Category All Terrain Vehicle

ATV Adventure Park Kg Kemensah

 atv-adventure-ride-park-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotography

Assalamualaikum dan salam mesra,

Kalau korang selalu mengikuti entri di blog aku, pasti pernah terbaca entri ‘Jom Join Layan ATV Di Kampung Kemensah’ pada bulan lepas. Aku dan wife amat berbesar hati untuk organize kan 1 trip ATV Ride di ATV Adventure Park. ATV Adventure Park ni terletak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang atau yang senang sekali lokasinya adalah di belakang Zoo Negara (Lebih kurang 4.8KM masuk ke dalam lagi daripada Zoo Negara). Sila rujuk kat peta di bawah ni haaaa…..

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotography

Dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), korang exit di Zoo Negara dan terus ikut jalan yang menuju ke belakang zoo (Jalan Taman Zooview) hingga sampai ke ATV Adventure Park dan pastikan jangan belok di mana-mana simpang. Korang akan lalu di Kampung Kemensah dan akan melalui jalan yang sempit, jangan risau yer sebab jalannya memang begitu pastu korang akan jumpa papah arah ke ATV Adventure Park lebih kurang 1 KM sebelum sampai ke lokasi. Apabila korang sampai di gerbang ATV Adventure Park nanti, sila pa...

Jom Baca Lagi....

Jom Join Layan ATV Di Kampung Kemensah

Salam,

Bulan lepas aku dan wife ada gi Layan ATV Di Mudtrekkerz Cahaya SPK Adventure Park. Sebenarnya, itu untuk merasa dan mencuba bagaimana nak menunggang motor bertayar 4 yang diberi nama ATV (All Terrain Vehicle) ni sebelum kitaorg nak gi layan kat ATV Adventure Park di Kampung Kemensah, Hulu Kelang. Aku dah book dan dah bayar deposit untuk 20 ATV dan sekarang dah ada 12 orang yang confirm untuk join kitaorg nanti. Sehingga hari ni, masih ada lagi 8 ATV yang masih tidak bertuan dan aku open jer pada sesiapa yang nak join tapi kena segera ler bayar deposit untuk confirmkan slot.

atv-adventures-park-kampung-kemensah-shamphotography

Sesiapa yang nak join, detailnya aku bagi kat bawah ni….

Tarikh : 7 Jun 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Harga : RM100 seorang
Lokasi : Hulu Kelang ( Belakang Zoo Negara)

Aku amik package B : 1 hingga 1 setengah jam perjalanan (total masa pergi, lepak di air terjun & balik) secara offroad menuju ke air terjun...

Jom Baca Lagi....

Layan ATV Di Mudtrekkerz Cahaya SPK Adventure Park

Salam,

Korang pernah tak menunggang ATV?….alaaa… Motor yang ada 4 tayar tu atau nama panjangnya All-Terrain Vehicle. Minggu lepas, aku dan wife gi mencuba menunggang ATV ni, memang tak sama seperti menunggang motor 2 tayar…lebih-lebih lagi biler nak kawal handle nya sampai aku asyik terbabas ke tepi jer….ahahahahaha. Berat giler nak kontrol tayar depannya tapi aku rasa mungkin sebab first time kot?.

atv-all-terrain-vehicle-shamphotographyGroupfie dulu sebelum mula….

Aku dan wife jumpa offer ATV ni kat Groupon so kitaorg terus ler beli slot untuk 8 orang sebab nak harga murah pastu tracknya pulak kat Cahaya SPK… kat area Puncak Alam jer. Terus tanya pada geng-geng semua dan hasilnya sorang kena RM28 jer untuk 5 laps. Sepatutnya kitaorg redeem Groupon ni bulan 3 ari tu tapi tak dapat sebab hujan lebat so kena ler jadualkan balik bulan ni. Seronok tu memang ler seronok sebab mencuba benda baru kan tapi naik sakit jugak tangan ngan bontot….ahahahahahaha.

Pagi tu hujan gak sebenarnya tapi takde ler lebat sangat, kalau tak memang...

Jom Baca Lagi....