Category Free Time

Menuju Puncak Gunung Lambak, Kluang, Johor

gunung-lambak-kluang-johor-hiking-tempat-pendakian-di-johor-eshamzhalim-outdoor-adventure

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Gunung Lambak sememangnya satu lokasi pendakian yang cukup terkenal di daerah Kluang, Johor. Gunung ini bukan sahaja terkenal di kalangan warga Johor tetapi juga cukup popular di kalangan pendaki-pendaki daripada Singapura. Gunung Lambak ini mempunyai 2 puncak (twin peak) dan meskipun ianya diklasfikasikan sebagai gunung tetapi ketinggian puncak yang paling tinggi hanyalah setinggi 510 meter (1,673 kaki) daripada paras laut. Sesiapa yang singgah di Bandar Kluang, mesti akan nampak puncak gunung lambak ini tersergam indah dan menjadi permandangan latar belakang Bandar Kluang.

Gunung Lambak ini terletak 5 km dari Bandar Kluang dan sekiranya daripada Lebuhraya Utara Selatan, bolehlah susur keluar melalui Air Hitam/Batu Pahat dan terus menghala ke arah Bandar Kluang. Kalau tidak salah, rasanya ada 2 jalan utama untuk ke sini iaitu melalui Jalan Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin atau Taman Sri Jaya. Kalau nak gunakan Google Maps atau pun Waze pun tiada masa...

Jom Baca Lagi....

Cyberjaya Twincity Marathon 2014

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti korang semua dah tak sabar untuk membaca kisah pengembaraan The Clown Trekez dalam misi untuk menjejaki Kapal Terbang Pengebom B24 yang terhempas di sekitar Gunung Berembun kira-kira 70 tahun dahulu tapi “Siapakah The Clown Trekez?”.. harap bersabar!.. korang semua akan tahu nanti dan segala akan terjawab sedikit masa lagi!. πŸ˜€ Nampaknya terpaksa aku tangguhkan dahulu entri pengembaraan ini disebabkan suntingan video yang masih dalam proses serta aku masih lagi mencari fakta sejarah mengenai kisah tersebut. Oleh kerana itu, aku terpaksa mendahului entri yang lain….hihihihihi.. πŸ˜€

Berbalik kepada tajuk entri di atas, Cyberjaya Twincity Marathon 2014 telah diadakan pada 21 Disember 2014 bertempat di Persiaran Flora, Cyberjaya, Selangor. Ini adalah merupakan larian terakhir bagi tahun 2014 buat aku dan wife. Seperti biasa kitaorg hanya mendaftar untuk kategori Fun Run (5km) sahaja. Terima kasih kepada Kak Zue yang sudi mengambil race-kit dan b...

Jom Baca Lagi....

CAPAM International Run 2014

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

CAPAM International Run 2014 telah diadakan di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pada 19 Oktober yang lepas. Larian ini adalah sempena Persidangan Pertubuhan Komanwel Bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan ataupun nama pendeknya iaitu CAPAM (Commonwealth Association for Public Administration and Management) yang telah diadakan di negara kita. Banyak juga sebenarnya kategori-kategori larian yang ditawarkan untuk larian ini seperti 5km, 10km dan 21km (Half Marathon).

Aku dan wife serta geng zombie juga tidak melepaskan peluang untuk sertai larian CAPAM ni tapi kitaorg hanya sekadar mengambil 5km bagi kategori β€œFun Run”. Aku dan wife masih lagi belum mencapai tahap 10km dan ke atas. Terpaksalah berjinak-jinak dengan 5km dulu bagi membiasakan kaki dan serasi dengan kasut lari kitaorg. Geng-geng lain tu sebenarnya dah biasa berlari bagi kategori 10km dan 21km tapi tiba-tiba ramai pulak yang daftar untuk Fun Run jer...

Jom Baca Lagi....

ATV Adventure Park Kg Kemensah

 atv-adventure-ride-park-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotography

Assalamualaikum dan salam mesra,

Kalau korang selalu mengikuti entri di blog aku, pasti pernah terbaca entri ‘Jom Join Layan ATV Di Kampung Kemensah’ pada bulan lepas. Aku dan wife amat berbesar hati untuk organize kan 1 trip ATV Ride di ATV Adventure Park. ATV Adventure Park ni terletak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang atau yang senang sekali lokasinya adalah di belakang Zoo Negara (Lebih kurang 4.8KM masuk ke dalam lagi daripada Zoo Negara). Sila rujuk kat peta di bawah ni haaaa…..

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotography

Dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), korang exit di Zoo Negara dan terus ikut jalan yang menuju ke belakang zoo (Jalan Taman Zooview) hingga sampai ke ATV Adventure Park dan pastikan jangan belok di mana-mana simpang. Korang akan lalu di Kampung Kemensah dan akan melalui jalan yang sempit, jangan risau yer sebab jalannya memang begitu pastu korang akan jumpa papah arah ke ATV Adventure Park lebih kurang 1 KM sebelum sampai ke lokasi. Apabila korang sampai di gerbang ATV Adventure Park nanti, sila pa...

Jom Baca Lagi....

