Category Backpacker Trip

Jom Rancang Traveloka Dengan Smartphone

traveloka-eshamzhalim-promosi

Hye guys! Tengah buat apa tu? Ada perancangan nak pergi bercuti ke mana tak? Dalam negara ke atau luar negara? atau anda malas nak pergi bercuti? Eh!, janganlah asyik sibuk dengan kerja sahaja sehingga tiada masa berehat untuk diri sendiri dan keluarga. Jomlah rancang percutian. Bajet kurang? Aish, siapa kata jika bajet kurang tidak boleh pergi bercuti? Selalunya anda yang pernah pergi bercuti tu kebiasaannya buat tempahan di mana? Macam aku, bila ada perancangan untuk pergi bercuti aku suka layari website Traveloka.com. Lebih-lebih lagi sekarang ni apabila sudah ada aplikasinya untuk dibuka terus melalui smartphone. Wah, lagi rancaklah aku membelek-beleknya. Hahahaha…. 😀

Untuk makluman anda diluar sana, Traveloka ini adalah satu tempat yang mana kita semua boleh membuat tempahan hotel dan penerbangan dengan harga yang sangat berpatutan. Anda juga akan disajikan dengan lebih 100 buah hotel di seluruh Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Singapore dan lain-lain lagi...

Jom Baca Lagi....

Tab Kak Hang Nak Hill Nature Trail: Krabi, Thailand

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Krabi merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di kalangan rakyat Malaysia sekiranya bercuti ke negara Thailand.  Ianya sebuah wilayah di bahagian selatan Thailand yang terletak di sepanjang Laut Andaman (Andaman Sea) dan sememangnya cukup terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya serta aktiviti-aktiviti rock climbing, snokeling, scuba diving ataupun hanya bersantai di tepi pantai.

Ini adalah kali kedua aku dan wife menjejakkan kaki di Krabi dan kali ini kami bukan hanya berdua tetapi ditemani oleh Geng Runholic (Amar, Bella Pinky, Azzam, Wolf dan Din Jengking) yang ingin merehatkan diri seketika daripada aktiviti larian….hihihihihi.. 😀 Sebenarnya ini adalah trip pada bulan Disember tahun lepas dan disebabkan aku sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain hingga terlupa untuk berkongsi di blog. Selain daripada trip ke Krabi, ada satu lagi pengembaraan ke Thailand bersama Geng Zombie dalam Misi Menjejaki 3 Puncak di Thailand yang merangkum...

Jom Baca Lagi....

Backpacker Trip Thailand: Video Misi Mencari Bunga Matahari

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku rasa mesti ramai yang ternanti-nantikan video penuh pengembaraan kami dalam menjejaki salah satu tarikan utama di negara Thailand iaitu Bunga Matahari (Sunflower) yang terkenal di daerah Lopburi. Bulan ni jari jemari aku kurang menari-nari di atas papan kekunci disebabkan sibuk dengan aktiviti harian dan mood nak menulis pun agak ke laut sikit. Banyak nak diceritakan dalam blog tapi idea tak mau mari….hihihihihihi.. 😀

Dalam entri terakhir “Backpacker Trip Thailand”, aku ada janjikan satu video penuh kami di sana menjelajah bandar Bangkok, Kanchanaburi dan Lopburi. Setelah sekian lama berperang dengan laptop dan juga masa, akhirnya siap jua videonya walaupun beberapa kali laptop aku kecundang dan mengeluarkan percikan api..hahahahaha… 😀

Dan inilah hasilnya….. apa tunggu lagi, jom tonton!!..

Bagi yang masih belum baca pengalaman kitaorg semasa di sana atau yang ingin mencari maklumat dengan lebih terperinci, bolehlah klik entri-entri...

Jom Baca Lagi....

Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Hatyai – KL Sentral

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-thailand-trip-eshamzhalim-00

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Setiap permulaan, pasti ada penghujungnya. Entri ini merupakan entri penutup bagi pengembaraan kami untuk menjejaki Bunga Matahari di Thailand tetapi sebelum itu, sekali lagi aku nasihatkan supaya baca entri-entri dibawah terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan sebarang kekeliruan…hihihihi.. ?

Entri 4 :Backpacker Trip Thailand: Kanchanaburi – Lopburi – Bangkok (Entri Misi Utama)
Entri 3 :Backpacker Trip Thailand: Erawan National Park – Death Railway – River Kwai Bridge
Entri 2 :Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Kanchanaburi
Entri 1 :Backpacker Trip Thailand: KL Sentral – Hatyai – Bangkok
Entri Pengenalan :Backpacker Trip Thailand: Misi Menjejaki Bunga Matahari (Untuk tentatif dan maklumat perkhidmatan serta jadual keretapi Thai’s Railway)

Tren No. 106 daripada Lopburi tiba di Stesen Hua Lamphong tepat pukul 3 petang. Nampaknya kami masih ada masa lagi untuk ronda-ronda sekitar bandaraya Bangkok sementara menunggu tren ke Hatyai pada pukul 10...

Jom Baca Lagi....

