampung jauh2 tuh boleh la ke Casa Ombak..at least terubat jugalah kerinduan nak makan masakan kampung..hehe

Isikan Komen Anda Disini