Category Malaysia

Menjejaki Rumah Api Muka Head, Taman Negara Pulau Pinang

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beach

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Lama juga jari jemari ini tidak berdansa di papan kekunci, boleh dikatakan banyak juga entri yang masih tergantung dan belum dicoretkan di sini. Bukannya aku dah berhenti menulis tetapi kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan harian dan ditambahkan pula mood untuk menulis itu tertinggal jauh nun di banjaran himalaya. Entri ke Annapurna Base Camp pun masih terperam lagi. InshaAllah, aku akan cuba kuatkan semangat untuk kembali aktif menulis….hihihihihihi… 😀

Buat masa sekarang, jom aku ceritakan kisah pengembaraan terbaru kami. Baru-baru ini aku dan wife sempat berkunjung ke Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang. Memang dah lama sebenarnya terniat untuk datang ke sini dan alhamdulillah kali ini kami berpeluang untuk menjejakkan kaki di taman negara oleh kerana wife ada urusan kerja di Pulau Pinang. Aku rasa mesti ada segelintir yang masih tidak tahu bahawa Pulau Pinang juga mempunyai taman negaranya tersendiri walaupun tidak sebesa...

Jom Baca Lagi....

Jom Rancang Traveloka Dengan Smartphone

traveloka-eshamzhalim-promosi

Hye guys! Tengah buat apa tu? Ada perancangan nak pergi bercuti ke mana tak? Dalam negara ke atau luar negara? atau anda malas nak pergi bercuti? Eh!, janganlah asyik sibuk dengan kerja sahaja sehingga tiada masa berehat untuk diri sendiri dan keluarga. Jomlah rancang percutian. Bajet kurang? Aish, siapa kata jika bajet kurang tidak boleh pergi bercuti? Selalunya anda yang pernah pergi bercuti tu kebiasaannya buat tempahan di mana? Macam aku, bila ada perancangan untuk pergi bercuti aku suka layari website Traveloka.com. Lebih-lebih lagi sekarang ni apabila sudah ada aplikasinya untuk dibuka terus melalui smartphone. Wah, lagi rancaklah aku membelek-beleknya. Hahahaha…. 😀

Untuk makluman anda diluar sana, Traveloka ini adalah satu tempat yang mana kita semua boleh membuat tempahan hotel dan penerbangan dengan harga yang sangat berpatutan. Anda juga akan disajikan dengan lebih 100 buah hotel di seluruh Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Singapore dan lain-lain lagi...

Jom Baca Lagi....

Riadah Santai Di Bukit Kembara, Ampang

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Terlebih dahulu, aku ingin ucapkan “Selamat Tahun Baru 2017” kepada semua pembaca alam maya yang masih setia berkunjung ke blog ini. Dah lama juga sebenarnya aku tak menulis, bukannya dah berhenti menulis tapi rasanya seperti tiada pengembaraan baru untuk dicoretkan di dalam blog selain daripada aktiviti larian. Sempena menyambut 1 Januari 2017, aku dan wife hanya bersantaian di Bukit Kembara. Pasti ramai yang tidak pernah dengar kewujudan Bukit Kembara ini.

Bukit Kembara ini terletak di kawasan Ampang Jaya, berdekatan dengan Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR) dan juga Kelab Darul Ehsan (KDE). Ada juga yang menggelarkan bukit ini sebagai Bukit Indah tapi aku rasa Bukit Kembara dan Bukit Indah mungkin dua bukit yang berbeza tetapi ianya bersebelahan seperti Bukit Saga dan Bukit [email protected] dengan laluan trek yang menghubungkan kedua-dua bukit tersebut. Ada dua trek permulaan yang boleh digunakan untuk mendaki samaada melalui Jalan 1, Taman Tun Abdu...

Jom Baca Lagi....

Ekspedisi Santai CBL 30 Sept- 2 Okt 2016: Anjuran RushAdv

cbl-rushadv-santai-eshamzhalim-rush-adventures

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pihak www.eshamzhalim.com mewakili RushAdv ingin memberi peluang  kepada rakan-rakan pendaki untuk turut serta di dalam satu ekspedisi santai 3 hari 2 malam ke air terjun yang terkenal di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu 30KM dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah dan 365KM dari LRT Gombak. Pihak www.eshamzhalim.com dan RushAdv amat mengalu-alukan rakan-rakan baru untuk turut serta berkongsi dan menimba pengalaman baru di dalam ekpedisi ini.

Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dikalangan pendaki-pendaki gunung di seluruh Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir. Air Terjun Chemerong dikatakan di antara salah satu air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Maklumat mengenai ekspedisi adalah seperti dibawah…. 😀

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ekspedisi ini, bole...

Jom Baca Lagi....

Jom Sertai Eksplorasi Gua Tempurung Dan White Water Rafting Pada 30 Julai 2016

eksplorasi-gua-tempurung-white-water-rafting-gopeng-sungai-kampar-perak-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Geng Trip Santai (GTS) sekali lagi akan menganjurkan satu trip santai untuk menerokai keunikan Gua Tempurung dan juga aktiviti White Water Rafting bagi mereka yang ingin mencuba serta merasai pengalaman mengemudi bot sambil melayan kederasan arus sungai.

Jom aku ceritakan serba sedikit mengenai aktiviti ini. Aktiviti ini akan dimulakan dengan Eksplorasi Gua Tempurung bersama renjer yang ditugaskan untuk mengiringi para peserta. Gua Tempurung mendapat nama sempena bentuknya seperti tempurung kelapa dan diklasfikasikan sebagai salah satu gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua ini merupakan satu khazanah yang bernilai dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Adalah menjadi satu kerugian kepada mereka yang tidak pernah menyaksikan keunikannya secara dekat. Eksplorasi ini akan memakan masa sekitar 2 jam dan akan melalui pelbagai peringkat sehinggalah peserta akan menyusuri sebatang sungai yang mengalir di dalam gua tersebut untuk menuju...

Jom Baca Lagi....