Category Perak

Moh Ke Perak: Explorasi Gua Gendang dan Gua Itik, Pengkalan Hulu #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mungkin korang nak tau kenapa minggu ni aku asyik bercerita mengenai Daerah Pengkalan Hulu di Hulu Perak. Sebenarnya sebelum ini, aku pun tak tau apa yang ada di Pengkalan Hulu atau dulu dikenali sebagai Pekan Kroh sehinggalah aku diberi peluang oleh Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama meneroka keindahan dan keunikan tersembunyi di Daerah Pengkalan Hulu. Sebelum itu, jom flashback balik entri-entri dalam segmen “Moh Ke Perak”, nanti takut korang semua blur lak tertiba baca entri ni….hihihihihi… ๐Ÿ˜€

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Entri segmen “Moh Ke Perak” kali ini aku akan membawa korang semua untuk bersama-sama meneroka Gua Gendang dan Gua Itik secara maya...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Keunikan Pesta Songkran, Pengkalan Hulu #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Apa!!… Pesta Songkran di Malaysia?.…. mesti korang ingat Pesta Songkran ni hanya disambut di Thailand jer kan!. Moh aku cerita sket, sebenarnya negara kita ni penuh dengan pelbagai kaum serta etnik dan itu adalah keunikan Malaysia. Apabila ada pelbagai kaum, mesti lah ada pelbagai perayaan kanโ€ฆtul tak? ๐Ÿ˜€

Jikalau Masyarakat Melayu menyambut ย Awal Muharam (Tahun Baru Islam), Masyarakat Cina dengan Gong Xi Fa Chai (Tahun Baru Cina) atau Masyarakat Tamil dengan Vishu (Tahun Baru Tamil). Masyarakat Siam di Malaysia juga menyambutย  Tahun Baru Thai atau yang biasa dikenali sebagai Songkran tapi ramai juga yang menganggap Pesta Songkran ni sebagai Pesta Air. Pesta Songkran ni ada juga disambut di Malaysia oleh Masyarakat Siam-Malaysia terutamanya di negeriโ€“negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, Perak, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Dalam segmen โ€œMoh Ke Perakโ€ kali ini aku telah mengembara bersama-sama FAM Trip Pengkalan Hulu:...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sememangnya Negeri Perak terkenal dengan kegiatan perlombongan bijih timah tapi korang pernah dengar tak tentang lombong bijih timah yang terbesar dan tertua kat Malaysia ni?. Oleh itu, segmen “Moh ke Perak” kali ini aku nak bercerita tentang Lombong Bijih Timah yang dikelolakan oleh Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. Aku pun baru tau jugak sebenarnya tentang kewujudan lombong bijih timah ni. Semasa mengikuti FAM Trip Pengkalan Hulu, aku telah berpeluang untuk meneroka dan melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan di lombong bijih timah tersebut. Secara peribadi, ini adalah pengalaman kali pertama aku masuk ke kawasan lombong bijih timah ni….. kalau dulu-dulu biasanya gi memancing kat lombong jer…ekekekeke. ๐Ÿ˜€

Ok! Sebelum tu jom aku ceritakan serba sedikit tentang sejarah Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd ni………. ๐Ÿ˜€

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic ni telah beroperasi semenjak tahun 1907 di Klian Intan, Hulu Perak...

Jom Baca Lagi....

Pengkalan Hulu: The Undiscovered Trail #VMY2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tourism Malaysia, Perak di atas jemputanย  untuk bersama-sama menyertai FAM Trip Pengkalan Hulu #VMY2014 atau Pengkalan Hulu – The Undiscovered Trail yang telah berlangsung pada 12-14 April 2014.ย  FAM Trip ini di sertai oleh 28 peserta terdiri daripada rakan-rakan Media, Travel Agent, Tourism Malaysia Perak dan juga rakan Blogger, program ini adalah bertujuan untuk meneroka keunikan dan memperkenalkan keindahan kawasan pelancongan di Pengkalan Hulu untuk dijadikan sebagai tarikan perlancongan.

gua-gendang-pengkalan-hulu-perak-tourism-malaysia-perak-tempat-pelancongan-visit-malaysia-2014Lokasi : Gua Gendang
Sumber gambar : Tourism Malaysia, Perak

Dalam entri kali ini, aku akan bercerita secara ringkas mengenai Daerah Pengkalan Hulu dan tarikan alam semulajadi yang tersembunyi serta keunikan yang ada di Daerah Pengkalan Hulu...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Slim River #VMY2014

Salam,

Terlebih dahulu aku nak mintak maaf kat geng-geng blogger sebab tak dapat nak blog walking kat blog korang. Aku ngan wife gi travel ke Langkawi dan Perlis last week pastu balik jer banyak lak aktiviti lain. Memang tak sempat nak check blog. Entri ni pun baru nak siapkanโ€ฆhihihihihi ๐Ÿ˜€ . Jom baca entri ni.

