Category Perlis

Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 4

Salam,

Entri ni sebenarnya sambungan daripada entri Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis, baru ada masa nak siapkan sambungan ke 4 ni…hihihihi. Lepas balik dari Perlis hari tu, banyak pulak aktiviti di hujung minggu. Bagi korang yang belum baca entri tu, leh ler klik link kat bawah ni haaaa…. Nanti tertiba korang baca entri ke 4 ni takut tak paham lak kang kisah mulanya….ekekekeke.

1. Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 1
2. Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 2
3. Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 3

Kalau korang dah tahu kisahnya, jom aku sambungkan lagi ceritanya. 😀

Jumaat, 17 Januari 2014

perlis-pauh-kangar-aman-gani-shamphotographyTerima kasih pada Aman sebab bagi kitaorg bermalam kat rumah dia..layanan 5 bintang..

Malam semalam kitaorg tumpang tido kat rumah Aman sebab tiket tren balik ke KL Sentral pada hari ni jam 7.30 malam. Aman terpaksa bukak bengkel hari tu sebab ada kereta yang nak kena siapkan segera dan kitaorg pakat melepak jer kat bengkel NGV dia...

Jom Baca Lagi....

Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 3

Salam,

Rabu, 15 Januari 2014

Misi Menjejaki Kawasan Air Terjun Di Langkawi

Pada sebelah pagi kitaorg dah gi Island Hopping so sebelah petang  baru lah kitaorg mula untuk menrealisasikan misi kitaorg ke sini. Sebelum datang Langkawi, kitaorg dah setkan misi untuk trip ini. Misi kitaorg adalah untuk menjejaki kawasan Air Terjun di Langkawi, asik gi pulau jer kan…tukar angin ler pulak. Di Langkawi ada 3 Air Terjun yang popular iaitu Air Terjun Durian Perangin, Air Terjun Temurun dan Air Terjun Telaga Tujuh. Singgah dobi jap antar baju untuk dibasuh pastu berhenti makan tengahari dulu dan baru sambung misi tadi…hihihihihihi.. 😀

Info Air Terjun Durian Perangin

Lokasi air terjun yang pertama ialah Air Terjun Durian Perangin. Kenapa dinamakan Durian Perangin aku pun tak tau?, mungkin dulu ada banyak pokok durian di sini tapi memang aku ternampak sebatang dua pokok durian di lokasi air terjun ni. Air Terjun Durian Perangin terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Raya...

Jom Baca Lagi....

Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 2

Salam,

Rabu, 15 Januari 2014

Island Hopping

Pagi-pagi lagi kitaorg dah bersiap untuk aktiviti Island Hopping, sebelum tu gi cari bekfes dulu kat area sekitar hotel. Dalam pukul 9.30 pagi, van sampai untuk hantar kitaorg ke tempat naik bot. Dalam van dah ada family daripada Australia dan 3 orang dari Ukraine. Aku macam biasalah, masuk van terus cakap “ Good morning guys!..” sambil tersenyum. Biar dorang tau, orang Malaysia ni friendly sebenarnya. Dalam van aku cuma borak dengan driver tu jer, orang KL rupanya driver ni. Sampai di jeti angin gilernya kuat, lepak jap sambil tunggu bot. Biler semua dah masuk dalam bot, mulalah kitaorg semua berhempas pulas melawan ombak yang bergelora. Geng-geng bot kitaorg sama ngan geng dalam van tadi pastu tambah lagi pasangan melayu bawak anak kecik.

Island-hopping-langkawi-shamphotography

Angin dan ombak memang cukup kuat hari tu, cuak jugak kitaorg dalam bot. Aku ketatkan strap life jacket aku pastu suruh wife pun check life jacket gak. Safety first yer, bot berhenti sekejap berdekata...

Jom Baca Lagi....

Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 1

Salam,

Kali ni aku ngan wife travel ke Langkawi dan Negeri Perlis Indera Kayangan bertemakan “light n budget travel”. Rancangan asal sebenarnya kitaorg nak wat road trip dari KL Sentral-Hatyai- Krabi-Phuket-Hatyai-KL Sentral mengunakan perkhidmatan KTMB dan pengangkutan awam di Thailand tapi terpaksa dibatalkan kerana pergolakkan politik di sana masih belum reda. Kalau gi naik flight boleh jer tapi kitaorg nak cuba yang lebih adventure…hihihihihi. 😀

Tiket KTMB kitaorg beli yang paling murah tapi pergi sana kitaorg dapat tiket Aircond Superior Class – ASC (RM42 seorang) sebab ini jer yang ada pastu balik ke KL Sentral aku berjaya beli tiket yang paling murah iaitu Economy Class (RM23 seorang). Dari segi hotel pula, wife yang uruskan so dapat RM60 untuk 1 malam x 2 + caj bersamaan RM126. Kereta sewa kitaorg cuba cari di sana nanti.

Perbelanjaan setakat ini:

Tiket KTMB ke Arau – RM42x2 = RM84
Tiket KTMB ke KL Sentral – RM23x2 = RM46
Hotel = RM126
Jumlah = RM256

Isnin, 13 Ja...

Jom Baca Lagi....