Backpacker Trip Thailand: Kanchanaburi – Lopburi – Bangkok

backpacker-trip-thailand-bangkok-hatyai-sunflower-farm-bunga-matahari-lopburi-the-monkey-city-visit-thailand-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Rasanya ramai yang menantikan sambungan episod bagi entri Backpacker Trip Thailand. Entri kali ini merupakan entri yang paling penting dalam pengembaraan kami di Thailand tetapi sebelum itu, aku nasihatkan supaya baca entri-entri dibawah terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan sebarang persoalan yang akan timbul di minda…hihihihi.. 😀

Entri 3 :Backpacker Trip Thailand: Erawan National Park – Death Railway – River Kwai Bridge
Entri 2 :Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Kanchanaburi
Entri 1 :Backpacker Trip Thailand: KL Sentral – Hatyai – Bangkok
Entri Pengenalan :Backpacker Trip Thailand: Misi Menjejaki Bunga Matahari (Untuk tentatif dan maklumat perkhidmatan serta jadual keretapi Thai’s Railway)

4 Januari 2015

Seawal pukul 2 pagi kami dah bersiap untuk check-out dari VN Guest House. Selamat tinggal Kanchanaburi, terpaksa mengejar masa untuk ke Stesen Hua Lamphong supaya dapat naik tren ke Lopburi seawal pagi...

Jom Baca Lagi....

Backpacker Trip Thailand: Erawan National Park – Death Railway – River Kwai Bridge

backpacker-trip-thailand-erawan-national-park-kanchanaburi-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-river-kwai-bridge-visit-thailand-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Entri ini adalah sambungan bagi entri Backpacker Trip Thailand. Dinasihatkan supaya baca entri-entri dibawah terlebih dahulu sebelum membaca entri ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan…hihihihi.. 😀

Entri 2 :Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Kanchanaburi
Entri 1 :Backpacker Trip Thailand: KL Sentral – Hatyai – Bangkok
Entri Pengenalan :Backpacker Trip Thailand: Misi Menjejaki Bunga Matahari (Untuk tentatif dan maklumat perkhidmatan serta jadual keretapi Thai’s Railway)

3 Januari 2015

Seawal pagi kami dah bersiap dengan tema baju Harimau Malaya (Promote Malaysia) bagi misi eksplorasi ke Erawan National Park untuk melihat sendiri keindahan 7 peringkat air terjunnya serta singgah di Death Railway dan juga di River Kwai Bridge pada sebelah petang nanti. Pagi tu kami memang dah booking tuk-tuk untuk hantar ke Stesen Bas Kanchanaburi. Perancangan asal adalah untuk pergi sendiri ke Erawan National Park dengan menggunakan perkhidmatan bas awam bagi men...

Jom Baca Lagi....

Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Kanchanaburi

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmb

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Entri ini adalah sambungan daripada entri Backpacker Trip Thailand: KL Sentral – Hatyai – Bangkok. Untuk tentatif dan maklumat mengenai perkhidmatan serta jadual keretapi Thai Railways, bolehlah rujuk entri Backpacker Trip Thailand: Misi Menjejaki Bunga Matahari

Kalau mengikut tentatif asal, Lopburi adalah lokasi pertama yang akan dituju setibanya di Bangkok. Sepatutnya tren No.42 ini akan tiba di Stesen Keretapi Hua Lamphong pada pukul 5.40 pagi dan seterusnya kami akan naiki bas menuju ke Lopburi pada pukul 7 pagi. Disebabkan tren yang lewat tiba di Stesen Hatyai, terpaksalah rancangan asal diubah dan disusun semula. Sempat juga kami berbincang sementara tren masih lagi menyusuri landasan besi ke Bangkok. Setelah semua telah mengusulkan hujah masing-masing…hihihihihi.. 😀 nampaknya misi menjejaki Bunga Matahari di Lopburi terpaksa ditunda ke penghujung trip dan untuk permulaan ini kami bersepakat untuk ronda-ronda di bandaraya Bangkok terlebih da...

Jom Baca Lagi....

Backpacker Trip Thailand: KL Sentral – Hatyai – Bangkok

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Entri sebelum ni, aku ada ceritakan mengenai persiapan yang aku dan wife uruskan sebelum memulakan pengembaraan ke Thailand dalam misi untuk menjejaki Ladang Bunga Matahari di Daerah Lopburi. Objektif utama memang semata-mata untuk melihat bunga matahari tetapi setelah berbincang, ada juga selitkan beberapa misi sampingan di sebalik misi utama….hihihihihi.. 😀 Bagi pengembaraan selama 6 hari ni, aku akan tuliskan beberapa entri lagi mengikut lokasi yang kami singgah dengan lebih terperinci. Harap entri-entri ini nanti, sedikit sebanyak dapat dijadikan rujukan kepada sesesiapa yang ingin ke sana.

Terlebih dahulu, boleh rujuk entri Backpacker Trip Thailand: Misi Menjejaki Bunga Matahari untuk rujukan tentatif dan maklumat mengenai perkhidmatan serta jadual keretapi Thai Railways.

(Kemaskini pada 24 Jun 2016: Mulai 19 Mei 2016, Perkhidmatan Tren KMTB No.20 dan No.21 (Senandung Langkawi) menuju ke Hatyai telah ditamatkan perkhidmatan dan telah digantik...

Jom Baca Lagi....