Category Charity Event

Jom Sertai Larian Amal “Cergas Tanpa DARVIH” 2016

larian-amal-darvih-sk-taman-putra-perdana-puchong-cergas-tanpa-darvih-eshamzhalimdotcom-7-ogos-2016

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pihak www.eshamzhalim.com telah dihubungi oleh Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana untuk mempromosikan acara Larian Amal “Cergas Tanpa DARVIH (Dadah Alkohol Rokok Vape Inhalan HIV/AIDS)” yang akan dianjurkan oleh Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) bersama PIBG dalam usaha menambah sumber kewangan Unit PPDa. Program ini bertemakan Sihat Tanpa Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, HIV/AIDS (DARVIH) bertujuan menambah dana  untuk menaiktaraf Bilik Sumber PPDa dan menjalankan aktiviti PPDa serta menambah dana PIBG sekolah.

Bagi sesiapa yang mempunyai kelapangan dan berminat untuk turut serta dalam acara ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendaftar. Maklumat lengkap adalah seperti di bawah…… 😀

Tarikh : 7 Ogos 2016
Hari : Ahad
Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, 47130 Puchong.
Jarak Larian : 10km  dan 4km
Tarikh Tutup Penyertaan : 10 Jun 2016

Yuran Penyertaan
1. 10km Terbuka : RM60.00
2. 4km Fun Run : RM60.00
3...

Jom Baca Lagi....

UEM Charity Run 2016: We Run NKVE

uem-charity-run-2015-50-tahun-half-marathon-finisher-nkve-werunnkve-persada-plus-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

UEM Charity Run 2016 ataupun Larian Amal UEM 2016 telah diadakan di Persada Plus, Subang Jaya pada 13 Mac 2016 yang lalu. Acara larian amal ini adalah anjuran United Engineers Malaysia Berhad (UEM) bersempena ulangtahunnya  yang ke 50 dan hasil kutipan amal daripada acara ini akan diagihkan kepada beberapa badan-bahan kebajikan seperti Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Yayasan Tuanku Syed Putra, Yayasan IJN, Persatuan Orang Buta Malaysia dan juga Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia. Disamping larian amal, pihak penganjur juga mengambil inisiatif untuk menganjurkan karnival yang terbuka kepada peserta atau orang ramai yang hadir di Persada Plus.

Buat julung kalinya, Lebuhraya NKVE (New Klang Valley Expressway) telah ditutup sementara bermula daripada laluan Shah Alam hingga ke Bukit Lanjan di kedua-dua arah bagi memberi peluang kepada para peserta untuk berlari. Hanya empat (4) kategori yang ditawarkan bagi larian ini iaitu 21km, 12km, 6km dan ju...

Jom Baca Lagi....

2nd Event Biz Charity Trail Run 2016

2nd-eventbiz-charity-trail-run-2016-taman-botani-frim-kepong-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

2nd EventBiz Charity Trail Run 2016 telah diadakan di Taman Botani FRIM, Kepong pada 28 Februari 2016 yang lalu. Larian amal yang bertemakan “Save Our Mother Earth” ataupun “Selamatkanlah Bumi Kita” pada permulaannya telah dijadualkan pada 3 Januari 2016 tetapi telah ditundakan oleh pihak penganjur ke 28 Februari 2016 di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Aku dan wife juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta bersama peserta-peserta lain untuk mengukur jarak sejauh 9km di Taman Botani serta ini juga merupakan acara larian pertama kitaorg di FRIM selain daripada aktiviti mendaki di situ. 😀 Larian amal ini adalah berkonsepkan trail run (larian denai) dan hanya satu (1) kategori sahaja yang ditawarkan iaitu 9km serta dibahagikan kepada lelaki dan wanita terbuka dan veteran...

Jom Baca Lagi....

Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 2

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti korang semua dah tertunggu-tunggu sambungan dari entri “Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1“. Alhamdulillah!.. nampaknya jari jemariku gemar pulak menari-nari di papan kekunci pada minggu ini. Maklumlah, aku dan wife pulang bercuti di kampung halaman sempena cuti umum Tahun Baru Cina minggu ni serta jadual kami pun telah dikosongkan bagi memberi peluang untuk aku dan wife merehatkan diri dan lari seketika daripada kesibukkan kerja di pejabat. Beginilah nasib seorang blogger separuh masa yang masih lagi terikat dengan kerja-kerja di pejabat.

Hari Kedua – 8 November 2014.

Suasana keheningan pagi itu dipecahkan dengan keadaan kelam kabut daripada houseboat no. 2. Pagi tu memang aku tidur dihadapan balkoni houseboat dan lama juga aku tenung houseboat no. 2. Mengapakah dan apakah yang telah berlaku?persoalan ini bermain-main di buah fikiran aku pada pagi itu!…. rupa-rupanya houseboat no...

Jom Baca Lagi....

Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1

misi-kemanusian-royal-belum-3.0-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Royal Belum!…. Ada apa dengan Royal Belum?… Apa yang menyebabkan kerap kali aku bertandang ke Royal Belum?….ermmm!!.. rasanya hanya mereka yang pernah ke sana sahaja yang mampu menjawab segala persoalan di atas. Buat kali ke 4, sekali lagi aku berkunjung ke Taman Negeri Royal Belum tetapi untuk kali ini aku ditemani oleh wife dan 3 lagi member yang telah termakan pujuk rayu dan hasutan aku….ahahahahaha.. 😀

Aku memang dah lama berjanji dengan wife untuk bawa dia sekali lagi ke Royal Belum. Kali terakhir dia berkunjung ke Royal Belum adalah pada tahun 2013 dan itulah juga merupakan kali pertama kami bersua dengan Taman Negeri Royal Belum. Kali ini kami telah berjaya mengheret Amlina, Eyda dan juga Syuk untuk bersama-sama berkunjung ke Royal Belum.

Trip kali ini bertemakan “Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0” dan dikelolakan oleh Bella Farhana dan Pacie. Tujuan utama trip ini adalah untuk menyalurkan bantuan dari segi makanan, keperluan harian, kep...

Jom Baca Lagi....

MAKNA Founders Night Run 2014

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Jom kita berlari sambil menderma untuk badan kebajikan. Aku dan wife serta geng-geng running yang lain turut serta dalam program kebajikan MAKNA Founder’s Night Run 2014 yang telah berlangsung pada 1 November yang lepas di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. Program larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Kanser Negara (National Cancer Council) adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan dan menerima bantuan kewangan daripada MAKNA. Bagus sebenarnya program seperti ni sebab korang juga akan dapat menghulurkan bantuan selain daripada dapat bersenam.

Kalau tak silap aku, rasanya ada 5 kategori yang ditawarkan bagi MAKNA Founder’s Night Run seperti Lelaki dan Wanita Terbuka (15 dan 10 km), Lelaki dan Wanita Veteran (15 dan 10 km), Cabaran Korporat (10 km), “Fun Run” dan “Fancyfool Run” (5 km)...

Jom Baca Lagi....

Walk For Humanity Anjuran AQSA Dan Rose2Rose

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya dah lama nak buat entri pasal program amal Walk 4 Humanity ni. Ok!…jom aku cerita al-kisah program ni… Program Amal Walk For Humanity ni adalah  anjuran usahasama Rose2Rose dan juga AQSA Syarif Berhad dalam misi untuk mengutip derma bagi disalurkan kepada negara Palestin, Syria dan Rohingya. Memang dah lama tak gi senaman sambil menderma ni, tertiba wife aku tag dalam facebook pasal event ni…aku pun ok jer. Sebenarnya ini event fun walk pertama kitaorg untuk tahun ini, tahun lepas banyak ler jugak kitaorg join tapi tahun susah nak cari masa untuk event begini sebab asik gi event outdoor lain jer.

walk-for-humanity-rose2rose-aqsa-shamphotography-padang-merbok

Program ni telah berlangsung pada 16 April 2014 di Padang Merbuk, Kuala Lumpur. Fun Walk ni adalah sejauh 5 KM jer dan  kitaorg berjaya sempurnakan selama 1 jam 5 saat (ditambah dengan berhenti mengambil gambar). Bukan semata-mata nak kejar masa yer tapi hanya untuk senaman dan membakar kalori ok….hihihihi....

Jom Baca Lagi....

Charity Walk World Hunger Relief 2013

charity-walk-be-the-movement-world-hunger-relief-2013-shamphotography

Salam,

Aku ada wat entri ringkas pasal program ni dan akhirnya aku ngan wife berjaya juga berjalan kaki sejauh 5km daripada Istana Kehakiman ke PICC dan patah semula ke Istana Kehakiman bagi menyokong program World Hunger Relief ni. Ada juga yg menipu sbb belum sampai 1.5km dah patah balik….ahahahahaha… tp kitaorg join mmg untuk fun jer kan. Jom aku cite lebih details pasal event Charity Walk World Hunger Relief ni yang berlangsung pada 5 Oktober di Putrajaya.

Kitaorg gerak ke Putrajaya dalam pukul 10.30 pagi sbb wife ajak gi lunch kat Saba Restaurant di Cyberjaya dulu. Wife nak belanja Nasi Arab katanya… mandi lamb (layan oooo). Saper yang x makan kambing mmg rugi oooo. Sampai kat Saba pukul 11 lebih tp lom bukak lagi so kena ler menunggu, ramai tau org menunggu restoran ni bukak…maknanya mmg sedap la kot. Abis jugak nasi ngan kambing aku dan wife belasah, naik sengkak perut..ahahahaha… tp takpe petang nanti kat eksesais kan kat Putrajaya.

Lepas lunch kitaorg terus ke Putrajaya, pend...

Jom Baca Lagi....