CAPAM International Run 2014

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

CAPAM International Run 2014 telah diadakan di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pada 19 Oktober yang lepas. Larian ini adalah sempena Persidangan Pertubuhan Komanwel Bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan ataupun nama pendeknya iaitu CAPAM (Commonwealth Association for Public Administration and Management) yang telah diadakan di negara kita. Banyak juga sebenarnya kategori-kategori larian yang ditawarkan untuk larian ini seperti 5km, 10km dan 21km (Half Marathon).

Aku dan wife serta geng zombie juga tidak melepaskan peluang untuk sertai larian CAPAM ni tapi kitaorg hanya sekadar mengambil 5km bagi kategori “Fun Run”. Aku dan wife masih lagi belum mencapai tahap 10km dan ke atas. Terpaksalah berjinak-jinak dengan 5km dulu bagi membiasakan kaki dan serasi dengan kasut lari kitaorg. Geng-geng lain tu sebenarnya dah biasa berlari bagi kategori 10km dan 21km tapi tiba-tiba ramai pulak yang daftar untuk Fun Run jer. Sekurang-kurangnya aku dan wife adalah juga geng nak gi berlari kan!.

Sebelum matahari muncul, aku dan wife dah keluar rumah menuju ke Putrajaya. Malaslah bersesak-sesak nak cari parking nanti, lebih baik datang awal kan. Lagipun bagi kategori 21km, peserta akan dilepaskan pada pukul 6.30 pagi dan bagi kategori Fun Run pula pada pukul 7.40 pagi selepas kategori 10km. Nasib baik senang jer nak cari parking pastu banyak lagi tempat kosongnya. Terus berjalan menuju ke depan Istana Kehakiman sementara menunggu geng-geng yang lain. Sempatlah juga aku dan wife bersenaman zumba bersama peserta-peserta lain…hihihihi. 😀

Sekitar pukul 7, barulah nampak batang hidung geng-geng zombie semua. Bila semua geng dah ada, apalagi mestilah berposing depan kamera.

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalimBersama Fird dan Nein Baha….dorang ni daftar untuk 10km.

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalimAlice dan Zakiah baru sampai…

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalimOk!… semua geng dah ada… jom lari…

Bagi kategori Fun Run, flag-off adalah pada pukul 7.40 pagi tapi aku sebenarnya lebih banyak snap gambar daripada berlari…hahahahaha. Namanya pun Fun Run kan?.. haruskan ada sedikit Fun sambil Run!… Sepanjang berlari mesti berhenti untuk bergambar. Walau bagaimana pun, berjaya juga aku habiskan 5.7km (penganjur tukarkan jadi 5.7km) dalam masa 1 jam tepat, mungkin kalau aku serius berlari dari mula sampai garisan penamat, mesti boleh dapat kurang dari 1 jam. Wife aku berjaya menghabiskan 5.7km dengan 45 minit sahaja, sebab tu aku kena tinggal kat belakang….hihihihihi… 😀

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalimGambar groupfie ni lah yang membuatkan kitaorg popular sekejap di semua suratkhabar bertarikh 20 Oktober 2014.

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalimSuratkhabar Kosmo..

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalimRasanya suratkhabar NST ni.

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalimSemua tengah bertenaga lagi ni…

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalimSelfie sambil berlari..

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalimBerehat sekejap sambil tumpang bergambar di kategori 21km…

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalim

Medal dan sijil akan diberi semasa di garisan penamat dan makanan pula kena ambil di khemah urusetia. Berkumpul kembali dengan geng zombie untuk berehat makan dan aktiviti bergambar sebelum masing-masing pulang ke rumah.

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalimBergambar bersama medal dan kasut…hihihihi.. cuba teka yang mana satu kasut aku?…

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalimBerehat sambil makan selepas selesai berlari… kasi rehatkan kaki sekali..

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalimAcara lompat adalah wajib..

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalimJom gigit medal…

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalim

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalimJalur gemilang sentiasa menemani kitaorg….

Lupa nak beritahu, sebenarnya bagi kategori-kategori seperti 21km, 10km dan juga 5km ada disediakan hadiah berupakan wang tunai kepada sesiapa yang berjaya mencatatkan masa larian yang paling pantas bagi setiap kategori. Bagi kitaorg yang dalam kategori 5km Fun Run hanya dapat medal dan sijil penyertaan jer tapi bolehlah kan?..daripada tiada!…. 😀

 

10 comments to CAPAM International Run 2014

  • 3lalat  says:

    Salam. Hee seronok berlari sambil menyihatkan badan.

    • eshamz halim  says:

      Memang aktiviti yang seronok dan menyihatkan badan bro… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Menarik program mcm ni.. Bro mmg warga sihat & menyihatkan. Seronok tengok.. best.. 🙂 🙂

    • eshamz halim  says:

      Memang best bro… bila mau join kitaorg ni… 😀

  • shakiddo  says:

    baru aku taum maksud CAPAM.. walaupun dekat je dengan rumah.. hehehe, selamat lah larian tu yea.. nanti aku fit balik.. aku join.. hik3

    • eshamz halim  says:

      Laaaa… dekat ngan rumah hang ker?… jom la join gi lari2… bawak gopro hero 4 sekalik…ekekekekeke… 😀

  • Noriza Rahman  says:

    Hamboi3..syoknya depa sambil CAPAM sambil bergroupfie lagi tu

    • eshamz halim  says:

      Ekekekekeke…. aktiviti begini mmg seronok… lagi ramai kawan lagi best… 😀

  • Ainul  says:

    Best sungguh berlari nih, baru je join sekali, lepas nak join yang lain pulak

    • eshamz halim  says:

      Alhamdulillah… jom run untuk kekal fit dan sihat.. 😀

Isikan Komen Anda Disini