WWR ataupon White Water Rafting merupakan salah satu sukan air yang ekstrem. Memang memerlukan skill dan kekuatan tangan bagi mendayung paddle supaya dapat mengendalikan bot mengharungi arus yang deras untuk melepasi jeram-jeram dan mengelakkan daripada bot terbalik.

white-water-rafting-shamphotography-05Gambar niย  dari fb Organiser… aku yang baju kuning kat depan tu pastu wife lak kat sebelah kanan belakang (helmet merah).

4 Januari hari tu, aku ngan wife join aktiviti White Water Rafting dengan geng-geng wife tapi geng wife aku ada 2 orang jer pun dan yang lain-lain tu kitaorg tak kenal. Mula-mula sepatutnya lokasi di Gopeng tapi last minit tukar ke Slim River...

Jom Baca Lagi....

Royal Belum Adventure Trip – 2nd Episode

Salam,

Jom aku sambung cerita lagi pasal Royal Belum Adventure Trip untuk hari ke-2 kitaorg di sana. Pagi tu aku bangun sekitar ย pukul 6 pagi dan aku tengok wife dan geng-geng lain masih lena dibuai mimpi. Pagi tu mmg terasa sejuk giler, bayangkan kita tido ditengah-tengah tasik sambil dikelilingi hutan belantaraโ€ฆ..ahahahahahaโ€ฆ gitu ler rasanya. Wajib bawak jaket yer kalau korang nak join trip ni nanti, kalau tak kejung (beku) ler korang nantiโ€ฆhihihihi. Sebenarnya, aku berpeluh-peluh masa tido malam tu, sampai aku bukak jaket & slepping bag aku. Semua cakap sejuk tapi aku berpeluh-peluh panasโ€ฆ.rupa-rupanya aku tido di atas lampu minyak tanah yang krew BOA gantung kat siling tingkat bawahโ€ฆpatut ler panas!….ahahahahahaha. Mmg sejuk pagi tu sampai cermin mata aku berkabus, lap cermin mata sambilย  kejutkan wife aku. Pagi tu kalau nak mandi mmg tak ler, cuma masuk bilik air gosok gigi ngan cuci muka jer pastu lepak-lepak amik gambar dari houseboat sambil tunggu matahari naik...

Jom Baca Lagi....

Royal Belum Adventure Trip – 1st Episode

Salam,

โ€œ U dah ke Belum?, I dah ke Belum!โ€.

Ayat poyo aku di atas ni merujuk kepada Royal Belum Forest atau Hutan Belum. Kalau ada saper-saper yang tak tau di mana Hutan Belum atau apa itu Belum, boleh rujuk kepada entri aku โ€œDiscover Royal Belum Tripโ€. Entri kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku & wife disana pada 16-17 Nov 2013 untuk menerokai Hutan Belum bersama Belum Outdoor Adventure Team (BOA).

belum-outdoor-adventure-shamphotography

Aku & wife celik mata seawal pukul 2.45 pagi bagi trip kali ni. Jadual masa telah ditetapkan bagi memastikan perjalanan ke Hutan Belum berjalan dengan lancar kerana perjalanan ke Jetty Awam Pulau Banding adalah sejauh 371km dan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tepat jer jam menunjukkan pukul 4 pagi aku & wife keluar dari rumah untuk pick-up Hafeesyam dan Izham dan lepas tu perhentian seterusnya adalah di Hentian RnR Sg. Buloh untuk join konvoi bersama Akmar dan Jijie yang sedang menunggu di sana.

Setibanya di RnR Sg...

Jom Baca Lagi....

Discover Royal Belum Trip

Salam,

Aku ada buat entri ringkas pasal charity event Tesco Walk For Life. Mulanya mmg aku ngan wife nak register utk event ni tp nampaknya tak dapat join sebab kitaorg dah ada plan lain. Wife aku ada join group Malaysia Backpacker Club (MBC) dalam facebook so dalam group tu ada cite pasal Royal Belum. Korang tau ker “Belum” itu apa? Kalau sapa-sapa yang tak tau tu sila baca dibawah..hihihi.

royal-belum-state-park-hutan-belum-tasik-banding-map-belum-outdoor-adventure-shamphotography

Hutan Belum terletak di utara hujung Perak. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan “gazette” sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bag...
Jom Baca Lagi....