Bukit Apek: Misi Menjejaki Pokok Besar

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalim

Kemaskini:
Dengan sedihnya aku nak maklumkan bahawa pokok besar tu dah tumbang. 🙁

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kembali semula aku dan wife di Bukit Apek bersama Wan Paskau serta Cik Bella dengan misi yang baru. Okjektif misi kali ini adalah untuk menjejaki sebuah pokok besar yang terdapat di Bukit Apek. Ada khabar angin yang mengatakan pokok ini seperti pokok di Angkor Wat, Siem Reap….. ermmm!!… menarik jugak kan? tapi adakah ianya sahih?… Ok!..Ok!.. Jom ikuti pengembaraan kitaorg dalam usaha untuk membongkar misteri sebuah pokok besar di Bukit Apek….hihihihihi… 😀

Seperti biasa, kitaorg berkumpul di tempat yang telah ditetapkan sekitar pukul 8 pagi dan misi kali ini telah disertai juga oleh beberapa lagi kawan yang lain. Rasanya tak perlu lagi aku terangkan dengan lebih lanjut mengenai Bukit Apek dan juga bagaimana untuk ke sana. Segala maklumat telah aku terangkan di dalam entri yang lepas, klik jer entri Bukit Apek: Misi Menjejaki Air Terjun bagi menghilangkan kekaburan fikiran yang berlegar-legar di kepala. 🙂

Bermulalah sekali lagi pendakian di Bukit Apek bagi menjayakan misi ini walaupun masing-masing langsung tidak tahu trek yang mana satu akan menuju ke lokasi pokok besar…hahahaha.. 😀 Sebelum mula mendaki, ada berborak dengan seorang uncle cina ni di gerai hadapan trek mendaki dan dengan rela hatinya dia menawarkan diri untuk menjadi guide kitaorg ke lokasi Pokok Besar (Big Tree). 🙂

Kitaorg mula mendaki seperti biasa dan terus menuju ke Stesen 1 ataupun di sungai yang pertama. Ada satu trek di sebelah kiri sebelum menyeberangi sungai pertama dan laluan ini boleh juga digunakan untuk menuju ke lokasi pokok besar. Dengan semangat yang berkobar-kobar, terus menyusuri trek tersebut sehinggalah jumpa satu kawasan sungai dan air terjun yang kecil. Kalau tak salah aku, trek daripada sungai pertama dan sebelum jumpa lokasi air terjun kecil, nanti akan bertembung dengan satu lagi trek yang menuju ke atas (simpang 4), terus jer menuju ke depan  dan jangan belok kiri (ke bawah) atau pun kanan (ke atas). Trek ke pokok besar tu memang agak mencurigakan disebabkan treknya yang kurang jelas kerana jarang dilalui oleh pendaki-pendaki lain tetapi apabila dah semakin jauh ke dalam, akan jumpa tanda arah (trail marking) ke lokasi pokok besar.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimLaluan ada juga ditandakan cuma mata tu kena sentiasa mencari trail marking.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimInilah sungai kecilnya….

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimAir terjunnya yang kecil..

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimBergambar lagi…

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimPurplelicious…….

Selepas puas bergambar di air terjun, kitaorg teruskan perjalanan lagi menyusuri trek tu hinggalah jumpa sebuah pokok besar. Rasanya daripada lokasi air terjun ke pokok besar mengambil masa dalam 30-45 minit perjalanan. Akhirnya, misi menjejaki pokok besar di Bukit Apek telah berjaya dijumpai dan tidak lagi menjadi misteri…hihihihi.. 😀 Maka bermulalah aktiviti panjat memanjat sambil memandang lensa kamera telefon masing-masing….. 🙂

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimIni dia Pokok Besar (Big Tree). Uncle tu rilek jer hiking pakai baju singlet… 😀

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimKitaorg nampak comel jer semua….hihihihihi.. 😀

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimKalaulah dapat panjat sampai di atas….

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimGroupfie lagi…

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimWan Paskau dengan camo nya dan Kak Jack sedang buat akrobatik….. 😀

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimAku dan wife..

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimThe Clown Hiker…..

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimRomantik tak?…hiihihihihi.. 😀

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimD’ Celah…… hihihihi..

Lebih kurang 45 minit kitaorg memerhatikan pokok besar tu sambil memanjat dan bergambar sebelum meneruskan perjalanan lagi menuju ke Stesen 6 (Apek Hilltop). Daripada pokok besar, ikut kembali trek tadi dan belok ke kiri untuk mendaki apabila jumpa 2 simpang nanti. Ikut trek tu mendaki ke atas dan akan bertembung dengan satu lagi trek, belok kiri di trek tersebut untuk terus menuju ke Stesen 6.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimTerjumpa seekor kalajengking (Scorpion) di laluan ke Stesen 6.

Berhenti sekejap di Stesen 6 sebelum meneruskan lagi perjalanan ke Stesen 3A untuk beristirehat sambil menikmati sarapan pagi dengan menu nasi lemak dan ditemani juga bersama air nescafe panas. 🙂

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimStesen 3A.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimGroupfie sebelum menuju turun daripada Bukit Apek.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalimMaria, aku dan wolf….

Kitaorg menuju turun daripada Bukit Apek lebih kurang 1 jam kemudian dan selamat sampai di bawah lebih kurang pukul 1 petang. Mungkinkah kitaorg akan kembali ke Bukit Apek lagi dengan misi yang baru?… walau apa pun  aku akan tetap kembali ke Bukit Apek di lain kali. 😀 Terima kasih juga aku ucapkan kepada uncle yang sudi menjadi guide kitaorg semasa di sana.

Di bawah ni, aku cuba petakan lokasi pokok besar tu setepat yang mungkin tapi ketepatan lokasinya adalah tidak dijamin…hihihihihi.. 😀 Sebenarnya trek ke pokok besar boleh di ikut melalui trek selepas Stesen 2 dan mungkin nanti aku akan cuba trek tu.

map-apek-pokok-besar-big-treeLokasi pokok besar berada di dalam garisan putus-putus berwarna merah.

1,146 total views, 2 views today

5 comments to Bukit Apek: Misi Menjejaki Pokok Besar

  • khairuddinlimm  says:

    wah..tahniah

  • APK BARU  says:

    wah, seru sangat

  • Khir Khalid  says:

    Wahh basauuu akar pokok tu bro.. takde nyamuk ke kat situ huhu.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Besauuu pokok ni bro tp 2 minggu lepas dah tumbang dah.. sob..sob..sob.. 🙁 ..

Isikan Komen Anda Disini