Cabaran Untuk Mendapatkan Lesen Open Water Diver

Salam

PADI-Openwater-Course-Logo-shamphotography

Mungkin bagi sesetengah individu menganggap untuk menjadi seorang diver (penyelam) adalah satu perkara yang mudah tapi tidak bagi aku. Aku rasa untuk menjadi seorang diver adalah satu cabaran buat aku. Aku dan wife sekarang ni dalam proses untuk mendapatkan lesen Open Water Diver daripada Professional Association of Diving Instructors (PADI). Jika berjaya dapatkan lesen ini, kitaorg dibenarkan menyelam serata dunia tanpa penyeliaan Instructor ataupun Divemaster.open-water-diver-lisence-shamphotographyLesen ni sebenarnya ada mengikut tahap kedalaman yang dibenarkan dan bagi diver yang baru dapat lesen Open Water Diver, hanya dibenarkan untuk menyelam sehingga kedalaman 18 meter sahaja. Bagi aku 10 meter pun dah kira amatlah dalam ooooo…. Pada mula nyer kitaorg hanya cuba Discover Scuba Diver tapi selepas itu rasa macam nak amik lesen diver pulak. Terpaksalah keluarkan duit simpanan ASB sket untuk bayar kursus bagi kitaorg berdua.

Oleh kerana kitaorg berdua berkerja so kitaorg terpaksa datang kelas pada sebelah malam. Seminggu jugak kitaorg terpaksa duduk kat Kompleks Sukan Negara (Panasonic) sampai kul 11 malam. Instructor kitaorang namanya Mr.Keng Gee Lee atau nama nickname dia K.E ….hihihihi.. bukan Kak Engku tau… 😀 . Hari pertama dan ke-2, kitaorang hanya belajar teori dan kitaorang perlu menonton DVD daripada PADI selama 5 jam disebabkan ada 5 Chapter (1 chapter lebih kurang 1 jam). Setiap kali abis menonton 1 chapter kena stop kan DVD pastu kena buat Knowlegde Review dan Quiz. Sebelum balik Instructor akan semak jawapan Knowlegde Review dan Quiz tadi dengan kitaorang. Sebijik macam kat sekolah ok….. hiihihihihi.. kitaorang dinner pun kat dalam kelas tu jugak sambil tengok DVD… Instructor cakap “Buat macam rumah sendiri!”. Mata mengantuk weiiii asik layan DVD jer 2 hari. Habis kelas hari ke-2 terus Instructor pesan kat kitaorg “Esok malam kita buat Knowledge Review dan Quiz dulu pastu terus Exam Teori”.

Besoknya kitaorg buat Exam Teori sebanyak 50 soalan, sebelum mula exam Instructor ajar kitaorang menggunakan RDP (Recreational Dive Planner), saper kata nak menyelam tak perlu buat kiraan! Kena buat pengiraan tau siap ada carta dan formatnya lagi. Selesai jer exam terus Instructor semak jawapan dan hasilnya kitaorang pass exam teori…yeaaaaa!!!!…..separuh proses dah selesai.

open-water-diver-course-dsa-shamphotography

open-water-diver-course-dsa-shamphotographyLepas exam dapat buku dan RDP sendiri…hihihihihi…

Hari ke-4 pulak kitaorg hanya buat praktikal dan belajar di dalam air, sebelum mula turun ke dalam swimming pool, kitaorang di ajar bagaimana untuk memasang peralatan Scuba dan bagaimana nak bukak untuk penyimpanan selepas digunakan. Hasilnya kitaorang disuruh pasang dan bukak peralatan Scuba sebanyak 3 kali supaya ilmu tu melekat dalam kepala otak sebab lepas ni kitaorang akan pasang sendiri peralatan Scuba sebelum menyelam…hihihihihi.

open-water-diver-course-dsa-shamphotography

Bila dah yakin baru ler Instructor ajar kitaorang pratikal di dalam swimming pool. Sebenarnya hari ke-4 dan ke-5 memang untuk belajar skill-skill di dalam air, apa itu pre-dive check?, apa yang perlu dilakukan sebelum menyelam?, apa yang perlu dilakukan semasa naik ke permukaan air?, teknik-teknik keselamatan, teknik-teknik apabila kecemasan dan bermacam-macam lagi lah. Kadang-kadang aku pun tak leh nak hafal semuanya. Kitaorang disuruh bukak mask semasa di dalam air dan bernafas seperti biasa menggunakan Scuba selama 1 minit sebelum pasang mask semula dan clearkan air di dalam mask. Kitaorang juga disuruh bukak jaket Scuba di dalam air dan pakai semula, paling aku seriau apabila Instructor suruh kitaorang bukak jaket Scuba dipermukaan air di kedalaman 2.2 meter dan floating mengunakan jaket dan tank oksigen pastu pakai balik jaket tu sementara ampungkan badan di permukaan air.

