Category Hiking Logs

Eksplorasi Air Terjun Hutan Lipur Berkelah

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti anda semua hairan kenapa blog ni agak lama menyepi. Buat masa sekarang ni, tiap-tiap minggu padat dengan aktiviti hingga aku pun tak tahu yang mana satu nak diceritakan dahulu…hihihihihi. πŸ˜€ Ditambahkan lagi dengan penyakit β€œMalas” yang sememangnya menguji tahap kerajinan penulisan aku. Entri Backpack ke Lopburi dan Kachanaburi di Thailand pun masih lagi samar-samar penceritaannya…hahahahaha. Ok!.. Ok!.. cukuplah mukadimahnya setakat ni. Anda mesti nak tahu apakah kisah dan pengembaraan disebalik tajuk besar di atas tu?…. πŸ˜€

Sekali lagi aku dan wife mengikuti satu pengembaraan bersama-sama The Clown TrekeZ dalam Misi Eksplorasi Air Terjun Hutan Lipur Berkelah. Pengembaraan ini memerlukan kami untuk bermalam di Hutan Lipur Berkelah bagi menjayakan misi eksplorasi ke air terjun peringkat ke 7 yang sememangnya terkenal di Hutan Lipur ini.

Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan. Ai...

Jom Baca Lagi....

Ekspedisi Gunung Telapak Buruk-B24 Liberator-Gunung Berembun

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku rasa pasti ramai yang menanti entri Ekspedisi Gunung Telapak Buruk-B24 Liberator-Gunung Berembun. Terlebih dahulu, aku ingin mohon maaf diatas kelewatan entri ini disebabkan kekangan masa yang tidak dapat dielakkan. Dalam entri yang lepas, aku dan wife telah berjaya mendaki puncak Gunung Angsi di Kuala Pilah. Bagi yang masih tidak berkesempatan untuk menerjah entri tu, bolehlah klik Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi. Bagi entri kali ini, aku dan wife bersama-sama The Clown TrekeZ telah menganjurkan satu ekspedisi yang berunsurkan peninggalan sejarah dengan menjejaki sebuah bangkai Pesawat Pengebom B24 Liberator milik Tentera British yang telah terhempas di Tanah Melayu ketika menjalankan misi rahsia sewaktu Perang Dunia ke II dahulu.

Tapi persoalannya disini!!!… Siapakah The Clown TrekeZ?. Jangan panik!.. Jangan risau!.. jom aku menrungkaikan segala kekusutan dan misteri disebalik pendaki-pendaki badut ini… πŸ˜€ Sebenarnya, β€˜The Clown TrekeZ’ ...

Jom Baca Lagi....

Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi

gunung-angsi-kuala-pilah-negeri-sembilan-gunung-di-malaysia-misi-kinabalu-2015-hiking-di-malaysia-the-clown-hikers

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Gunung Angsi sememangnya di antara gunung-gunung yang terkenal di Negeri Sembilan dan sering dijadikan sebuah lokasi bagi latihan pendakian. Berdasarkan sumber laman web Malaysia Mountains, Gunung Angsi dikatakan gunung ke 241 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 825 meter dari paras laut ataupun 2702 kaki. Ianya amat sesuai untuk latihan mendaki seperti aku dan wife yang baru nak menjinakkan diri dengan aktiviti pendakian. Secara geografinya, Gunung Angsi ini terletak lebih kurang 20 kilometer daripada Seremban dan menghala ke Kuala Pilah ataupun menghala ke Ulu Bendul. Memang banyak sebenarnya gunung-gunung di Negeri Sembilan ni dan ini adalah merupakan gunung pertama yang aku dan wife daki sebagai latihan stamina bagi Misi Kinabalu 2015 nanti. πŸ˜€

Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi ini telah disertai oleh 9 orang iaitu aku dan wife, Amlina dan adiknya Aiman, Eyda, Bella, Winfid, Fatin dan juga Abang Joe selaku pemandu arah kami...

Jom Baca Lagi....

Meneroka Air Terjun Lata Medang Kuala Kubu Bharu

lata-medang-kg-pertak-kuala-kubu-bharu-fraser-hill-hiking-nature-outdoor-adventures-shamphotography-01

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi penggemar keindahan alam semulajadi ataupun kepada sesiapa yang suka bersantai di kedinginan air terjun, pasti akan teruja apabila membaca entri ini. Pengembaraan kali ini, aku dan wife dalam misi untuk menjejaki Air Terjun Lata Medang yang cukup popular di kalangan rakan-rakan aktiviti luar (Outdoor). Air Terjun Lata Medang ini terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor atau lebih tepat lagi di Kampung Pertak iaitu merupakan sebuah kawasan Perkampungan Orang Asli Moden yang tinggal berhampiran dengan Sungai Pertak. Trip kali ini, aku dan wife sempat meluangkan masa bersama gabungan rakan-rakan daripada Team LesVoyaguers dan juga Team Urbanescapers untuk bersantai di Air Terjun Lata Medang. Terima kasih juga aku ucapkan kepada mereka kerana selalu mempelawa aku dan wife untuk turut serta di dalam aktiviti-aktiviti seperti ini… πŸ˜€

Bagaimana untuk ke Air Terjun Lata Medang?….