Meneroka Air Terjun Lata Medang Kuala Kubu Bharu

lata-medang-kg-pertak-kuala-kubu-bharu-fraser-hill-hiking-nature-outdoor-adventures-shamphotography-01

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi penggemar keindahan alam semulajadi ataupun kepada sesiapa yang suka bersantai di kedinginan air terjun, pasti akan teruja apabila membaca entri ini. Pengembaraan kali ini, aku dan wife dalam misi untuk menjejaki Air Terjun Lata Medang yang cukup popular di kalangan rakan-rakan aktiviti luar (Outdoor). Air Terjun Lata Medang ini terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor atau lebih tepat lagi di Kampung Pertak iaitu merupakan sebuah kawasan Perkampungan Orang Asli Moden yang tinggal berhampiran dengan Sungai Pertak. Trip kali ini, aku dan wife sempat meluangkan masa bersama gabungan rakan-rakan daripada Team LesVoyaguers dan juga Team Urbanescapers untuk bersantai di Air Terjun Lata Medang. Terima kasih juga aku ucapkan kepada mereka kerana selalu mempelawa aku dan wife untuk turut serta di dalam aktiviti-aktiviti seperti ini… πŸ˜€

Bagaimana untuk ke Air Terjun Lata Medang?….

Bagi yang sudah biasa dengan laluan ke Kuala Kubu Bharu atau ke Fraser...

Jom Baca Lagi....

Apa? Ada Zombie Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rilek! rilek!… jangan terkejut!….jangan lari…. mana ada Zomba kat Malaysia ni… eh!..silap lak, bukan Zomba tapi Zombie laaa…ekekeke.. masih korang ingatkah pada Kampung Pisang? atau masih korang ingatkah pada Husin, Usop Wilchair, Pak Abu ataupun Pak Jabit?. Walau apa pun entri ini takde kena-mengena dengan mereka semua….ekekekeke… ok!..ok!.. jom aku cerita. Cer cite!..cer cite!.. (dialog dari penduduk Kampung Pisang).

zombies-run-2014-putrajaya-shamphotography

Rupa-rupanya ada satu larian yang dianjurkan pada setiap tahun dinamakan sebagai “Zombie Run Malaysia”. Seriously aku baru tahu pasal Zombie Run ni, itu pun kawan wife aku (Zakiah Musa) ajak join dalam facebook. Memang nampak macam menarik dan adventure ler pulak, terus aku dan wife reply balik kat facebook, inform kitaorg setuju untuk join sekali disebabkan dorang mencari lagi 2 orang untuk join. Zombie Run ni sebenarnya acara secara berkumpulan dan setiap kumpulan harus ada 4 anggota...

Jom Baca Lagi....

Jom Join Layan ATV Di Kampung Kemensah

Salam,

Bulan lepas aku dan wife ada gi Layan ATV Di Mudtrekkerz Cahaya SPK Adventure Park. Sebenarnya, itu untuk merasa dan mencuba bagaimana nak menunggang motor bertayar 4 yang diberi nama ATV (All Terrain Vehicle) ni sebelum kitaorg nak gi layan kat ATV Adventure Park di Kampung Kemensah, Hulu Kelang. Aku dah book dan dah bayar deposit untuk 20 ATV dan sekarang dah ada 12 orang yang confirm untuk join kitaorg nanti. Sehingga hari ni, masih ada lagi 8 ATV yang masih tidak bertuan dan aku open jer pada sesiapa yang nak join tapi kena segera ler bayar deposit untuk confirmkan slot.

atv-adventures-park-kampung-kemensah-shamphotography

Sesiapa yang nak join, detailnya aku bagi kat bawah ni….

Tarikh : 7 Jun 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Harga : RM100 seorang
Lokasi : Hulu Kelang ( Belakang Zoo Negara)

Aku amik package B : 1 hingga 1 setengah jam perjalanan (total masa pergi, lepak di air terjun & balik) secara offroad menuju ke air terjun...

Jom Baca Lagi....

Walk For Humanity Anjuran AQSA Dan Rose2Rose

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya dah lama nak buat entri pasal program amal Walk 4 Humanity ni. Ok!…jom aku cerita al-kisah program ni… Program Amal Walk For Humanity ni adalahΒ  anjuran usahasama Rose2Rose dan juga AQSA Syarif Berhad dalam misi untuk mengutip derma bagi disalurkan kepada negara Palestin, Syria dan Rohingya. Memang dah lama tak gi senaman sambil menderma ni, tertiba wife aku tag dalam facebook pasal event ni…aku pun ok jer. Sebenarnya ini event fun walk pertama kitaorg untuk tahun ini, tahun lepas banyak ler jugak kitaorg join tapi tahun susah nak cari masa untuk event begini sebab asik gi event outdoor lain jer.

walk-for-humanity-rose2rose-aqsa-shamphotography-padang-merbok

Program ni telah berlangsung pada 16 April 2014 di Padang Merbuk, Kuala Lumpur. Fun Walk ni adalah sejauh 5 KM jer danΒ  kitaorg berjaya sempurnakan selama 1 jam 5 saat (ditambah dengan berhenti mengambil gambar). Bukan semata-mata nak kejar masa yer tapi hanya untuk senaman dan membakar kalori ok….hihihihi....

Jom Baca Lagi....