Akhirnya selesai ler kelas kitaorang dan sekarang ni kena buat Open Water Dive sebanyak 4 kali di Pulau Tioman. 4 kali dive iaitu 2 kali dive tidak melebihi 12 meter dan 2 kali dive tidak melebihi 18 meter…..fusssssssss… perasaan takut tu memang ada la kan tapi kena buat jugak untuk dapatkan lesen menyelam. Kitaorang akan ke Pulau Tioman pada 28-30 Mac ni so minggu depan jer sebenarnya. Semalam dah call Instructor cakap esok malam kitaorang akan datang dive kat swimming pool untuk training lagi pastu maybe next week sekali lagi training sebelum nak ke pulau.

Fusssssss…….. apa-apa pun seperti Instructor aku pesan… Relax, Breathe Deep, Calm Down and Think.

13 comments to Cabaran Untuk Mendapatkan Lesen Open Water Diver

  • sobri  says:

    untunglah bro..lpas ni boleh la mnyelam pulak..
    jgn lupa ambil gambar dgn go pro he..he. 😛

    • eshamz halim  says:

      ekekekekekeke…. mmg harus amik video dan gambar guna GoPro nanti…ekekeke 😀

      • nurulshafiqa1994  says:

        dekat mana nak amik lesen ni, penang ada x

        • eshamz halim  says:

          Mana2 pon ada…cari jer dive centre.. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Mmg menarik.. pengalaman yg mahal tu, bukan senang nak dapat… ada lesen lagi bnyk pengalaman yg diperolehi nanti kan.. All the best bro Sham.. 🙂 🙂

    • eshamz halim  says:

      TQ Bro Khir… hihihihi… menambah ilmu dan pengalaman… pasni banyak ler amik video ngan gambar underwater lak… ekekekeke… 😀

  • afni  says:

    bang. kalo xpandai swimming kita kena pg kelas dl ke mcmana?

    • eshamz halim  says:

      Sebenarnya ramai yg x pandai berenang tapi dah ada lesen scuba… aku dan wife pon berenang takde ler pandai sgt tp boleh berenang…. tak perlu mahir berenang macam perenang olimpik cuma setakat boleh bergerak dalam air jer… kebolehan berenang sebenarnya 1 kelebihan untuk kemahiran diri sendiri… dalam kelas scuba drg tak ajar kelas berenang tau… tu kursus lain..hihihi..

      Berenang (200 meter) dan floating (10 minit) sebenarnya pra syarat untuk ambil lesen scuba, wajib ambil test ni tapi ada jugak instructor yg tak ambil kisah pasal pra syarat ni…drg just pejam mata bagi lulus jer… cam kitaorg instructor suruh jugak wat test ni…ekekekeke…

      Bagi pendapat aku kita harus tau asas berenang sebagai 1 skill untuk diri sendiri… aku dan wife pun tgh improvekan skill berenang kitaorg…ekekekekeke… 😀

  • hafi  says:

    salam bro…brape aggaran kasar untuk keseluruhan nk ambil lesen open water nie…n kalau gagal..mcm mne procedure repeat tu…mohon penjelasan..trime kasih…:(

  • luqman  says:

    Assalammualaikum bro..nak tanya juga kalau rabun macam mana ek..biasa berenang guna contact lens n pakai goggle..tpi kalau ambil kursus ni nanti ada course kena buka mask dlm air kan..mau tertanggal contact lense

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumussalam bro, saya pun rabun jauh jugak bro tp power spek pun lebih kurang 200 jer… saya mmg x suka pakai contact lens. Nanti bole inform kat instructor so bila ujian buka mask dlm air nanti, bro boleh pejam mata pastu sarung mask semula.. Kalau bro rasa ada duit lebih, ada special diving mask yang dah siap dengan power spek tp tak pasti harganya berapa.. Biasanya kalau power spek bro tak tinggi, saya sarankan x payah guna contact lens sbb dlm air nanti semua objek akan nampak 2x ganda besar saiznya… 😀

  • syuk rie  says:

    Assalamualaikum..sy nk tnye, sy dduk di melaka.. Di mana tmpt pling dekt utk amik lesen nie ye..huhu

Isikan Komen Anda Disini