Category Johor

Menuju Puncak Gunung Lambak, Kluang, Johor

gunung-lambak-kluang-johor-hiking-tempat-pendakian-di-johor-eshamzhalim-outdoor-adventure

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Gunung Lambak sememangnya satu lokasi pendakian yang cukup terkenal di daerah Kluang, Johor. Gunung ini bukan sahaja terkenal di kalangan warga Johor tetapi juga cukup popular di kalangan pendaki-pendaki daripada Singapura. Gunung Lambak ini mempunyai 2 puncak (twin peak) dan meskipun ianya diklasfikasikan sebagai gunung tetapi ketinggian puncak yang paling tinggi hanyalah setinggi 510 meter (1,673 kaki) daripada paras laut. Sesiapa yang singgah di Bandar Kluang, mesti akan nampak puncak gunung lambak ini tersergam indah dan menjadi permandangan latar belakang Bandar Kluang.

Gunung Lambak ini terletak 5 km dari Bandar Kluang dan sekiranya daripada Lebuhraya Utara Selatan, bolehlah susur keluar melalui Air Hitam/Batu Pahat dan terus menghala ke arah Bandar Kluang. Kalau tidak salah, rasanya ada 2 jalan utama untuk ke sini iaitu melalui Jalan Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin atau Taman Sri Jaya. Kalau nak gunakan Google Maps atau pun Waze pun tiada masa...

Jom Baca Lagi....

Restoran Sup Tulang ZZ Johor Bahru – Sup Tulang Terbaik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu, nak mintak maaf kat rakan-rakan blogger sebab tak dapat nak blogwalking kat blog korang….ekekekeke.. jadual aku dan wife penuh giler dengan aktiviti dan roadtrip. 😀 . Entri pasal Gua Tempurung dan White Water Rafting pon tengah terkial-kial nak siapkan pastu last week kitaorg gi roadtrip ke Singapore. Isnin sampai Jumaat lak terpaksa melepak di opis masing-masing, maklum ler kerja makan gaji kan.

Entri kali ni bukan nak bercerita pasal roadtrip ke Singapore tapi mengenai 1 tempat makan menarik di Johor Bahru. Entri pasal roadtrip akan menyusul kemudian yer…. 🙂 .  Bagi orang selatan mesti dah tahu mengenai Restoran Sup Tulang ZZ  yang terletak di Jalan Petri, Johor Bahru.

restoran-sup-tulang-zz-johor-bahru-food-review-tempat-makan-di-johor-shamphotography-sup-tulang-terbaik

Aku dan wife tak pernah tahu pasal restoran ni sebenarnya tapi seperti kebiasaan biler kitaorg travel kemana-mana, kitaorg mesti tanya tempat makan yang menarik di situ...

Jom Baca Lagi....