Bagi yang sudah biasa dengan laluan ke Kuala Kubu Bharu atau ke Fraser...

Jom Baca Lagi....

Menuju Puncak Gasing Hill

Salam,

Aku dibesarkan di Kg Kerinchi, menetap di Kg Kerinchi selama 27 tahun, berpindah ke Pantai Dalam selama 5 tahun sebelum menetap di Shah Alam sehingga kini. Sepanjang tempoh tu tak pernah aku terpikir nak mendaki Bukit Gasing (Gasing Hill)….ahahahahaha. Bukit Gasing ni terletak di antara Petaling Jaya, Kg Pasir dan Pantai Dalam. Ada 3 starting point untuk mendaki Bukit Gasing ni iaitu di Jalan Gasing, Pantai Hillpark dan di Jalan Kubur Kg Pasir. Hiking kali ni pun aku ngan wife join geng-geng WWR gak pastu kitaorg ajak team β€œWe dah ke Belum!” iaitu Izham, Akmar dan Jijie sekali.

Semua berkumpul di Pantai Hillpark, aku senang ler sebab aku dah biasa dengan Pantai Dalam ni…tempat aku membesar ok!!… Izham sampai dulu pastu baru kitaorg sampai. Lepak kejap sementara tunggu geng-geng lain tapi AkmarΒ  dan Jijie tidak bertindak mengikut arahan yer, suruh berkumpul di Pantai Hillpark tapi dorang gi tunggu kat Jalan Gasing pulak…ermmmm..memang sajer dorang ni...

Jom Baca Lagi....

Menuju Puncak Broga Hill

Salam,

Mungkin ramai yang dah pernah mendaki Bukit Broga (Broga Hill) kan? wife aku pon dah pernah daki Bukit Broga pada tahun 2010 tapi ini adalah kali pertama aku daki Bukit Broga. Tiap-tiap tahun dulu aku planning nak daki Bukit Broga tapi setiap tahun lah niat tu hilang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Bukit Broga terletak di kawasan Semenyih dan berdekatan dengan University of Nottingham (Kampus Malaysia). Korang google jer mesti jumpanya, tak susah pun.

Misi ke puncak kali ni disertai oleh wife aku, Izham dan juga Zainal (geng Izham). Seawal 6.30 pagi aku ngan wife dah keluar menuju ke kaki Bukit Broga. Tempat berkumpul adalah di ladang kelapa sawit (starting point) di kaki Bukit Broga, pagi tu agak berkabus atau mungkin juga jerebu. Parking kereta di ladang kelapa sawit berbayarkan RM2 dan nak masuk tandas kat situ kena tol RM1 yer so kalau rasa nak ke tandas tu berhenti ler kat Petronas sebelum simpang ke Bukit Broga tu.

Aku rasa lebih kurang 15-20 minit sebelum jam 8, kaki kit...

Jom Baca Lagi....

Video Semasa Di Air Terjun Bukit Saga

Salam,

Selamat bercuti di hujung minggu, sajer jer aku nak kongsi 1 video pendek kitaorg masa gi hiking kat Bukit Saga hari tu. Mula-mula nak masukkan dalam entri Bukit Saga yang sebelum ni tapi lambat lak nak edit video. Kepada saper-saper lom baca entri aku ngan wife gi hiking kat Bukit Saga hari tu, leh ler baca kat sini — > Hiking Bersama Wife Di Bukit Saga .

air-terjun-bukit-saga-shaphotography

Jom layan video jap… video pendek jer tak lama pun… πŸ˜€

Jom Baca Lagi....

Hiking Bersama Wife Di Bukit Saga

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mula-mula wife bagi blog pasal Gunung Datuk, aku pun terpikir β€œNak ajak hiking lagi la ni!”…hahahahahaha. Aku pun setuju dengan cadangan wife dan lepas tu suruh dia cari guide tapi geng-geng lain semuanya ada hal dan akhirnya terpaksa dibatalkan. Tidak lama kemudian, dia bagi link mengenai Bukit Saga pula!…hahahaha. Aku pun setuju jer tapi tiada geng yang nak join. Aku pun cakap takpe lah sebab Bukit Saga kat kawasan Cheras/Ampang jer. Akhirnya, kitaorg telah berjaya mendaki ke Puncak Bukit Saga (Saga Hilltop dan Beirut) dan singgah mandi di Air Terjun Bukit Apeh. Jom aku ceritakan secara terperinci lagi. πŸ˜€

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyDisinilah treknya bermula… melalui Jalan Saga 28.

Seawal pagi kitaorg dah bersiap dan bertolak ke Bukit Saga. Sebelum mula mendaki, aku abadikan dulu gambar peta trek Bukit Saga di dalam telefon bimbit dan cuba hafalkan semua trek mendaki...

Jom Baca Lagi....