Caramel Dan Curry Cornflakes Amlina Homemade Recipe

amlinas-homemade-recipe-shamphography

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Entri kali ini aku ingin mempromosikan produk yang berasaskan cornflakes keluaran khas Amlina’s Homemade Recipe dan hanya boleh didapati pada bulan Ramadhan dan Hari Raya Haji sahaja. Sebenarnya Amlina ni adalah kawan wife aku dan kitaorg selalu gak gi aktiviti outdoor sama-sama.

Sebelum tu jom aku perkenalkan apakah produk cornflakes Amlina’s Homemade Recipe…..

Amlina’s Homemade Recipe setakat ini hanya mengeluarkan 2 jenis produk berasaskan cornflakes iaitu Crunchy Curry Cornflakes dan Caramel Cocktail Cornflakes yang memang terbaik dan tidak boleh didapati dimana-mana kedai ataupun shopping complex di seluruh negara…. 😀

Crunchy Curry Cornflakes

amlinas-homemade-recipe-crunchy-curry-cornflakes-shamphography

Crunchy Curry Cornflakes ni semestinya berperisa kari dan sedap dimakan bagi korang yang suka pada kepedasan kari. Digaul dengan serbuk kari, potongan cili kering dan sedikit sentuhan resipi rahsia pasti akan membuat korang rasa gian dan tidak akan henti mengunyah. Bak kata pepatah orang muda “makin pedas makin stim!”….. ahahahahahaha.. memang direkemenkan pada korang yang suka pada kepedasan.

Caramel Cocktail Coornflakes

amlinas-homemade-recipe-caramel-cocktail-cornflakes-shamphography

Caramel Cocktail Cornflakes ini merupakan produk yang paling mendapat sambutan setiap tahun. Disaluti dengan caramel yang digaul bersama kacang badam, gajus serta black raisin. Memang sesuai bagi korang yang menyukai pada kemanisan caramel dan kerangupan cornflakes bersama kudapan badam serta gajus, pasti mampu membuatkan korang tidak henti mengunyah sepertimana kepedasan dan keharuman kari Crunchy Curry Cornflakes.

Caramel Cocktail dan Crunchy Curry Cornflakes ini dihasilkan sendiri oleh Amlina di rumahnya semenjak 3 tahun lepas dengan menggunakan adunan resipi rahsia tersendiri. Bermula daripada hobi masa lapang dan kini akhirnya menerima tempahan untuk dijual kepada pengemar-pengemar cornflakes tetapi hanya di bulan Ramadhan dan Hari Raya Haji sahaja.

amlinas-homemade-recipe-caramel-cocktail-cornflakes-shamphography-03Tempahan cornflakes seberat 250g akan dipacking di dalam balang yang comel. Hiasan penutup balang adalah limited stock yer….hihihihi….. 😀 .

amlinas-homemade-recipe-caramel-cocktail-cornflakes-shamphography-02Aku kasi close-up sket…

Korang mesti nak tahu harganya kan?…ok!..ok!… tengok kat bawah ni haaa…

Caramel Cocktail Cornflakes : 250g- RM18 / 600g- RM30
Crunchy Curry Cornflakes : 250g- RM15 / 600g – RM25

* Bagi tempahan 600g tiada balang khas dan hanya dibungkus di dalam plastik. Balang comel tu hanya untuk tempahan 250g sahaja.. 😀

Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan, bolehlah hubungi Amlina melalui maklumat di bawah atau pun menghubungi aku sendiri.

Amlina’s Homemade Recipe
(Shah Alam)
Facebook Page : Amlina Sulaiman (PM/message jer di facebook)

Apa tunggu lagi!?… jom tempah sekarang. Boleh dijadikan juadah Hari Raya Haji nanti. ‘ Sudah cuba sekali pasti mau lagi ‘ . Aku dan wife sudah order!.. korang bila lagi?…

Tempahan akan dibuka sehingga 28 September 2014 sahaja untuk memastikan segala tempahan dapat ditunaikan. Jom ler order sekarang!

10 comments to Caramel Dan Curry Cornflakes Amlina Homemade Recipe

  • suriaamanda  says:

    Menarik ni…anak dara SA pun suker ni…..

    • eshamz halim  says:

      SA, memang menarik oooo… aku ngan wife tiap tahun order ngan dia masa bulan ramadhan… Crunchy Curry Cornflakes pedas sket tp layan…ekekekekeke… 😀

  • Hafizah  says:

    Assalamualaikum & Salam Perkenalan…
    Jom imarahkan Ramadhan ni dan join GA saya ni :
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumussalam… ok2..nanti saya singgah yer.. 😀

  • sobri yaacob  says:

    mesti sedap..
    packaging pun lawa..
    ..comel plak penutup dia.. very colourful

    • eshamz halim  says:

      Sedap oooo…comel kan…ekekekekeke… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Wahh… menarik. Bagus jugak utk buat tambahan kuih2 raya ni.. Thanks sharing bro Sham.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Yup.. bro..leh buat juadah hari raya gak ni…hihihi.. 😀

  • Strider  says:

    perghhh…tempting giler rupanya bro..mesti sedap nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      mmg sedap bro… kalau dah start mengunyah…sedar2 jer dah abis…ahahahaha.. 😀

Isikan Komen Anda Disini