Category GoPro

Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 3

Salam,

Rabu, 15 Januari 2014

Misi Menjejaki Kawasan Air Terjun Di Langkawi

Pada sebelah pagi kitaorg dah gi Island Hopping so sebelah petangΒ  baru lah kitaorg mula untuk menrealisasikan misi kitaorg ke sini. Sebelum datang Langkawi, kitaorg dah setkan misi untuk trip ini. Misi kitaorg adalah untuk menjejaki kawasan Air Terjun di Langkawi, asik gi pulau jer kan…tukar angin ler pulak. Di Langkawi ada 3 Air Terjun yang popular iaitu Air Terjun Durian Perangin, Air Terjun Temurun dan Air Terjun Telaga Tujuh. Singgah dobi jap antar baju untuk dibasuh pastu berhenti makan tengahari dulu dan baru sambung misi tadi…hihihihihihi.. πŸ˜€

Info Air Terjun Durian Perangin

Lokasi air terjun yang pertama ialah Air Terjun Durian Perangin. Kenapa dinamakan Durian Perangin aku pun tak tau?, mungkin dulu ada banyak pokok durian di sini tapi memang aku ternampak sebatang dua pokok durian di lokasi air terjun ni. Air Terjun Durian Perangin terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Raya...

Jom Baca Lagi....

Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 2

Salam,

Rabu, 15 Januari 2014

Island Hopping

Pagi-pagi lagi kitaorg dah bersiap untuk aktiviti Island Hopping, sebelum tu gi cari bekfes dulu kat area sekitar hotel. Dalam pukul 9.30 pagi, van sampai untuk hantar kitaorg ke tempat naik bot. Dalam van dah ada family daripada Australia dan 3 orang dari Ukraine. Aku macam biasalah, masuk van terus cakap β€œ Good morning guys!..” sambil tersenyum. Biar dorang tau, orang Malaysia ni friendly sebenarnya. Dalam van aku cuma borak dengan driver tu jer, orang KL rupanya driver ni. Sampai di jeti angin gilernya kuat, lepak jap sambil tunggu bot. Biler semua dah masuk dalam bot, mulalah kitaorg semua berhempas pulas melawan ombak yang bergelora. Geng-geng bot kitaorg sama ngan geng dalam van tadi pastu tambah lagi pasangan melayu bawak anak kecik.

Island-hopping-langkawi-shamphotography

Angin dan ombak memang cukup kuat hari tu, cuak jugak kitaorg dalam bot. Aku ketatkan strap life jacket aku pastu suruh wife pun check life jacket gak. Safety first yer, bot berhenti sekejap berdekata...

Jom Baca Lagi....

Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 1

Salam,

Kali ni aku ngan wife travel ke Langkawi dan Negeri Perlis Indera Kayangan bertemakan β€œlight n budget travel”. Rancangan asal sebenarnya kitaorg nak wat road trip dari KL Sentral-Hatyai- Krabi-Phuket-Hatyai-KL Sentral mengunakan perkhidmatan KTMB dan pengangkutan awam di Thailand tapi terpaksa dibatalkan kerana pergolakkan politik di sana masih belum reda. Kalau gi naik flight boleh jer tapi kitaorg nak cuba yang lebih adventure…hihihihihi. πŸ˜€

Tiket KTMB kitaorg beli yang paling murah tapi pergi sana kitaorg dapat tiket Aircond Superior Class – ASC (RM42 seorang) sebab ini jer yang ada pastu balik ke KL Sentral aku berjaya beli tiket yang paling murah iaitu Economy Class (RM23 seorang). Dari segi hotel pula, wife yang uruskan so dapat RM60 untuk 1 malam x 2 + caj bersamaan RM126. Kereta sewa kitaorg cuba cari di sana nanti.

Perbelanjaan setakat ini:

Tiket KTMB ke Arau – RM42x2 = RM84
Tiket KTMB ke KL Sentral – RM23x2 = RM46
Hotel = RM126
Jumlah = RM256

Isnin, 13 Ja...

