Buffet Ramadhan: Santapan Warisan Melayu Di Royale Bintang Kuala Lumpur

Ramadhan-e-newsletter-buffet-shamphotography-bulan-puasa

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Alhamdulillah!!..Bulan Ramadhan telah menjelma kembali dan menandakan bermulalah ibadah berpuasa bagi umat Islam seluruh dunia. Aku pasti ramai yang tercari-cari tempat berbuka puasa seperti di restoran atau hotel yang menawarkan pakej buffet yang menarik serta dapat menyajikan beraneka juadah berbuka puasa bagi mereka yang bekerja atau berada di sekitar Kuala Lumpur.

Aku bersama blogger-blogger yang lain telah dijemput oleh The Royale Bintang, Kuala Kumpur untuk mencuba dan merasai sendiri masakan buffet ramadhan yang akan dihidangkan di Sunflower Brasserie sepanjang bulan Ramadhan ini. Sunflower Brasserie, The Royale Bintang Kuala Lumpur menyediakan beraneka juadah berbuka puasa dengan lebih 100 jenis sajian yang berkonsepkan citasara ala kampung yang menjanjikan kepuasan kepada pengunjung.

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

Juadah seperti Masak Lemak Ikan Masin Belimbing Besi , Siput Manis Rendang Pedas, Gulai Tulang Kambing dengan Pisang Muda, Lemak Cili Padi Salai, Ikan Bakar Daun Pisang, Ayam Percik dengan Lemang pasti akan membuatkan korang rasa terpukau dan berasa seperti berada di kampung halaman.

Ramadhan-e-newsletter-buffet-shamphotography

Bagi korang yang merindui manisan masakan kampung, Buffet Ramadhan di Royale Bintang juga menyajikan beraneka manisan traditional seperti bubur kacang merah, bubur pulut hitam, pengat pisang, bubur cha-cha dan macam macam lagi. Tak lupa juga bagi pengemar sup, korang mesti tersenyum apabila melihat berbagai-bagai juadah sup yang disediakan seperti sup ayam berempah, sup isi ketam berempah daun ketumbar dan batang saderi, bubur lambuk berherba dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan juga aneka ulam kampung yang juga di tawarkan seperti pucuk pegaga, ulam raja, kacang botol, hidangan kerabu serta berbagai lagi.

Jom aku  selitkan sedikit gambar-gambar juadah Buffet Ramadhan di The Royale Bintang, Kuala Lumpur untuk membuatkan korang semua terliur….hihihihihihi… 😀

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

Sila klik untuk senarai menu yang lengkap sepanjang bulan Ramadhan –> Menu Buffet Ramadhan Royale Bintang

Promosi menarik ini ditawarkan sepanjang Ramadhan bermula dari jam 7.00 petang hingga 10.30 malam setiap hari bermula 02 Julai hingga 25 Julai 2014.  Untuk membuat tempahan awal, The Royale Bintang juga menawarkan harga promosi dengan pembelian 5 voucher, 1 voucher percuma sebelum 29 Jun 2014.

Jangan risau kerana ruang solat juga turut di sediakan bagi para muslimin dan muslimah.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi talian 03 2143 9898 sambungan 4809. Sekiranya korang memerlukan maklumat lanjut, bolehlah hubungi:

Syikhah Manaf
Marketing and Communication Manager
The Royale Bintang Kuala Lumpur
Tel : 603 – 2143 9898 ext. 3805
Fax : 603 – 2162 8644

16 comments to Buffet Ramadhan: Santapan Warisan Melayu Di Royale Bintang Kuala Lumpur

  • sobri yaacob  says:

    owh inikah entrynya 🙂
    sungguh kena timmingnya bro..
    good review insaallah kalau ada
    klanpangan dan sponser bolehlah mkan di sini..
    gambar mkanan tu sungguh myelerakan…
    selamat bpuasa bro 🙂

    • eshamz halim  says:

      ekekeke… jom bro kita gi royale bintang KL… sedap ooooo…hihihihi.. selamat berpuasa jugak bro…. 😀

  • hannyabdullah  says:

    eshamz…selamat berpuasa ya.. Nanti kita gi berbuka kat sini lagi ya..:)

    • eshamz halim  says:

      Selamat berpuasa jugak kak….. ok jer nak berbuka kat sana lagi…hihihihihi .. 😀

  • aRz MoHa  says:

    Wah kemain bro sham kita. Nampak menarik hidangan di sini

    • eshamz halim  says:

      ekekekeke…memang menarik bro… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Salam Ramadhan… mmg menarik tempat ni. Mmg sgt sesuai utk berbuka bersama2 rakan niaga atau juga keluarga. Selamat menjalani ibadah puasa dgn ceria.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Salam Ramadhan jugak kepada bro khir… ekekekeke… yup..klu saper2 yg berada di KL tu boleh la mencuba di Royale Bintang ni… 😀

  • Bahrain  says:

    Terilur tengok gambar-gambar yang cantik dan celar. 🙂

    • eshamz halim  says:

      memang terliuq pon bro…ekekekeke .. 😀

  • SOP.NAME.MY  says:

    fuh.. kalau berbuka mcam ni mmg kenyang abis,, hahaha
    taun ni xda yg pelawe review buffet :((

    • eshamz halim  says:

      ekekekeke… ni pun rezeki drg jemput…ekekeke… 😀

  • Strider  says:

    tahun lepas aku miss makan kat sini walaupun member aku cakap sedap..hopefully tahun ini aku tak miss makan kat sini..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      Cepat gi bro… jangan ter miss lagi tahun ni…ekekekekeke.. 😀

  • Mus  says:

    Hidangan yang cukup menyelerakan
    gambar pun cantik-cantik

    • eshamz halim  says:

      TQ bro… memang cukup menyelerakan…. 😀

Isikan Komen Anda Disini