Jom Baca Lagi....

Lepak Dengan Wife Di Padang Setia City Mall

Salam,

Aku ngan wife memang suka lepak kat padang Setia City Mall kat Setia Alam ni. Kadang-kadang kitaorg berpiknik kat sini, bentang jer tikar pastu duduk santai jer sambil perhatikan gelagat orang ramai. Biasanya aku main layang-layang kat sini, dulu senang jer nak terbangkan layang-layang sebab angin memang kuat tapi sekarang ni susah giler. Aku suspek sebab bangunan kat sekeliling Setia City Mall tu dah siap so angin tak dapat nak lalu, angin ada kejap jer pastu hilang, baru layang-layang nak naik terus kena mendarat kecemasan.

Hari ahad lepas aku cuba nak terbangkan layang-layang tapi tak berjaya so aku duduk jer ler dating ngan wife sambil wat video timelapse kat padang Setia City Mall tu. Main belasah jer setting kamera sebab baru nak cuba buat timelapse ni, main belasah jer berapa saat untuk amik 1 frame. Korang mesti tak faham ek apa yang aku terangkan ni?.. takpe-takpe..buat-buat faham jer sudah…ahahahahahaha. Jom layan 2 keping gambar ngan 1 video timelapse hari ahad tu.

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Slim River #VMY2014

Salam,

Terlebih dahulu aku nak mintak maaf kat geng-geng blogger sebab tak dapat nak blog walking kat blog korang. Aku ngan wife gi travel ke Langkawi dan Perlis last week pastu balik jer banyak lak aktiviti lain. Memang tak sempat nak check blog. Entri ni pun baru nak siapkan…hihihihihi πŸ˜€ . Jom baca entri ni.

WWR ataupon White Water Rafting merupakan salah satu sukan air yang ekstrem. Memang memerlukan skill dan kekuatan tangan bagi mendayung paddle supaya dapat mengendalikan bot mengharungi arus yang deras untuk melepasi jeram-jeram dan mengelakkan daripada bot terbalik.

white-water-rafting-shamphotography-05Gambar niΒ  dari fb Organiser… aku yang baju kuning kat depan tu pastu wife lak kat sebelah kanan belakang (helmet merah).

4 Januari hari tu, aku ngan wife join aktiviti White Water Rafting dengan geng-geng wife tapi geng wife aku ada 2 orang jer pun dan yang lain-lain tu kitaorg tak kenal. Mula-mula sepatutnya lokasi di Gopeng tapi last minit tukar ke Slim River...

Jom Baca Lagi....

Dapat Hadiah Kamera Video GoPro Hero Dari Wife

Salam,

Hati ni masih berbunga-bunga lagi walaupun dapat hadiah ni pada 1 Januari hari tuuu….hihihihihi.. wife aku a.k.a Cheq Eem belikan set kamera video GoPro Hero3+ Black Edition untuk aku. Memang dah lama aku idamkan gadget kamera video macam ni untuk aktiviti-aktiviti air sebab aku tak boleh bawak DSLR aku dalam air kan… hihihihihi.. πŸ˜€ . Lupa nak bagitau apa itu GoPro?, jom aku cite sket pasal GoPro ni..

gopro-hero3plus-shamphotographyKamera Video GoPro yang telah berada dalam Waterproof/Underwater Casing.

GoPro ni sebenarnya sebuah kamera video yg kecil (lagi kecik dari kotak rokok 20 batang) dan mampu mengambil gambar dan video Full HD serta time-lapse. GoPro sangat digemari oleh penggemar aktiviti atau sukan lasak kerana GoPro mempunyai pelbagai aksesori seperti waterproof/underwater casing sehingga kedalaman 40-60 meter (bergantung kepada casing yer..) dan mounting yg membolehkan pengguna meletakkan kamera di pelbagai tempat...

Jom Baca Lagi....